Thursday, July 4, 2013

Cuti-Cuti Cinta #Edisi Bulan Jun

Assalamualaikum saudara saudari chikibum2 ^_^.. semua sihat?


Alhamdulillah, kali ni saya nak update sikit cerita cuti saya ni..3 bulan la katakan..tak kerja,tak ambik lesen,tak jual biskut raya,tak jual nasi dan tak jual apa-apa..[semua plan terpaksa di'cancel'kan atas sebab-sebab tertentu]..tapi tak mengapalah ,bukan bermakna saya tak buat apa-apa cuti ni ..saya kerja jugak ,jadi 'bibik' ..hehe..tak de la cuma jaga anak sedara je cuti ni, 2 minggu sekali saya akan balik kampung kat Kelate.begitulah selalunya.

22 Jun 2013: Wetworld ,Kami Datang!
Nak cerita pasal cuti pulak.Hari tu saya ada pergi lawatan ke Wetland dengan Ameen[my nephew].Tadikanya minta seorang penjaga untuk setiap pelajar.Jadi saya ikutlah.. hehe.. ni dia tiketnya..

[first time kot ..hoho ^^]
Sebenarnya agak panas jugak cuaca masa tu,almaklumlah jerebu..balik dari wetworld ni saya terus demam -..-" adoi..saya ni bukan buat apa pun kat situ,sekadar jadi pemerhati gelagat Ameen sedang bermandi manda..huh..jeles i

[posing2.. ;) yang kat sebelah Ameen tu namanya Aina,kesian dia ayah dia tak dapat ikut,so aku lah jadi pengapitnya]

[sekitar pemandangan di Wetland,Shah Alam]
[seronok berenang katanya-ameen]
Kemalangan
Dalam pada kita gembira tu,ada juga kisah dukanya.:( Sehari sebelum saya ke Wetland saya telah pergi melawat seorang sahabat saya di Hospital Kuala Lumpur .Dia dimasukkan ke wad kecemasan  setelah mengalami kemalangan bas,.Dilaporkan pemandu bas berkenaan memandu bas agak laju,kemudian terbabas di Bentong.Bas itu membawa kira-kira 25 orang penumpang ,seorang kanak-kanak berumur 3 tahun meninggal dunia,manakala 6 orang parah termasuklah sahabat saya tadi.Kecederaan ditangan kirinya agak serius menyebabkan tangannya terpaksa dipotong.AllahuAkhbar!.Bederai air mataku mendengar perkhabaran itu. Sungguh beliau termasuk dengan orang-orang yang beriman yang sedang diuji.Ya Allah tabahkanlah hatinya menempuhi cubaan ini.Aku pun belum tentu tabah sepertinya,bisa tersenyum dikala gundah.Syafakillah ya ukhti.

[petikan status fb ku :'( ]
"Benarlah..Bila Allah sayangkan hambanya,maka Dia uji.."-ustaz Pahrol

Cari Kerja
Datang ke sini sebab nak cari kerja jugak sebenarnya,kerja 'menuntut ilmu' dengan pak Ustaz Azhar Hashim Al Hamdrami dan Maulana A'sri Yusuff. Macam biasa,setiap petang Sabtu saya akan ikut abangku no.3 pergi mengajar bahasa arab kat Gombak,sambil2 tu bolehlah tumpang sikit belajar bahasa arab ni :) Jadual agak padat pada hujung minggu saja. kalau hari biasa saya akan ikut abang atau kakak pergi dengar ceramah atau kuliah ,biasanya kat Masjid Negeri, Shah Alam. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Mudah-mudahan saya istiqomah dalam menuntut ilmu wahyu ini.Doakan saya ye kawan2.. :)

Setakat inilah celoteh saya pada entri kali ini,sebenarnya banyak lagi nak cerita..tapi tak pe kita simpan dulu cerita tu,InsyaAllah,ada masa lain kali saya tulis..k,sekian..wassalam..

p/s:
#SALAM RAMADHAN AL MUBARAK kepada semua pembaca :) Semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna dari sebelumnya,sama-samalah kita berusaha menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.Ameen. :)



Hamba yang berdosa,
QausuQuzahin
Subang,Selangor
4 Julai 2013
12:41 a.m waktu Malaysia

Friday, June 7, 2013

Berubahlah Kerana Allah

Berubahlah Kerana Allah


Bila disingkap kembali sejarah,
Ku sedar siapalah diriku,
Dulu,
Aku pernah menjadi gadis,
Aku pernah menjadi perempuan
namun,
itu tidak pernah mematahkan semangatku
untuk Menjadi muslimah sejati..

Dalam hati ini sering berkata-kata
Aku inginkan perubahan dalam hidup
semuanya kerana Aku Cintakan Allah dan Rasulullah
Ya,aku memang tetap aku
Seorang yang sedang bertatih menjalani hidup
Siapapun aku yang dulu
Aku sentiasa bersyukur pada Allah
kerana tanpa diriku yang dulu
Takkan pernah menjadikan diriku yang sekarang.

Alhamdulillah..
Syukur kerana dikurniakan keluarga dan sahabat
yang memahami diriku ini
Mereka yang menggapai tanganku sewaktu aku jatuh dahulu
Ucapan mereka yang mereka beri ialah suatu inspirasi bagiku
untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Terima kasih kepada mereka. 

"I didn't change,I grew up." 
Ya,benar kata itu.
Pengalaman mematangkan aku
Mungkin tidak dalam semua perkara
tapi cukup untuk membuat aku kenal erti hidup.
Kini aku bangkit,
walau apapun halangan yang mendatang
akan ku tabah mengharunginya
sehingga satu saat nanti 
aku dibawa menghadap bertemu Rabbi..

p/s:
"The time is always right to do what is right." :)

Tinta hati,
QausuQuzahin
Gombak
5 Jun 2013
12:07 p.m

Tuesday, June 4, 2013

Selamat Tinggal CFS IIUM~ T.T

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar semua ?sihat?..semoga sihat dan ceria selalu.. agak lama tak menconteng dalam blog ni..kepadatan masa dan kesibukan diri membantutkan usaha nak update cerita dalam blog ni.. huu.. sori..[ada orang kisah ke..?hehe] .

Masa berlalu dengan begitu pantas

Terkadang diri terasa hanyut
'Walaupun berada dilandasan yang benar
namun jika kita tidak berjalan ,
pasti kita yang akan dilanggar nanti..'
Begitulah kata kebanyakan orang..

Ya ,arus menelan masa.Saya sudah sampai di garisan akhir perjalanan di CFS IIUM, 2 tahun berlalu seperti dua hari.Percaya atau tidak?Saya berjaya juga menamatkan pengajian saya di asasi uia ini. huu Sayunya hati bila nak meninggalkan cfs ni,terlalu banyak kenangan disana..ada manis,pahit,suka dan duka yang dirasai bersama sahabat2 seperjuangan.

Alhamdulillah,tahun 2013 merupakan tahun yang bersejarah buat saya.. saya telah jumpa apa yang saya cari selama ini.Dan tak sangka ianya disini.Walau apa jua bidang yang diceburi, architecture sekalipun,itu tidak boleh menjadi alasan untuk tidak turut serta mempelajari ilmu yang fardhu.Sesibuk mana sekalipun,tuntutan agama tidak boleh diabaikan.InsyaAllah,jika kita tolong agama Allah,Allah akan mempermudahkan urusan dunia kita.Luangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis ilmu insyaAllah disitu ada keberkatannya.Banyak yang saya belajar kat cfs iium ni,saya belajar tentang erti sebenar sebuah kehidupan, nilai persahabatan,tolong menolong dalam buat kerja,dan perjuangan dalam menuntut ilmu.



Disini disimpulkan antara kenangan di cfs iium:)

Sem 1 sesi 2010/2011
muhasabah-cinta.
my-note-4-us.
malam-yang-sepi.

Sem 3 sesi 2011/2012
lumrah-hidup-ini.
demam-peperiksaan-melanda-lagi.
netball-vs-volleyball.
sekuntum-ros-untukmu.

Sem1 sesi 2012/2013
sesuatu-yang-bermakna-bagiku.
Lifeunfinished Crossword 
takdir-yang-terindah.

Sem 2 sesi 2012/2013
Yeah,ini short sem..huu..kesnya tak pass B.i..kuang3.. nasib badan..nak buat macam mana kan.Sem ni saya rumate dengan Ila,Anim dan Nazihah.Agak best sem ni sebab tak banyak kerja, hihi,,pagi petang menghadap b.i sebab itu satu-satunya subjek untuk short sem. ohh.. lupa nak cakap sem ni saya satu level kc dengan Abida,Amnani,Iera,Wani,Rohani,Mira, dan Nisa. 

Sem 3 sesi 2012/2013
teruskan-berjuang.
serial-planes-ini-kisah-saya.


[Project3 3: Tactonic ]
Sem 3 yang agak tough ini telah saya lalui dengan hati terbuka.Walaupun kadangkala terasa diri ini lemah  dan kerdil dalam perjuangan ilmu seni ini,Allah telah menghadirkan insan-insan yang akan membantu mengangkat saya jika saya terjatuh tersungkur.Merekalah sumber inspirasi saya untuk saya meneruskan langkah.


[Project 4: New Urban Park at Taman Jaya]

Yang saya cintai Mak dan Abah,



Terima kasih kerana merelakan Na belajar disini.Na tahu jauh dsudut hati mak menginginkan Na menjadi seorang pendidik.Namun,takdir menentukan segalanya.Allah telah pilih Na untuk melanjutkan pelajaran disini.Pasti ada hikmah dan rahmat disebalik semua ini.Bukan niat Na untuk mengecewakan mana-mana pihak.Mungkin ini jalan yang terbaik yang Allah telah aturkan buat Na.Terima kasih sekali lagi .Tanpa berkat dan doa mak dan abah ,siapalah saya :)

Buat adik-beradik yang dikasihi, K.long,Aby,Yo,Qayyum,Yati,Ahmad,Eni,Ibrahim,Sumayyah dan Syaima'

Kalian pelengkap hidup saya.Tanpa kalian tidak mungkin saya berada disini. Saya banyak belajar dari pengalaman hidup kalian.terima kasih atas sokongan dan dorongan yang tak berbelah bagi.Dimana saya berada,saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kalian.Jika ingin dikira satu persatu jasa kalian,sungguh tidak terkira.Kalian yang paling memahami saya.Tak perlu saya cakap apa-apa,kalian boleh tahu apa saya rasa.Mungkin inilah yang dikatakan air dicincang takkan putus.

Kehadapan rumate yang tersayang, Fatin,Ila, Anim


Ketahuilah bahawa aku sangat beruntung dapat mengenali kalian,banyak perkara yang kita telah lalui bersama.tak tergambar rasanya bagaimanaku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan juga maaf atas segalanya.Ya,aku pernah menyakiti hati kalian dengan tindakan ku..adakalanya ia berlaku diluar batas fikiranku ..maaf diminta dari lubuk hatiku.insyaAllah akan ku ubah sedikit sebanyak kekuranganku dimasa hadapan. Terima kasih sekali lagi atas pengorbanan yang telah kalian lakukan untukku..di masa aku sakit, sedih ,duka dan gundah gulana kalianlah berada disisiku menenangkan aku.Di mana kan ku cari ganti teman sejati seperti kalian? :'( walauapapun jua, setiap pertemuan pasti ada perpisahan..aku akan sentiasa mendoakan kalian..Semoga Allah merahmati kalian..dan andaikata kita tidak bersama lagi menjadi 1 rumate, harapanku agar kalian akan bertemu dengan sahabat yang lebih baik ,lebih penyabar dan lebih penyantun dariku.InsyaAllah terima kasih fatin,ila dan Anim :)

Nazira,Pujah,Iylia




Aku tak pernah lupakan korang.Walaupun kita jarang bertemu,ketahuilah bahawa aku sangat merindui kalian.Sejujurnya,kalian banyak mengajar aku dalam banyak perkara.Kalian menjadi tempat rujukan aku jika aku ada masalah.terima kasih atas kenangan yang terlah terbina .Akan ku ingat sampai bila-bila. 

Kepada Lecturer2 dan ustaz ustazah yang saya sayangi,

Terima kasih atas segala didikan dan tunjuk ajar kalian kepada saya.Sebelum masuk cfs ni, banyak benda yang saya tak tahu dan tak pernah ambil tahu pun.Tak pernah terlintas di fikiran saya yang saya akan belajar sesuatu yang berbeza dari apa yang saya banyangkan.Di sini, saya belajar melukis lukisan teknikal,belajar bahasa arab ,bahasa inggeris[banyak kali repeat,tapi saya sentiasa dapat belajar benda yang baru,bersyukur sangat], tilawah alquran [ini banyak membantu saya memperelokkan bacaan,terima kasih ustazah :')] Terima kasih sebab selalu bersabar dengan kerenah saya,maaf,saya budak baru belajar ..hehe.

Kepada Studiomate 201
Fatin,Ila,Atiyyah,Nadiah,Abida,Cekgu,Niesa',Adibah,Memey,Ben,Abu,Ain,Amani,Anas,Akmal, Syafiq,dan lain2..



Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan pada saya.Kita mungkin baru kenal sem ini,tapi itu tidak bermakna kita tak boleh sekepala.Banyak kenangan kita bersama.Pahit manis kita rasa bersama.ni studio paling sempoi bagi saya. Bestnya waktu kita makan2 time stay up dulu2..kadang2 rasa kelakar jugak,,hehe..makan tak kira masa.Terima kasih jugak sebab banyak beri tunjuk ajar pada saya,Semoga Allah merahmati kalian dimana jua kalian berada.Mungkin kita dah tak satu studio,so I wish best of luck to you guys! See u'all in Gombak! :)

Sekian,


[final project: site visit at taman Jaya lake]
QausuQuzahin
Subang,Selangor
4Jun 2013




Sunday, March 17, 2013

Serial Planes?.. Ini Kisah Saya~

Assalamualaikum.. 

Apa khabar semua? semoga sihat selalu.. agaknya dah bersarang blog ni saya tak update.. ye lah kebelakangan ini saya sibuk dengan project ED dan GC yang tak berkesudahan tu..cuti mid sem pun ada 'buah tangan' bawak balik ke rumah. Banyak benda dah berlaku sepanjang sem ni.. macam-macam kisah suka duka yang telah dilalui. Saya mencari masa yang sesuai untuk menulis semua tu,namun apakan daya..kudarat ni tidaklah sekuat mana,masa pun selalu mencemburui saya.. bukan mengeluh,cuma itulah realitinya. 

Pahit untuk ditelan

[Model: Aloevera ,Project 2 ED,Formation]
  
Disebalik gambar diatas yang anda lihat,sebenarnya telah memberi beribu kisah dan makna disebaliknya.Ada yang pahit,manis,tawar,dan sebangainya. Sejujurnya bukan mudah nak membuat benda alah ni.Banyak perkara perlu dikorbankan..wang,masa dan tenaga. Pada yang dah tahu kisahnya,pasti anda mengerti apa yang berlaku..kisah saya dan mock-up, ,mock-up kena kritik , di'reject', re-do ,pengsan,dan akhirnya saya masih berdiri teguh disini.

Badai datang melanda

[perkakas ed..biskut tiger pon ada ^^hehe]
Tak siapa sangka petang itu menjadi petang yang tragis buat saya. Sedang kami [saya dan rumate] sibuk mendirikan mock-up Ed,berlaku kejadian yang tak diduga.Peluh memercik di dahi tatkala melihat darah mengalir di ibu jariku.pening,pitam ku rasakan  di saat itu.Ku cuba melawan rasa itu,namun akhirnya kecundang jua di muka pintu

#Flashback#

Waktu itu saya dan rumate sedang sibuk menyiapkan mock-up ed sebab kami perlu 'consult' dengan Bro.farid terlebih dahulu sebelum buat model. Malang tidak berbau,masa duk potong model card tu,saya terhiris jari sendiri. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya amat terharu dengan rumate kesayangan saya ,Anim,Fatin dan Ila..jasa kalian takkan saya lupakan. Merekalah yang bersusah payah memapah saya dikala saya terjatuh,merekalah disisi saya di kala itu.Terima kasih sangat sebab korang tak pernah abaikan saya,lepas tu bawak pula saya pergi ke klinik. :')

[petikan dari status fb saya]

Luka di jari nampak berdarah,luka dihati tak siapa yang tahu..

Kalau difikirkan luka tu taklah sebesar mana,sikit je sebenarnya..saya pun bukan jenis orang yang mabuk darah.Cuma mungkin sebab sudah 2-3 hari tak cukup tidur..badan pun dah letih.. otak pun penat dipaksa mencari idea yang terbaik untuk projek ini.Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya,yang tersurat dan yang tersirat..saya yakin semuanya pasti ada hikmah, ada pelangi yang akan muncul setelah hujan dan panas.. InsyaAllah..

Walau apapun yang terjadi,kerja tetap harus disiapkan tepat pada masanya. Ya, untuk menjadi seorang mukmin professional,kita mestilah itqan dalam apa jua kerja yang kita lakukan. Memegang amanah sebagai seorang hamba Allah dan khalifah tidaklah mudah,namun ingatlah,dalam setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan. Allah tidak akan membebani seorang hamba itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Allah is Bigger than your problems.


Siapapun kita dan walau dimana kita berada,jangan sesekali lupa dari mana asalnya kita dan kemana kita hendak pergi.Bila ingat mati, insyaAllah kita tidak akan rasa resah dengan kehidupan dunia.Dunia ini kita akan tinggalkan jua suatu hari nanti.Ujian dan masalah datang bukan untuk melemahkan kita,tapi ia sebenarnya tarbiah dari Allah.Supaya kita jadi mukmin yang kuat dan sabar dalam mengharungi hidup.kerana pada akhirnya kita akan pulang ke pangkuan-Nya juga.  

 
Setakat ini sajalah saya bercerita tentang ED[enviromental design] ..tak masuk bab GC lagi..tak mengapalah di lain masa kita jumpa lagi..


Sekian.

Salam hormat dari,
QausuQuzahin
Gombak,Selangor
17 Mac 2013
05:45 p.m

Sunday, February 3, 2013

Teruskan Berjuang!

Assalamualaikum.. 

Sem 3,sesi 2012/2013
Minggu awal sem ini,kuliah masih belum bermula.Kami selaku pelajar AED masih tiada project    atau task untuk dilaksanakan.Sem ini cuma ada 2 subjek,namun bagi kami 2 itu ibarat 20.. selepas seminggu yang sangatlah 'relax' tu,kami dihujani dengan dengan banyak exercise ED dan GC. Pengalaman pertama saya buat projek ED dan GC yang agak tough sem ini. Mula-mula ni mungkin lebih senang,untuk yang seterusnya saya tak tahu lagi apa akan berlaku. [Yang pasti sem ni banyak guna pitis la..huu].Masih belajar dan terus belajar.
plan gc 2013
Life Goes On
hidup perlu diteruskan. Perjalanan masih panjang. Kami takkan pernah mengalah,walaupun cabaran datang tiada henti.Teringat pula saya sewaktu hari pertama masuk studio.Studio master saya,Bro.Farid ada bertanya kepada kami tentang 'kenapa memilih kos yang anda pilih?'..Panjang saya merenung dan termenung akan jawapan yang sewajarnya saya beri. Namun,bila diimbau kembali..pada awalnya saya berminat untuk mengambil Applied Art[ Interior Designer{ID}] sebagai major kos saya,namun setelah berbincang dengan keluarga dan rakan,saya membuat keputusan untuk memilih non-design,iaitu [UrP]Urban Planner.


site plan masjid besi ni task untuk ED.[cari elements and principles]

Dulu saya pernah memberi pendapat kepada kawan saya yang menghadapi masalah memilih kos kerana beliau terpaksa mengikut kehendak ayahnya yang menginginkannya memilih UrP. Setelah berbincang dengannya,saya pula yang terasa ingin memilih UrP.Dengan izin Allah, kami ingin membina sebuah bandar bercirikan islamik suatu hari nanti InsyaAllah, andai panjang umur dan masih ada kudrat,mungkin saya akan mengambil master dalam bidang ID pula.



Setakat ini sajalah saya bercerita,lain kali kita sambung.Biasanya,saya cakap pasal sem ni tunggu habis sem dulu.Tapi memandangkan ada peluang,jadi saya cerita je la. Akhir kata, semoga maju jaya kepada semua pelajar AED dan  anda semua.Wassalam..

Semoga Allah redha~

Urban Planner To Be,
QausuQuzahin
Kg Melayu Subang
3 Februaru 2013
02:31 p.m