Thursday, May 3, 2012

.:: Sekuntum Ros Untukmu ::.

Assalamualaikum..
saudara saudari chikibum2...^^

Untuk ruangan entri kali ini, saya ingin menulis sedikit ucapan buat sahabat2 yang tersayang. Mungkin tidaklah seberapa,namun saya sangat berharap kalian dapat membaca ini. ^_^

Ros Hijau ini  Khas Untuk.. Fatin Umirah~

kenapa mesti Ros Hijau?
sebab.. kan Fatin suka warna hijau..jadi kenalah bagi Ros warnanya hijau..huhu
Ku Disini  mendoakan 
agar Fatin berbahagia selalu dengan pilihannya..
yang lalu ,biarlah berlalu..
Usah dikenang lagi..sudah tiada gunanya..
Andai ada jodoh pasti tak ke mana..
InsyaAllah mungkin itu yang terbaik untukmu. ^^

 Ros Merah Jambu ini teristimewa untuk... Naziratul Akmal :)

Nazira suka warna pink, so terpaksalah bagi Ros Pink kat dia..
Naziratul Akmal nama diberi..
cantik molek senyum terhias diwajah..
stay cool ye Nazira tak kira apa-apa pun yang terjadi.
Peristiwa lampau telah mengajar 1001 erti kehidupan
tak perlu menyesal atau ragu..
pasti ada hikmah atas setiap apa yang terjadi..
Moga sentiasa berbahagia dengan pilihan hatimu..^^

Ros Ungu ini .. mestilah buat Iylia Awatif..hihi :) 

Ros Ungu ku hadiahkan kepada Iylia..
Orangnya manis,tinggi budi pekerti..
Tenang sahaja melihatnya,
walaupun jiwanya berkecamuk tiada siapa yang tahu..
Harapanku agar Iylia sentiasa tabah
dalam melalui liku-liku hidup yang mendatang,
Doaku sentiasa mengiringimu.
Moga bertemu dengan insan yang mampu menyempurnakanmu.
InsyaAllah.Amin.

Ros Putih ini..saya tujukan untuk Cik Siti Mahfuzah Mardy@ Pujah

Ku berikan Pujah Ros Putih
Seputih ros,sesuci hatimu..
Jangan biarkan setitik hitam menodai cinta yang putih..
Bila tiba saatnya..
Kau corakkanlah ia dengan tinta keimanan.
Semoga bertemu dengan seorang soleh
yang mampu memimpinmu ke syurga
InsyaAllah.

Ros Biru ini istimewa untuk Nor Farahanim.

Anim ,Sendingin Ros Biru,  
namun,
Kalbunya selembut angin bayu..
Ku berdoa agar dikau sentiasa dilindungi Allah..
moga dipermudahkan bertemu jodoh..
yang akan membimbingmu melalui
jalan yang diredhai Allah~
Rahmat Allah itu luas, jangan pernah berputus asa.
ingat tu ..k. ..^^


Ros Merah ini special untuk Nurul Aqilah @ Qiqi

Ros Merah Semerah cintamu..kih3..
jangan nak over sangatlah..puii..-.-"
Walau apapun yang terjadi..
Semoga dikau akan setia dan berpegang pada tali janji..
InsyaAllah redha Allah mengiringimu 
andainya kau mengikut apa yang syariat gariskan.
Semoga Qiqi berbahagia selalu :)
Jangan lupa bagi kad jemputan kat aku nanti..hehe

Ros Emas ini Khas Buat Siti Norazilah @Babyface

Berjiwa emas. ya itulah Ila..
Mungkin diri ini tidak mampu untuk memberi Ros Emas ini pada mu
Tapi kalau ada lah kan..
pasti aku akan beri kepada orang
yang berhati emas seperti Ila..
Sangat mahal harga seorang yang bejiwa emas..
Jiwa yang terkunci rapat dalam kotak kaca.
Hanya yang berhak sahaja yang mampu membukannya :)

Ros Jingga ini khas untuk Syaida Farizah

Zahirnya Syaida nampak pendiam..
namun bila lama ku kenal dirimu
rupa-rupanya seorang yang sangat ramah dan ceria
bak Ros Jingga
apapun jangan lupa ajak aku bila kau kahwin nanti.
hehe.. :D
bukan boleh percaya sangat Syaida ni..tup.tup dah kawin.

Wassalam..

p/S:

*sorry ye korang, saya dapat bagi sekuntum je bunga ros.. tak cukup modal la nak bagi sejambak.Terimalah hadiah ini seadanya. Tapi ni kira ok lah jugak kan daripada tak ada kan.huhu..
Moga bunga-bunga ros ini menjadi tanda persahabatan kita walau nanti raga kita kan terpisah jauh. Kalian disana, aku masih disini. Meneruskan perjalanan hidup yang masih panjang. Moga kita bertemu lagi. Ku buat entri ini sempena sem 3 yang dah nak habis.huhu.. T.T 
Apapun..terima kasih untuk segalanya. I love U Friends~ 
#credit to :Uncle Google 

(nak tuju lagu untuk korang..)

Menanti Solehah

Tak perlu ada dirimu
Andainya menambah luka
Tak perlu kau tabur dendammu
Mencipta sengketa lara

Kau noda cinta yang setia
Cinta yang membara
Apa kau terlupa
Kau bakar resah yang ku bendung
Sabar yang ku rindu
Jenuh ku bertahan

Jangan berhenti jangan terhenti
Mencari teduh cinta sejati
Aku peduli aku simpati ranjauanmu

Aku menanti ayuh solehah
Yang indah budi sederhana
Aku doa engkau pun jua bahagia

Yang lalu biarkan berlalu
Tak mungkin tercantum lagi
Redhalah ketentuan ini
Tak usah diamuk resah

Lihatlah sang mentari
Menyuluh luas bumi
Cahayanya menerangi
Begitu hidup ini
Sinarnya kan menanti..


by Aiman

Hadiah dari hati,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
3 Mei 2012
01:11 a.m

No comments:

Post a Comment