Saturday, February 18, 2012

Netball Vs Volleyball

Assalamualaikum..

hamba hendak bercerita sedikit ni tentang bola jaring & bola tampar.Boleh tak?..Baiklah, begini ceritanya. Semalam hamba telah buat latihan bola tampar.Untuk pengetahuan anda,inilah kali pertama dalam seumur hidup hamba bermain bola tampar.Peluang keemasan ini tidak wajar dilepaskan begitu saja, walaupun hamba tak tahu apa-apa asas pasal bola tampar ni. Al maklumlah,hamba ini hanya tahu bermain bola jaring sahaja.Sejak dari hamba kecil,hamba memang sudah dilatih untuk bermain bola jaring dengan hebat dari guru sekolah rendah hamba.Masakan tidak,hamba nyaris-nyaris menjadi wakil sekolah untuk ke pertandingan peringkat tinggi,namun apakan daya ,disebabkan seminggu sebelum pemilihan calon wakil sekolah pemain bola jaring,hamba telah dimasukkan ke hospital atas sebab kemalangan jalan raya. Nak buat macam mana, terpaksalah hamba redha dengan ketentuan ini.Meskipun kadang kala hamba terasa agak kesal dan rugi atas segala persediaan latihan yang hamba buat sepanjang tahun 2005 itu berakhir dengan menjadi tukang sorak sahaja.Guru kokurikulum hamba menasihatkan hamba supaya duduk berehat sahaja dirumah.huhu. Biarlah, pengalaman itu penting walaupun tak dibalas dengan apa-apa."Keep smiling and just go on."

Apabila hamba masuk ke alam persekolahan menengah,hamba menyertai bola jaring sebagai permainan sukan utama hamba ketika itu.Dipendekkan cerita ,pasukan bola jaring hamba menang mewakili rumah kuning. Namun disaat aku,tingkatan 3 dan seterusnya hamba hanya menyertai bola jaring sebagai memenuhi syarat markah merit aktiviti ko. pada masa itu,kerana hamba ingin lebih fokus kepada pelajaran(tapi, tak pun..hehe).


Waktu hamba ditingkatan 5,hamba cuba menyertai permainan ping-pong(saja nak ubah angin selepas berjaya dipujuk oleh sahabat hamba,Aniyyah), tapi memang tak dapat dinafikan hamba tak ada bakat lansung main ping-pong,meskipun dah berlatih banyak kali.Tapi,nak buat macam mana kan?bola jaring sahaja yang bertakhta di jiwa hamba.Susah nak main benda lain ni.Pergerakan tangan dalam ping-pong mestilah lembut tapi keras.Entahlah,susah nak cakap. Perlukan banyak latihan untuk orang baru belajar macam hamba ini.kstop,cerita pasal bola tampar pula.



Atas alasan tak cukup pemain tambahan dalam bola tampar dalam Idea society, hamba telah diminta oleh Cik Fatin untuk memenuhi kekosongan itu. Pada awalnya hamba agak kaget dan terkedu,iyalah.. hamba belum pernah bermain permainan ini.Kalau ada pun , tamparan bola hamba tak pernah kena. Hamba asyik rasa nak mengejar bola,berlari,melompat,berebut bola sama seperti bola jaring.Sukar untuk diubah persepsi ini.
Namun dengan tekad yang kuat dihati,hamba sudi bermain bola tampar walaupun hamba memang level zero dalam bola tampar ni. Di CFS ni,tak ada jurulatih tetap yang di sediakan untuk setiap pasukan bola tampar, pelajar sendiri yang akan mengajar,memilih tempat latihan sendiri.kena berdikari la katakan.

Tiada ara melintang,hamba memulakan sesi latihan bola tampar buat kali pertama semalam. Sungguh tak sangka,begitu banyak tenaga yang diperlukan untuk bermain bola tampar ini. Kekuatan tangan mestilah sekuat yang mungkin.Dek kerana dah lama tangan hamba ini tidak bekerja,jadi hamba cuma boleh pukul bola itu sekadar yang termampu.
Latihan hamba bermula dengan warming up biasa,setelah itu baru hamba diajar untuk memukul bola oleh Cik fatin. Seterusnya aku diajar untuk 'serve' bola oleh Cik Farhana(pak wer).Kesilapan demi kesilapan telah hamba lakukan,namun cik farhana tetap terus mengajar aku dengan penuh dedikasi.terima kasih hamba ucapkan kepada dia atas segala tunjuk ajar.Akan hamba semat dalam hati.^_^


Berbagai cara telah diajar hanya untuk memudahkan hamba memukul bola,banyak pendapat dan jenis corak permainan.Hamba perlu memilih cara yang lebih sesuai dengan hamba.Tangan bengkak tidak menjadi halangan untuk hamba berlatih. Rasa sakit yang sedikit itulah yang harus dibayar untuk menjadi terer dalam permainan ini.Apa-apa pun,hamba tetap merasa terhutang budi kepada semua yang telah memberi kerjasama dan yang banyak membantu hamba dalam meningkatkan skill bermain bola tampar semalam.
alhamdulillah segalanya berjalan lancar,lepas habis latihan kami masih sempat merasa ayam barbeque (tak tau betul tak eja ni) semalam.
setakat ini sajalah celoteh hamba kali ini.Akhir kalam,'Majulah sukan untuk negara'!


p/s:
#strive hard for success~

No comments:

Post a Comment