Wednesday, December 26, 2012

Penutup Tirai 2012

Assalamualaikum.. apa khabar anda semua?..harap sihat selalu.. semoga hari ini dan seterusnya kita semua dalam keadaan bahagia dan bersyukur. 



Sebagai pentutup tirai 2012 ni saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya terhadap semua orang yang saya kenal termasuklah anda ,pembaca kerana mungkin selama saya menulis di blog ni saya mungkin ada mengguris perasaan anda.Saya mohon maaf. 

Hidup ini Ujian




Saya akui tahun 2012 adalah tahun yang sebenarnya telah banyak mengajar saya erti hidup sebetulnya. Memang saya banyak buat silap,tapi dari kesilapan itulah saya cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah ,sama-samalah kita memperbaiki diri . 

Kalah bukan bermakna Mengalah

Kita manusia yang tak lepas dari membuat kesalahan..adakala kita diuji dan kita kalah.Tapi ingatlah, kalah bukan bermakna mengalah.Percayalah ada seribu satu lagi cara untuk kita mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi.'Kegagalan sebenarnya ialah kejayaan yang ditangguhkan'. Kita cuma perlukan sedikit kesabaran dan keyakinan bahawa kita akan berjaya jua satu hari nanti. Jangan takut untuk rebah,kerana hanya apabila kita rebah kita boleh melompat dengan lebih tinggi.Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran kita.mungkin.siapa tahu kan?. 'Miracle is another name for hardworking'.

Short-Sem yang sangat hebat!

ok..saya nak cakap sikit pasal short sem  ni. Sebelum ni saya ingatkan short sem ni apalah agaknya ,ek? Rupa-rupanya ..sangatlah best sebenarnya.Saya kira inilah sem yang paling relaks sekali.. ^_^ Belajar tanpa stress.. semua smooth je..tenang dan steady.. jadual tak padat macam dulu dah. Semoga sem depan lebih baik dari sem ini.

Akhir kata,semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam bermujahadah , dijauhkan dari perkara yang mendekatkan kita pada maksiat serta diberi ketenangan dalam menghadapi apa jua situasi yang akan datang. :)

Salam dari,
QausuQuzahin
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
01:08 a.m
26 Disember 2012

Thursday, December 6, 2012

Life is beautiful.


Assalamualaikum..
Pecayalah bahawa hidup ini indah sebenarnya.Ia bergantung kepada cara kita berfikir. Tidak salah untuk kita merasa bahagia kerana Bahagia itu ada di sepanjang jalan. tak perlu menunggu di penghujung jalan untuk kita merasa bahagia. Allah tak tengok berjaya atau gagal kita dalam memperjuangkan islam,tetapi Allah melihat usaha kita dalam pertahankan islam dimuka bumi ini.Begitu jua dengan konsep kehidupan kita. Kita berusaha,Allah menentukannya.Kita mentadbir ,Allah yang mentakdir. Jadi jangan mengalah dalam mujahadah! 

Matapelajaran baru 

Tak kira apa jua yang berlaku ,baik atau buruk sebenarnya semuanya baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Anggaplah setiap peristiwa yang Allah izinkan ia terjadi itu sebagai matapelajaran baru untuk kita setiap hari. Memang kita takkan terlepas dari ujian hidup kerana hidup ini ujian. Bersyukurlah apabila kita diuji bukan sekadar bersabar. 

Senyumlah :)

Senyumlah ,maka dunia akan tersenyum kepadamu. ^_^ Senyumlah dari hati..kita akan merasa kuat dengan itu.Murahkan dengan senyuman ,baru hidup kita bahagia.

Setakat inilah coretan saya kali ini.Lain kali kita jumpa lagi..InsyaAllah..

Aku yang berdosa,
QausuQuzahin
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
6 Desember 2012



Monday, November 5, 2012

Takdir Yang Terindah

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar semua? Harapnya sihat wal afiat belaka. Hari ni saya nak bercerita sikit. Dah lama tak dengar saya cerita ,kan?. Al maklumlah saya sekarang busy sikit menguruskan hal-hal rumah tangga [eh..iya ke?? -..-"] .Pejam celik, pejam celik kita sekarang sudah berada dalam bulan 11 .Subhanallah ..masa pantas berlalu meninggalkan kita. Macam-macam dah berlaku sepanjang episod-episod yang lepas. Tak apalah, saya bukan nak cakap pasal benda yang dah berlalu,saya cakap apa yang berlaku di saat ini.

Rumah.Ya, saya berada di rumah saya kat Kelantan. Dah dekat 2 minggu saya meninggalkan Mahallah. Dalam tempoh itulah saya menjalani kehidupan di rumah ini. Suasana dirumah pastinya berbeza. Sudah lama saya mengimpikan saat ini. Tenang dan nyaman sekali rasanya. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa saya gembira berada di rumah ini. :)

SPM

Eh..jangan salah faham..bukan saya yang nak ambil Spm ni..adik saya ,Ainee yang bakal menduduki peperiksaan ini besok. Saya tak dapat nak tolong dia banyak,sebab ingatan saya pada SPM sudah semakin ingat-ingat lupa..huhu..sori ye dik.. tak dopat den nak nolong~ 
Setakat ajar sikit-sikit tu bolehlah.. bukan kedekut ilmu,tapi memang dah tak ingat nak buat macam mana kan?..hadoi.. apapun,harapan saya:
>buatlah yang terbaik..Doaku sentiasa mengiringimu ~Semoga SPM ini menjadi memori yang terindah dalam hidupmu :)

Rindu Serindunya

Tipulah kalau saya cakap saya tak rindu kat kawan-kawan di CFS ..huu T.T tapi apakan daya.. kita terpaksa berpisah untuk seketika [ayat tu tak boleh poyo lagi ke? =.='] .Seriously,
saya rindu korang..roomate,studiomate,jiran bilik,para lecturer,geng lobi, makcik2 kat cafe , dan semuanya yang ada kat cfs. Rindu jugak nak buat GC ..hhoho.. [tangan didada mata ke atas.. o.0"] . Memang best la CFS..sampai sekarang masih terngiang-ngiang orang buat announcement kat mahallah tu..haha..[macam tak de benda lain ke nak ingat?~.~']
 
 Takdir yang terindah

Segala yang terjadi di sini,di cfs dan di mana-manapun merupakan takdir yang terindah dalam hidup saya.Saya takkan pernah melupakan ia. Dapat berada di rumah bersama keluarga yang menyayangi memang sangat indah.Dapat belajar AED di cfs,iium jua indah. Dapat kawan yang sporting dan memahami kerenah saya juga indah.Segala yang Allah beri kepada kita tak pernah kurang. Malah lebih lagi. Kita harus sedar dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberi kita peluang ini.Tak semua orang bernasib baik macam kita. Jika direnungi balik diri ini,terlalu banyak nikmat yang Allah pinjamkan pada kita.Sahabat saya pernah berkata,
" cubalah kau bandingkan antara kita dan orang yang berada di tepi longkang kat luar sana,mereka nak sangat belajar di sekolah macam kita..tapi mereka tak mampu.. malah mereka dipaksa untuk bekerja menjadi peminta sedekah dan sebagainya.. antara kita dan mereka,agaknya siapa lebih susah?..jadi mengapa kau mengeluh?.."
Alhamdulillah, beruntung dapat sahabat sepertinya.Dia selalu menjadi penasihat saya. Kita manusia sering terlupa,sebab itu kita harus ada sahabat yang akan menyedarkan kita jika kita lupa dan membuat kesilapan. :).Memang takdir yang terindah dikurniakan keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong dan berada disisi kita dikala susah dan senang .Terima kasih. :')

Durian jatuh ke riba
 
Disebabkan adik saya tengah bingung untuk mengisi borang upu sekarang ini, tiba-tiba saya teringat pula akan kisah saya tentang upu ni.

Pada awalnya, bukan mudah untuk saya menerima sebuah takdir yang saya terpilih dalam course AED (Architecture and Enviromental Design) ini. Namun, lama kelamaan saya memilih untuk redha atas qada' dan qadar yang Allah tetapkan untuk saya ini. Tak ada salah sesiapa pun, semuanya pilihan yang saya buat ketika mengisi borang upu. Tak sangka pula saya dapat untuk pilihan ketiga. Masa tu saya tak terfikir sangat pasal AED ni, saya ingatkan apalah kos ni sebenarnya. Bila dah masuk dalam dunia AED ni..aduhai rasa macam bagai durian jatuh ke riba..perit jugaklah kan ..sakit tu memang sakit..tapi durian ni sedap tau! my feveret fruit la katakan ..hehe.. ^^ Ala, kena duri sikit-sikit tu tak apalah.. lagipun isinya kan manis. Kira berbaloi la dapat makan buah durian,daripada tak de lansung. tak gitu? :D

Jadi,walau apapun yang terjadi..ingatlah kata-kata ini 'Ini pasti berakhir' .Ayat yang simple namun cukup untuk menyedarkan kita supaya tidak berduka, tidak sombong, dan tidak lupa bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara, Kesusahan dan kesenangan itu jua sementara. Kita semua akan kembali ke negeri yang abadi..di akhirat sana.

Wallu'alam.

P/s:

Setakat ini sajalah celoteh saya kali ini.InsyaAllah ada masa saya sambung lagi..

Wassalam..

Senyumlah selalu :)
QausuQuzahin
Bachok,Kelantan.
05 November 2012
10:09 a.m 

Tuesday, October 23, 2012

Life..Unfinished Crossword


Assalamualaikum.. saya mulakan bicara dengan menerbitkan rasa syukur tidak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Esa,Tuhan sekalian alam..Dan tiada tuhan selain Dia..

Sem 1,sesi 2012/2013
Saya lalui sem ini dengan hati yang terbuka.Adakala dugaan datang bertubi-tubi dan dari arah yang tidak disangka-sangka..sesekali hati ini berbisik.."mengapa aku sahaja yang harus menerima cobaan-Mu ini Ya Allah..?".. namun laungan istighfar di dalam diri menjawab segala rungutan. Allah menguji hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba-Nya.. Dia tahu yang kita mampu..lagi pula ujian itu juga salah satu bentuk tarbiah dari Allah.Sebab Dia sayangkan kita. Percayalah,semua itu akan lebih mematangkan kita.

Dari masa ke semasa..sedikit sebanyak kelemahan diri cuba saya perbaiki.Teguran dan nasihat dari kawan-kawan memang banyak membantu.Terima kasih,rumate Anim,Fatin,Ila,dan juga yang sering menyokong saya dari belakang ,tepi,kiri dan kanan, qiqi,Iylia,Pujah ,Aniyyah dan semuanya atas keprihatinan kallian.Tak lupa juga kepada keluarga yang senantiasa mendoakan kesejahteraan saya berjuang di cfs iium,pj ini.

ok..straight to the point..
[site plan]
<--Ni first time saya lukis benda alah macam ni.. memang tak pernah terlintas di fikiran saya kena lukis ni sebelum ini.Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya bagaimana saya harus belajar sedikit sebanyak tentang lukisan teknikal.Al maklumlah saya lansung tiada basic melukis lukisan teknikal.Kalau setakat nak lukis kartun tu bolehlah..perit jugaklah rasanya,tapi tak mengapalah manisnya akan terasa jua diakhirnya .



[floor plan]

 
Kekemasan dalam lukisan itu penting,ok.Saya tak kisah kalau kena buat balik[re-do] sebanyak seribu kali sekalipun asalkan itulah yang terbaik  boleh saya lakukan." Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.." :)


Liku-liku dan onak berduri telah berjaya diharungi dalam sem 1 ini. Terlalu banyak pengalaman untuk diceritakan.Namun masa agak terbatas untuk menaip atas tuntutan belajar dan kerja GC.    

 <---ni lah drawing paling leceh rasanya bagi sayalah.. orang lain ok je kot..hoho




Tak tahu nak mula dari mana,tapi tak mengapalah..telah saya sematkan kenangan itu di dalam sanubari saya,insyaAllah takkan pernah luput dari ingatan saya.


[section]


[2 Point Perspective]
Trimetric tak susah sangat kalau nak dibandingkan dengan 2 point perpective. -------->
saja terbalikkan nak bagi pening kat korang..hehe.. sebelum jadi macam ni kena main 'tarik-tarik' dulu tau..
prosesnya agak memakan masa 2-3 hari jugaklah kan.. 
tapi last2 bumbung tak jadi..jadi pasrah je la..
nak 'trace' yang orang lain punya pun kena ada caranya..bukan main 'trace' bulat2.. kita kena bijak dalam melukis ni.Tak boleh bergantung pada orang lain seratus peratus. Di mana ada kemahuan,disitu ada jalan. InsyaAllah Allah akan permudahkan segala urusan kita.





[Front view]
[right elevation]

[1 Point Perspective]


Nak cakap macam mana ek..tapi dalam banyak-banyak exercise saya rasa seronok buat 1 point perspective ni ^_^  ---------------->
tak tahulah kenapa..best kot..hehe
yang saya punya ni biasa-biasa je..orang lain buat lagi lawa,kemas dan bersih..semua ada kelebihan masing -masing.Mana boleh jeles2 ni..tapi kalau jeles tu membuatkan kita bangkit dan bergerak lebih maju kehadapan,tak apalah..itu dimaafkan.Manusia tak sempurna,begitu jua lukisan..namun kita boleh buat yang terbaik.Tak ada sebab untuk kita mengalah,yang penting kita kena yakin dengan Allah.Barulah hati jadi tenang, :).






Banyak kali lukisan saya tidak memuaskan hati lecturer dan harus di're-do'. Madam Ju banyak bagi peluang kepada kami untuk menghasilkan lukisan yang terbaik. insyaAllah dengan berbekalkan pengalaman dalam GC1 saya akan berusaha lebih lagi untuk GC 2 yang akan datang.

[ini dia Final Project GC..Trimetric ..hhoho]

Di saat project inilah,semangat saya mulai luntur dek kerana banyak memikirkan tentang pointer yang entah pape tu..lalu saya menelefon Abah..saya katakan padanya bahawa saya tak dapat berikan Abah pointer yang tinggi sem ini sebab gc.Abah diam,lalu berkata..
"tak apalah..yang penting Na buatlah yang terbaik..doa dan tawkkal.."
Syahdu saya mendengarnya :').Saya bangkit semula tanpa menghiraukan apa orang nak kata.. tak kisahlah dah terlambat ke apa..yang penting saya sudah lakukan yang terbaik atas kemampuan saya. 


<--[inilah cover [board] terakhir setelah di'reject' beberapa kali oleh lecturer.]

Baiklah,setakat ini sajalah celoteh saya kali ini..mata sudah tidak larat..sekian..wassalam ,,

Urban Planner to be,
QausuQuzahin
Kg Melayu,Subang.
23 Oktober 2012
01:57 a.m

Saturday, October 13, 2012

Merenungi Luar Jendela

Assalamualaikum.. sekadar mengisi ruangan ini dengan beberapa keping gambar yang mungkin tiada makna apapun bagi anda tapi cukup berharga buat saya.


inilah dia satu sudut kamarku ..dari sini saya boleh lihat salji turun dari langit ^^
pastu malam2 boleh tidur menghadap bintang dan bulan di angkasa..
Alhamdulillah syukur..i love this view :)

okay ni apa pulak ya?..kalau nak tahu kat sini lah saya menghabiskan banyak masa untuk buat GC..
seronok tau..saya suka lihat pemandangan..
jadi sebab tu lah saya suka duduk sini :)

selaku pelajar AED..wajib bagi saya untuk memiliki senjata alat tulis ni
pensil ,pembaris,tsquare, adjustable set square,kertas, drawing pen,dan sebagainya
saya sayang semua barang2 ni sebab ia penting tau..
kalau tak ada macam mana nak melukis,kan?[paling penting..masking tape mesti ada..hoho]

ni jam yang saya baru beli..hehe..bukan nak show off..tapi sebab dah lama tak pakai jam tangan ni.. lagipun bukan mahal pun..tapi ia tetap bermakna bagi saya :))

apa ni? ni lah hadiah yang Iylia bagi kat kami[roomate kc929] dulu...hihi.. 
saya dah lama usha yang Iylia punya..sama je pettern macam ni..
tak sangka pulak dia nak bagi hadiah kat.. kitorang benda ni..comelnya ^_^

setakat ini sajalah..sekian..wassalam :)

Disediakan oleh,
QausuQuzahin
CFS IIUM ,Petaling Jaya
02:51 a.m
13 Oktober 2012

Saturday, October 6, 2012

Menuju Cinta Illahi

Assalamualaikum..



Kali ini saya tidak mahu bercerita panjang,sekadar sedikit renungan buat diri saya sendiri dan kita semua. 

Kawan saya pernah berkata,"kau tak ada kawan baik lelaki,memanglah boleh cakap macam-macam.. nanti kalau kau dah ada,mesti kau akan buat 'lebih' lagi daripada dia..".
Aku terkedu lalu membalas," cakap pasal 'kalau' ni, kapal terbang pun boleh jadi biskut kan..tak gitu?.."

Untuk seterusnya saya hanya diam membatu. Hal ini membuatkan saya untuk kembali merenung diri yang serba kekurangan. Hati manusia mudah bebolak balik. Ya,saya akui..saya khilaf. Moga kita semua sentiasa istiqamah dalam mujahadah melawan hawa nafsu. Saya manusia yang punya hati dan perasaan. Namun janganlah kita mudah goyah dengan tipu daya  permainan dunia.  Syaitan memang suka melihat kita jatuh ke lembah maksiat,agar kita lalai daripada mengingati Allah.Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita kepada maksiat.Akhir kalam, elakkan dari melakukan perkara-perkara lagha dan sia-sia.
Ingatlah ,Allah tidak berfirman 'janganlah kamu berzina' tetapi Allah s.w.t telah berfirman "Dan janganlah kamu mendekati zina." Kerana Allah Maha Mengetahui kedudukan kita selaku manusia yang mudah lupa.Maka Allah telah menyarankan dengan tegas agar kita tidak mendekati lorong-lorong yang menghampiri zina terlebih dahulu,sebagai contoh, ber'couple' dan istilah yang sama makna dengannya [tak kisahlah bff,crush ke apa entah].kerana ia akan membuka pintu kepada maksiat.

Wallu'alam~


P/s:

Ayuh sama-sama kita bertaubat dan memohon keampunan  dari Allah atas kelalain  dan kealpaan kita dalam mengingati-Nya.
Semoga kita bertemu jodoh yang dapat membawa kita menuju cinta Illahi. InsyaAllah..

"Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’” [HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]




Coretan,
QausuQuzahin
Kg Melayu,Subang.
09:43 p.m
06 Oktober 2012


<---Adam Dan Hawa ^__^ 
[tiba-tiba je..tolonglah. kang tak pasal2 ada orang geli tengok gambar ni -..-".]

Friday, September 28, 2012

Teknik Imbas Kembali


Assalamualaikum..


Apa khabar iman  saudara saudari semua? sihat tak? Moga semuanya dalam keadaan sihat jasad dan batin.Kalau tak sihat tu,sihat-sihatkanlah..pergilah jumpa doktor ke apa,namun sebaik-baik penyembuh ialah Allah.Mohonlah perlindungan dari Allah dari segala penyakit zahir dan penyakit hati. Oh.. panjang betul mukaddimah saya..hehe.. tajuk entri kali ini 'Imbas Kembali' saja saya beri sebab saya baru lepas imbas kembali apa yang telah terjadi sepanjang jalan cerita hidup saya selama ini.

Ada gelak tawa,
Ada tangis duka,
Ada senyum ceria
Ada sayu dan pilu..

Semuanya bagi saya terindah .Tak kira pahit manis tawar atau hambar ,ia tetap menjadi sebahagian dari hidup kita.Apa yang seronok bila menulis blog ni,kita boleh baca balik apa yang kita tulis suatu ketika dahulu. Kadang gelak sampai rasa nak guling-guling,kadang rasa sayu lepas baca balik apa yang saya pernah tulis dulu. Entri2 blog  lepas, banyak mengajar saya erti kehidupan. Melihat bermacam ragam manusia, dan saya lebih mengenali diri sendiri.Ada kenangan yang saya tak boleh lupa saya tulis dalam blog,dengan harapan suatu masa nanti bila saya terlupa akan ia,saya dapat baca balik dalam blog saya.Blog saya bukanlah diari semata, tapi lebih kepada nilai yang saya cuba sampaikan.Agar diri saya dan pembaca mendapat manfaat dari blog ini. Saya kongsikan pengalaman dan apa yang saya tahu di ruangan blog ini. 




Masa tak mungkin diundur, kita tak dapat lagi kembali ke masa lampau.Tapi apa yang kita mampu lakukan ialah mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Peristiwa lalu telah mematangkan fikiran saya yang dulunya kebudak-budakan..tak tahu yang mana hitam dan yang mana satu putih. Hidup ini penuh dengan warna warni kehidupan :-). Redhalah atas apa yang terjadi, tak perlu mempersoalkan kenapa ia begitu dan begini?..itulah namanya takdir. Tak semua benda yang berlaku dan akan berlaku adalah mengikut apa yang kita mahu.Kita haruslah sedar semua yang berlaku ialah atas kehendak Allah mengatasi segalanya. Dia yang Maha Berkuasa . Jangan expect semua orang akan jadi seperti apa yang kita mahukan. Kita tak boleh mengubah perangai orang melainkan diri kita sendiri. 

Sebagai penutup, saya harap diri saya dan anda dapat menjalani hidup kita dengan hati yang terbuka. Jangan bila ditimpa ujian kita terus-terusan mengeluh dan merungut, tapi cubalah untuk bersyukur. Kerana baik atau buruk suatu peristiwa yang menimpa kita itu semuanya datangnya dari Allah. Percayalah pada Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin ada manis disebalik pahit yang kita telan.Sekian, Terima kasih.

Wallua'lam~

Penulis,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya.
07:08 p.m
28 September 2012




Thursday, September 27, 2012

Terpenjarakah Aku?


Agaknya bagaimana penjara itu?
Adakah ia sekadar tempat yang dibatasi dengan pintu besi yang penuh berduri?
Cuma orang yang pernah berada di dalam sana sahaja
yang mengetahui bagaimana sebenarnya penjara itu
tiada sesiapa yang bisa melepasi tembok batu it
Ramai manusia yang terpenjara di sana
namun lebih ramai lagi yang terpenjara dalam kehidupan mereka sendiri.
Aneh bunyinya..
Tapi itulah hakikat yang pahit untuk ditelan
Mengapa begitu?
Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik cara
Jadi berfikirlah
Gunakan akal dengan sebaik-baiknya..
jangan pernah terpenjara dengan kehidupanmu sendiri
Bebaskan diri dari belenggu berkeluh kesah
Kerana Allah ada
Sentiasa menemanimu perjalanan hidup ini
Percayalah setiap hal yang terjadi
bukannya suatu kebetulan
Ianya memang sudah dirancang oleh sebaik-baik perancang
samada kamu mengambilnya sebagai pengalaman atau pengajaran 
kadang mungkin itulah yang membuatkan kita kuat untuk teruskan hidup
Perjalanan masih panjang
Hargailah masa yang terluang
kerana
Penjara hanya untuk orang yang  menggunakan waktu yang ada
 dengan melakukan sesuatu perkara dengan jiwa yang kosong.
 Jiwa adalah tempat dimana hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya.
Serahkanlah jiwa itu kepada-Nya
Maka kita tidak akan terpenjara.


P/s:

Disaat ini daku melihat semua rakan sibuk berjuang melakukan GC..tapi aku?..ya masih disini..sedang mencari semangat diri yang tenggelam timbul dikala ini. Harapanku agar dapat menyiapkan GC malam ini. Entah bagaimana caranya,moga Allah suluhkan jalan untuk ku melaluinya . Perlahan-lahanku meniti jalan nan berliku,semoga selamat sampai. insyaAllah.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membantu selama ini.Akhir kalam, 

"Bebaskanlah dirimu dari penjara kehidupan
Ketahuilah
Bahawa hidup ini terlalu singkat untuk berkeluh kesah kerana hal dunia
carilah cahaya dikala kelam
Pandanglah langit yang terbentang luas
Sedarkan diri akan kebesaran Tuhan
Barulah hati menjadi tenang."


Nukilan,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya
01:03 a.m
27 September 2012

Sunday, September 16, 2012

GC oh GC~

Assalamualaikum..



Agaknya dah lama saya tak conteng kat blog ni kan..lately, saya sedikit busy dengan jantung hati saya, GC[ Graphic Communication..ala..yang main lukis-lukis tu..-..-"]. Banyak perkara yang telah terjadi kebelakangan ini yang menguji stamina,mental dan emosi.Ya ,saya akui memang GC banyak mempengaruhi hidup saya.Dulu mungkin kehidupan saya normal dan sama seperti orang lain..namun sekarang dah tak macam dulu lagi..Bukan saya nak kata 'tak ada life' ..tapi perubahan dalam hidup itu berlaku.Dan saya menghargai setiap detik bersama GC. Hidup ini indah apabila kita tahu menghargainya. Banyak benda yang saya telah pelajari dari GC selain dari melukis.Saya belajar sesuatu yang tidak diajar dalam buku iaitu Pengalaman . Tak semua orang akan melalui pengalaman seumpama ini. Berjaga pada waktu malam,kadang-kadang tu tak tidur lansung.Tapi tak mengapa, bak kata seorang sahabat saya di twitternya..
"Kita merungut bersusah dengan pen dan kertas, sedang mereka di sana sibuk bergelut dengan peluru dan senjata. Siapa lagi perit sebenarnya?.."kata Atiqah Azahari.
[GC...]

Biasalah adat orang berjuang,mestilah ada banyak halangan yang akan datang menduga. Jadi, jangan mengeluh..ujian kita tidak seberat saudara seislam kita di bumi Palestin atau Syria. Terlalu kecil jika ingin dibandingkan. Ayuh kita teruskan langkah ini walau terpaksa memijak duri dan melalui jalan yang berliku. 

Ingin saya kongsi apa yang saya dapat pelajari daripada subjek GC ini..

1. SABAR dan REDHA
Ya,sabar. Dulu senang je mulut ni cakap 'Sabarlah..." bila tengok orang lain tension buat GC ke ED..sekarang dan kini saya telah merasainya dan memahami apa itu hakikat sabar. Bukan mudah untuk sabar..itu sahaja yang boleh saya katakan.. tapi cubalah kita redha ,pasti sabar itu akan hadir dengan sendirinya. Memanglah kadang-kadang tu,saya akan rasa putus asa bila drawing saya tak jadi dan tak lawa macam orang lain.Saat itulah ,saya mulai terfikir


"Mengapa aku mengeluh? padahal aku sudah berusaha sedaya upaya aku untuk membuat GC ini.. setiap insan diberi kelebihan masing-masing.Tidak harus untuk aku berasa rendah diri apabila mengenangkan lukisan aku yang tidak seberapa ini.Aku mesti bersyukur dengan apa yang Allah beri berdasarkan usaha dan kemampuan aku.."
Lantas saya hindarkan semua perasaan negatif itu supaya ia tidak melarat sehingga mematahkan semangat saya. Saya redha dengan keputusan yang saya dapat.Banyak drawing yang kena 'RE-DO'. Perkataan yang cukup sinonim bagi pelajar AED [Architecture and Enviromental Design]. Maknanya saya kena buat balik drawing yang saya dah hantar. Masa itulah, saya kena banyak sabar. Re-do dan Redha. ^__^ "Terimalah dengan hati yang tenang...ya Amalina.." Desis hatiku. 

Sedih tu memang sedih ,tapi sampai bila saya harus meratapi GC yang kena re-do tu kan?.. Masa perlu diatur dengan cermat sebab dalam pada masa yang sama Exercise GC yang lain bakal menanti. Masa tidak boleh dibuang begitu sahaja. Banyak benda lagi yang harus dilakukan, sem ini bukan subjek GC sahaja yang saya ambil,subjek lain seperti Computer, Introduction to Enviromental Design [I.B.E] serta English juga tidak boleh diabaikan. Tidak boleh pilih kasih antara keempat-empat subjek itu. Semuanya perlu diberi perhatian. 
Tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..muhasabah..dan hembuskan nafas dengan kalimah 'Lailahaillallah'. Tiada tuhan selain Allah. Ingat tu..jadi kita mohonlah kepada-Nya agar diberi kemudahan dalam mengharungi arus deras yang mendatang ini.insyaAllah, kita pasti boleh!

2.OPTIMIS



Apa itu optimis?..saya bagi contohlah senang..macam ni,katakanlah ada orang marah-marah kat kita ataupun tak puas hati dengan kita..cuba kita senyum masa tu..agaknya apa yang kita rasa?.. Optimis tak?.. senang cakap lebih kurang seperti berpositif atau bersangka baik, cuma optimis ni lebih kepada kita terima apa jua situasi tak kira baik atau buruk dengan hati yang tenang. Saya belajar dari GC. Saya tahu saya dah banyak lukakan hati orang yang saya sayang bila mood saya tiba-tiba bertukar jadi tak baik semasa buat GC. Bukan mudah nak kawal perasaan yang tertekan.Masa tu syaitan dan nafsu sering berbisik yang bukan-bukan  agar saya berputus asa.Tapi saya berusaha untuk jadi lebih optimis sekarang supaya orang sekeliling tidak merasa tempias akibat tekanan yang saya alami semasa melukis. 


"Ala..melukis je pun..apasal nak stress sangat?.." sesetengah orang akan berkata begitu. 
Kalau diberi masa sebulan untuk menyiapkan satu projek GC ,saya rasa mungkin tidak akan ada tekanan.Tapi bila diberi masa 24 jam, fikirlah sendiri apa yang akan berlaku.Melukis ni memerlukan daya tahan stress yang tinggi kerana kita harus fokus dan teliti apabila kita melukis kerana ia melibatkan matematik dan seni.Silap perkiraan walaupun 1 cm akan meyebabkan kita kena Re-do atau buat balik lukisan tu dari awal. Nampak tak permainan GC ni??..hoho..Jadi, optimislah ya :)

3.Kenal Diri,Kenal Allah.
Saya mulai mengenali diri saya sendiri.Jika tidak diberi tekanan ..mungkin saya tidak akan sedar diri saya yang sebenarnya. Saya ini cuma hamba Allah , memang saya layak untuk diberi ujian,dan tidak patut bagi saya untuk mempersoalkan 'kenapa begini dan begitu..?'. Allah telah mentakdirkan saya untuk berada dalam medan AED ini. Percayalah pasti ada hikmah disebaliknya . Iman sentiasa teruji apabila ber-GC . Ramai yang terkandas solat subuh apabila ber-gc disebabkan berjaga sepanjang malam. Namun ia tidak harus dijadikan alasan untuk melewatkan solat.Kerana itu sebenarnya  kayu ukur keimanan kita kepada Allah. Saya pernah melalui pengalaman yang sama. Ada kala saya terleka mengatur urusan dunia sedangkan ia belum tentu menjamin syurga. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..kerana Allah sangat rindukan rintihan suara kita kepada-Nya. 



Mesti ingat! No matter how busy you are,always remember Allah :) . 


Baiklah,setakat ini sahajalah coretan saya .Apa yang saya tulis ni diharapkan dapat direnungkan oleh kita semua khususnya pelajar AED. Jangan pernah menyesal kerana terpilih dalam course ini. Kita hanya mampu merancang,namun sebaik-baik perancang ialah Allah. Berdoalah selalu agar kita diberi kekuatan menghadapi ujian dipersada seni ini. InsyaAllah.

Akhir kalam ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga tersayang dan sahabat handai yang sentiasa menyokong saya dan sering memberi kata-kata peransang apabila saya merasa jatuh dan lemah selama ini. Kalian semua anugerah terindah yang Allah utuskan kepada saya.Terima kasih juga kerana kalian telah banyak bersabar dengan saya selama ini.Tak kira dari sisi buruk saya ke apa ,kalian semua menerimanya dengan hati yang terbuka..Disini saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan saya yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan. Bukan niat saya untuk tidak menjadi seperti mana yang kalian mahu.Saya cuma insan biasa yang banyak melakukan dosa.Maafkanlah saya atas keterbatasan saya untuk memahami dan memuaskan hati kalian. InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan saya. Mohon doakan saya ya semua :) Sekian.. wassalam.

Moga Allah Redha~


Penulis,
QausuQuzahin
Gombak
16 September 2012
02:35 a.m