Berubahlah Kerana Allah
Bila disingkap kembali sejarah,
Ku sedar siapalah diriku,
Dulu,
Aku pernah menjadi gadis,
Aku pernah menjadi perempuan
namun,
itu tidak pernah mematahkan semangatku
untuk Menjadi muslimah sejati..
Dalam hati ini sering berkata-kata
Aku inginkan perubahan dalam hidup
semuanya kerana Aku Cintakan Allah dan Rasulullah
Ya,aku memang tetap aku
Seorang yang sedang bertatih menjalani hidup
Siapapun aku yang dulu
Aku sentiasa bersyukur pada Allah
kerana tanpa diriku yang dulu
Takkan pernah menjadikan diriku yang sekarang.
Alhamdulillah..
Syukur kerana dikurniakan keluarga dan sahabat
yang memahami diriku ini
Mereka yang menggapai tanganku sewaktu aku jatuh dahulu
Ucapan mereka yang mereka beri ialah suatu inspirasi bagiku
untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Terima kasih kepada mereka.
"I didn't change,I grew up."
Ya,benar kata itu.
Pengalaman mematangkan aku
Mungkin tidak dalam semua perkara
tapi cukup untuk membuat aku kenal erti hidup.
Kini aku bangkit,
walau apapun halangan yang mendatang
akan ku tabah mengharunginya
sehingga satu saat nanti
aku dibawa menghadap bertemu Rabbi..
p/s:
"The time is always right to do what is right." :)
Tinta hati,
QausuQuzahin
Gombak
5 Jun 2013
12:07 p.m
"Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.." -Padanya Ada Hikmah-
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Friday, June 7, 2013
Friday, January 25, 2013
Live Life By Design
Assalamualaikum..
Apa khabar semua?..Moga dalam keadaan sihat belaka.Sekejap lagi saya akan bertolak ke Perak.Jadi, sementara ada waktu yang masih berbaki ini,saya ada sedikit perkongsian buat peringatan diri sendiri dan jua teman-teman.
Live life by design ,not by default
Mengapa kita mesti hidup dengan design ? Sebab setiap manusia yang Allah yang cipta masing-masing ada keunikan yang tersendiri.Setiap orang ada peranan tersendiri.Tak semua orang kena jadi guru ,arkitek dan sebagainya.Apa yang penting,dan yang perlu kita tahu ialah semua profession ialah dai'e. Kita harus bina hidup kita sendiri mengikut jalan yang Allah redha.Asalkan Allah redha,tap perlu fikir 'Apa orang kata?'.Yang penting, "apa Allah kata?". Apa jua keputusan yang kita buat dalam hidup,kitalah yang akan menanggung segalanya.Pedulikan kata-kata cacian, sindiran yang akan melemahkan kita. Kita punya hak menentukan ke mana arah tuju hidup kita. Jika kita ingin berubah ke arah lebih baik, maka teruskanlah.. usah gentar dan ragu,Allah ada bersama kita. Allahuakbar..!
Destinasi Abadi
Hidup ini ialah satu perjalanan menuju ke negeri abadi.Kampung kita bukan di Bachok,Kg Melayu Subang dan sebagainya..kampung sebenar kita semua ialah Kampung Akhirat.
Setiap kali ingin pulang ke kampung,seharusnya kita membawa bekal yang cukup keranaselepas ini,kita akan hidup di kampung akhirat itu buat selama-lamanya.
Buatlah dan kerjakanlah amal soleh serta berbuat baiklah dengan sesama manusia.
Semua insan menginginkan yang terbaik buat mereka.Kita semua sedang menuju ke negeri yang sama.Ya,negeri akhirat,kampung akhirat.Namun,tak semua berjalan dari arah yang sama. Kita tidak boleh menghukum orang lain salah jika mereka melalui jalan yang lain dari kita.Mereka cuma buat apa yang mereka tahu dengan ilmu yang mereka ada. Seharusnya kita bersikap terbuka dan cuba menolong mereka untuk menunjukkan arah mana yang betul.Dan andainya mereka sudah berada di jalan yang benar,sokonglah mereka dan doakanlah mereka supaya kita semua dapat sama-sama sampai ke destinasi yang di tuju.
Wallahua'lam~
Yang benar,
QausuQuzahin
Kg Melayu Subang
08:50 p.m
25 Januari 2013
Wednesday, December 26, 2012
Penutup Tirai 2012
Assalamualaikum.. apa khabar anda semua?..harap sihat selalu.. semoga hari ini dan seterusnya kita semua dalam keadaan bahagia dan bersyukur.
Sebagai pentutup tirai 2012 ni saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya terhadap semua orang yang saya kenal termasuklah anda ,pembaca kerana mungkin selama saya menulis di blog ni saya mungkin ada mengguris perasaan anda.Saya mohon maaf.
Hidup ini Ujian
Saya akui tahun 2012 adalah tahun yang sebenarnya telah banyak mengajar saya erti hidup sebetulnya. Memang saya banyak buat silap,tapi dari kesilapan itulah saya cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah ,sama-samalah kita memperbaiki diri .
Kalah bukan bermakna Mengalah
Kita manusia yang tak lepas dari membuat kesalahan..adakala kita diuji dan kita kalah.Tapi ingatlah, kalah bukan bermakna mengalah.Percayalah ada seribu satu lagi cara untuk kita mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi.'Kegagalan sebenarnya ialah kejayaan yang ditangguhkan'. Kita cuma perlukan sedikit kesabaran dan keyakinan bahawa kita akan berjaya jua satu hari nanti. Jangan takut untuk rebah,kerana hanya apabila kita rebah kita boleh melompat dengan lebih tinggi.Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran kita.mungkin.siapa tahu kan?. 'Miracle is another name for hardworking'.
Short-Sem yang sangat hebat!
ok..saya nak cakap sikit pasal short sem ni. Sebelum ni saya ingatkan short sem ni apalah agaknya ,ek? Rupa-rupanya ..sangatlah best sebenarnya.Saya kira inilah sem yang paling relaks sekali.. ^_^ Belajar tanpa stress.. semua smooth je..tenang dan steady.. jadual tak padat macam dulu dah. Semoga sem depan lebih baik dari sem ini.
Akhir kata,semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam bermujahadah , dijauhkan dari perkara yang mendekatkan kita pada maksiat serta diberi ketenangan dalam menghadapi apa jua situasi yang akan datang. :)
Salam dari,
QausuQuzahin
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
01:08 a.m
26 Disember 2012
Sebagai pentutup tirai 2012 ni saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya terhadap semua orang yang saya kenal termasuklah anda ,pembaca kerana mungkin selama saya menulis di blog ni saya mungkin ada mengguris perasaan anda.Saya mohon maaf.
Hidup ini Ujian
Saya akui tahun 2012 adalah tahun yang sebenarnya telah banyak mengajar saya erti hidup sebetulnya. Memang saya banyak buat silap,tapi dari kesilapan itulah saya cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah ,sama-samalah kita memperbaiki diri .
Kalah bukan bermakna Mengalah
Kita manusia yang tak lepas dari membuat kesalahan..adakala kita diuji dan kita kalah.Tapi ingatlah, kalah bukan bermakna mengalah.Percayalah ada seribu satu lagi cara untuk kita mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi.'Kegagalan sebenarnya ialah kejayaan yang ditangguhkan'. Kita cuma perlukan sedikit kesabaran dan keyakinan bahawa kita akan berjaya jua satu hari nanti. Jangan takut untuk rebah,kerana hanya apabila kita rebah kita boleh melompat dengan lebih tinggi.Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran kita.mungkin.siapa tahu kan?. 'Miracle is another name for hardworking'.
Short-Sem yang sangat hebat!
ok..saya nak cakap sikit pasal short sem ni. Sebelum ni saya ingatkan short sem ni apalah agaknya ,ek? Rupa-rupanya ..sangatlah best sebenarnya.Saya kira inilah sem yang paling relaks sekali.. ^_^ Belajar tanpa stress.. semua smooth je..tenang dan steady.. jadual tak padat macam dulu dah. Semoga sem depan lebih baik dari sem ini.
Akhir kata,semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam bermujahadah , dijauhkan dari perkara yang mendekatkan kita pada maksiat serta diberi ketenangan dalam menghadapi apa jua situasi yang akan datang. :)

QausuQuzahin
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
01:08 a.m
26 Disember 2012
Thursday, December 6, 2012
Life is beautiful.
Assalamualaikum..
Pecayalah bahawa hidup ini indah sebenarnya.Ia bergantung kepada cara kita berfikir. Tidak salah untuk kita merasa bahagia kerana Bahagia itu ada di sepanjang jalan. tak perlu menunggu di penghujung jalan untuk kita merasa bahagia. Allah tak tengok berjaya atau gagal kita dalam memperjuangkan islam,tetapi Allah melihat usaha kita dalam pertahankan islam dimuka bumi ini.Begitu jua dengan konsep kehidupan kita. Kita berusaha,Allah menentukannya.Kita mentadbir ,Allah yang mentakdir. Jadi jangan mengalah dalam mujahadah!
Matapelajaran baru
Tak kira apa jua yang berlaku ,baik atau buruk sebenarnya semuanya baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Anggaplah setiap peristiwa yang Allah izinkan ia terjadi itu sebagai matapelajaran baru untuk kita setiap hari. Memang kita takkan terlepas dari ujian hidup kerana hidup ini ujian. Bersyukurlah apabila kita diuji bukan sekadar bersabar.
Senyumlah :)
Senyumlah ,maka dunia akan tersenyum kepadamu. ^_^ Senyumlah dari hati..kita akan merasa kuat dengan itu.Murahkan dengan senyuman ,baru hidup kita bahagia.
Setakat inilah coretan saya kali ini.Lain kali kita jumpa lagi..InsyaAllah..
Aku yang berdosa,
QausuQuzahin
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
6 Desember 2012
Monday, July 23, 2012
Ayuh!Bangkitlah..
Assalamualaikum..
Saya cuma nak cakap yang..setiap apa jua hal yang menimpa diri kita,percayalah..Pasti ada hikmahnya" Jangan berputus asa dari rahmat Allah.InsyaAllah..Allah akan permudahkan jalan keluar untuk kita . :)
Me,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya.
04:34
23 Julai 2012
Saya cuma nak cakap yang..setiap apa jua hal yang menimpa diri kita,percayalah..Pasti ada hikmahnya" Jangan berputus asa dari rahmat Allah.InsyaAllah..Allah akan permudahkan jalan keluar untuk kita . :)
Me,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya.
04:34
23 Julai 2012
Sunday, June 10, 2012
Result?..apakah?
Assalamualaikum..
Tak tahulah kenapa tiba-tiba terasa nak cakap pasal benda ni.Padahal benda dah lama berlaku. Cuma mungkin ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh sedikit berkenaan result. Ramai yang tanya saya macam mana dengan keputusan peperiksaan saya.Saya jawab," Alhamdulillah, semuanya ok.." .Begitulah 'jawapan selamat' bak kata orang la,bukan saya. Bukan nak kata saya ni dapat A+ semuanya,tapi bagi saya tak kira A ke B ke C ataupun D sekalipun, itulah keputusan saya.Saya terima dengan redha.Saya anggap setiap keputusan itu adalah feedback yang kita dapat atas apa yang telah kita usahakan dulu.Andai kita dapat B- bukan bermakna kita tak pandai,tapi itulah hasil yang kita telah pun usahakan.Seharusnya kita bersyukur .Bukannya merungut [pesan pada diri saya juga] .Ini kerana semuanya sudah tertulis di luh Mahfuz. Seperti firman Allah dalam hadis Qudsi 'Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu,jika dia tidak mengubahnya sendiri'.
Jadi tidak patut bagi kita untuk merungut dan mengeluh atas keputusan yang kita perolehi. Itulah rezeki kita. Sabar dan syukurilah ia. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Untuk semester depan, mungkin saya perlu perbaiki lagi kelemahan diri dari segi pembelajaran dan kalau perlu, saya akan tukar strategi belajar.InsyaAllah.Semoga Allah redha.
Ditulis,
QausuQuzahin
Jelawat,Bachok,kelantan.
10 Jun 2012
11:43 a.m
Wednesday, April 25, 2012
Subhanallah ..Kuatkanlah Hati Hamba
Assalamualaikum..
'Exam is around the corner'. Ya, betul tu.. Di saat ini hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui isi hati aku ni. Mungkin berat yang aku tanggung di hati ini tidaklah seberapa jika ingin dibandingkan dengan orang lain. Aku tahu akan hakikat itu. Apalah sangat beban yang aku pikul ini.Ia hanyalah sekelumit daripada beban yang mereka tanggung. Namun, 'tidaklah Allah menguji seseorang itu ,melainkan dengan kemampuannya..' . Bila ingat balik ayat ini, semangatku naik balik.
Aku tidak boleh semudahnya berputus asa. Selagi masih ada masa, selagi itulah aku akan terus berusaha. Memang bukan senang membawa 'killer subject' iaitu Economic dan Statistic ,tetapi itu tidak menjadi halangan untukku meneruskan perjuangan ini. Teman seperjuangan sentiasa menyokong selalu ada disisi di saatku terjatuh, merekalah yang mencapai tangan ini lalu membawaku ke atas. Terima kasih, Fatin, Ila, dan Anim.Jasa kalian akan ku ingat sampai bila-bila.
Teringat pula saya akan subjek yang tidak dapat aku lari iaitu bahasa inggeris. Untuk sem ini, dapat saya katakan cabarannya lebih besar dimana untuk subjek ini 90% usaha harus di lakukan oleh kami. terima kasih saya ucapkan kepada Nazira dan Niena kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya. InsyaAllah segala yang saya belajar dari kalian,akan saya manfaatkan di masa akan datang.
Bila ingin berbicara tentang subjek FIM, wajah Ila bermain di minda. Dia tersenyum manis dan memberikanku kata-kata semangat. 'Kita akan sama-sama menempuhinya..'katamu kepadaku. Itulah yang membuatkanku sentiasa kental menghadapi apa jua kemungkinan.
Terima kasih juga dekat roomate dan jiran tersayang, Pujah,Iylia,Syaida ,dan Qiqi, kerana sanggup bertahan sampai sekarang memberikan kata sokongan dan galakan kepada ku agar terus teguh berdiri disini. Kesukaran yang kalian alami jauh lebih besar daripadaku. Maka dengan sebab itulah, aku merasakan tidak wajar bagiku untuk beralasan,kerana aku tahu jika kalian boleh, kenapa aku tidak?.. Syukurku ke hadrat Illahi kerana dikurniakan kawan yang kuat seperti kalian :')
Semoga hamba dapat menempuhi ujian ini dengan hati terbuka. Memang selayaknya hamba mendapat ujian, kerana hamba hanyalah seorang hamba. Ujian ini bukan untuk melemahkan ,tapi menguatkan. percayalah duhai hati. Allah itu ada. Tak perlu takut dan gentar, berjalanlah tanpa henti.
Desis hatiseorang hamba,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
25 April 2012
05:55 a.m
apa tu..?
Memori di CFS,
Motivasi,
My Story,
SAHABAT
Tuesday, April 17, 2012
Demam Peperiksaan Melanda Lagi!
Assalamualaikum w.b.t
Buat apa tu kawan-kawan? Tengah study ke..?baguslah kalau macam tu, jangan jadi macam gambar kat atas ni sudahlah..makan je tau (ehh..terasa pula saya). Semua orang sedia maklum bahawasanya kurang 2 minggu lagi kita akan menghadapi 'final exam untuk sem 3, 2011/2012). Jadi tak hairanlah kalau korang tengok ada orang yang selama ni tak pernah rajin study ,tiba-tiba boleh terbuka hati nak study,kan..(tak terasa pun.. -.-" huu). tak kisah la macam mana korang study,busy sekalipun,jangan lupa makan tau! jaga kesihatan tu baik-baik.Kang tak pasal-pasal demam ke pengsan time exam nanti. kalau kita tak jaga kesihatan diri sendiri,siapa lagi yang nak jaga?..fikir-fikirkanlah..siapa yang susah nanti kalau bukan kita, tak gitu?. ..
Biasalah musim peperiksaan,bukan hanya untuk menguji mental dan fizikal,malah spritual juga turut diuji,pelik kan?.Tapi itulah hakikatnya,masa macam ni lah banyak ujian lain yang datang menjengah dari sudut yang tak disangka-sangka. Walau apapun yang terjadi,pesan saya ,kita jangan cepat melatah dan lemah semangat.Kita ada jati diri,bukan jati orang.Jadi, kuatkan jati diri dengan melakukan solat sunat hajat dan amalan-amalan lain yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah.hadapinya dengan tenang,ok.Hanya Allah sahaja tempat pergantungan kita.Tiada apa lagi yang kita perlu takut, jika Allah yang Maha Besar bersama dengan kita. Yakinlah kita pasti berjaya~ InsyaAllah..Amin.
Akhir kalam,
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan 'selamat menempuh alam peperiksaan' khususnya kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya di Cfs IIUM ini,terutamanya Nazira,Iylia,Pujah,Anim,Fatin,Ila,Qiqi,Syaida,Myzatul,Aisyah,Aidurrah,Najla,nisa',Nadhirah, Aisyah Rasdei,Jamilah,Robi,Alia Hayati,Adilah Mardiah,Alyaa Zain,Eika Shaari,penghuni level 9 mahallah khadijah dan semua rakan-rakan yang mengenali diri ini. GOOD LUCK!!!.. saya sentiasa doakan kejayaan untuk korang. ^_^
sekian.terima kasih :)
p/s:
#jangan tiru aksi ini. -------------------------------->
Calon Peperiksaan,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
17 April 2012 bersamaan 25 Jamadil Awal 1433
01:15 p.m
apa tu..?
Memori di CFS,
Motivasi,
My Story,
SAHABAT
Monday, March 26, 2012
Anjakan Paradigma
Assalamualaikum w.b.t
Mungkin ada antara korang tak tahu menahu tentang 'anjakan paradigma' ni. ok, ni saya nak cerita . Menurut kefahaman saya, anjakan paradigma ni bermaksud melakukan suatu perubahan yang drastik bagi mencapai tujuan tertentu.Entahlah,betul ke tak. Tapi itulah yang saya faham. Kebiasaannya saya akan buat bila ada sesuatu yang menghalang saya mencapai apa yang diinginkan.Sebagai contoh, baru-baru ni saya telah menutup akaun Facebook dan Twitter. kerana bagi saya, benda alah ni sudah mengganggu ketenteraman hidup saya apabila tiba musim peperiksaaan. Sejujurnya, saya merasakan kekok bila tak dapat check notification facebook dalam satu hari.Tapi apakan daya memandangkan result mid-term saya yang tak seberapa ,sekadar cukup-cukup makan je,saya lebih rela begini. Biar orang nak kata apa. Asalkan saya bahagia.Tak adalah rasa bersalah sangat bila dapat result final nanti.Lagipun bukan lama sangat,lepas final exam nanti,saya 'on' la balik account fb dan twitter tu.' First thing first'.
Memanglah bukan senang nak senang. Kita tolak ke tepi benda kecil yang dapat mempengaruhi kita (facebook).Rasanya tak ada masalah kot kalau saya tak online untuk sebulan dua ni. Bukan ada nasi pun dalam facebook tu.InsyaAllah, kita boleh hidup lagi kalau tak bukak fb setakat ni. 'Belajar itu satu perjuangan, dan Perjuangan memerlukan pengorbanan'.
Tak perlu khuatir dan gusar, kerana Allah bersama dengan hambanya yang sabar. Tak dapat dinafikan hidupku terasa agak kosong sedikit,namun itu bukan alasan untuk cepat mengalah. Mujahadahlah duhai hati. Masih ada kerja yang lebih berfaedah daripada duk menghadap fb je tiap-tiap hari.Masa yang terluang, kita boleh baca buku, kalau malas sangat nak belek buku, kita boleh baca banyak laman blog yang elok seperti, http://maafcakap.blogspot.com/ , http://sebarkanbahagia.blogspot.com/ dan banyak lagi.
Kalau nak tahu,sebenarnya hidup saya terasa lebih aman dan tenang lepas tutup account fb dan twitter ni. Saya ada banyak masa untuk buat benda lain. Boleh spent time dengan kawan,boleh buat assignment dan banyak lagi. Sudah tidak terikat lagi dengan apa-apa. Buat masa sekarang, saya sedang cuba menanam minat membaca sedikit demi sedikit. Bukan mudah tapi kita mesti berusaha. At least, kita buat. Jangan tak buat apa-apa pulak. Rugi masa tau! 'Time is golden '.
P/s:
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ila, kerana menjadi pendorong semangat dalam pelajaran selama ini. Tak lupa juga kepada sahabat saya,Fatin dan Aniyyah yang sentiasa menyokong saya dari jauh. Juga ribuan terima kasih kepada roomate dan jiran kesayangan, Iylia, Pujah, Nazira, qiqi, syaida, dan Anim kerana sudi memberi tunjuk ajar apabila saya menghadapi kesulitan dalam pelajaran. Terima kasih banyak-banyak.
Sekian.
QausuQuzahin..
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
26 Mac 2012
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
26 Mac 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)