Wednesday, June 29, 2011

Tolong ingatkan aku


fahamilah maksud disebalik lukisan ini`

Tuesday, June 28, 2011

aLHAMDULillah...





"kenapa kau layan aku baik sangat??".. 
mesti tak ramai yang akan cakap macam ni,kan?..dan sesetengah orang biasanya akan cakap.."kenapa dengan dia ni?Asyik aku aje yang kena macam ni..jahat sangatkah aku untuk dilayan buruk seperti ni?"... 


itu salah satu contoh yang aku boleh bagi..Tapi sebenarnya ada banyak lagi ayat2 yang 'sewaktu dengannya' yang sering terpancul dari mulut kita..bunyi macam mengeluh..
Em,benarlah kata Prof.Muhaya,kita selalu tengok pada benda yang tak betul..Jarang kita tengok pada benda yang betul..Banyak mengeluh dan kurang bersyukur..kalau sakit,kita cakap.." kenapa aku sakit?ujian apa lagi ni??" 
jarang orang yang akan cakap,"kenapa aku sihat? Apa yang aku buat menyebabkan mata,hidung,jantung dan anggota tubuh badan aku yang lain sihat walafiat??..."


Aku pun kadang2 macam tu jugak..Tak sedar apa yang aku buat tu salah..Seharusnya kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang banyak ni..sihat,masa yang lapang,senang,hidup dan islam..Janganlah kita asyik memandang pada benda yang tak betul dalam diri kita..Sebenarnya banyak lagi yang ada, dek kerana kehilangan seseorang atau sesuatu yang kita sayangi,kita lupa akan nikmat yang melimpah ruah yang lain.. 


Rendahkanlah pandanganmu ke bumi Allah..perhatikanlah ke tanah, ingatlah asal usul penciptaan kita..Dari tanah kita datang dan ke dalam tanah jualah kita kembali...selain itu,tanamkanlah sifat merendah diri dalam sanubari kita..
Janganlah engkau dan aku sesekali mengatakan..
"Aku jauh lebih baik dari dia..Kenapa aku harus patuh pada dia?!"
kerana kata2 itulah syaitan dicampak ke dalam neraka jahanam..


p/s:
hati2 bila bercakap...



Thursday, June 23, 2011

single is simple,couple is trouble

tajuk ni agak besar skopnya untuk dibincang ,s0..bila aku betul2 free akan ku share pandangan aku..aku xde mase nak pikir pasal mende2 ni..so,.tunggu ye...

                                         ***********************************


ok..aku dah sedia nak cakap psal t0pik ni..akanku gagahkan jua jari2ku ini untuk mengulas serba sedikit tentang ni..Bukan mudah untuk aku posting tajuk yang agak sensitif ini,sebenarnya aku tak ada pengalaman secara lansung pasal couple2 ni..Tapi tak bermakna aku tak tahu apa2.. Dengan berbekalkan pengalaman yang dipengalamankan oleh orang lain ,aku boleh memahami situasi yang aku tak pernah alami..macam pelik je bunyinya kan?...(buat2 fahamlah ye..)


jap,Lupakan pasal aku..fokus pada diri kita dulu..boleh tak?kejap je...


baiklah,sebagai pendahuluan,untuk sejenak..Berfikirlah ... Allah telah menciptakan kita sebaik2 makhluk,,Dia menjadikan kita manusia sebagai khalifah di muka bumi ini..


Dari situ kita dapat lihat bahawasanya kita sangat istimewa jika dibandingkan dengan makhluk2 Allah  seperti (malaikat,iblis, haiwan,tumbuhan,jin dll.)..Apa yang membezakan kita dengan mahkluk lain ?


Ya,betul..Akal...
Sahabat2ku yang ku kasihi...


Mengapa ada yang masih ber'couple'?
Mengapa ada antara kita yang suka cari 'trouble'?
sedangkan mereka sudah tahu ,mereka punya akal..
Maka dosanya akan 'double'.. 


Maafkan aku,
kerana tidak mampu menegurmu,..
"Aku sudah tahu..!!"itulah kata2mu padaku...
Apa yang aku dapat lakukan untukmu hanyalah..
Berdoa..
Semoga engkau sedar dan kembali kepada Nur Illahi..


Panjang betul syarahan aku..sorry la..itu sahaja yang bisa aku katakan..Apa yang penting,
ingatlah kita ada akal fikiran..S0,gunakanlah ia untuk berfikir 1000 kali akan  baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu..Allah itu Maha Melihat apa yang kita lakukan...


p/s:
Janganlah mudah terpedaya dengan tipu daya syaitan...bersabarlah..yakinlah, Allah sudah menentukan jodoh untuk kita..Don't worry,be happy! 
Tanamlah ihsan dalam diri,insyaAllah ..tiada apa yang lebih indah dari cinta Allah...=)



Wednesday, June 22, 2011

Love so sweet





cinta? Apa makna cinta bagi korang..? "tak de maknanya.."sesetengah orang akan cakap macam tulah...Tapi,
pada aku cinta itu bermakna..ya, sangat indah,manis dan boleh membangkitkan jiwa..
Cinta apa yang aku maksudkan??
sudah semestinya cinta kita pada Pencipta kita..kerana apa?..kerana Dialah  Maha Berkuasa yang telah memberikan kita nikmat untuk  merasai cinta itu... Dan sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita,hari ini kita masih lagi bernafas di bumi milik-Nya ini...kita masih punya waktu untuk bertaubat di atas segala dosa yang pernah dilakukan dan berpeluang untuk memperbaiki diri serta dapat menambah amalan kebaikan kita..


Tiada cinta yang lebih sempurna dari cinta Allah..untuk mencintaiNya,terlebih dahulu mestilah mengenalinya...Kemudian,lihatlah keindahan ciptaan-Nya..Subhanallah,tidak dapat ditandingi oleh sesuatupun,..


Langit yang tidak bertiang..
Awan yang menurunkan hujan
Bukit yang tegak dan tinggi...
Laut yang tenang bergelora. 


Dan jika kau ingin mencintai manusia,pesanku.."cintailah si dia kerana cintamu pada Allah.."
pilihlah 'si dia' sebagai pasangan hidup sekiranya dia dapat mendekatkan lagi hubunganmu dengan Allah dan semakin cinta kepada agama Allah...  




p/s:
Aku teringin sekali untuk meneroka ke dasar lautan..ya,aku ingin melihat keindahan dan kebesaran Allah s.w.t..





Monday, June 20, 2011

setenang air di lautan





"jangan disangka air yang tenang tiada naga"  begitulah yang dikatakan badang kepada kawannya dalam filem magika.


 Apa pula kaitan pepatah ni dengan cerita(hidup) aku? Em, senang je .. kadang2 kita tak nampak realiti/perangai sebenar seseorang walaupun kita sudah berkawan lebih dari 10 tahun sekalipun..kata 0m putih, 'Don't judge a book from it's cover' .


tak kisahlah itu cerita orang lain..persoalannya sekarang , adakah anda rasa anda cukup mengenali diri sendiri?


Ada ketikanya, aku rasakan orang lain lebih kenal diri aku berbanding aku sendiri.. Ada kalanya aku rasakan aku tak boleh buat tu ,tak boleh buat ini..Tapi orang kata,dia tahu aku siapa, "kau mesti boleh buat! percayalah.." lebih kurang tulah ayat yang biasanya terpancul dari mulut diorang..simple.Dan sedikit sebanyak dapat tiup semangat aku  yang kian padam.


Sepanjang perjalanan cerita aku,,banyak orang yang aku jumpa..ada yang bawak watak yang baik ada  watak yang jahat sikit,,ada jugak watak sampingan yang mengindahkan lagi cerita aku.. semuanya memainkan peranan yang berbeza dan sentiasa berubah2 mengikut musim. 


Biasalah,kita kan manusia,nobody perfect..Iman kadang2 naik ,kadang2 turun, bila iman dah low tu,cepat2 la cas dengan charger alquran..mudah-mudahan dapat maintainkan balik iman tu..hidup kat dunia ni bukannya lama,..semakin bertambah hari,semakin dekatlah kita dengan kematian..so,apa tunggu lagi?tingkatkan iman dan bawalah bekalan pahala yang banyak di akhirat nanti...Teringat pula aku akan satu lirik lagu ni...

berikanku sebaris kata 
tuk ku susuri jalan gelita
mentera, karamat, kata pujangga,
azimat yang bermakna
disini simpang bercabang tiga,
tak tahu mana satu arahnya
kanan kiri manusia berdusta 
mungkir pada yang Esa..


mungkin ku bukan watak utama 
dalam pentas lakonan dunia
bimbang ku turut sama 
pasti aku yang binasa..


berikan aku pedoman ,harapan 
dan jalan kehidupan
tuk ku teruskan pengembaraan
tak rebah dan tersalah langkah
tunjukkan aku kawan simpang mana arah kejayaan 
timur,utara,juga selatan
atau arah mentari terbenam
Bersama menyusuri jalan para rasul nabi junjungan
menuju ke puncak gemilang terbilang
iman didada mengiring langkah.. 


p/s:
kalau nak diikutkan hati,mahu saja aku pegi daki puncak Gunung Kinabalu semata-mata nak release tension..apakan daya,peluang begitu belum ada lagi dalam hidup aku.InsyaAllah, jika Allah mengizinkan,aku akan sampai jua di sana.haha(angan2ku dari dulu)

Friday, June 17, 2011

Bisikan Hati


Aku menulis bukan apa yang aku lihat,bukan jua apa yang aku dengar atau baca.... tapi apa yang aku tulis ialah apa yang aku rasa setelah aku lihat .dengar ,fikir dan fahami.samada secara langsung atau tidak langsung ...Em, mungkin bunyinya agak sukar dimengerti ,tapi itulah yang aku rasa sebenarnya pada saat ini.


kegembiraan tidak bisa ditafsir pada wajah..tapi hanya  pada hati...
Dan aku gembira hanya apabila kau benar-benar gembira...