Tuesday, April 17, 2012

Demam Peperiksaan Melanda Lagi!

Assalamualaikum w.b.t



Buat apa tu kawan-kawan? Tengah study ke..?baguslah kalau macam tu, jangan jadi macam gambar kat atas ni sudahlah..makan je tau (ehh..terasa pula saya). Semua orang sedia maklum bahawasanya kurang 2 minggu lagi kita akan menghadapi 'final exam untuk sem 3, 2011/2012).  Jadi tak hairanlah kalau korang tengok ada orang yang selama ni tak pernah rajin study ,tiba-tiba boleh terbuka hati nak study,kan..(tak terasa pun.. -.-" huu). tak kisah la macam mana korang study,busy sekalipun,jangan lupa makan tau! jaga kesihatan tu baik-baik.Kang tak pasal-pasal demam ke pengsan time exam nanti. kalau kita tak jaga kesihatan diri sendiri,siapa lagi yang nak jaga?..fikir-fikirkanlah..siapa yang susah nanti kalau bukan kita, tak gitu?. ..



Biasalah musim peperiksaan,bukan hanya untuk menguji mental dan fizikal,malah spritual juga turut diuji,pelik kan?.Tapi itulah hakikatnya,masa macam ni lah banyak ujian lain yang datang menjengah dari sudut yang tak disangka-sangka. Walau apapun yang terjadi,pesan saya ,kita jangan cepat melatah dan lemah semangat.Kita ada jati diri,bukan jati orang.Jadi, kuatkan jati diri dengan melakukan solat sunat hajat dan amalan-amalan lain yang boleh mendekatkan diri kita pada Allah.hadapinya dengan tenang,ok.Hanya Allah sahaja tempat pergantungan kita.Tiada apa lagi yang kita perlu takut, jika Allah yang Maha Besar bersama dengan kita. Yakinlah kita pasti berjaya~  InsyaAllah..Amin.

Akhir kalam,
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan 'selamat menempuh alam peperiksaan' khususnya kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya di Cfs IIUM ini,terutamanya Nazira,Iylia,Pujah,Anim,Fatin,Ila,Qiqi,Syaida,Myzatul,Aisyah,Aidurrah,Najla,nisa',Nadhirah, Aisyah Rasdei,Jamilah,Robi,Alia Hayati,Adilah Mardiah,Alyaa Zain,Eika Shaari,penghuni level 9 mahallah khadijah dan semua rakan-rakan yang mengenali diri ini. GOOD LUCK!!!.. saya sentiasa doakan kejayaan untuk korang. ^_^  
sekian.terima kasih :)

p/s:

#jangan tiru aksi ini.  -------------------------------->



Calon Peperiksaan,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
17 April 2012 bersamaan 25 Jamadil Awal 1433
01:15 p.m

No comments:

Post a Comment