Saturday, October 8, 2016

Metafora Kehidupan



DIMANA AKU?

Di suatu sudut.
Sudut yang sudah lama tidak aku lewati.
Kosong.
Tiada siapa disitu kecuali aku.

Aku sendiri tidak tahu dimana aku.
Tetapi disini, aku merasa tidak asing.
Kerana sering kali aku tercampak ke sini.
Tiada sebab. Tanpa konteks.

Sudah puas aku meraung ..tolong aku..
Tapi Hampa.
Hanya sunyi menemaniku.
Sepi. Dan terlalu.

Di sudut itu,
Hanya aku seorang,
Sendiri. 
Tiada siapa tahu.

Jadi aku namakan sudut itu sebagai.. Kebuntuan.

. . . . . 

Aku inginkan sebuah jawapan,
Tanpa persoalan.

Sayangnya, bukan mudah
sedang kau tidak tahu, apa lagi mengerti..
lalu terus dengan sangkaan.

Jadi biarlah masa yang menjawab 
segala persoalan dan.. kebuntuan.


Yang masih buntu,
QausuQuzahin
IIUM, Gombak.
8 Oktober 2016
12:57 PM




Saturday, September 17, 2016

PRACTICAL TRAINING : Pejabat Tanah & Jajahan Bachok - Episod 1 (3rd Year Sem 3, 2015/16)

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. tamat sudah intership saya di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. (PTB) hoho. finoli..

How should I put this into words ya? Too many things to share. nak nasi campur ngan speaking sikit bulih dok? haha ..Mood speaking terabur dah datang. But before that, I want acknowledge to those who always help me during my internship here. (copy paste dari report je pon._.)



AKNOWLEDGMENT

“In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful.”

Praise be to Allah for three (3) months I undergo my internship that begins on mid-June this year till end of August, I finally successfully completed my Industrial training report. For past 3 months, I pray to Allah hoping my journey is in His bliss. I also would like to extend my thankfulness to the most precious persons in my life, my father and mother for all their moral support, financial support and also to my friends for never ending reminding me to always be honest and trustworthy during my training here.

I would like to express my gratitude and appreciation to Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok especially to my supervisor, Hj Wan Mohammad b. Wan Abdullah, for the guidance, support and opportunity that have been given to me to learn ,explore and experience new things and knowledge. Thank you so much for your cooperation during this practical training. It really does helps me a lot. Furthermore I would also like to acknowledge with much appreciation the crucial role of the staff in Technical Unit, Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok , Mr. Rasid, Mr Zaki, Mr.Riduan, Mr Norlida,Mr.Sajuri, Mr. Ros Madi, Mr Yusri,Mrs.Masitah and Mrs.Noraini.  A special thanks to Mr. Mohd Nor Hisham for sharing great information and more knowledge about Land Act and Legaslation in Malaysia. May Allah bless you all. Thank you so much.

________

Jadi sepanjang 2 bulan setengah Intern di PTB ni banyak yang saya belajar. Banyak pengalaman baru (sangat ._.) Dan yang paling penting I dapat drive kereta kuro ( Volkswegen) tau..haha kau hado? hee .. 

Hensem kan?? :D

Ingat lagi masa first day lapor diri dulu 20/6/16 , depa tanya kos apa? I cakap Perancang Bandar, then they decide to put me in Technical Unit. Katanya kena sikit dengan kos tu. Frankly speaking, boleh lah.. ada la relate sikit2.

#Kenapa Pejabat Tanah & Jajahan Bachok?
Actually, I tak pernah terpikiaq pon nak intern kat sini. Memula haritu beria nak praktikal kat Majlis Daerah Bachok. First choice pulak tu, no.2 tak silap JPS, no.3 JKR Bachok. Pendek kata, tak de dalam perancangan langsung. hoho.. Then pihak KAED minta kita sendiri follow up dengan agensi. Unfortunately, lepas banyak kali call MDB , depa cakap situ ada quota jadi tak dapat terima student lagi. Waduss.. sadis..hancur luluh harapan aku. :'( me is so sad..awat tak habaq awal2 kan.. Tak apalah tak ada rezeki, nak buat cemana kan. Kak Suzy (staff kaed) suh aku pilih satu je tempat. Bila duk pikir lelama, tak kira la macam mana aku nak intern kat Kelate jugak.

Aku tanya Abah,then dia suh apply kat office tempat dia kerja dulu, the thing is tempat tu kat KB, nun jauh disana..hmm  pastu dia suggest kt SUK.. tu pun KB jugak. Aku kalau boleh nak yang dekat2 je..tak payah masuk bandar. Kalau nak sangat bandar ke apa baik aku intern kat KL je senang, naik public hari2..hoho..( kalau private agency at least ,dapat jgk la elaun..)  Ada gak Abah suh intern kat area Subang ke Shah Alam ke.. tapi tu lah banyak benda nak kena pikir, sewa rumah la, transport la, macam2.. aku ni jenis yang malas nak complicated kan hidup ni. Lagi pun bulan puasa kot.. bila lagi nak puasa kat rumah kan?.

Fikir punya fikir,  sambil 2 aku duk google map cari tempat intern, aku ter'perasan' kewujudan PTB ni..then aku terus contact pihak PTB, aku try la call.. tak expect lebih pun. Cuba nasib je. Alhamdulillah.. aku diterima. Apa nak jadi pun jadilah.. yang penting dah dapat tempat intern. Yang lain aku berserah je la. 

(Spot Kak Ma disitu ^^)

# So macam mana first day Intern?
Lepas selesai urusan lapor diri, aku terus turun ke Unit Teknikal. Katanya kena jumpa dengan 'Wan Mat' , my supervisor. Aku disambut dengan gembira oleh Abe Qi (En,Zaki)dan Abe Yi (En.Sajuri) . Suddenly, depa ajak aku pegi site 'Aduan Awam' kat Perupok. Kaget jugaklah , ye lah first day kan tak expect pulak akan terus turun padang. hoho.. Basically, kami buat pemantauan je. Awkward sikit.. tapi aku cuba biasakan diri dengan diorang. Tak ada hal lah.. okay je.

Balik daripada site tu, aku diberi tunjuk ajar oleh Kak Ma cara-cara buat 'Pelan Sureh' dengan menggunakan software Map Info. Tak susah mana pun. 

(Bangga rasanya dapat sign benda alah ni..haha :D)
# Pengalaman yang tak dapat dilupakan
Ingat lagi masa tu dalam minggu pertama intern, aku ikut Abe Sik (En.Rasid) & Abe Duan (En.Riduan) pergi 'menyukat' (istilah Pejabat Tanah) (macam land survey) dekat Melor kalau tak silap la..hoho maafla ingatan akak ni ingat2 lupa gitu -..-" nak cerita pun tak reti, tapi pendek cerita, rumah Mak Cik A (bukan nama sebenar) ni kebakaran awal tahun ni. Jadi nak apply rumah .** rakyat. tak ingat lagi..huhu tapi ada isu sikit dari segi pembahagian lot. Tapi bukan itu main point kat sini, ceritanya masa jumpa dengan Mak Cik A ni , dia datang dekat dan tetiba peluk aku dengat erat. Aku agak terkesima. Seingat aku, last time orang peluk aku macam tu ialah Mok..(Mok peluk aku sambil nangis2 masa aku dapat result SPM dulu..hoho over dopp?)

Masa tu aku tak tahu lagi cerita pasal rumah Mak Cik A terbakar tu. Lepas tu baru aku tahu. Blank seketika. Tak apalah ,aku okay je.. hehe.. dia pegang tangan aku erat-erat sambil duk cerita kisah pilu hidupnya tu. Rumahnya habis terbakar,hangus dijilat api dan dia masa kejadian tu cuma sehelai sepinggang. Allahu..berat ujian dia. Aku dengar je. Nak pujuk2 orang ni tak berapa reti sangat. Cuma aku cakap, sabarlah pasti ada hikmah disebalik ujian ni. Semoga Mak Cik A tabah dalam mengharungi segalanya. Ameen..




Nak cerita semua kat sini macam banyak la pulak.. jadi boleh tak kalau akak sambung lain kali? sakit pulak mata tenung skrin lama-lama.. huhu.. kalau ada masa akak sambung ye.. Mianhe..

Yang masih amatur,
Amalina Husin
IIUM, Gombak
17 September 2016
11:13 PM

Thursday, May 26, 2016

#Throwback SEM 1,15/16 (3rd year, Sem 1, 2015/16)


Assalamualaikum w.b.t

Asal tetiba nak throwback ni? saja je.. baru teringat tak cerita langsung pasal sem 1 dulu.. sem 1 lepas kitorang buat Draft State Structure Plan Melaka (Rancangan Struktur Negeri Melaka).


"Melaka Bandaraya Bersejarah, Melaka maju,Fasa Kedua, Negeriku Sayang, Melaka Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753 tahun."


Saja nak cite ni sementara ingatan masih kuat. Benda ni untuk i baca 20 tahun lagi mungkin. Masa tu mungkin gambar dah hilang entah kemana kot..ye lah kan..mana tahu kot akak terlanggar dinding ke apa pastu hilang ingatan ke ke lupa diri ke apa..haa..harap bila baca balik benda ni akak akan ingat balik memori masa study dulu.


#THROWBACK

Day 1: Friday (2/10/2015)

Harini kami (studiomate) pergi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk briefing tentang Melaka. Kebetulan masa tu UiTM puncak Alam ke apa (if i'm not mistaken) buat study pasal SSP Melaka jugak.

(Pinjam yang Ila punya..hee)
Sem ini i tukar sector, asyik buat traffic je kan..so i tukar ambil sector infrastructure and utilities. I satu grup ngan Wani, then weolls berkolabrasi dengan grup satu lagi bersama Ila dan Suliana. I incharge in Telekomunication,ICT & Solid Waste management (SWM). Mula2 i contact ngan PIC Tm Melaka, so i pergi Tm untuk dapatkan data komunikasi di Melaka. Unfortunately, we didn't manage to get the data because it's very confidential and private. Its okay, kami faham.



Lepas tu kitorang gi check in hotel di Banda Hilir dulu. Selesa dan harganya agak berpatutan.


(lupa dah nama tempat ni..huhu)


Day 2: Saturday (3/10/2015)

Sebenarnya sector yang kitorang cover tak perlukan primary data sangat,mostly depend on secondary data.Jadi bila pergi site nampak macam pergi bercuti sikit. hoho..Malasnya nak taip.. i tunjuk gambar je la ye..huhu


(Melaka Gateway)
(Malay House)

(Dah kenapa??..haha)
(P muar tak rasa mee bandung memang tak sah..)

(Dapat naik free..so naik je la..haha ni kat antara johor -melaka. Jerebu kuat masa ni.. sebab tu nampak putih je pemandangan)
(Mai Melaka of course la kena pegi Pantai Klebang :D)
(Yeah.. site visit Melaka ni banyak habis duit bab makan je.. try asam pedas la pulak)

Day 3: Sunday (4/10/2015)

(Kat Masjid Tanah kalau tak silap..)

(Orang Melaka mesti tahu tempat ni kat mana)

(tak de keja..hoho)

(Pekena ikan bakar.. ni Prof belanja..hehe)

(Studiomate kesayangan.. Tq Prof Azeez & Prof Zin , Pic and all members for your cooperation ^^)

Day 4 : Monday (5/10/2015)

Untuk hari keempat ni, kami cuma pergi area Bandar Melaka untuk dapatkan secondary data yang mintak hari Jumaat lepas.

(Tengok dari jauh je..)
Overall, SSP ni seingat i dia more on policy making. Masa ni i dah retire jadi editor..haa finoli.. rasa lega sikit..bolehlah i nak ber'bisness sikit..hee.. tak de lah.. bagi peluang kat orang lain pulak. Ada yg lagi berbakat kot, rugi kalau tak diasah. Actually semua orang boleh jadi editor and graphic team, cuma nak kena rajin belajar je. Tak de hal lah..biasa i letak cover report kat sini kan.. tapi untuk sem ni tak ada sebab i tak compile rasanya.. i ada snap tapi tak tahu letak kat mana folder tu.. Kitorang buat saiz A5 untuk draft SSP..untuk technical lupa saiz apa tapi rasanya saiz A3 cuma di square kan gitu . 

Lepas siap technical  report, kitorang buat draft SSP, yang perit pasal technical report ni bab data je..kalau ada data memang nice..kalau takde terpaksalah refer ssp yang lama tu.hoho nak buat macam mana kan.. bukan senang nak cari data dengan time consuming ni.. ada banyak lagi assignment lain nak kena submit pulak tu. Jadi begitulah..sekadarnya. At least kita belajar sesuatu yang baru kan..

Ok lah chow dulu... ada jodoh kita sambung lagi..Assalamualaikum..

Yang rajin,
Amalina Husin
Jelawat, Bachok
26 Mei 2016
12:12 PM

Sunday, April 24, 2016

~LIFE ~ (3rd year, Sem 2, 2015/16)

Assalamualaikum..

Currently at studio..hmm stay up. Sekarang tengah tunggu layout siap, pastu boleh proceed dengan master plan. This sem kitorang prepare DPR( Development Proposal Report) atau dalam bahasa melayunya 'Laporan Cadangan Pemanjuan' Kg Sungai Mulia, Gombak.

Ni master plan yang crit 1..
 tapi lepas tu ada banyak perubahan. tak sama dah 360 darjah. Banyak nak kena baiki dan kena consider banyak benda.
Kami akan cuba sedaya upaya mengekalkan identiti kampung ini.

So, dipendekkan cerita site ni lebih kurang 110 ekar keselurahannya. Dikenali sebagai kampung tradisi. Akhir bulan 2 haritu kami buat site visit ke Kg Sungai Mulia.


Pstu kami join program 'Pasar Kasih Sayang' yang dianjurkan oleh SK Agama Zaid Harithah (if i'm not mistaken. huhu) Mengaplikasikan konsep 'Free market'.


Hari kedua site visit, kami sambung balik meronda kampung for our study purpose. Memandangkan tak banyak secondary data yang diperoleh.


Nice view in Kg Sungai Mulia


Macam tulah dipedekkan ceritanya. Lepas site visit kami buat technical report--> layout--> master plan--> DPR. Macam 1st year dulu, cuma yang ni kita buat dalam group. Lain sikit kaedahnya. haa..

AGD URP 16' Traditional Theme

Akhir kata, doakan kami berjaya menyiapkan projek kami sem ini. Memandangkan ini studio last kami, harapnya kami dapat buat yang terbaik. Insya Allah..

Yang rajin,
Amalina Mat Husin
KAED, IIUM
24 April 2016
04:23 AM


Wednesday, December 23, 2015

NIQAB #3

Assalamualaikum readers, whoever you are..

dah lama tak tulis kat sini..saja nak tulis balik kebetulan tengah free sekarang. Study week la katakan. Alhamdulillah , studio 5 semester 1, sesi 2015/2016 sudah melabuhkan tirainya. tetiba rasa bosan yang amat. Rindu pulak nak buat assignment  *macam menipu je ..haa.. so terasa nak sambung kisah pasal me and niqab tu..

Gambar sekadar hiasan
So far, Alhamdulillah. Cuti sem yg lepas aku dah selamat ambil lesen dan lulus P. Kaget jugak mula2 tu. entah lah masa tu fikir nak cepat-cepat dapat lesen so lepas ni senang nak gi mana2. *berangan ..

Back to the topic, lately, ramai pulak duk tanya 'kenapa aku berniqab?'
Aku pon hairan gak. Bukan sorang dua..tapi ada la 2-3 orang..haa..tadi kata ramai -..-"  

Sejujurnya, aku selesa begini. Ya , memanglah aku tak solehah mana pon. Biasa je. Layan gak Running Man tu. Sama macam korang, kalau korang nak samakan.

#Throwback
3 bulan yang lepas, aku start business. Aku mula dengan jual handsocks, lepas tu baju tshirt, cardigan, then, kasut, tudung, jubah dan macam-macam lagi aku try. Semuanya dropship. Dari situ aku kumpulkan modal ,pastu topup ngan duit PTPTN  then aku try run business sendiri, aku cari stok baju blouse, baju bundle aku ambik ngan my brother, pendek kata aku mula dari bawah. Bukan mudah nak bina tapak orang kata, tapi aku ingat abang aku cakap 'jangan mudah putus asa.' Nak buat apapun kita kena bina tapak dulu, bila dah kukuh baru bina tiang dsbg. (nanti i sambung cite pasal bisnes di bab lain ye)

The.Sinros.Shop

#Online business
Satu kelebihan bisnes atas talian ni ialah kita tak perlu jumpa orang. Semua melalui online transaction je. Senang je.Alhamdulillah, tak ada masalah dari segi tu. Walaupun customer tak pernah kenal aku, tak tahu pon aku pakai purdah, pendek kata tak pernah tengok pun muka aku, tapi diorang percayakan aku. Sebab kita ialah roh kita. Roh bukan pada rupa atau tubuh badan, tapi pada jiwa kita. Aku harap orang boleh terima aku seadanya. Itu je. Dan aku juga nak berterima kasih pada mereke, customer aku yang boleh terima dengan service aku. Walaupun kadang-kadang aku buat silap. Insya Allah aku akan cuba perbaiki di masa hadapan.

#Trend Niqabista
Aku akui ramai yang complain pasal benda ni. Kadang-kadang aku jadi malu dengan diri sendiri. Bila ada sesape mengata ke mengutuk niqabis lain aku pon #terasalahjugak sebab hati aku ni bukannya batu. Kecil je hati aku ni. Walaupun depa tak kata kat aku. dan aku bukannya macam tu. Tapi kita sesama niqabis ni ada perasaan juga. Tipulah cakap tak sedih kalau ada orang kutuk niqabis lain. Bagi aku walaupun mereka salah atau tak, siapa kita untuk buat judgement. Manusia yang baik takkan pernah melontarkan kata-kata memerli atau menyakiti hati orang lain. Itu bukan ajaran Nabi kita, apatah lagi menyebarkannya pula di medan sosial. 

Bagi aku tiada manusia yang sempurna didunia ini,hatta mereka berniqab. Mereka bukannya malaikat ataupun bidadari .Mereka pasti akan buat silap kadang terleka dan tertipu dengan dunia. Tugas kita menegur bukan memerli. Tegurlah dengan kasih sayang.Tegurlah seadanya. Mereka juga manusia.

Aku bukan nak backup sesape, tapi itulah yang lahir dari hati aku. Sebelum kita tegur orang tegurlah diri sendiri dahulu. Tanya hati, aku tegur si fulan2 ni kerana Allah atau kerana amarah?

Hidup ni tak lama pun kawan-kawan. Jangan disebabkan satu status ,tweet etc menyebabkan kita diherat ke neraka jahanam. Nauzubillah.

Kita hidup bermasyarakat. Haruslah kita saling toleransi. Cuba letak diri kita kat tempat dia orang yang kita kutuk tu. Mungkin kita tak dapat bayangkan. Tapi cubalah.. belajar memahami orang lain.

#Sorry
I'm not open to many people. Inilah aku. Kind of introvert sikit but not too much. Orang kata I live in my own cave. Yes,thats true. Bagi aku, media sosial is not our personal diary. So tak perlu cerita semua benda kat situ. Personal matter is personal. Itu hak kita. Jangan mudah tertipu dengan laman sosial yang cepat bertukar ganti trend nya. Apa yang baik kita share, yang tak baik jangan share. Life is simple.Its all about choosing. jadi pilihlah. 

#Common Sense
Kalau sekalipun kita tak boleh faham dan tak boleh terima orang yang berniqab ni, bagi korang ia sangat pelik dan menjengkelkan, at least respect lah mereka as human. Sebagai makluk yang Allah ciptakan. Bukannya hantu atau alien. Nak bergurau pun biarlah berpada-pada.

Jadi sampai sini sajalah bebelan saya, akhir kata doakan saya istiqamah dan kuat dalam mengharungi segalanya.

Sekian,

QausuQuzahin
IIUM, Gombak.
01:24 AM waktu Malaysia.
23 December 2015