Friday, January 22, 2021

A+A TTC Journey #part2 : Ttc with Endometriosis

Assalamualaikum hai gaiss.. this is amal. Baik, harini amal nk share tentang 1 benda yg amal tahu bukan amal sorang je yg experienced benda ni iaitu 'endometriosis'.

Jd 1st of all, apa itu endometriosis cysts? Untuk pengetahuan, ni amal cte based on experienced je. Amal bukan ahli perubatan atau pakar ok.

Seperti yang kita maklum cyst ni ada banyak jenis. Senang cite Endo cyst ni berkait rapat dengan darah period yang tak terkeluar semasa menstrual cycle/kitaran menstruasi. Jadi bila darah tu tak dapat keluar dia jadi radang dan menyebabkan darah yang terkumpul tadi membentuk ketulan darah.macam tu la lebih kurang. Kalau nak tahu lebih details boleh la korang google/ tengok je vid youtube.

Amal punya dlm ukuran 2-4cm. 2bijix2cm. 

Ok setakat ni dapat tak?

So, macam mana amal tahu atau di diagnos dengan endo cyst ni? Dan bila?

Baik, cite nya macam ni. #rewindpart1 Amal berkahwin pada bulan 8 2019. Masa 3 bulan pertama tu amal anggap biasalah kalau tak pregnant lagi. Masuk bulan ke 4 amal pum start buat research n ttc (trying to conceive) . Yelah impian Stiap pasangan yang berkahwin . sape tak teringin nak hamil or ada anak kan ? So amal try la cara macam2. Tanya orang tu tanya orang ni.. 

Amal dapat rasa yang simptom hamil tu ada. Contoh, sakit perut belah kiri, pening,kembung perut, rasa mual, mengidam etc.Tapi upt selalu negatif. Amal tertanya la kenapa kan? One day amal pun cari kat fb klinik pakar sakit puan or ogyn yg boleh kenal pasti apa sebenarnya masalah amal. Mesti ada sesuatu yang amal tak tahu.


Pada 13. 2. 2020,amal pegi klinik pakar sakit puan di kelantan. Mula2 tu doc tanya macam2, background, pernah senggugut tak? Dulu masa muda remaja kuat jugaklah sengggugut amal. Lepas kawin dah kurang sikit. Doc pon scan peranakan.. mula2 scan kt perut je . Tapi tak nampak. Then doc buat tvs(trans vaginal ultrasound scan) scan .Huhu..


So result dia amal ada endo cyst. Hm. Amal redha. Mungkin ini ujian. Tapi tak mematahkan usaha kami (me n husb) untuk ada zuriat. 

....

Memang pahit bila i dapat tahu yang i ada endo cyst tu. Penyakit yang agak kronik. Walaupun simptom i tak macam endo fighter lain. Period i tak pernah miss. Senggugut tu biasa je bg i. Kebanyakan org sakit teruk gle. agak sukar untuk hamil. Dan mungkin ambil masa ttc yg lama. Tapi at least i tahu ni dari awal. Bila tahu punca masalah, lebih senang utk kita cari solusi drpd kita berteka-teki. Iya dok..  i buat research, i tgk youtube yg relate dgn endo, tengok yang positif je. I msuk grup support fb yg ada endometriosis. Tapi lepas tu baik i takyah tengok sangat la grup fb tu.. sebab boleh down kan semangat i bila baca sharing org lain yang dah operate endo cyst. Huhu.. i jadi fikir macam2.. ada yg bertahun ttc..huhu

Back to story..i tanya doc kena pantang makan pape tak? Doc cakap makan je macam biasa..which later i found out that is not true.  Endo fighter kena jaga makan tau.. especially kalau ada pcos jgk mcm i (baru tahu sebulan selepas itu) huhu.. makanan sangat penting dalam control hormon kita. Fyi, sebelum kahwin berat i pernah cecah 54.6kg..pstu naik mendadak sampai cecah 68kg..fuhhh.. org ckp bahagia.. tapi entahlah.. i jadi terikut habit makan husb. Then turun sikit 66kg lepas diet and exercise . Tahu tak apa makanan cyst ni? STRESS. Ya stress.. so tak boleh stress2.. nnti cyst makin aktif n besar.. aiyoyo Tak dinafikan dulu msa buat keje design tahun 2016-2018 i kuat stress. Lepas i stop buat keje design kurang sikit stress n i lebih hepi. I jual online je. Now pkp i tak aktif menjual sangat dah.. so takde benda yang nak difikirkan sangat. Just focus jaga diri je. Buat bnda yang boleh hepi kan diri, contoh memasak ke melukis ke. Cuba relaks, fikirkan yang baik2 je. InshaAllah dipermudahkan urusan. Aminn


Doc cakap kalau ttc, dia tak galakkan makan ubat hormon takut endometriosis ni makin aktif dan membesar. Jadi dia bagi 2 pilihan samada surgery(laparscopy) atau hamil secara normal. Sebab kalau mengandung, lepas beranak mungkin endo cyst tu kecut. Endo cyst ni smpai sekarang belum tahu puncanya. Cuma salah satu simptom dia senggugut. Bulan 10 tahun 2019 i senggugut teruk. Nak jalan pon tak larat. Endo cyct ni dipanggil juga sebagai cyst coklat, sebab bukan kumpulan pepejal tapi cairan darah. Darah haid yang sepatutnya keluar ikut faraj dia keluar kat tempat lain dan menempel kt kawasan dalam/luar rahim. Macam tu la lebih kurang.😞

Jadi next appointment doc suggest untuk husb buat simen/ sperm test. Kata doc result normal dan semua ok tak ada masalah. Klinik ni memang link dengan lab test tu. Kos untuk simen test ni rm50.

Lepas tu, hari ke 20+ tak silap next cycle, doc ambik darah untuk progestrone test.

Notes: Typically, day 21 to 23 serum progesterone concentrations of more than 10 ng/mL indicate normal ovulation and concentrations below 10 ng/mL suggest anovulation, inadequate luteal phase progesterone production, or inappropriate timing of sample collection.

Tapi result hormon progestrone i agak rendah masa tu. Kemungkinan ovulasi tak berlaku. Hmm..
Bersambung...

No comments:

Post a Comment