Assalamualaikum..
~Puisi ini ditujukan khas untuk sahabat2 seperjuanganku,,especially,student c0s Aed di CFS IIUM~Disebalik keindahan waktu malam..
Saat dimana manusia biasanya beristirehat
Dari kesibukan dunia,berpenat lelah di siang hari,
dan bekerja sepanjang hari..
Rupa-rupanya,
Masih ada insan yang menghidupkan malam..
dengan bekerja berhempas-pulas
Memerah segala keringat yang ada untuk
satu tujuan murni..iaitu
Demi 'menuntut ilmu...'
Bekerja juga satu ibadah
Jika berlandaskan dengan niat yang betul..
'Segala yang dilakukan hanyalah kerana Allah..'
Insyaallah, akan dipermudahkan segala urusan,
Dan mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah..
Aku tahu bukan mudah melakukan itu dan ini..
Tapi,percayalah
Aku sangat yakin bahawa
Kau sangat cekal untuk menghadapi ujian ini..
"Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuannya"
Aku bermohon kepada Allah,
agar ditabahkan hati para teman
dan dikuatkan semangat
untuk terus berjuang dalam menghadapi ujian ini..
Hanya Allah sahaja yang tahu..
Betapa peritnya hatimu sekarang
Menghadapi malam ini..
Untuk menyiapkan kerja ini
Demi mencapai kejayaan yang diimpi..
Demi mencapai kejayaan yang diimpi..
Dari jauh aku memerhatikan kau... kelihatan kerut2 di dahimu itu sudah cukup jelas menggambarkan yang kau sedang menghadapi suatu gelora besar melanda dijiwa pada saat ini... :'(
Pukul 3:24 a.m
Kau masih berjaga,
Seolah-olah senja baru berlabuh..
Dan,kau masih teguh duduk diatas kerusi itu..
Melakukan kerja-kerja yang biasanya
kau buat setiap malam jumaat..
'GC' (Graphic Communication)
Menjadi pilihan 'assignment'mu Untuk disiapkan..
Kau seperti sudah lali,
Tak cukup tidur,kadang2 tak tidur pun..
Aku hanya memerhati,
Tidak berdaya untuk berbuat apa..
Apa yang aku mampu buat hanyalah menemanimu
Menyiapkan kerja2 mu itu..
Seandainya kau perlukan pertolongan.
Maka akulah orang pertama yang akan membantumu
Pukul 3:53 a.m
Kau sudah terlelap..
Katamu padaku,"kejutkan aku ye..5 minit je ni aku rehat"
Ya Allah,aku tidak sanggup melakukan itu..
Aku penat, dengan hanya melihat kau..
Tidurlah..semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Apa yang aku bisa katakan..
Sahabat,
Bersabarlah..
Tentu ada hikmah disebalik dugaan ini..
Ingatlah,
Allah sentiasa bersama dengan hambanya yang sabar..
Believe yourself..you can do it!
Good Luck!! Fighting!! :)
p/s:
#Sentiasalah berdoa dan serahkanlah segala pergantunganmu pada Allah..kita hanya merancang,Allah yang menentukan....Allahuakhbar!!!
Sahabatmu,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
21 Jun 2011
04:15 a.m
mantap la ayat kao..haha..i like..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete