Sunday, June 10, 2012

Result?..apakah?

Assalamualaikum..


Tak tahulah kenapa tiba-tiba terasa nak cakap pasal benda ni.Padahal benda dah lama berlaku. Cuma mungkin ada beberapa perkara yang saya ingin sentuh sedikit berkenaan result. Ramai yang tanya saya macam mana dengan keputusan peperiksaan saya.Saya jawab," Alhamdulillah, semuanya ok.." .Begitulah 'jawapan selamat' bak kata orang la,bukan saya. Bukan nak kata saya ni dapat A+ semuanya,tapi bagi saya tak kira A ke B ke C ataupun D sekalipun, itulah keputusan saya.Saya terima dengan redha.Saya anggap setiap keputusan itu adalah feedback  yang kita dapat atas apa yang telah kita usahakan dulu.Andai kita dapat B- bukan bermakna kita tak pandai,tapi itulah hasil yang kita telah pun usahakan.Seharusnya kita bersyukur .Bukannya merungut [pesan pada diri saya juga] .Ini kerana semuanya sudah tertulis di luh Mahfuz. Seperti firman Allah dalam hadis Qudsi 'Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum itu,jika dia tidak mengubahnya sendiri'. 

Jadi tidak patut bagi kita untuk merungut dan mengeluh atas keputusan yang kita perolehi. Itulah rezeki kita. Sabar dan syukurilah ia. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Untuk semester depan, mungkin saya perlu perbaiki lagi kelemahan diri dari segi pembelajaran dan kalau perlu, saya akan tukar strategi belajar.InsyaAllah.Semoga Allah redha.


Ditulis,
QausuQuzahin
Jelawat,Bachok,kelantan.
10 Jun 2012
11:43 a.m

No comments:

Post a Comment