Monday, March 26, 2012

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum w.b.t


Mungkin ada antara korang tak tahu menahu tentang 'anjakan paradigma' ni. ok, ni saya nak cerita . Menurut kefahaman saya, anjakan paradigma ni bermaksud melakukan suatu perubahan yang drastik bagi mencapai tujuan tertentu.Entahlah,betul ke tak. Tapi itulah yang saya faham. Kebiasaannya saya akan buat bila ada sesuatu yang menghalang saya mencapai apa yang diinginkan.Sebagai contoh, baru-baru ni saya telah menutup akaun Facebook dan Twitter. kerana bagi saya, benda alah ni sudah mengganggu ketenteraman hidup saya apabila tiba musim peperiksaaan. Sejujurnya, saya merasakan kekok bila tak dapat check notification facebook dalam satu hari.Tapi apakan daya memandangkan result mid-term saya yang tak seberapa ,sekadar cukup-cukup makan je,saya lebih rela begini. Biar orang nak kata apa. Asalkan saya bahagia.Tak adalah rasa bersalah sangat bila dapat result final nanti.Lagipun bukan lama sangat,lepas final exam nanti,saya 'on' la balik account fb dan twitter tu.' First thing first'.


Memanglah bukan senang nak senang. Kita tolak ke tepi benda kecil yang dapat mempengaruhi kita (facebook).Rasanya tak ada masalah kot kalau saya tak online untuk sebulan dua ni. Bukan ada nasi pun dalam facebook tu.InsyaAllah, kita boleh hidup lagi kalau tak bukak fb setakat ni. 'Belajar itu satu perjuangan, dan Perjuangan memerlukan pengorbanan'.

Tak perlu khuatir dan gusar, kerana Allah bersama dengan hambanya yang sabar. Tak dapat dinafikan hidupku terasa agak kosong sedikit,namun itu bukan alasan untuk cepat mengalah. Mujahadahlah duhai hati. Masih ada kerja yang lebih berfaedah daripada duk menghadap fb je tiap-tiap hari.Masa yang terluang, kita boleh baca buku, kalau malas sangat nak belek buku, kita boleh baca banyak laman blog yang elok seperti, http://maafcakap.blogspot.com/ , http://sebarkanbahagia.blogspot.com/ dan banyak lagi. 

Kalau nak tahu,sebenarnya hidup saya terasa lebih aman dan tenang lepas tutup account fb dan twitter ni. Saya ada banyak masa untuk buat benda lain. Boleh spent time dengan kawan,boleh buat assignment dan banyak lagi. Sudah tidak terikat lagi dengan apa-apa. Buat masa sekarang, saya sedang cuba menanam minat membaca sedikit demi sedikit. Bukan mudah tapi kita mesti berusaha. At least, kita buat. Jangan tak buat apa-apa pulak. Rugi masa tau! 'Time is golden '.

P/s:

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ila, kerana menjadi pendorong semangat dalam pelajaran selama ini. Tak lupa juga kepada sahabat saya,Fatin dan Aniyyah yang sentiasa menyokong saya dari jauh. Juga ribuan terima kasih kepada roomate dan jiran kesayangan, Iylia, Pujah, Nazira, qiqi, syaida, dan Anim kerana sudi memberi tunjuk ajar apabila saya menghadapi kesulitan dalam pelajaran. Terima kasih banyak-banyak.

Sekian.
QausuQuzahin..
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
26 Mac 2012
<--biarkan ia terbang buat sementara waktu..

No comments:

Post a Comment