Wednesday, April 25, 2012

Subhanallah ..Kuatkanlah Hati Hamba

Assalamualaikum..


'Exam is around the corner'. Ya, betul tu.. Di saat ini hanya Allah sahaja Yang  Maha Mengetahui isi hati aku ni. Mungkin berat yang aku tanggung di hati ini tidaklah seberapa jika ingin dibandingkan dengan orang lain. Aku tahu akan hakikat itu. Apalah sangat beban yang aku pikul ini.Ia hanyalah sekelumit daripada beban yang mereka tanggung. Namun, 'tidaklah Allah menguji seseorang itu ,melainkan dengan kemampuannya..' . Bila ingat balik ayat ini, semangatku naik balik.

Aku tidak boleh semudahnya berputus asa. Selagi masih ada masa, selagi itulah aku akan terus berusaha. Memang bukan senang membawa 'killer subject' iaitu Economic dan Statistic ,tetapi itu tidak menjadi halangan untukku meneruskan perjuangan ini. Teman seperjuangan sentiasa menyokong selalu ada disisi di saatku terjatuh, merekalah yang mencapai tangan ini lalu membawaku ke atas. Terima kasih, Fatin, Ila, dan Anim.Jasa kalian akan ku ingat sampai bila-bila. 

Teringat pula saya akan subjek yang tidak dapat aku lari iaitu bahasa inggeris. Untuk sem ini, dapat saya katakan cabarannya lebih besar dimana untuk subjek ini 90% usaha harus di lakukan oleh kami. terima kasih saya ucapkan kepada Nazira dan Niena kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya. InsyaAllah segala yang saya belajar dari kalian,akan saya manfaatkan di masa akan datang.
Bila ingin berbicara tentang subjek FIM, wajah Ila bermain di minda. Dia tersenyum manis dan memberikanku kata-kata semangat. 'Kita akan sama-sama menempuhinya..'katamu kepadaku. Itulah yang membuatkanku sentiasa kental menghadapi apa jua kemungkinan.

Terima kasih juga dekat roomate dan jiran tersayang, Pujah,Iylia,Syaida ,dan Qiqi,  kerana sanggup bertahan sampai sekarang memberikan kata sokongan dan galakan kepada ku agar terus teguh berdiri disini. Kesukaran yang kalian alami jauh lebih besar daripadaku. Maka dengan sebab itulah, aku merasakan tidak wajar bagiku untuk beralasan,kerana aku tahu jika kalian boleh, kenapa aku tidak?.. Syukurku ke hadrat Illahi kerana dikurniakan kawan yang kuat seperti kalian :')

Semoga hamba dapat menempuhi ujian ini dengan hati terbuka. Memang selayaknya hamba mendapat ujian, kerana hamba hanyalah seorang hamba. Ujian ini bukan untuk melemahkan ,tapi menguatkan. percayalah duhai hati. Allah itu ada. Tak perlu takut dan gentar, berjalanlah tanpa henti.


Desis hatiseorang hamba,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
25 April 2012
05:55 a.m

No comments:

Post a Comment