Wednesday, July 20, 2011

Sahabat VS Cinta

Assalamualaikum..

 

okay tajuk yang aku pilih untuk kali ini ialah sahabat vs cinta..mesti ada antara korang yang cakap .."apa la dia ni..tajuk entah pape je..?"..haha..firstly, aku nak ucapkan terima kasih banyak kepada sahabat aku yang telah memberi cadangan pada aku untuk post tajuk ini..
Alhamdulillah,sedikit sebanyak dapat membantu aku..hmm..baiklah,sebelum aku berceloteh dengan lebih panjang lebar,aku nak tanya apa makna sahabat dan cinta bagi korang???..

Sahabat? 
Cinta?

banyak pendapat..lain orang lain la maknanya kan?Post yang sebelum ini aku sudah tulis pendapat aku tentang cinta dan sahabat..tapi dalam kedua-duanya dalam post yang berbeza..iaitu 'Love so sweet' dan 'Sekali Lagi'.. Tapi untuk kali ini pengisian berbeza dari post yang sebelum ni..aku nak gabungkan kedua-duanya sekali dalam satu tajuk..macam mana?
Bacalah...

Antara sahabat dan cinta,
yang mana satu akan datang dulu?
Mana satu lebih penting?

Tapi apa yang pasti,
jika kita bersahabat maka secara automatiknya kita akan rasa sayang dan cinta kepada sahabat kita..



Namun,bebeza dengan mereka yang bercinta , rasa dan erti persahabatan tidak akan dirasai mereka..

1.Mengapa ada yang lebih memilih untuk bersahabat dari bercinta??
Pada aku persahabatan lebih istimewa dari percintaan..sebab sahabat yang sejati tak dapat dibandingkan dengan beribu kekasih sekalipun..haha.. 


Sayangnya,sesetengah orang yang kemaruk bercinta tak dapat melihat betapa indahnya  dapat memiliki sahabat..Mereka cuma hidup dalam dunia mereka sahaja...,member aku pernah cakap, "diorang yang bercinta ni,bila time susah barulah nak kenal kawan...".Masa bercinta bagai nak rakk..tapi bila dah clash ke apa barulah terkial-kial nak cari sahabat untuk meluahkan perasaan,lepas tu bila dah baik sikit dengan si dia,kawan dibiarkan macam tu je...aku pasti korang pun pernah merasa pengalaman ini kan2?..


Tak kisah la apapun yang anda fikir..ini cuma cerita aku..percayalah,bukan senang nak jumpa  sahabat sejati ..mungkin satu dalam seribu..Tetapi,kalau nak bercinta..berlambak je..bak kata orang tua dulu2 .."kumbang bukan sekuntum ,bunga bukan seekor.."eh,silap2.."kumbang bukan seekor ,bunga bukan sekuntum.."..


2.Apakah perbezaan antara sahabat dan kekasih?..
Biasanya apabila kita bersahabat,kita akan lebih kenal perangai kawan kita..kita akan jujur,dan tak kan hipokrit..sebaliknya orang yang bercinta ni..diorang biasanya takkan tunjukkan sikap yang  sebenar..diorang biasanya akan bemanis mulut bila bercakap kat depan,tapi bila kat belakang...hmm....aku pun tak tahu nak cakap apa...(kalau tak faham,buat2 faham je la ye)


Mungkin apa yang aku cakap ni,ada k0t, orang yang tak puas hati dengan aku..cuma apa yang aku boleh katakan dekat sini ialah..sahabat adalah untuk selama-lamanya..tapi bercinta belum tentu kekal..bila dah clash,kemungkinan besarnya dah takkan jadi kawan balik..mungkin akan jadi musuh..ataupun timbul perasaan pelik bila bertemu. err..


(Atas permintaan best friend aku,..dia minta aku tulis ayat jiwang sikit kat sini..So,sorry la ye kalau ada yang tak berkenan dengan apa yang aku tulis kat bawah ni..)




Cinta,
Datangnya tanpa diundang..
Perginya begitu sahaja..

Sahabat,
Hadirnya tidak terasa
Hilangnya hati menjadi sepi..

Orang kata, 
Cinta, Mungkin takkan bersama
Tak semestinya dapat dimiliki..



Aku kata,
Sahabat akan sentiasa ada..
Tak perlu title BF,GF,BFF ke apa..
Kerana dia sahabat kita..
Hanya kita sahaja yang tahu nilainya..
Harganya jauh lebih bernilai dari title itu..

Tali silaturahim ini takkan terputus..
Sekali kita bersahabat,
Selamanya kita bersahabat...

Sahabat,
Saat susah dan senang 
kita harungi bersama-sama..
Kenangan manis dan pahit
Terasa sungguh indah bila diimbau kembali :)


Walaupun terpisah jauh
Hatiku sentiasa mengingatimu
Kerana atas dorongan dan doa engkaulah
Aku disini sekarang ..
Aku sungguh bersyukur dapat mengenalimu
Terima kasih sahabat ...
segala jasa dan pengorbananmu
tidak dapat aku balas
tidak mampu aku bayar
Hanya Allah sahajalah yang bisa membalasnya..
Aku akan sentiasa berdoa 
agar engkau sentaisa dilimpahi rahmat
Dan sentiasa success di dunia dan akhirat...
Amin...

P/s:
kalau aku boleh sambung lagi post ni,insyaAllah akan aku tulis lagi..sebab sejujurnya aku tak ada pengalaman cinta2 ni..S0,aku tak boleh nak mendalam sangat pasal cintan-cintun ni..dan aku nak minta maaf kalau ada yang terasa hati ke apa dengan post aku ni..
..sekian.
*credit to: una fiey sbb bagi tajuk ni :)




Dari,
QausuQuzahin
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
20 Jun 2011
03:45 a.m

No comments:

Post a Comment