Showing posts with label SOAL HATI. Show all posts
Showing posts with label SOAL HATI. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

Menuju Cinta Illahi

Assalamualaikum..



Kali ini saya tidak mahu bercerita panjang,sekadar sedikit renungan buat diri saya sendiri dan kita semua. 

Kawan saya pernah berkata,"kau tak ada kawan baik lelaki,memanglah boleh cakap macam-macam.. nanti kalau kau dah ada,mesti kau akan buat 'lebih' lagi daripada dia..".
Aku terkedu lalu membalas," cakap pasal 'kalau' ni, kapal terbang pun boleh jadi biskut kan..tak gitu?.."

Untuk seterusnya saya hanya diam membatu. Hal ini membuatkan saya untuk kembali merenung diri yang serba kekurangan. Hati manusia mudah bebolak balik. Ya,saya akui..saya khilaf. Moga kita semua sentiasa istiqamah dalam mujahadah melawan hawa nafsu. Saya manusia yang punya hati dan perasaan. Namun janganlah kita mudah goyah dengan tipu daya  permainan dunia.  Syaitan memang suka melihat kita jatuh ke lembah maksiat,agar kita lalai daripada mengingati Allah.Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita kepada maksiat.Akhir kalam, elakkan dari melakukan perkara-perkara lagha dan sia-sia.
Ingatlah ,Allah tidak berfirman 'janganlah kamu berzina' tetapi Allah s.w.t telah berfirman "Dan janganlah kamu mendekati zina." Kerana Allah Maha Mengetahui kedudukan kita selaku manusia yang mudah lupa.Maka Allah telah menyarankan dengan tegas agar kita tidak mendekati lorong-lorong yang menghampiri zina terlebih dahulu,sebagai contoh, ber'couple' dan istilah yang sama makna dengannya [tak kisahlah bff,crush ke apa entah].kerana ia akan membuka pintu kepada maksiat.

Wallu'alam~


P/s:

Ayuh sama-sama kita bertaubat dan memohon keampunan  dari Allah atas kelalain  dan kealpaan kita dalam mengingati-Nya.
Semoga kita bertemu jodoh yang dapat membawa kita menuju cinta Illahi. InsyaAllah..

"Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’” [HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]




Coretan,
QausuQuzahin
Kg Melayu,Subang.
09:43 p.m
06 Oktober 2012


<---Adam Dan Hawa ^__^ 
[tiba-tiba je..tolonglah. kang tak pasal2 ada orang geli tengok gambar ni -..-".]

Monday, April 2, 2012

Catatan dari kekasih



Kepada calon suamiku yang masih ghaib.Dimanapun kau berada , "Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh." Ku ingin sampaikan pesan buatmu:


Hidup ini memang tak selamanya indah,tapi yakinlah, keindahan itu ada dalam hidup ini..kau tanya bagaimana kebahagiaan tapi tempuhlah jalan menuju bahagia.


Biarlah orang berkata cinta itu buta, tapi jangan kau pandang aku dengan mata yang terpejam. Cinta bukan permainan muda-mudi hingusan tetapi cinta adalah pengertiaan, pemahaman, dan pengorbanan. Kebersamaan dalam cinta adalah kebersamaan ideologi walaupun raga saling terpisah.
Jika kau berkata cinta itu sulit, sebenarnya engkaulah yang menyulitkan cinta.


Cinta bermakna kemerdekaan.Kerana cinta tak menghendaki penghambaan sesama hamba. Kau bebas memilih untuk mencintai atau tidak.Tetapi kau tidak berhak untuk mencintaiku kemudian meninggalkanku sesuka hatimu.


Aku bukanlah pakaian yang jika sudah kau bosan,lantas kau buka dan tinggalkan. Aku adalah cinta yang akan menjadi cinta sampai bila-bila pun dan dimana-mana pun.


Jadi jangan katakan cinta tanpa bukti.Sebaliknya, sekali kau mengucapkan cinta,berpantanglah dari mencabutnya kembali. Bersamaku kita akan bertatih menuju bahagia.


Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dari hamba Allah yang berdosa,
QausuQuzahin.
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
09:36 p.m
2 April 2012


P/s:
#warkah ini di pinjam dari kata-kata Shariman Wahap,penulis buku 'Terimalah Pinanganku'.
(diubah sedikit untuk kesesuaian keadaan.harap maklum,terima kasih.)

Friday, March 30, 2012

Arkitek Cinta

"Assalamualaikum,boleh saya bercakap dengan hati?"


"Mentera kasih. Harapan dalam duka, percaya dalam gelita."

"Hanya seminit bagi mencari insan istimewa,
Sejam bagi menghargainya,
Sehari bagi mencintainya,
Tetapi seumur hidup bagi melupakannya."

"Mengasihi dan mencintai dalam diam
adalah memberi dia merasainya dengan hati."

"karipap membangunkan perut,
Cinta membangunkan hati."

(Dipetik dari buku 'Semurni Kasih Adam,Seutuh Cinta Hawa'.) 

Dengan Cinta,
QausuQuzahin
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
30 Mac 2012.
07:02 a.m