Sunday, July 24, 2011

Monolog Dalaman

Kematian?Kehidupan?

Ada orang suka mempersoalkan tentang kehidupan..kenapa mesti macam tu? kenapa hidup mesti begini..?Maka,banyak kajian telah dilakukan untuk mencari jawapan kepada segala persoalan berkaitan dengan kehidupan..

Kehidupan ini boleh dipelajari dengan banyak cara, samada belajar melalui pengalaman orang lain (buku),pengalaman diri sendiri dan boleh juga dipelajari melalui kitaran alam semesta..pendek kata semuanya ada depan mata..

Tapi,bagaimana pula dengan kematian??siapa nak ajar kita tentang itu? bolah ke kita belajar dari pengalaman orang lain?atau pengalaman sendiri? nama pun kematian..Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia ini..Cuma ,yang kita boleh jadikan sumber rujukan ,tak lain tak bukan,sudah semestinya kitab AlQuran dan hadis..

Firman Allah bermaksud: “Dan tidak ada satu diri pun yang akan mati melainkan dengan izin Allah pada suatu waktu yang akan ditentukan.” (Surah Ali Imran, ayat 145)

Yang pasti,semua orang akan menghadapi dan merasainya..Persoalannya,bersediakah kita dengan kematian??



Jadi,suka atau tidak kita mesti mengambil tahu tentang kematian..
Kerana apa?
Kerana kita semua pastinya akan mati .. tak gitu? ke korang tak percaya?
banyak la pulak aku punya soalan kat sini..maafla ye,aku cuma mahu kita sama-sama berfikir sejenak dan bermuhasabah kembali tentang hakikat ini..
Kita takkan mungkin dapat lari dari kematian yang semakin hari,semakin dekat dengan kita..

Luqman al-Hakim pernah berkata kepada anaknya: 
“Wahai anakku! Urusan yang tidak engkau ketahui bila ia akan menemuimu. Bersedialah sebelum ia datang kepadamu. Ia adalah kematian yang datangnya tidak pernah diundang.”

setiap hari, "Rumah akan berkata ,pergi ,kubur kata, marilah.."
ungkapan ini sering aje aku dengar kat mana2 ..aku yakin,korang pun pernah dengar,kan?

Tak kisahlah apa yang anda faham tentang ungkapan ni..Tapi,mestilah tak jauh bezanya apa yang aku faham..kubur sentiasa menanti kedatangan kita berkunjung ke rumahnya..cuma,kita saja yang tak ingat..Atau mungkin kita saje buat-buat tak ingat..S0,apa-apa hal..kita sebagai tetamu, kenalah tahu adab bertandang ke rumah orang sebagai tetamu..Mak aku cakap,kalau nak pergi rumah orang,adalah lebih baik kalau kita boleh bawa buah tangan ke bekalan ke apa untuk tuan rumah.."buah tangan?bekalan??"soalku dalam hati..

Aku terdiam seketika...bermonolog,"Hmm..kalau nak masuk kubur,nak bawa apa ye?"...

Ok,meh kita refer kat hadis nabi...


Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah 
segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang 
dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)





Em,maka ketahuilah kita apa yang boleh kita bawa ke alam akhirat nanti.. Kalau nak bawa bekalan tambahan kat kubur nanti, bolehlah bawa sekali amalan bacaan surah AlMulk semasa hidup.. 



Kita akan berpindah ke tempat yang kita akan hidup selama-lamaya selepas kita mati...Di alam inilah kita akan merasai makna hidup dan bermulalah kehidupan kita yang sebenar-benarnya iaitu sebuah kehidupan yang
kekal abadi..
Kematian bukanlah pengakhiran,tapi sebuah permulaan..
So,apa tunggu lagi?
Bersedialah...
Jangan tunggu tua barulah nak bersedia,,kerana mengikut analisis dan kajian aku,pada zaman sekarang lebih ramai orang muda yang mati lebih awal berbanding orang tua..


Persediaan pahala perlu dibekal sebanyak mungkin bagi menjamin keselamatan dan 
keselesaan hidup di alam sana. ..
Pokok persoalan yang ingin diketengahkan adalah bekalan pahala berpanjangan bagi si 
mati walaupun telah menempuh alam kematian.



P/s:
Untuk post aku kali ini,aku bukanlah mahu membincangkan dengan terlalu detail tentang kematian..ini cumalah mukaddimah pada pengertian kematian..Untuk maklumat selanjutnya, anda bolehlah 'search' kat Google  entry2 yang boleh dipercayai, mengutarakan dan membahaskan tentang tajuk ini dengan lebih mendalam..kalau tak faham lagi,lebih baik anda tanya kepada ustaz atau ulama' yang lebih terer pasal tajuk ni..
Aku hanya boleh berkata sekadar apa yang aku tahu dan faham..

#Jutaan terima kasih kepada sahabatku yang mencadangkan tajuk post pada kali ini..Syukran!!




No comments:

Post a Comment