Tuesday, July 19, 2011

Aku Bukan CINDERELLA

Kenapa aku cakap aku bukan Cinderella..mesti bunyinya macam pelik kan?..Ada apa pula aku dengan Cinderella??..nak tahu ?ok..sedikit coretan untuk kalian..







Aku bukan Cinderella,
Yang sangat senang dibuli orang,
dan sering dipandang hina..
Berdiam diri apabila
dicaci,dan dimaki hamun oleh si penjahat..

Aku bukan Cinderella
Yang hanya tahu membuat kerja  
Apabila dipaksa atau disuruh..
Sering berpakain selekeh dan comot.


Aku bukan Cinderella,
Yang selalu berangan menjadi
permaisuri kepada Putera Mahkota
Memiliki syurga istana
dan hidup yang mewah..


 Aku juga bukan Cinderella,
Seorang berubah imej dengan,
memakai pakaian cantik, aksesori yang mahal..
Dan sanggup
Keluar rumah pada lewat malam,
hanya semata-mata ingin 
ke majlis tari-menari untuk bertemu Sang Putera tercinta..






Aku tidak akan berlari terkinja-kinja
dan meninggalkan sepatu
seperti Cinderella 
Hanya apabila tahu  waktu sudah tepat 12 malam..
Kemudian bertukar menjadi si buruk rupa kembali..


 Dulu,masa aku kecik2 aku suka sangat cerita dongeng ni..Tapi,sekarang sudah tidak lagi..






Kalau aku jadi Cinderella,
Aku tidak akan menjadi hamba kepada manusia
yang hanya tahu 
mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain,


Aku tidak akan sama sekali berdiam diri,
untuk mengubah nasib diri..
Aku tidak mahu diriku menjadi seperti Cinderella 
Yang hanya tahu mengubah hidupnya
dangan menunggu  lamaran dari anak raja..


                                              (gambar ini hanya hiasan semata2)
                                                             
Katakanlah,
Si Putera tidak berjaya mencari pemilik kasut yang sebenarnya iaitu Cinderella..ataupun mungkin kasut itu mampu dipadankan dengan orang lain.. 
Apakah yang mungkin terjadi kepada nasib Cinderella 
yang malang itu?


Sudah pasti Cinderella ,
akan bertambah derita dan terseksa,
Dek kerana kantoi
perbuatannya keluar rumah pada malam itu
dapat diketahui oleh ibu dan kakak2 tirinya..


Jadi, kalau aku Cinderella
Aku akan mencari jalan keluar dari masalah ini
tidak akan hidup hanya bergantung pada orang lain
Belajar untuk berdikari..
Dan memilih pasangan hidup
bukan hanya pada gelaran,status dan pangkat.


Pada aku.. jejaka pilihan aku
mestilah lelaki yang budiman serta beriman..
Tidak perlu terlalu baik seperti malaikat
Dan tidak juga jahat seperti syaitan


Dalam hidup ini,kita haruslah sedar bahawa kita kini berpijak di bumi yang nyata,dan janganlah kita hidup terapung-rapung di awan-awangan...memasang impian setinggi gunung tapi usaha hanya melepas batuk di tangga sahaja..Berikhtiarlah untuk keluar dari kemelut masalah yang melanda..Jangan hanya memandang suatu ujian dari satu sudut sahaja..Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..ok!..


p/s:
Aku hanya insan biasa..(aku teringin nak naik kereta kuda..hehe)
Penulis,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya.

No comments:

Post a Comment