Warkah itu ku tulis untuknya..Di dalam hati ini hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa bersyukurnya aku menemui insan seperimu..
Alangkah indahnya jika aku dapat bersua denganmu sekarang...
Ibu ,kaulah ratu hidupku..
Abah,kau satu-satunya ayahku..
Kakak2 ,Abang2,&Adik2ku...
kalianlah yang menyokong dan memberi semangat kepadaku selama ini..
Sahabat2 ,anda adalah penyeri hidupku..
Tanpa kamu semua siapalah aku ini...
Saat2 kita bersama
takkan ku lupa hingga akhir hayat hidupku...
haa...lega rasanya hati ini dapat tulis seperti yang di atas...ada orang tanya aku..."kau ni baru balik dari kem ke program apa??.."
Aku tanya balik.."kenapa..?maksud kau?"
si dia menjawab.."yela..bunyi macam sedang insaf.."
Aneh.Aku termangu seketika..rasanya aku tak pergi mana2 pun setakat ini..kem motivasi dah lama tak pergi..'kalau nak insaf tu kena tunggu lepas balik dari program ke?..'soalku dalam hati..
Bagi aku...
"kesedaran itu datangnya dari hati dengan izin Allah, bukan dari program yang telah diprogramkan.."
Betul.semua orang sayangkan mak ayah ..tapi berapa ramai yang tahu menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini..
*salah satu dari tanda2 hampirnya kiamat ialah..apabila seorang ibu melahirkan tuannya..*
cuba fahami...Dari kecil ibu menjaga kita,menyusukan kita ,memberi makan dan minum tanpa diberitahu,melindungi kita dan macam2 lagi yang sanggup dia lakukan untuk kita..Tapi kita??Kadang2 tu ada seorang ibu yang mempunyai anak yang ramai 5,7,8, dan ada sampai berbelas-belas...Tegakah kita menjadikan ibu sebagai 'orang suruhan' dan kita sebagai 'tuan'?
sering kali aku dengar dari mulut si anak mengarah ibunya buat itu dan ini..
Apakah si anak tidak berfikir bahawa suatu hari nanti dia akan mendapat balasan yang sama dari anak2 mereka? Aku hairan.Aku memang sensitif bila sebut pasal mak bapak ni..
aku sudah cukup letih melihat si ibu berpenat lelah untuk anaknya itu..Tidak dapatku bayangkan jika aku berada dalam situasi ibu itu.
Wahai manusia yang bergelar anak..
sudah-sudahlah menyusahkan ibumu..
berilah sedikit kelapangan untuknya ,,
Aku tidak sanggup melihat si ibu berhempas pulas
tanpa mengira masa dan tempat..
Hanya untuk membahagiakan tuannya itu..
Aku tahu anak itu amanah
Tapi ada hadnya
wahai si anak
Ingatlah ibu bapa adalah tanggungjawab kita
Merekalah sebenarnya insan paling berharga di dunia dan akhirat
Jagalah dan penuhilah impiannya ketika hayat mereka masih ada
Janganlah kita menyakiti hati mereka
jangan sesekali berkata "AHH.."kepada mereka
ingatlah jasa2 mereka..
Doakanlah kesejahteraan hidup mereka didunia dan ketika mereka di alam akhirat
Aku sangat terkilan jika ada antara kita yang sampai hati untuk membiarkan ibu bapa mereka menjadi 'mangsa keadaan'...selagi nyawa dikandung badan aku akan pastikan ibu bapaku tidak tidur dalam keletihan..Ibu bapa tidak layak menjadi 'orang suruhan' kita...
walau apa pun alasannya..
yang aku tahu 'syurga itu di bawah telapak kaki ibu'
Bahawasanya Jahimah r.a. datang kepada Rasulullah sallahua'laihiwassalam dan berkata: 'Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang kepadamu untuk bermusyawarah'. Maka Beliau sallahua'laihiwassalam bersabda: "Apakah engkau masih mempunyai ibu?" Ia menjawab, "Ya." Beliau sallahua'laihiwassalam bersabda: "Hendaklah engkau tetap berbakti kepada ibumu kerana sesungguhnya syurga berada di bawah telapak kaki ibu" (Hadis Riwayat An-Nasae'i dengan sanad yang hasan)
Nabi juga pernah berpesan agar kita berbakti kepada ibu dan bapa...ingatlah..
"Redha Allah tergantung kepada keredhaan ibubapa dan murka Allah tergantung kepada kemurkaan ibubapa" (HR Bukhari di dalam Adabul Mufrad -Sahih)
Allah berfirman...
“Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.”
(an-Nisaa: 36)
“Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada orang tuanya yang telah mengandungnya dengan susah payah. ”
(Luqman:14)
p/s:,
Em...begitulah realiti hidup ini..tak ramai yang menghargai apa yang ada..bila sudah tiada barulah nak sedar..masa tu dah tak guna nak menyesal..
Mohon maaf jika ada kata2 aku yang terkasar bahasa dan membuatkan anda terasa hati...
~aku cuma prihatin~
No comments:
Post a Comment