Saturday, July 16, 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Assalamualaikum w.b.t saya ucapkan pada anda yang tergerak hati mahu membaca blog saya yang tak seberapa ini..


"Don't judge a blog from it's cover..ok.." haha..
baiklah dek kerana sekarang merupakan musim hujan..jadi untuk post kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian tentang .tajuk di atas yang ada sebut perkataan hujan..Tapi bukannya nak cerita pasal kepentingan payung ke hujan ke apa.. kerana payung  dan hujan yang dimaksudkan dalam 'Sediakan Payung Sebelum Hujan' ini cumalah simbolik kepada pepatah ini...ok.


Biasalah kalau aku keluar dari rumah atau asrama ke , bila hujan turun je ,secara automatiknya aku akan berpusu-pusu mencari tempat untuk berteduh..tak kiralah kat mana2 pun..Dan lepas tu, barulah aku akan berfikir.."ruginya tak bawa payung tadi..sebenarnya aku dah agak hujan macam nak turun..tapi aku ..emm..."
nak menyesal tak guna ..Lepas itu,hujan lebat dan kilat sambung-menyambung terpaksa aku redah..apa nak buat?..lagi2 kalau  aku nak rush..akhirnya,aku sampai ke tempat yang dituju dengan basah kuyup..


                                                    (gambar ini cuma hiasan semata-mata..)


nampak tak apa yang ingin aku sampaikan??..belum.?ok..macam ni lah..dalam perjalanan hidup ni mestilah kita ingin menuju ke destinasi ..kan? hidup adalah sebuah pengembaraan .. berpindah dari satu alam ke alam yang lain demi ke destinasi itu..jadi,semasa dalam perjalanan hidup kita akan diuji dengan pelbagai jenis cabaran hidup..apa yang kita perlu buat adalah melakukan persediaan..persediaan inilah  yang disimbolikkan sebagai payung..


Tapi,sebelum itu pastikanlah payung itu selamat digunakan ,tidak bocor,dan mampu melindungi kita dari hujan yang lebat...maksudnya persediaan yang kita lakukan mestilah rapi dan cukup sebelum  menghadapi ujian itu..


Perjalanan hidup masih jauh..tapi semakin bertambah hari semakin dekatlah kita dengan saat kematian..Perjuangan masih perlu diteruskan,tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.. Jadi,sediakanlah payung sebelum hujan..janganlah sudah terhantuk ,barulah tergadah.. Sentiasalah ingat bahawa masa tidak menunggu kita,tapi kitalah yang sedang menunggu masa..Masa bertemu dan masa berpisah..Masa hidup dan masa mati... Lakukanlah apa yang Allah perintahkan,dan tinggalkanlah apa yang dilarang-Nya...banyakkan bersedekah, anda tidak akan pernah rugi,kerana semakin banyak pelaburannya,semakin untunglah anda di akhirat.. InsyaAllah dengan berkat sedekah yang anda berikan,anda tidak akan pernah merasa miskin..


                                                                     (aku suka payung ni)-->






Actually,tajuk ni lebuh kurang je dengan yang sebelum ni iaitu 'Hujan Telah Berhenti'..cuma tajuk ni lebih luas..tentang persediaan menghadapi ujian dalam hidup dan persediaan sebelum mati atau sebelum proses perpindahan alam..Tapi,aku tidaklah mahu berbicara secara mendalam sangat tentang itu..aku cuma boleh katakan apa yang aku tahu,dan apa yang aku boleh kongsikan dengan anda..Ilmu aku tidaklah setinggi langit.. sekadar yang aku tahu sahaja ,yang aku dapat coretkan disini..


Sekiranya terdapat kemusykilan yang terdetik dihati anda atau ada sesuatu yang membuat anda ragu bolehlah comment dekat bawah ni.. sebarang teguran dan nasihat yang membina amatlah dialu-alukan..


p/s:
Jagalah hati..janganlah dikotori...


~QausuQuzahin~

No comments:

Post a Comment