Baiklah..tanpa membuang masa ingin ku karang puisi ini..
Aku bercakap dengan angin
Tapi tak dibalas
Bila aku bertanya padanya
Hanya diam menjadi jawapannya
Angin masih tersenyum seperti selalu.
Aku tahu,
Kau adalah angin..
Tiada apa yang bisa kau lakukan untukku.
Namun,
bagi aku,
Kau memang pendengar yang setia.
Kau sentiasa ada disaat semua tiada.
Sering mendengar cerita2 ku,
Dan berada disampingku setiap waktu.
Walaupun kau angin,
Terlalu indah menjadi dirimu,
Tidak perlu terlalu menonjol,
Kehadiranmu tidak kelihatan,
Ketiadaanmu sungguh terasa bahang
Panasnya diriku.
Sungguh rimas dan lelah aku rasa saat kau tiada.
Angin,
Janganlah kau pergi,
Perit yang kau alami tak dapat ku rasakan
Akanku cuba memahami dirimu,
Kadang-kadang
Kau datang dengan riang
Sepoi-sepoi bahasa
Kadang-kadang,
Kau sedih ..tanpa berlagu
irama syahdu.
Angin,
Kau sahabat terbaikku,
Ku hadiahkan puisi ini Untukmu,
Kenanglah aku,
Jika kau merinduiku.
Lupakan aku,
Jika aku menyakitimu.
Dibenci jangan akan diriku,
Kerana aku ,
sungguh menyayangi dirimu.
Angin,
Jika kau perlukan aku,
Bawalah aku terbang bersamamu.
Walaupunku tak bersayap,
Aku sentiasa bersedia terbang untukmu
Akan ku kejar dirimu,
Tak kira beribu skala richter sekalipun.
Kerana Kau,
Kau sangat bernilai padaku.
P/s:
ku cipta puisi ini khas untuk sahabat2 ku yang selama ini sentiasa menyokong diriku dari segenap penjuru..Tak kira dari depan ke belakang,kiri atau kanan.Kalian amat bermakna buatku!
Bisikan Rindu,
QausuQuzahin..
No comments:
Post a Comment