Showing posts with label Kisah Hati. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hati. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Malam Yang Sepi

Assalamualaikum..
~Puisi ini ditujukan khas untuk sahabat2 seperjuanganku,,especially,student c0s Aed di CFS IIUM~




Disebalik keindahan waktu malam..
Saat dimana manusia biasanya beristirehat

Dari kesibukan dunia,berpenat lelah di siang hari,
dan bekerja sepanjang hari..


Rupa-rupanya,
Masih ada insan yang menghidupkan malam..
dengan bekerja berhempas-pulas
Memerah segala keringat yang ada untuk
satu tujuan murni..iaitu
Demi 'menuntut ilmu...'




Bekerja juga satu ibadah
Jika berlandaskan dengan niat yang betul..
'Segala yang dilakukan hanyalah kerana Allah..'
Insyaallah, akan dipermudahkan segala urusan,
Dan mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah..


Aku tahu bukan mudah melakukan itu dan ini..
Tapi,percayalah 
Aku sangat yakin bahawa
Kau sangat cekal untuk menghadapi ujian ini..
"Allah menguji hambanya sesuai dengan kemampuannya"


Aku bermohon kepada Allah,
agar ditabahkan hati para teman 
dan dikuatkan semangat 
untuk terus berjuang dalam menghadapi ujian ini..
Hanya Allah sahaja yang tahu..
Betapa peritnya hatimu sekarang
Menghadapi malam ini..
Untuk menyiapkan kerja ini
Demi mencapai kejayaan yang diimpi..




Dari jauh aku memerhatikan kau... kelihatan kerut2 di dahimu itu sudah cukup jelas menggambarkan yang kau  sedang menghadapi suatu gelora besar melanda dijiwa pada saat ini... :'(


Pukul 3:24 a.m
Kau masih berjaga,
Seolah-olah senja baru berlabuh..
Dan,kau masih teguh duduk diatas kerusi itu..
Melakukan kerja-kerja yang biasanya
kau buat setiap malam jumaat..
'GC' (Graphic Communication)
Menjadi pilihan 'assignment'mu Untuk disiapkan..
Kau seperti sudah lali,
Tak cukup tidur,kadang2 tak tidur pun..




Aku hanya memerhati,
Tidak berdaya untuk berbuat apa..
Apa yang aku mampu buat hanyalah menemanimu
Menyiapkan kerja2 mu itu.. 
Seandainya kau perlukan pertolongan.
Maka akulah orang pertama yang akan membantumu


Pukul 3:53 a.m
Kau sudah terlelap..
Katamu padaku,"kejutkan aku ye..5 minit je ni aku rehat"
Ya Allah,aku tidak sanggup melakukan itu..
Aku penat, dengan hanya melihat kau..

Tidurlah..semoga hari ini lebih baik dari semalam..


Apa yang aku bisa katakan..
Sahabat,
Bersabarlah..
Tentu ada hikmah disebalik dugaan ini..
Ingatlah,
Allah sentiasa bersama dengan hambanya yang sabar..
Believe yourself..you can do it!
Good Luck!! Fighting!! :)


p/s:
#Sentiasalah berdoa dan serahkanlah segala pergantunganmu pada Allah..kita hanya merancang,Allah yang menentukan....Allahuakhbar!!!




Sahabatmu,
QausuQuzahin..
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
21 Jun 2011
04:15 a.m

Sunday, July 3, 2011

Surat Cinta





Warkah itu ku tulis untuknya..Di dalam hati ini hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa bersyukurnya aku menemui insan seperimu..


Alangkah indahnya jika aku dapat bersua denganmu sekarang...


Ibu ,kaulah ratu hidupku..
Abah,kau satu-satunya ayahku..
Kakak2 ,Abang2,&Adik2ku...
kalianlah yang menyokong dan memberi semangat kepadaku selama ini..
Sahabat2 ,anda adalah penyeri hidupku..


Tanpa kamu semua siapalah aku ini...
Saat2 kita bersama
takkan ku lupa hingga akhir hayat hidupku...






haa...lega rasanya hati ini dapat tulis seperti yang di atas...ada orang tanya aku..."kau ni baru balik dari kem ke program apa??.."


Aku tanya balik.."kenapa..?maksud kau?"
si dia menjawab.."yela..bunyi macam sedang insaf.."


Aneh.Aku termangu seketika..rasanya aku tak pergi mana2 pun setakat ini..kem motivasi dah lama tak pergi..'kalau nak insaf tu kena tunggu lepas balik dari program ke?..'soalku dalam hati..


Bagi aku...
"kesedaran itu datangnya dari hati dengan izin Allah, bukan dari program yang telah diprogramkan.."


Betul.semua orang sayangkan mak ayah ..tapi berapa ramai yang tahu menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini..


*salah satu dari tanda2 hampirnya kiamat ialah..apabila seorang ibu melahirkan tuannya..*
cuba fahami...Dari kecil ibu menjaga kita,menyusukan kita ,memberi makan dan minum tanpa diberitahu,melindungi kita dan macam2 lagi yang sanggup dia lakukan untuk kita..Tapi kita??Kadang2 tu ada seorang ibu yang mempunyai anak yang ramai 5,7,8, dan ada sampai berbelas-belas...Tegakah kita menjadikan ibu sebagai 'orang suruhan' dan  kita sebagai 'tuan'?
sering kali aku dengar dari mulut si anak mengarah ibunya buat itu dan ini..


Apakah si anak tidak berfikir bahawa suatu hari nanti dia akan mendapat balasan yang sama dari anak2 mereka?  Aku hairan.Aku memang sensitif bila  sebut pasal mak bapak ni.. 
aku sudah cukup letih melihat si ibu berpenat lelah untuk anaknya itu..Tidak dapatku bayangkan jika aku berada dalam situasi  ibu itu.


Wahai manusia yang bergelar anak..
sudah-sudahlah menyusahkan ibumu..
berilah sedikit kelapangan untuknya ,,
Aku tidak sanggup melihat si ibu berhempas pulas
tanpa mengira masa dan tempat..
Hanya untuk membahagiakan tuannya itu..


Aku tahu anak itu amanah 
Tapi ada hadnya
wahai si anak
Ingatlah ibu bapa adalah tanggungjawab kita
Merekalah sebenarnya insan paling berharga di dunia dan akhirat
Jagalah dan penuhilah impiannya ketika hayat mereka masih ada
Janganlah kita menyakiti hati mereka
jangan sesekali berkata "AHH.."kepada mereka
ingatlah jasa2 mereka..
Doakanlah kesejahteraan hidup mereka didunia dan ketika mereka di alam akhirat


Aku sangat terkilan jika ada antara kita yang sampai hati untuk membiarkan ibu bapa mereka menjadi 'mangsa keadaan'...selagi nyawa dikandung badan aku akan pastikan ibu bapaku tidak tidur dalam keletihan..Ibu bapa tidak layak menjadi 'orang suruhan' kita...
walau apa pun alasannya..


yang aku tahu 'syurga itu di bawah telapak kaki ibu'


Bahawasanya Jahimah r.a. datang kepada Rasulullah sallahua'laihiwassalam dan berkata: 'Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang kepadamu untuk bermusyawarah'. Maka Beliau sallahua'laihiwassalam bersabda: "Apakah engkau masih mempunyai ibu?" Ia menjawab, "Ya." Beliau sallahua'laihiwassalam bersabda: "Hendaklah engkau tetap berbakti kepada ibumu kerana sesungguhnya syurga berada di bawah telapak kaki ibu" (Hadis Riwayat An-Nasae'i dengan sanad yang hasan) 




Nabi juga pernah berpesan agar kita berbakti kepada ibu dan bapa...ingatlah..


"Redha Allah tergantung kepada keredhaan ibubapa dan murka Allah tergantung kepada kemurkaan ibubapa" (HR Bukhari di dalam Adabul Mufrad -Sahih) 


Allah berfirman...



“Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.”
(an-Nisaa: 36)

    


“Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada orang tuanya yang telah mengandungnya dengan susah payah. ”
(Luqman:14) 





p/s:,


Em...begitulah realiti hidup ini..tak ramai yang menghargai apa yang ada..bila sudah tiada barulah nak sedar..masa tu dah tak guna nak menyesal..
Mohon maaf jika ada kata2 aku yang terkasar bahasa dan membuatkan anda terasa hati...
~aku cuma prihatin~





Friday, June 17, 2011

Bisikan Hati


Aku menulis bukan apa yang aku lihat,bukan jua apa yang aku dengar atau baca.... tapi apa yang aku tulis ialah apa yang aku rasa setelah aku lihat .dengar ,fikir dan fahami.samada secara langsung atau tidak langsung ...Em, mungkin bunyinya agak sukar dimengerti ,tapi itulah yang aku rasa sebenarnya pada saat ini.


kegembiraan tidak bisa ditafsir pada wajah..tapi hanya  pada hati...
Dan aku gembira hanya apabila kau benar-benar gembira...

Tuesday, May 3, 2011

Prolog

sudah lama aku tidak menulis ...mungkin untuk kesekian kali ini aku akan cuba menulis kembali...tidak ingin ku ingat masa yang lalu ,kerana sudah pun berlalu.. Aku mengerti apa yang telah terjadi sememangnya dirancang oleh yang Maha Kuasa, oleh itu aku mesti bersangka baik dengan takdir tuhan. Aku hanya seorang insan biasa yang tidak punya apa.Ya, setiap dalam diri seseorang pasti ada kelebihan dan kekuranganya.Aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah pinjamkan padaku.Jadi,aku harus bangkit kembali,mulakan apa yang dulu ku anggap dah berakhir.Disini aku melukis warna pelangi.