Sunday, March 17, 2013

Serial Planes?.. Ini Kisah Saya~

Assalamualaikum.. 

Apa khabar semua? semoga sihat selalu.. agaknya dah bersarang blog ni saya tak update.. ye lah kebelakangan ini saya sibuk dengan project ED dan GC yang tak berkesudahan tu..cuti mid sem pun ada 'buah tangan' bawak balik ke rumah. Banyak benda dah berlaku sepanjang sem ni.. macam-macam kisah suka duka yang telah dilalui. Saya mencari masa yang sesuai untuk menulis semua tu,namun apakan daya..kudarat ni tidaklah sekuat mana,masa pun selalu mencemburui saya.. bukan mengeluh,cuma itulah realitinya. 

Pahit untuk ditelan

[Model: Aloevera ,Project 2 ED,Formation]
  
Disebalik gambar diatas yang anda lihat,sebenarnya telah memberi beribu kisah dan makna disebaliknya.Ada yang pahit,manis,tawar,dan sebangainya. Sejujurnya bukan mudah nak membuat benda alah ni.Banyak perkara perlu dikorbankan..wang,masa dan tenaga. Pada yang dah tahu kisahnya,pasti anda mengerti apa yang berlaku..kisah saya dan mock-up, ,mock-up kena kritik , di'reject', re-do ,pengsan,dan akhirnya saya masih berdiri teguh disini.

Badai datang melanda

[perkakas ed..biskut tiger pon ada ^^hehe]
Tak siapa sangka petang itu menjadi petang yang tragis buat saya. Sedang kami [saya dan rumate] sibuk mendirikan mock-up Ed,berlaku kejadian yang tak diduga.Peluh memercik di dahi tatkala melihat darah mengalir di ibu jariku.pening,pitam ku rasakan  di saat itu.Ku cuba melawan rasa itu,namun akhirnya kecundang jua di muka pintu

#Flashback#

Waktu itu saya dan rumate sedang sibuk menyiapkan mock-up ed sebab kami perlu 'consult' dengan Bro.farid terlebih dahulu sebelum buat model. Malang tidak berbau,masa duk potong model card tu,saya terhiris jari sendiri. Tak tahu nak cakap macam mana, tapi saya amat terharu dengan rumate kesayangan saya ,Anim,Fatin dan Ila..jasa kalian takkan saya lupakan. Merekalah yang bersusah payah memapah saya dikala saya terjatuh,merekalah disisi saya di kala itu.Terima kasih sangat sebab korang tak pernah abaikan saya,lepas tu bawak pula saya pergi ke klinik. :')

[petikan dari status fb saya]

Luka di jari nampak berdarah,luka dihati tak siapa yang tahu..

Kalau difikirkan luka tu taklah sebesar mana,sikit je sebenarnya..saya pun bukan jenis orang yang mabuk darah.Cuma mungkin sebab sudah 2-3 hari tak cukup tidur..badan pun dah letih.. otak pun penat dipaksa mencari idea yang terbaik untuk projek ini.Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya,yang tersurat dan yang tersirat..saya yakin semuanya pasti ada hikmah, ada pelangi yang akan muncul setelah hujan dan panas.. InsyaAllah..

Walau apapun yang terjadi,kerja tetap harus disiapkan tepat pada masanya. Ya, untuk menjadi seorang mukmin professional,kita mestilah itqan dalam apa jua kerja yang kita lakukan. Memegang amanah sebagai seorang hamba Allah dan khalifah tidaklah mudah,namun ingatlah,dalam setiap kesusahan pasti akan ada kesenangan. Allah tidak akan membebani seorang hamba itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Allah is Bigger than your problems.


Siapapun kita dan walau dimana kita berada,jangan sesekali lupa dari mana asalnya kita dan kemana kita hendak pergi.Bila ingat mati, insyaAllah kita tidak akan rasa resah dengan kehidupan dunia.Dunia ini kita akan tinggalkan jua suatu hari nanti.Ujian dan masalah datang bukan untuk melemahkan kita,tapi ia sebenarnya tarbiah dari Allah.Supaya kita jadi mukmin yang kuat dan sabar dalam mengharungi hidup.kerana pada akhirnya kita akan pulang ke pangkuan-Nya juga.  

 
Setakat ini sajalah saya bercerita tentang ED[enviromental design] ..tak masuk bab GC lagi..tak mengapalah di lain masa kita jumpa lagi..


Sekian.

Salam hormat dari,
QausuQuzahin
Gombak,Selangor
17 Mac 2013
05:45 p.m

Sunday, February 3, 2013

Teruskan Berjuang!

Assalamualaikum.. 

Sem 3,sesi 2012/2013
Minggu awal sem ini,kuliah masih belum bermula.Kami selaku pelajar AED masih tiada project    atau task untuk dilaksanakan.Sem ini cuma ada 2 subjek,namun bagi kami 2 itu ibarat 20.. selepas seminggu yang sangatlah 'relax' tu,kami dihujani dengan dengan banyak exercise ED dan GC. Pengalaman pertama saya buat projek ED dan GC yang agak tough sem ini. Mula-mula ni mungkin lebih senang,untuk yang seterusnya saya tak tahu lagi apa akan berlaku. [Yang pasti sem ni banyak guna pitis la..huu].Masih belajar dan terus belajar.
plan gc 2013
Life Goes On
hidup perlu diteruskan. Perjalanan masih panjang. Kami takkan pernah mengalah,walaupun cabaran datang tiada henti.Teringat pula saya sewaktu hari pertama masuk studio.Studio master saya,Bro.Farid ada bertanya kepada kami tentang 'kenapa memilih kos yang anda pilih?'..Panjang saya merenung dan termenung akan jawapan yang sewajarnya saya beri. Namun,bila diimbau kembali..pada awalnya saya berminat untuk mengambil Applied Art[ Interior Designer{ID}] sebagai major kos saya,namun setelah berbincang dengan keluarga dan rakan,saya membuat keputusan untuk memilih non-design,iaitu [UrP]Urban Planner.


site plan masjid besi ni task untuk ED.[cari elements and principles]

Dulu saya pernah memberi pendapat kepada kawan saya yang menghadapi masalah memilih kos kerana beliau terpaksa mengikut kehendak ayahnya yang menginginkannya memilih UrP. Setelah berbincang dengannya,saya pula yang terasa ingin memilih UrP.Dengan izin Allah, kami ingin membina sebuah bandar bercirikan islamik suatu hari nanti InsyaAllah, andai panjang umur dan masih ada kudrat,mungkin saya akan mengambil master dalam bidang ID pula.



Setakat ini sajalah saya bercerita,lain kali kita sambung.Biasanya,saya cakap pasal sem ni tunggu habis sem dulu.Tapi memandangkan ada peluang,jadi saya cerita je la. Akhir kata, semoga maju jaya kepada semua pelajar AED dan  anda semua.Wassalam..

Semoga Allah redha~

Urban Planner To Be,
QausuQuzahin
Kg Melayu Subang
3 Februaru 2013
02:31 p.m

Friday, January 25, 2013

Live Life By Design


Assalamualaikum..

Apa khabar semua?..Moga dalam keadaan sihat belaka.Sekejap lagi saya akan bertolak ke Perak.Jadi, sementara ada waktu yang masih berbaki ini,saya ada sedikit perkongsian buat peringatan diri sendiri dan jua teman-teman.

Live life by design ,not by default

Mengapa kita mesti hidup dengan design ? Sebab setiap manusia yang Allah yang cipta masing-masing ada keunikan yang tersendiri.Setiap orang ada peranan tersendiri.Tak semua orang kena jadi guru ,arkitek dan sebagainya.Apa yang penting,dan yang perlu kita tahu ialah semua profession ialah dai'e. Kita harus bina hidup kita sendiri mengikut jalan yang Allah redha.Asalkan Allah redha,tap perlu fikir 'Apa orang kata?'.Yang penting, "apa Allah kata?". Apa jua keputusan yang kita buat dalam hidup,kitalah yang akan menanggung segalanya.Pedulikan kata-kata cacian, sindiran yang akan melemahkan kita. Kita punya hak menentukan ke mana arah tuju hidup kita. Jika kita ingin berubah ke arah lebih baik, maka  teruskanlah.. usah gentar dan ragu,Allah ada bersama kita. Allahuakbar..!

Destinasi Abadi

Hidup ini ialah satu perjalanan menuju ke negeri abadi.Kampung kita bukan di Bachok,Kg Melayu Subang dan sebagainya..kampung sebenar kita semua ialah Kampung Akhirat.
Setiap kali ingin pulang ke kampung,seharusnya kita membawa bekal yang cukup keranaselepas ini,kita akan hidup di kampung akhirat itu buat selama-lamanya.  

Buatlah dan kerjakanlah amal soleh serta berbuat baiklah dengan sesama manusia.


Semua insan menginginkan yang terbaik buat mereka.Kita semua sedang menuju ke negeri yang sama.Ya,negeri akhirat,kampung akhirat.Namun,tak semua berjalan dari arah yang sama. Kita tidak boleh menghukum orang lain salah jika mereka melalui jalan yang lain dari kita.Mereka cuma buat apa yang mereka tahu dengan ilmu yang mereka ada. Seharusnya kita bersikap terbuka dan cuba menolong mereka untuk menunjukkan arah mana yang betul.Dan andainya mereka sudah berada di jalan yang benar,sokonglah mereka dan doakanlah mereka supaya kita semua dapat sama-sama sampai ke destinasi yang di tuju. 

Wallahua'lam~

Yang benar,
QausuQuzahin
Kg Melayu Subang
08:50 p.m
25 Januari 2013

Wednesday, December 26, 2012

Penutup Tirai 2012

Assalamualaikum.. apa khabar anda semua?..harap sihat selalu.. semoga hari ini dan seterusnya kita semua dalam keadaan bahagia dan bersyukur. 



Sebagai pentutup tirai 2012 ni saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya terhadap semua orang yang saya kenal termasuklah anda ,pembaca kerana mungkin selama saya menulis di blog ni saya mungkin ada mengguris perasaan anda.Saya mohon maaf. 

Hidup ini Ujian




Saya akui tahun 2012 adalah tahun yang sebenarnya telah banyak mengajar saya erti hidup sebetulnya. Memang saya banyak buat silap,tapi dari kesilapan itulah saya cuba berusaha untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah ,sama-samalah kita memperbaiki diri . 

Kalah bukan bermakna Mengalah

Kita manusia yang tak lepas dari membuat kesalahan..adakala kita diuji dan kita kalah.Tapi ingatlah, kalah bukan bermakna mengalah.Percayalah ada seribu satu lagi cara untuk kita mencapai apa yang kita mahukan dalam hidup ini. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi.'Kegagalan sebenarnya ialah kejayaan yang ditangguhkan'. Kita cuma perlukan sedikit kesabaran dan keyakinan bahawa kita akan berjaya jua satu hari nanti. Jangan takut untuk rebah,kerana hanya apabila kita rebah kita boleh melompat dengan lebih tinggi.Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sesuatu yang tak pernah terlintas difikiran kita.mungkin.siapa tahu kan?. 'Miracle is another name for hardworking'.

Short-Sem yang sangat hebat!

ok..saya nak cakap sikit pasal short sem  ni. Sebelum ni saya ingatkan short sem ni apalah agaknya ,ek? Rupa-rupanya ..sangatlah best sebenarnya.Saya kira inilah sem yang paling relaks sekali.. ^_^ Belajar tanpa stress.. semua smooth je..tenang dan steady.. jadual tak padat macam dulu dah. Semoga sem depan lebih baik dari sem ini.

Akhir kata,semoga kita semua diberi kekuatan dan ketabahan dalam bermujahadah , dijauhkan dari perkara yang mendekatkan kita pada maksiat serta diberi ketenangan dalam menghadapi apa jua situasi yang akan datang. :)

Salam dari,
QausuQuzahin
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
01:08 a.m
26 Disember 2012

Thursday, December 6, 2012

Life is beautiful.


Assalamualaikum..
Pecayalah bahawa hidup ini indah sebenarnya.Ia bergantung kepada cara kita berfikir. Tidak salah untuk kita merasa bahagia kerana Bahagia itu ada di sepanjang jalan. tak perlu menunggu di penghujung jalan untuk kita merasa bahagia. Allah tak tengok berjaya atau gagal kita dalam memperjuangkan islam,tetapi Allah melihat usaha kita dalam pertahankan islam dimuka bumi ini.Begitu jua dengan konsep kehidupan kita. Kita berusaha,Allah menentukannya.Kita mentadbir ,Allah yang mentakdir. Jadi jangan mengalah dalam mujahadah! 

Matapelajaran baru 

Tak kira apa jua yang berlaku ,baik atau buruk sebenarnya semuanya baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Anggaplah setiap peristiwa yang Allah izinkan ia terjadi itu sebagai matapelajaran baru untuk kita setiap hari. Memang kita takkan terlepas dari ujian hidup kerana hidup ini ujian. Bersyukurlah apabila kita diuji bukan sekadar bersabar. 

Senyumlah :)

Senyumlah ,maka dunia akan tersenyum kepadamu. ^_^ Senyumlah dari hati..kita akan merasa kuat dengan itu.Murahkan dengan senyuman ,baru hidup kita bahagia.

Setakat inilah coretan saya kali ini.Lain kali kita jumpa lagi..InsyaAllah..

Aku yang berdosa,
QausuQuzahin
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
6 Desember 2012