Saturday, October 13, 2012

Merenungi Luar Jendela

Assalamualaikum.. sekadar mengisi ruangan ini dengan beberapa keping gambar yang mungkin tiada makna apapun bagi anda tapi cukup berharga buat saya.


inilah dia satu sudut kamarku ..dari sini saya boleh lihat salji turun dari langit ^^
pastu malam2 boleh tidur menghadap bintang dan bulan di angkasa..
Alhamdulillah syukur..i love this view :)

okay ni apa pulak ya?..kalau nak tahu kat sini lah saya menghabiskan banyak masa untuk buat GC..
seronok tau..saya suka lihat pemandangan..
jadi sebab tu lah saya suka duduk sini :)

selaku pelajar AED..wajib bagi saya untuk memiliki senjata alat tulis ni
pensil ,pembaris,tsquare, adjustable set square,kertas, drawing pen,dan sebagainya
saya sayang semua barang2 ni sebab ia penting tau..
kalau tak ada macam mana nak melukis,kan?[paling penting..masking tape mesti ada..hoho]

ni jam yang saya baru beli..hehe..bukan nak show off..tapi sebab dah lama tak pakai jam tangan ni.. lagipun bukan mahal pun..tapi ia tetap bermakna bagi saya :))

apa ni? ni lah hadiah yang Iylia bagi kat kami[roomate kc929] dulu...hihi.. 
saya dah lama usha yang Iylia punya..sama je pettern macam ni..
tak sangka pulak dia nak bagi hadiah kat.. kitorang benda ni..comelnya ^_^

setakat ini sajalah..sekian..wassalam :)

Disediakan oleh,
QausuQuzahin
CFS IIUM ,Petaling Jaya
02:51 a.m
13 Oktober 2012

Saturday, October 6, 2012

Menuju Cinta Illahi

Assalamualaikum..



Kali ini saya tidak mahu bercerita panjang,sekadar sedikit renungan buat diri saya sendiri dan kita semua. 

Kawan saya pernah berkata,"kau tak ada kawan baik lelaki,memanglah boleh cakap macam-macam.. nanti kalau kau dah ada,mesti kau akan buat 'lebih' lagi daripada dia..".
Aku terkedu lalu membalas," cakap pasal 'kalau' ni, kapal terbang pun boleh jadi biskut kan..tak gitu?.."

Untuk seterusnya saya hanya diam membatu. Hal ini membuatkan saya untuk kembali merenung diri yang serba kekurangan. Hati manusia mudah bebolak balik. Ya,saya akui..saya khilaf. Moga kita semua sentiasa istiqamah dalam mujahadah melawan hawa nafsu. Saya manusia yang punya hati dan perasaan. Namun janganlah kita mudah goyah dengan tipu daya  permainan dunia.  Syaitan memang suka melihat kita jatuh ke lembah maksiat,agar kita lalai daripada mengingati Allah.Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita kepada maksiat.Akhir kalam, elakkan dari melakukan perkara-perkara lagha dan sia-sia.
Ingatlah ,Allah tidak berfirman 'janganlah kamu berzina' tetapi Allah s.w.t telah berfirman "Dan janganlah kamu mendekati zina." Kerana Allah Maha Mengetahui kedudukan kita selaku manusia yang mudah lupa.Maka Allah telah menyarankan dengan tegas agar kita tidak mendekati lorong-lorong yang menghampiri zina terlebih dahulu,sebagai contoh, ber'couple' dan istilah yang sama makna dengannya [tak kisahlah bff,crush ke apa entah].kerana ia akan membuka pintu kepada maksiat.

Wallu'alam~


P/s:

Ayuh sama-sama kita bertaubat dan memohon keampunan  dari Allah atas kelalain  dan kealpaan kita dalam mengingati-Nya.
Semoga kita bertemu jodoh yang dapat membawa kita menuju cinta Illahi. InsyaAllah..

"Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’” [HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]




Coretan,
QausuQuzahin
Kg Melayu,Subang.
09:43 p.m
06 Oktober 2012


<---Adam Dan Hawa ^__^ 
[tiba-tiba je..tolonglah. kang tak pasal2 ada orang geli tengok gambar ni -..-".]

Friday, September 28, 2012

Teknik Imbas Kembali


Assalamualaikum..


Apa khabar iman  saudara saudari semua? sihat tak? Moga semuanya dalam keadaan sihat jasad dan batin.Kalau tak sihat tu,sihat-sihatkanlah..pergilah jumpa doktor ke apa,namun sebaik-baik penyembuh ialah Allah.Mohonlah perlindungan dari Allah dari segala penyakit zahir dan penyakit hati. Oh.. panjang betul mukaddimah saya..hehe.. tajuk entri kali ini 'Imbas Kembali' saja saya beri sebab saya baru lepas imbas kembali apa yang telah terjadi sepanjang jalan cerita hidup saya selama ini.

Ada gelak tawa,
Ada tangis duka,
Ada senyum ceria
Ada sayu dan pilu..

Semuanya bagi saya terindah .Tak kira pahit manis tawar atau hambar ,ia tetap menjadi sebahagian dari hidup kita.Apa yang seronok bila menulis blog ni,kita boleh baca balik apa yang kita tulis suatu ketika dahulu. Kadang gelak sampai rasa nak guling-guling,kadang rasa sayu lepas baca balik apa yang saya pernah tulis dulu. Entri2 blog  lepas, banyak mengajar saya erti kehidupan. Melihat bermacam ragam manusia, dan saya lebih mengenali diri sendiri.Ada kenangan yang saya tak boleh lupa saya tulis dalam blog,dengan harapan suatu masa nanti bila saya terlupa akan ia,saya dapat baca balik dalam blog saya.Blog saya bukanlah diari semata, tapi lebih kepada nilai yang saya cuba sampaikan.Agar diri saya dan pembaca mendapat manfaat dari blog ini. Saya kongsikan pengalaman dan apa yang saya tahu di ruangan blog ini. 




Masa tak mungkin diundur, kita tak dapat lagi kembali ke masa lampau.Tapi apa yang kita mampu lakukan ialah mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku. Peristiwa lalu telah mematangkan fikiran saya yang dulunya kebudak-budakan..tak tahu yang mana hitam dan yang mana satu putih. Hidup ini penuh dengan warna warni kehidupan :-). Redhalah atas apa yang terjadi, tak perlu mempersoalkan kenapa ia begitu dan begini?..itulah namanya takdir. Tak semua benda yang berlaku dan akan berlaku adalah mengikut apa yang kita mahu.Kita haruslah sedar semua yang berlaku ialah atas kehendak Allah mengatasi segalanya. Dia yang Maha Berkuasa . Jangan expect semua orang akan jadi seperti apa yang kita mahukan. Kita tak boleh mengubah perangai orang melainkan diri kita sendiri. 

Sebagai penutup, saya harap diri saya dan anda dapat menjalani hidup kita dengan hati yang terbuka. Jangan bila ditimpa ujian kita terus-terusan mengeluh dan merungut, tapi cubalah untuk bersyukur. Kerana baik atau buruk suatu peristiwa yang menimpa kita itu semuanya datangnya dari Allah. Percayalah pada Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin ada manis disebalik pahit yang kita telan.Sekian, Terima kasih.

Wallua'lam~

Penulis,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya.
07:08 p.m
28 September 2012




Thursday, September 27, 2012

Terpenjarakah Aku?


Agaknya bagaimana penjara itu?
Adakah ia sekadar tempat yang dibatasi dengan pintu besi yang penuh berduri?
Cuma orang yang pernah berada di dalam sana sahaja
yang mengetahui bagaimana sebenarnya penjara itu
tiada sesiapa yang bisa melepasi tembok batu it
Ramai manusia yang terpenjara di sana
namun lebih ramai lagi yang terpenjara dalam kehidupan mereka sendiri.
Aneh bunyinya..
Tapi itulah hakikat yang pahit untuk ditelan
Mengapa begitu?
Allah menciptakan kita dengan sebaik-baik cara
Jadi berfikirlah
Gunakan akal dengan sebaik-baiknya..
jangan pernah terpenjara dengan kehidupanmu sendiri
Bebaskan diri dari belenggu berkeluh kesah
Kerana Allah ada
Sentiasa menemanimu perjalanan hidup ini
Percayalah setiap hal yang terjadi
bukannya suatu kebetulan
Ianya memang sudah dirancang oleh sebaik-baik perancang
samada kamu mengambilnya sebagai pengalaman atau pengajaran 
kadang mungkin itulah yang membuatkan kita kuat untuk teruskan hidup
Perjalanan masih panjang
Hargailah masa yang terluang
kerana
Penjara hanya untuk orang yang  menggunakan waktu yang ada
 dengan melakukan sesuatu perkara dengan jiwa yang kosong.
 Jiwa adalah tempat dimana hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahuinya.
Serahkanlah jiwa itu kepada-Nya
Maka kita tidak akan terpenjara.


P/s:

Disaat ini daku melihat semua rakan sibuk berjuang melakukan GC..tapi aku?..ya masih disini..sedang mencari semangat diri yang tenggelam timbul dikala ini. Harapanku agar dapat menyiapkan GC malam ini. Entah bagaimana caranya,moga Allah suluhkan jalan untuk ku melaluinya . Perlahan-lahanku meniti jalan nan berliku,semoga selamat sampai. insyaAllah.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi membantu selama ini.Akhir kalam, 

"Bebaskanlah dirimu dari penjara kehidupan
Ketahuilah
Bahawa hidup ini terlalu singkat untuk berkeluh kesah kerana hal dunia
carilah cahaya dikala kelam
Pandanglah langit yang terbentang luas
Sedarkan diri akan kebesaran Tuhan
Barulah hati menjadi tenang."


Nukilan,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya
01:03 a.m
27 September 2012

Sunday, September 16, 2012

GC oh GC~

Assalamualaikum..



Agaknya dah lama saya tak conteng kat blog ni kan..lately, saya sedikit busy dengan jantung hati saya, GC[ Graphic Communication..ala..yang main lukis-lukis tu..-..-"]. Banyak perkara yang telah terjadi kebelakangan ini yang menguji stamina,mental dan emosi.Ya ,saya akui memang GC banyak mempengaruhi hidup saya.Dulu mungkin kehidupan saya normal dan sama seperti orang lain..namun sekarang dah tak macam dulu lagi..Bukan saya nak kata 'tak ada life' ..tapi perubahan dalam hidup itu berlaku.Dan saya menghargai setiap detik bersama GC. Hidup ini indah apabila kita tahu menghargainya. Banyak benda yang saya telah pelajari dari GC selain dari melukis.Saya belajar sesuatu yang tidak diajar dalam buku iaitu Pengalaman . Tak semua orang akan melalui pengalaman seumpama ini. Berjaga pada waktu malam,kadang-kadang tu tak tidur lansung.Tapi tak mengapa, bak kata seorang sahabat saya di twitternya..
"Kita merungut bersusah dengan pen dan kertas, sedang mereka di sana sibuk bergelut dengan peluru dan senjata. Siapa lagi perit sebenarnya?.."kata Atiqah Azahari.
[GC...]

Biasalah adat orang berjuang,mestilah ada banyak halangan yang akan datang menduga. Jadi, jangan mengeluh..ujian kita tidak seberat saudara seislam kita di bumi Palestin atau Syria. Terlalu kecil jika ingin dibandingkan. Ayuh kita teruskan langkah ini walau terpaksa memijak duri dan melalui jalan yang berliku. 

Ingin saya kongsi apa yang saya dapat pelajari daripada subjek GC ini..

1. SABAR dan REDHA
Ya,sabar. Dulu senang je mulut ni cakap 'Sabarlah..." bila tengok orang lain tension buat GC ke ED..sekarang dan kini saya telah merasainya dan memahami apa itu hakikat sabar. Bukan mudah untuk sabar..itu sahaja yang boleh saya katakan.. tapi cubalah kita redha ,pasti sabar itu akan hadir dengan sendirinya. Memanglah kadang-kadang tu,saya akan rasa putus asa bila drawing saya tak jadi dan tak lawa macam orang lain.Saat itulah ,saya mulai terfikir


"Mengapa aku mengeluh? padahal aku sudah berusaha sedaya upaya aku untuk membuat GC ini.. setiap insan diberi kelebihan masing-masing.Tidak harus untuk aku berasa rendah diri apabila mengenangkan lukisan aku yang tidak seberapa ini.Aku mesti bersyukur dengan apa yang Allah beri berdasarkan usaha dan kemampuan aku.."
Lantas saya hindarkan semua perasaan negatif itu supaya ia tidak melarat sehingga mematahkan semangat saya. Saya redha dengan keputusan yang saya dapat.Banyak drawing yang kena 'RE-DO'. Perkataan yang cukup sinonim bagi pelajar AED [Architecture and Enviromental Design]. Maknanya saya kena buat balik drawing yang saya dah hantar. Masa itulah, saya kena banyak sabar. Re-do dan Redha. ^__^ "Terimalah dengan hati yang tenang...ya Amalina.." Desis hatiku. 

Sedih tu memang sedih ,tapi sampai bila saya harus meratapi GC yang kena re-do tu kan?.. Masa perlu diatur dengan cermat sebab dalam pada masa yang sama Exercise GC yang lain bakal menanti. Masa tidak boleh dibuang begitu sahaja. Banyak benda lagi yang harus dilakukan, sem ini bukan subjek GC sahaja yang saya ambil,subjek lain seperti Computer, Introduction to Enviromental Design [I.B.E] serta English juga tidak boleh diabaikan. Tidak boleh pilih kasih antara keempat-empat subjek itu. Semuanya perlu diberi perhatian. 
Tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..muhasabah..dan hembuskan nafas dengan kalimah 'Lailahaillallah'. Tiada tuhan selain Allah. Ingat tu..jadi kita mohonlah kepada-Nya agar diberi kemudahan dalam mengharungi arus deras yang mendatang ini.insyaAllah, kita pasti boleh!

2.OPTIMIS



Apa itu optimis?..saya bagi contohlah senang..macam ni,katakanlah ada orang marah-marah kat kita ataupun tak puas hati dengan kita..cuba kita senyum masa tu..agaknya apa yang kita rasa?.. Optimis tak?.. senang cakap lebih kurang seperti berpositif atau bersangka baik, cuma optimis ni lebih kepada kita terima apa jua situasi tak kira baik atau buruk dengan hati yang tenang. Saya belajar dari GC. Saya tahu saya dah banyak lukakan hati orang yang saya sayang bila mood saya tiba-tiba bertukar jadi tak baik semasa buat GC. Bukan mudah nak kawal perasaan yang tertekan.Masa tu syaitan dan nafsu sering berbisik yang bukan-bukan  agar saya berputus asa.Tapi saya berusaha untuk jadi lebih optimis sekarang supaya orang sekeliling tidak merasa tempias akibat tekanan yang saya alami semasa melukis. 


"Ala..melukis je pun..apasal nak stress sangat?.." sesetengah orang akan berkata begitu. 
Kalau diberi masa sebulan untuk menyiapkan satu projek GC ,saya rasa mungkin tidak akan ada tekanan.Tapi bila diberi masa 24 jam, fikirlah sendiri apa yang akan berlaku.Melukis ni memerlukan daya tahan stress yang tinggi kerana kita harus fokus dan teliti apabila kita melukis kerana ia melibatkan matematik dan seni.Silap perkiraan walaupun 1 cm akan meyebabkan kita kena Re-do atau buat balik lukisan tu dari awal. Nampak tak permainan GC ni??..hoho..Jadi, optimislah ya :)

3.Kenal Diri,Kenal Allah.
Saya mulai mengenali diri saya sendiri.Jika tidak diberi tekanan ..mungkin saya tidak akan sedar diri saya yang sebenarnya. Saya ini cuma hamba Allah , memang saya layak untuk diberi ujian,dan tidak patut bagi saya untuk mempersoalkan 'kenapa begini dan begitu..?'. Allah telah mentakdirkan saya untuk berada dalam medan AED ini. Percayalah pasti ada hikmah disebaliknya . Iman sentiasa teruji apabila ber-GC . Ramai yang terkandas solat subuh apabila ber-gc disebabkan berjaga sepanjang malam. Namun ia tidak harus dijadikan alasan untuk melewatkan solat.Kerana itu sebenarnya  kayu ukur keimanan kita kepada Allah. Saya pernah melalui pengalaman yang sama. Ada kala saya terleka mengatur urusan dunia sedangkan ia belum tentu menjamin syurga. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..kerana Allah sangat rindukan rintihan suara kita kepada-Nya. 



Mesti ingat! No matter how busy you are,always remember Allah :) . 


Baiklah,setakat ini sahajalah coretan saya .Apa yang saya tulis ni diharapkan dapat direnungkan oleh kita semua khususnya pelajar AED. Jangan pernah menyesal kerana terpilih dalam course ini. Kita hanya mampu merancang,namun sebaik-baik perancang ialah Allah. Berdoalah selalu agar kita diberi kekuatan menghadapi ujian dipersada seni ini. InsyaAllah.

Akhir kalam ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga tersayang dan sahabat handai yang sentiasa menyokong saya dan sering memberi kata-kata peransang apabila saya merasa jatuh dan lemah selama ini. Kalian semua anugerah terindah yang Allah utuskan kepada saya.Terima kasih juga kerana kalian telah banyak bersabar dengan saya selama ini.Tak kira dari sisi buruk saya ke apa ,kalian semua menerimanya dengan hati yang terbuka..Disini saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan saya yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan. Bukan niat saya untuk tidak menjadi seperti mana yang kalian mahu.Saya cuma insan biasa yang banyak melakukan dosa.Maafkanlah saya atas keterbatasan saya untuk memahami dan memuaskan hati kalian. InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan saya. Mohon doakan saya ya semua :) Sekian.. wassalam.

Moga Allah Redha~


Penulis,
QausuQuzahin
Gombak
16 September 2012
02:35 a.m