Agaknya dah lama saya tak conteng kat blog ni kan..lately, saya sedikit busy dengan jantung hati saya, GC[ Graphic Communication..ala..yang main lukis-lukis tu..-..-"]. Banyak perkara yang telah terjadi kebelakangan ini yang menguji stamina,mental dan emosi.Ya ,saya akui memang GC banyak mempengaruhi hidup saya.Dulu mungkin kehidupan saya normal dan sama seperti orang lain..namun sekarang dah tak macam dulu lagi..Bukan saya nak kata 'tak ada life' ..tapi perubahan dalam hidup itu berlaku.Dan saya menghargai setiap detik bersama GC. Hidup ini indah apabila kita tahu menghargainya. Banyak benda yang saya telah pelajari dari GC selain dari melukis.Saya belajar sesuatu yang tidak diajar dalam buku iaitu Pengalaman . Tak semua orang akan melalui pengalaman seumpama ini. Berjaga pada waktu malam,kadang-kadang tu tak tidur lansung.Tapi tak mengapa, bak kata seorang sahabat saya di twitternya..
"Kita merungut bersusah dengan pen dan kertas, sedang mereka di sana sibuk bergelut dengan peluru dan senjata. Siapa lagi perit sebenarnya?.."kata Atiqah Azahari.
[GC...]
Ingin saya kongsi apa yang saya dapat pelajari daripada subjek GC ini..
1. SABAR dan REDHA
Ya,sabar. Dulu senang je mulut ni cakap 'Sabarlah..." bila tengok orang lain tension buat GC ke ED..sekarang dan kini saya telah merasainya dan memahami apa itu hakikat sabar. Bukan mudah untuk sabar..itu sahaja yang boleh saya katakan.. tapi cubalah kita redha ,pasti sabar itu akan hadir dengan sendirinya. Memanglah kadang-kadang tu,saya akan rasa putus asa bila drawing saya tak jadi dan tak lawa macam orang lain.Saat itulah ,saya mulai terfikir
"Mengapa aku mengeluh? padahal aku sudah berusaha sedaya upaya aku untuk membuat GC ini.. setiap insan diberi kelebihan masing-masing.Tidak harus untuk aku berasa rendah diri apabila mengenangkan lukisan aku yang tidak seberapa ini.Aku mesti bersyukur dengan apa yang Allah beri berdasarkan usaha dan kemampuan aku.."Lantas saya hindarkan semua perasaan negatif itu supaya ia tidak melarat sehingga mematahkan semangat saya. Saya redha dengan keputusan yang saya dapat.Banyak drawing yang kena 'RE-DO'. Perkataan yang cukup sinonim bagi pelajar AED [Architecture and Enviromental Design]. Maknanya saya kena buat balik drawing yang saya dah hantar. Masa itulah, saya kena banyak sabar. Re-do dan Redha. ^__^ "Terimalah dengan hati yang tenang...ya Amalina.." Desis hatiku.
Sedih tu memang sedih ,tapi sampai bila saya harus meratapi GC yang kena re-do tu kan?.. Masa perlu diatur dengan cermat sebab dalam pada masa yang sama Exercise GC yang lain bakal menanti. Masa tidak boleh dibuang begitu sahaja. Banyak benda lagi yang harus dilakukan, sem ini bukan subjek GC sahaja yang saya ambil,subjek lain seperti Computer, Introduction to Enviromental Design [I.B.E] serta English juga tidak boleh diabaikan. Tidak boleh pilih kasih antara keempat-empat subjek itu. Semuanya perlu diberi perhatian.
Tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..muhasabah..dan hembuskan nafas dengan kalimah 'Lailahaillallah'. Tiada tuhan selain Allah. Ingat tu..jadi kita mohonlah kepada-Nya agar diberi kemudahan dalam mengharungi arus deras yang mendatang ini.insyaAllah, kita pasti boleh!
2.OPTIMIS
Apa itu optimis?..saya bagi contohlah senang..macam ni,katakanlah ada orang marah-marah kat kita ataupun tak puas hati dengan kita..cuba kita senyum masa tu..agaknya apa yang kita rasa?.. Optimis tak?.. senang cakap lebih kurang seperti berpositif atau bersangka baik, cuma optimis ni lebih kepada kita terima apa jua situasi tak kira baik atau buruk dengan hati yang tenang. Saya belajar dari GC. Saya tahu saya dah banyak lukakan hati orang yang saya sayang bila mood saya tiba-tiba bertukar jadi tak baik semasa buat GC. Bukan mudah nak kawal perasaan yang tertekan.Masa tu syaitan dan nafsu sering berbisik yang bukan-bukan agar saya berputus asa.Tapi saya berusaha untuk jadi lebih optimis sekarang supaya orang sekeliling tidak merasa tempias akibat tekanan yang saya alami semasa melukis.
"Ala..melukis je pun..apasal nak stress sangat?.." sesetengah orang akan berkata begitu.Kalau diberi masa sebulan untuk menyiapkan satu projek GC ,saya rasa mungkin tidak akan ada tekanan.Tapi bila diberi masa 24 jam, fikirlah sendiri apa yang akan berlaku.Melukis ni memerlukan daya tahan stress yang tinggi kerana kita harus fokus dan teliti apabila kita melukis kerana ia melibatkan matematik dan seni.Silap perkiraan walaupun 1 cm akan meyebabkan kita kena Re-do atau buat balik lukisan tu dari awal. Nampak tak permainan GC ni??..hoho..Jadi, optimislah ya :)
3.Kenal Diri,Kenal Allah.
Saya mulai mengenali diri saya sendiri.Jika tidak diberi tekanan ..mungkin saya tidak akan sedar diri saya yang sebenarnya. Saya ini cuma hamba Allah , memang saya layak untuk diberi ujian,dan tidak patut bagi saya untuk mempersoalkan 'kenapa begini dan begitu..?'. Allah telah mentakdirkan saya untuk berada dalam medan AED ini. Percayalah pasti ada hikmah disebaliknya . Iman sentiasa teruji apabila ber-GC . Ramai yang terkandas solat subuh apabila ber-gc disebabkan berjaga sepanjang malam. Namun ia tidak harus dijadikan alasan untuk melewatkan solat.Kerana itu sebenarnya kayu ukur keimanan kita kepada Allah. Saya pernah melalui pengalaman yang sama. Ada kala saya terleka mengatur urusan dunia sedangkan ia belum tentu menjamin syurga. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..kerana Allah sangat rindukan rintihan suara kita kepada-Nya.
Mesti ingat! No matter how busy you are,always remember Allah :) .
Baiklah,setakat ini sahajalah coretan saya .Apa yang saya tulis ni diharapkan dapat direnungkan oleh kita semua khususnya pelajar AED. Jangan pernah menyesal kerana terpilih dalam course ini. Kita hanya mampu merancang,namun sebaik-baik perancang ialah Allah. Berdoalah selalu agar kita diberi kekuatan menghadapi ujian dipersada seni ini. InsyaAllah.
Akhir kalam ,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga tersayang dan sahabat handai yang sentiasa menyokong saya dan sering memberi kata-kata peransang apabila saya merasa jatuh dan lemah selama ini. Kalian semua anugerah terindah yang Allah utuskan kepada saya.Terima kasih juga kerana kalian telah banyak bersabar dengan saya selama ini.Tak kira dari sisi buruk saya ke apa ,kalian semua menerimanya dengan hati yang terbuka..Disini saya ingin memohon maaf atas segala kekhilafan saya yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan. Bukan niat saya untuk tidak menjadi seperti mana yang kalian mahu.Saya cuma insan biasa yang banyak melakukan dosa.Maafkanlah saya atas keterbatasan saya untuk memahami dan memuaskan hati kalian. InsyaAllah, saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan saya. Mohon doakan saya ya semua :) Sekian.. wassalam.
Moga Allah Redha~
Penulis,
QausuQuzahin
Gombak
16 September 2012
02:35 a.m
No comments:
Post a Comment