Kali ini saya tidak mahu bercerita panjang,sekadar sedikit renungan buat diri saya sendiri dan kita semua.
Kawan saya pernah berkata,"kau tak ada kawan baik lelaki,memanglah boleh cakap macam-macam.. nanti kalau kau dah ada,mesti kau akan buat 'lebih' lagi daripada dia..".
Aku terkedu lalu membalas," cakap pasal 'kalau' ni, kapal terbang pun boleh jadi biskut kan..tak gitu?.."
Untuk seterusnya saya hanya diam membatu. Hal ini membuatkan saya untuk kembali merenung diri yang serba kekurangan. Hati manusia mudah bebolak balik. Ya,saya akui..saya khilaf. Moga kita semua sentiasa istiqamah dalam mujahadah melawan hawa nafsu. Saya manusia yang punya hati dan perasaan. Namun janganlah kita mudah goyah dengan tipu daya permainan dunia. Syaitan memang suka melihat kita jatuh ke lembah maksiat,agar kita lalai daripada mengingati Allah.Moga kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mendekatkan kita kepada maksiat.Akhir kalam, elakkan dari melakukan perkara-perkara lagha dan sia-sia.
Ingatlah ,Allah tidak berfirman 'janganlah kamu berzina' tetapi Allah s.w.t telah berfirman "Dan janganlah kamu mendekati zina." Kerana Allah Maha Mengetahui kedudukan kita selaku manusia yang mudah lupa.Maka Allah telah menyarankan dengan tegas agar kita tidak mendekati lorong-lorong yang menghampiri zina terlebih dahulu,sebagai contoh, ber'couple' dan istilah yang sama makna dengannya [tak kisahlah bff,crush ke apa entah].kerana ia akan membuka pintu kepada maksiat.
Wallu'alam~
P/s:
Ayuh sama-sama kita bertaubat dan memohon keampunan dari Allah atas kelalain dan kealpaan kita dalam mengingati-Nya.
Semoga kita bertemu jodoh yang dapat membawa kita menuju cinta Illahi. InsyaAllah..
"Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan, maka janganlah kamu mengatakan, ‘Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah, ‘lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.’ Karena sesungguhnya ungkapan kata 'kalau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan setan.’” [HR. Muslim, Ibnu Majah dan Imam Ahmad]
Coretan,
QausuQuzahin
Kg Melayu,Subang.
09:43 p.m
06 Oktober 2012
<---Adam Dan Hawa ^__^
No comments:
Post a Comment