Monday, December 26, 2011

T.T L


Once upon a time
there was an island where all the feeling lived
happiness,saddness,knowledge,
and all others include love.
One day it was announced to the feeling
that the island would sink.
So they all prepared boats and left
Love was the only one who stayed.
But when love was almost sinking,
she decided to ask help.
"help!help!! who can help me?.."
then richness came.
love ask
"Richness ,can you take me with you?.."
"No, I can't .There is a lo of gold in my ship, there is no place for you $$"said Richness.
Then Saddness came,and Love ask him
"saddness ,let me go with you.."
"oh .Love, I'm s sad,so I prefer to go alone..huhu".said Saddness.
Then, Love saw Happiness.
"Happiness,Help me! help me!.."
Unfortunately, Happiness was so happy, so he did not listen when love call him.

When Love almost give up askig for help.Suddenly there was a voice.
"come love,I'll take you.."
The one who helped Love is an elder.
Love became very happy that she even forgot to ask the elder his name..
When they arrived on a dry land ,
the elder went on his on way..
The Love asked Knowledge,another elder,
the name of the elder who had helped her.
His name is "Time".
Time? But why did time help me??
Because only 'Time' is capable of understanding how great Love is..


Love,
Qausu Quzahin..
Kg.Jelawat,Bachok,Kelantan.
25 December 2011
11:55 p.m

Thursday, December 1, 2011

Silent Please..


Cukuplah sampai disini,
Aku ingin..
Diam,
untuk berfikir.
Diam,
untuk mendapat ketenangan.
Diam,
untuk mendengar.
Diam,
untuk melihat
Diam,
untuk memahami.

Diam,
tidak bermakna berhenti.
bukan jua untuk pergi.
Tetapi diam,
untuk mencari solusi
Diam,
untuk transformasi diri
dan diam,
untuk berdoa kepada Tuhan,
agar segala amalan yang dibuat hari ini
sentiasa diredhaiNya.

Ketahuilah,
akan tibanya saat dimana
mulut kamu 
tidak mampu berbicara lagi 
 apabila diminta menjawab lima persoalan
yang selama ini kamu abaikan
kepentingannya.

muda sebelum datangnya tua,
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
lapang sebelum sempit
dan
hidup sebelum mati.
Semua akan dijawab oleh saksi
iaitu anggota jasad kamu yang lain.

Kerana pulut, santan binasa,
kerana mulut,badan binasa.



Salam Sayang,
Qausu Quezahin.

Thursday, October 27, 2011

1st of all~Pendahuluan


Alhamdulillah,syukur ke hadrat Illahi saya masih diberi kesempatan dan kudrat untuk menulis dalam blog yang tak seberapa ini.Peluang yang diberi oleh Allah ini akan saya manfaatkan sebaiknya.Untuk kali ini,saya ingin mengupas sedikit tentang beberapa hal yang berlaku dalam kehidupan.Pertama sekali, saya harus jujur dengan ilmu saya,segala yang saya akan tulis selepas ini (kerana tukar tajuk dari warna pelangi ke Skrip Kehidupan)semuanya saya cedok dari apa yang saya belajar samada secara lansung atau tidak lansung sepanjang perjalanan hidup saya,dan pengalaman sendiri serta orang lain yang boleh diambil iktibar. Saya akan mengulas tentang sesuatu topik dengan cara saya sendiri.Jika ada terdapat percanggahan atau sebarang kemusykilan silalah tinggalkan comment dibawah post saya.Saya seorang insan yang masih belajar dari kesilapan.Jadi,harap anda dapat menerimanya dengan baik dan tidak cepat melatah dengan apa yang saya akan tulis pada masa hadapan.InsyaAllah,saya akan buat yang terbaik agar apa yang saya tulis dapat dimanfaatkan dan menjadi pencen kubur saya suatu masa nanti.

Baiklah,tanpa kita sedari  hidup kita telah bejalan dan terus berjalan.Masa masih belum berhenti.Dalam tempoh itu juga kita menjalani hidup kita dengan mengikut skrip kehidupan kita.Mungkin anda tak percaya kalau saya kata ,sebenarnya kita sendiri yang menulis skrip kehidupan kita.Kehidupan,atau jalan cerita manakah yang menjadi pilihan kita?.. apakah jenis genre yang anda mahukan?... sedih?bahagia?aksi?komedi?romantik?ataupun seram?..apapun yang anda fikir dan rasa,saya percaya semua genre ini pasti pernah anda lalui ,kan?..Jadi, mahu atau tidak segalanya adalah pilihan anda.Kerana watak utama dalam cerita ini adalah anda.Jika anda rasa mahu memegang watak orang mukmin jadi pilihlah untuk menjadi baik.Maka anda harus menulis skrip yang terbaik kerana andalah yang akan memikul watak ini . Anda perlu menyediakan skrip yang sesuai dengan watak yang anda bawa tak kira.,dari segi perwatakan,penampilan dan sebagainya bagi menghasilan cerita yang bagus untuk ditonton dalam skrin minda kita(muhasabah diri) nanti.Setiap hari kita harus mempunyai skrip agar mudah untuk kita berlakon. Tanpa skrip,seorang pelakon itu sukar untuk membawa watak dengan baik.Jadi,mulakanlah untuk merancang skrip untuk hari esok.Ingat,skrip yang baik akan menghasilkan jalan cerita yang baik.

Seorang pelakon yang berdedikasi biasanya akan membaca skrip berulang kali tanpa jemu agar dia dapat memahami dan seterusnya menjiwai sesuatu watak itu.Nasihat saya,sebelum anda mulakan hari anda ,sentiasalah bersedia dengan melakukan sedikit latihan serta kajian tentang watak yang anda pilih tu.Sebagai contoh,watak yang baik adalah seorang yang soleh,taat kepada ibu bapa,suka membantu orang lain,sentiasa berfikiran positif, berilmu serta beramal dengan ilmunya.Lama-kelamaan anda akan terbiasa membawa watak ini.InsyaAllah ,sesuatu pekerjaan itu dinilai dari niatnyaJika niat anda baik,iaitu hanya semata-mata ingin mencari keredhaan Allah dan bukannya penghargaan manusia,saya percaya pasti anda berjaya menjadi insan yang dapat memakmurkan bumi Allah ini.Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..Amin~

Sekian,
QausuQuzahin..

P/s:
Setiap insan dilahirkan dengan jiwa suci.
*tayangan perdana filem ini akan diadakan di Padang Mahsyar pada Pari akhirat.COMING SOON~ =)