Thursday, December 1, 2011

Silent Please..


Cukuplah sampai disini,
Aku ingin..
Diam,
untuk berfikir.
Diam,
untuk mendapat ketenangan.
Diam,
untuk mendengar.
Diam,
untuk melihat
Diam,
untuk memahami.

Diam,
tidak bermakna berhenti.
bukan jua untuk pergi.
Tetapi diam,
untuk mencari solusi
Diam,
untuk transformasi diri
dan diam,
untuk berdoa kepada Tuhan,
agar segala amalan yang dibuat hari ini
sentiasa diredhaiNya.

Ketahuilah,
akan tibanya saat dimana
mulut kamu 
tidak mampu berbicara lagi 
 apabila diminta menjawab lima persoalan
yang selama ini kamu abaikan
kepentingannya.

muda sebelum datangnya tua,
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
lapang sebelum sempit
dan
hidup sebelum mati.
Semua akan dijawab oleh saksi
iaitu anggota jasad kamu yang lain.

Kerana pulut, santan binasa,
kerana mulut,badan binasa.



Salam Sayang,
Qausu Quezahin.

No comments:

Post a Comment