Thursday, February 13, 2014

No More Stories.. (1st Year, Sem 2, 2014/14)

Assalamualaikum..




it's quiet a long time since the last time wrote here.hmm, there's nothing to tell about..not because I don't have any kind of stories .I just got no feeling on writing this..pretty bad ,uh?.. guess what? this is my second semester Year 1 in URP..very long journey,you know?.. I didn't tell u guys any stories of last sem.. #longsigh.. I don't know why,maybe because the last sem I don't have interesting story .. last sem is the busiest sem ever for me," it's not bad,but it's kind of worse.." said Mat Lutfi ..haha.. (laugh for nothing.-..-") and yet, I'm still here ..struggling to achieve my goal.  This tough moment ..this breath ..become my part of life. I'm not saying that I hate it..I strive hard for it..because I love it..URP is not my interest,but its my passion. I'm not burdened by it, I'm just get a little tired ..thats all.. 

Currently,I'm doing my first project for this sem.. the site is at Bandar Baru Sungai Buaya,Rawang. My leader for this project is Anim, my best friend :)  having a great time with her. At last, we're in the same group..Also my group members, Aliah,Ili, Roza, Syazwan..I really appreciate all the things we do it together.. I can't wait to go to the site visit..hihi (pleaseeee -..-")  whatever that might  be happen,.. I know that this may be the hard time for you guys..but I really hope that we will face it together..and last but not least..wish me and my friends luck .ok. :)


#having a feeling to write in English..hope u don't mind. I'm still learning. hoho 

me,
QausuQuzahin
IIUM, Gombak.
11:26 PM
13 Februari 2014 

Sunday, December 29, 2013

Final Project - (1st Year, Sem 1, 2013/14)

Assalamualaikum..salam sejahtera kepada anda semua moga bahagia~
To begin with..on this post, i'm not going to tell u guys all of the stories for this sem but i'll show u some 
pictures that can describe all the things insyaAllah
[tetiba mai angin nak speaking -..-"]
So, this is the flow..

This is the 6 design panel for site analysis..basically i do this using power point bcoz at that time,i'm not master in Photoshop CS6..hoho.. so it may turn like the picture above..


After we doing site analysis, we must prepared a layout plan.. (tak jumpa cari mana layout plan aku..huhu)

Model making in progress..

tq my Groupmate :)
Dari Kiri atas: Aida, Ainuddin, Amer, Izzat Basar, Me
Dari Kiri bawah: Cikgu,Anim, Amirul

sekian.

Monday, December 2, 2013

Geng #332

Assalamualaikum w.b.t



Apa khabar semua?sihat?..Alhamdulillah..dikesempatan masa yang tak mengizinkan ini saya nak take 5 om putih kata..hehe..take 5 untuk cakap benda yang dah lama nak cakap ni..disebabkan masa yang selalu cemburu ngan saya ..huhu

Buat Sahabat...

Yang selalu dirindui,
Sem ni dah buat saya kehilangan masa untuk stori mori ngan Fatin.hhuhu.. sedihnya.. jadual dah tak sama,kos dah lain, cuma sekali sekala je makan sama-sama.tu pun jarang sekali.harapnya sem depan kita dapat se'rumate' lagi .sori sebab tak ada masa mu sedih ke gapo..andai dapat ku undur masa,pastinya aku nak duduk nge mu sokmo..huhu..rindu fatin.. :'(

Yang amat memahami,
Anim,walaupun kita tak satu mahallah,tapi sebenarnya aku teringin nak sebilik ngan kau lagi. Teringin nak dengar kau cerita pasal jodoh yang tak sudah tu,hehe..kat studio pun ada limited time kan..kerja banyak. sori.huhu.terima kasih sebab selalu sokong aku dari depan belakang kiri kanan.Sori sebab kadang aku marah ke apa kat kau,sebab aku rasa kaulah orang yang paling memahami aku..sori bangat deh  :)

Yang sentiasa disisi,
Terima kasih Ila,sebab selalu teman aku ke mana-mana. Kita tak satu blok pun,tapi tak pe lah nak buat macam mana..dah namanya takdir.Terima je la..nanti sem depan kita sebilik deh,sori banyak sebab kadang buat mu terasa hati ke gapo,tak de niat pun,huhu..tapi tu lah yg membuatkan kita lebih kenal satu sama lain. Sori sekali lagi..

Rindu

Buat korang bertiga,aku ucapkan selamat berjaya.Terima kasih sebab sudi terima aku seadanya. Perjalanan hidup aku lebih indah dengan adanya korang.Walaupun kisah sem ni taklah seindah dulu,namun tetap ku hargainya kerana ia anugerah indah dari Illahi.. Geng #332 takkan aku lupa sampai bila-bila.. selalu ada dalam ingatanku. Aku rindu nak makan,tidur,pergi kelas,borak,layan muvi,dan semuanya sama-sama ngan korang. Rindu masa kita buat kerja sama2[walaupun kdg2 anim suka bt keje sorang2-..-"]Sebenarya best sangat masa tu,masa dulu kita serumate..saat-saat indah kita bersama ..everything we do it together2 .huhu...

Terima kasih

Sebab selalu ada dengan aku susah dan senang. Korang ada masa aku gembira,sedih,takut sakit dan sebagainya.Kalau diimbas kembali,korang dah banyak mengajar aku erti hidup.Fatin selalu bagi tazkirah,Ila selalu bagi motivasi dan Anim suka bagi aku sakit kepala..hehe..tak de lah..gurau je ..Anim selalu buat aku gembira masa aku sedih.:) Paling tak boleh lupa masa aku pengsan time buat mock up dulu..macam ntah pape je kan..huhu.tapi masa tu korang lah yang susah payah angkat ,papah aku dan bawak pegi klinik. Padahal jari aku berdarah seciput je pun, tapi korang sangat risaukan aku :') terharu..tak tahu nak terima kasih macam mana..hanya Allah sahaja yang mampu mebalasnya..huhu.. 

Kenangan
[This is My awesome friends :)
Friendship forever until elephant can fly ^_^]
Teringin sangat nak duk sama-sama lepas solat lepas tu buat halaqah.Mula-mula bincang pasal benda lain,last2 boleh tukar tajuk sampai ke isu global la,isu semasa la,dan macam-macam lagi.kelakar pon ada bila fikir balik..hehe..pastu masa dekat final project sempat lagi kita main Jutaria [Anim selalu jadi pegawai bank yang tak bertauliah.-..-"].Masa tu bukan kita je,ada jugak jiran2 kita yang sporting join main benda ni :) Chibi,Niesa', Cikgu, Mona,  Dibah dan Tiyah.. seronok kot main benda tu.. :D main-main jugak,tapi kerja tetap jalan.. sekarang ni mana nak dapat masa macam tu..semua busy dengan kerja masing-masing..huhu..nak buat macam mana kan..ada jodoh kita main lagi..

[A2 board jd alas pon boleh..:D]

Setakat ini sajalah cerita saya..layout plan sudah menyeru saya dari tadi..hoho Ada masa kita jumpa lagi ya! Anyway good luck semua final exam and final project..May Allah bless u all.. arios.. :) 

"sep kito jange pecoh.."

With love,
Qq- ^_^
IIUM, Gombak
2 November 2013
09:54 p.m

Saturday, November 23, 2013

CONVEST'13

Assalamualaikum...

Baru-baru ni telah berlansung pesta konvokesyen di IIUM. Kakak kesayangan pon ada. :) Finally, she had finish her study ,well, means that she graduate from IIUM ,[broken english omai -..-"] dan orang kampung Jelawat pon datang ngan flight kott..untunglah ada orang sponsor.hoho.. bestnya dah grad,, me? lambat lagi..4 tahun lagi.. T.T . Lepas majlis tamat, my mak keluar dan cakap kt saya macam ni..

"tadi mak dengar ada pelajar arkitek berucap dalam dewan,terus mak rasa terharu dan sebak..kalau boleh 4 tahun lagi mak nak tengok anak mak pulak yang berucap kat dalam dewan tu.."
Lamaku mendalami tiap bait kata mak,hmm..maksudnya saya kena jadi dean list lah pendek cerita..huhu.. aiyoo..macam mana tu?.. insyaAllah, i'll do my best!.

Macam cantik je,comel je bunga ni..meriah jugak convest '13 ni ,tapi saya tak dapat nak join sangat event nya,busy la katakan..dah masuk minggu final project..memanglah kan,kena buat layout plan,master plan, schematic plan yang tak sudah tu.. tapi lepas tengok orang konvo ni,tetibe jadi semangat nak belajar.

[my big family :)]
Memang minggu konvo ni ramai yang konvo [ayat apakah itu?] termasuklah si Ameen Khalis ni,my first nephew.

[segak lagi bergaya..congrats Ameen :)]

Perjalanan masih panjang..semoga kita semua sampai ke destinasi yang dituju. Setakat inilah untuk kali ini, di lain hari kita cerita lagi.. wassalam..


[my sis dpt ros biru ..wah]
tinta,QausuQuzahin
Kg Melayu Subang
23 Noveber 2013
07:12 P.M

Saturday, November 2, 2013

Purdah? #3

Assalamualaikum pembuka bicara..



Straight to the point. Tengok tajuk pun dah tahu apa saya nak cerita. Alhamdulillah, sejak balik dari site visit saya buat keputusan ber'hijab' di kampus pula. Maka timbullah beribu persoalan daripada beribu orang.[xde lah sampai beribu sebenarnya-..-'].

Maal Hijrah
Ya,azam tahun baru saya, untuk berpurdah di kampus. Berita ini telah mengejutkan  ramai orang sebab ramai orang yang tak tahu tentang hal ini.Bukan nak cari publisiti,itu jauh sekali. Sudah hampir 5 bulan saya memakai niqab atau purdah,saya cuma ingin istiqamah,dan sekaranglah masanya.Saya sudah bersedia insyaAllah.Saya mahu mujahadah .Itu sahaja.

Persoalan
Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa. Ada yang tanya direct ada yang tanya melalui rakan,dan ada juga yang malu bertanya dan menyimpan sangkaan sahaja.Tidak mengapa.Maaflah jika ada pertanyaan yang saya tak sempat jawab oleh kerana kekangan masa.
"Sometimes, you just can’t tell anybody how you really feel. Not because you don’t know why, not because you don’t know your purpose, not because you don’t trust them, but because you can’t find the right words to make them understand."
Bukan tak nak cerita,tapi bukan senang nak cerita sebenarnya sebab kita kena lihat siapa yang dihadapan kita.Sejauh mana dia tahu dan faham tentang islam,umur,kerjaya dan sebagainya. Dari situ barulah kita tahu bagaimana bahasa yang sesuai untuk mereka.Yang bertanya itu mungkin dari golongan agama,ilmunya malah lebih tinggi dari saya yang kerdil ini,mungkin juga merka itu kanak-kanak kecil yang baru pandai menulis, mungkin juga mereka dari kalangan profesionalis atau siapa sahaja yang saya sudah lama kenal atau tak pernah kenal yang bertanya. 
Adakala saya cuma menjawab secara ringkas.Adakala secara panjang lebar. Bergantung kepada situasi dan keadaan.

"Famili amal semua pakai purdah ke?".. 
"Tak wajib pon pakai purdah kan?". 
"Tak panas ke?..macam mana nak bernafas?.."
"nak makan macam mana..?"

Kat atas tu soalan common yang sering ditanya. Saya dah jawab soalan ni di entri sebelum ni http://qausuquezahin.blogspot.com/2013/07/aku-dan-niqab-episod-1.html
Memang dekat kaed [kuliyyah of architecture and environmental design] ni saya ada ramai kenalan. Jadi bila bertemu saya ada yang cam dan ada yang tak cam saya.Biasalah tu.. Bila saya cakap saya Amalina, terbeliak mata diorang,ada yang mulut sampai ternganga.Tak percaya. Tapi percayalah,ini memang saya. Sama macam dulu,cuma tampil sedikit berbeza. 

Alhamdulillah, mereka menerima saya seadanya.
Kawan-kawan memang sangat supportive. Mereka banyak bagi kata-kata semangat. Almaklumlah lumrah orang berhijrah ni banyak ujiannya."kau pakai je Amal macam ni kat studio,jangan nangis ke apa kalau 'dia' tegur ke hentam kau nanti."-kata seorang sahabat. Saya tahu,korang jangan risau saya janji saya akan jadi kuat macam yang sepatutnya walau apapun yang terjadi.InsyaAllah..doakan saya ye kawan-kawan.

Syukur tak terhingga ke hadrat Illahi dikurniakan sahabat yang baik seperti kalian. Setakat ini tiada yang prejudis dengan imej saya.Cikgu Bm pon menyambut baik penghijrahan saya. Tiada apa yang perlu dirisaukan.Saya yang melaluinya,saya tahu bagaimana rasanya.



[Dalam keadaan huru-hara dan serba kekurangan, mereka masih mampu berpakaian sempurna tanpa mendedahkan aurat. Berbeza dengan keadaan di sini. Dalam keadaan serba sempurna sekalipun, mereka masih tidak dapat mengenakan pakaian menutup aurat yang lengkap. hmm.. :/ ]

Akhir kalam andai saya tersilap atau telah melukakan hati kalian ,maafkanlah saya. :'( Saya masihsedang bertatih mencari secebis ilmu.Saya banyak kekurangan,jangan salah faham dengan saya.Berpurdah tak semestinya apabila dirinya sudah sempurna, andai itu mampu untuk membantu dalam bermujahadah,apa salahnya?.kita sama-sama sedang mencari dan menuju redha Allah. Doakanlah yang terbaik untuk saya dan semua muslimah yang sedang bermujahadah diluar sana.



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJJRAH 1435H. Semoga tahun hadapan ini lebih bermakna dari sebelumnya.Semoga kita dapat menjadi hamba yang taat dan sama-samalah kita bermujahadah dalam  menghadapi ujian mendatang. :)


# just be yourself, and be okay with it. :)


Yang masih khilaf,
QausuQuzahin
04:40 p.m
2 November 2013 bersamaan 28 Zulhijjah 1434H