Wednesday, December 23, 2015

NIQAB #3

Assalamualaikum readers, whoever you are..

dah lama tak tulis kat sini..saja nak tulis balik kebetulan tengah free sekarang. Study week la katakan. Alhamdulillah , studio 5 semester 1, sesi 2015/2016 sudah melabuhkan tirainya. tetiba rasa bosan yang amat. Rindu pulak nak buat assignment  *macam menipu je ..haa.. so terasa nak sambung kisah pasal me and niqab tu..

Gambar sekadar hiasan
So far, Alhamdulillah. Cuti sem yg lepas aku dah selamat ambil lesen dan lulus P. Kaget jugak mula2 tu. entah lah masa tu fikir nak cepat-cepat dapat lesen so lepas ni senang nak gi mana2. *berangan ..

Back to the topic, lately, ramai pulak duk tanya 'kenapa aku berniqab?'
Aku pon hairan gak. Bukan sorang dua..tapi ada la 2-3 orang..haa..tadi kata ramai -..-"  

Sejujurnya, aku selesa begini. Ya , memanglah aku tak solehah mana pon. Biasa je. Layan gak Running Man tu. Sama macam korang, kalau korang nak samakan.

#Throwback
3 bulan yang lepas, aku start business. Aku mula dengan jual handsocks, lepas tu baju tshirt, cardigan, then, kasut, tudung, jubah dan macam-macam lagi aku try. Semuanya dropship. Dari situ aku kumpulkan modal ,pastu topup ngan duit PTPTN  then aku try run business sendiri, aku cari stok baju blouse, baju bundle aku ambik ngan my brother, pendek kata aku mula dari bawah. Bukan mudah nak bina tapak orang kata, tapi aku ingat abang aku cakap 'jangan mudah putus asa.' Nak buat apapun kita kena bina tapak dulu, bila dah kukuh baru bina tiang dsbg. (nanti i sambung cite pasal bisnes di bab lain ye)

The.Sinros.Shop

#Online business
Satu kelebihan bisnes atas talian ni ialah kita tak perlu jumpa orang. Semua melalui online transaction je. Senang je.Alhamdulillah, tak ada masalah dari segi tu. Walaupun customer tak pernah kenal aku, tak tahu pon aku pakai purdah, pendek kata tak pernah tengok pun muka aku, tapi diorang percayakan aku. Sebab kita ialah roh kita. Roh bukan pada rupa atau tubuh badan, tapi pada jiwa kita. Aku harap orang boleh terima aku seadanya. Itu je. Dan aku juga nak berterima kasih pada mereke, customer aku yang boleh terima dengan service aku. Walaupun kadang-kadang aku buat silap. Insya Allah aku akan cuba perbaiki di masa hadapan.

#Trend Niqabista
Aku akui ramai yang complain pasal benda ni. Kadang-kadang aku jadi malu dengan diri sendiri. Bila ada sesape mengata ke mengutuk niqabis lain aku pon #terasalahjugak sebab hati aku ni bukannya batu. Kecil je hati aku ni. Walaupun depa tak kata kat aku. dan aku bukannya macam tu. Tapi kita sesama niqabis ni ada perasaan juga. Tipulah cakap tak sedih kalau ada orang kutuk niqabis lain. Bagi aku walaupun mereka salah atau tak, siapa kita untuk buat judgement. Manusia yang baik takkan pernah melontarkan kata-kata memerli atau menyakiti hati orang lain. Itu bukan ajaran Nabi kita, apatah lagi menyebarkannya pula di medan sosial. 

Bagi aku tiada manusia yang sempurna didunia ini,hatta mereka berniqab. Mereka bukannya malaikat ataupun bidadari .Mereka pasti akan buat silap kadang terleka dan tertipu dengan dunia. Tugas kita menegur bukan memerli. Tegurlah dengan kasih sayang.Tegurlah seadanya. Mereka juga manusia.

Aku bukan nak backup sesape, tapi itulah yang lahir dari hati aku. Sebelum kita tegur orang tegurlah diri sendiri dahulu. Tanya hati, aku tegur si fulan2 ni kerana Allah atau kerana amarah?

Hidup ni tak lama pun kawan-kawan. Jangan disebabkan satu status ,tweet etc menyebabkan kita diherat ke neraka jahanam. Nauzubillah.

Kita hidup bermasyarakat. Haruslah kita saling toleransi. Cuba letak diri kita kat tempat dia orang yang kita kutuk tu. Mungkin kita tak dapat bayangkan. Tapi cubalah.. belajar memahami orang lain.

#Sorry
I'm not open to many people. Inilah aku. Kind of introvert sikit but not too much. Orang kata I live in my own cave. Yes,thats true. Bagi aku, media sosial is not our personal diary. So tak perlu cerita semua benda kat situ. Personal matter is personal. Itu hak kita. Jangan mudah tertipu dengan laman sosial yang cepat bertukar ganti trend nya. Apa yang baik kita share, yang tak baik jangan share. Life is simple.Its all about choosing. jadi pilihlah. 

#Common Sense
Kalau sekalipun kita tak boleh faham dan tak boleh terima orang yang berniqab ni, bagi korang ia sangat pelik dan menjengkelkan, at least respect lah mereka as human. Sebagai makluk yang Allah ciptakan. Bukannya hantu atau alien. Nak bergurau pun biarlah berpada-pada.

Jadi sampai sini sajalah bebelan saya, akhir kata doakan saya istiqamah dan kuat dalam mengharungi segalanya.

Sekian,

QausuQuzahin
IIUM, Gombak.
01:24 AM waktu Malaysia.
23 December 2015






1 comment:

  1. selamat berbisnes ... jemput ke blog saya pula http://shafiqrohaizad.blogspot.my/

    ReplyDelete