Thursday, September 29, 2011

My Notes 4 us~

Assalamualaikum .w.b.t.
Kehadapan sahabat-sahabatku, Naziratul Akmal,Iylia Awatif, Mahfuzah Mardy,dan kawan-kawan.

Aku mengambil kesempatan ini untuk menulis sedikit tentang kita.Aku harap kalian suka dan tak kecil hati.
Semoga segala yang aku tulis ini dapat menjadi hadiah istimewa untuk kalian walaupun tak seberapa. Bukan senang nak tulis bab sejarah ni.Tapi aku akan buat yang terbaik untuk kalian.Terimalah.=)

************************


Isnin,30 Mei 2011.
Bermulanya pada tarikh ini,maka bermula jualah lembaran baru dalam hidup kita berempat.Kita melangkah kaki buat pertama kalinya ke sini,CfS IIUM Petaling Jaya.Pagi-pagi lagi kita datang untuk membuat pendaftaran sebagai pelajar baru disini.Selepas itu,kita diberi beberapa barang untuk program taa'ruf dan kunci bilik.Tak sangka,kita memegang kunci bilik bernombor sama,iaitu 929,Mahallah Khadijah. Awalnya,kita agak 'terkesima' kerana dapat bilik yang levelnya paling tinggi dan akhir untuk asrama ini.Mahallah ini adalah bangunan paling tinggi dan terbesar di CFS ni.Tapi,syukurlah kerana bangunan ini ada lif.=)

Pujah adalah yang terawal sampai di bilik,seterusnya Nazira,Aku dan Iylia.Petang itu kita agak sibuk dan tak sempat nak bersuai kenal.Sekadar bertegur sapa dan bertanya soalan sinonim,"asal mana..?"(akward...err..hehe)..Aku dan Pujah keluar jumpa kawan,Nazira pergi kenduri..(kalau tak silap),manakala Iylia keluar beli barang dengan ibunya.

Malu-malu.Biasalah, baru pertama kali jumpa la katakan.Pada sebelah malam barulah kita berempat bertentang mata .Kita mulai mengenali diri masing-masing.Aku dari Kelantan,Nazira orang Selangor,Iylia datang dari Utara,Kedah dan Pujah dari Marang ,Terengganu.Agak kontra negeri kita,kan?.Banyak persoalan yang agak berbeku di minda ketika itu.Bagaimanakah kita akan berkomunikasi nanti?..Loghat manakah akan menjadi pilihan?..Senyum,tak perlu kata apa-apa.Bolehkah?.Dari situ,aku terpaksa mengurangkan kepekatan loghat yang ku cintai.Memang kekok kami rasa.Aku pun tak terkata,apatah lagi mereka.Salah cakap,nanti orang faham lain.Perkataan yang sama,namun memberi makna berlainan.

Kita dari latar belakang yang berbeza.Tak sama lansung.Tapi itulah yang best nya,kerana kami dapat kongsi pengalaman yang bermacam.Iylia dari sekolah berasrama penuh,MRSM.Nazira pun sama,cuma dibawah di bawah Yayasan Selangor.Pujah pernah sekolah agama sampai tingkatan 3,ada pengalaman tinggal di asrama selama seminggu,kemudian masa Tingkatan 4 bertukar ke sekolah harian pilihannya.Aku?.lebih kurang macam Pujah,pernah duduk di sekolah agama dan tinggal di asrama untuk 3 tahun,dan kemudian turut bertukar sekolah,tapi masih dibawah Yayasan Islam Kelantan.
Kita saling bertukar cerita,dan setiap dari kita mempunyai pengalaman berlainan.Seronok ^_^.

Selasa,31 Mei 2011.
Hari ini adalah permulaan bagi minggu Taa'ruf.Pada hari yang sama,kita terpaksa menduduki ujian EPT (English Test) dan Bahasa Arab bagi menentukan kelas dan tahun pengajian kita.

Jumaat,2 Jun 2011
Akhirnya minggu Taa'ruf ini tamat.Tapi sebenarnya permulaan perkenalan bagi kami.Sepanjang minggu taa'ruf ,kita memang sibuk dengan jadual briefing yang padat.Jadi memang jarang berborak.

Isnin,6 Jun 2011
Hari pertama kita masuk kelas.Tapi belum belajar lagi.Pagi itu,aku hantar Nazira ke kelasnya.Segan katanya.

Selasa,7 Jun 2011
Keputusan ujian EPT itu keluar.Iylia dan Pujah dapat tempoh setahun pengajian,manakala aku dan Nazira 2 tahun.

Kami buat nombor pin bagi membuka akaun Bank Muamalat.

Rabu,9 Jun 2011
Kami dapat timetable.Bermulalah episod baru dalam cerita hidup kami."Belajar".

Selasa,14 Jun 2011
Hari ini kami buat medical check up dekat Al Malik Faisal Hall(AMF).Aku pergi dengan Nazira.Err..memang tak seonok lansung MC ni.Entah apa-apa je. Pujah dan Iylia pergi lebih awal ke sana.Selepas itu,kami buat online registeration cos.

Jumaat.17 Jun 2011
Kalau tak silap aku,minggu ni semua antara kita kena daftar masuk jadi ahli badan dan persatuan di CFS ni. Aku sebenarnya tak aktif dalam persatuan(tak minat dari dulu lagi).Tapi entah macam mana, minggu ni,aku dan Nazira ada majlis yang perlu di 'handle',Annual Grand Meeting(AGM) bagi IDEA Society. Ini pertama kali aku terlibat secara lansung dalam menjayakan majlis yang agak besar.Majlis ini bertemakan 'Khalifah Night'.Dipendekkan cerita,majlis itu berjalan lancar pada hari Khamis,30 Jun 2011.Semua datang,dan memang ramai (kecuali Pujah,nak buat GC katanya.) ke majlis ini. Aku ditugaskan di bahagian pendaftaran.Manakala Nazira jadi mc.Alhamdulillah segala yang diusahakan membuahkan hasil.



Jumaat,24 Jun 2011

Peritiwa pertama
Ada banyak peristiwa berlaku dalam minggu ni.ceritanya aku tak masuk kelas FIM 2 kali.Aku tak tahu la pula akan kewujudan subjek itu dalam timetable aku.Nasib baik ada orang tolong cakap.(Disebabkan itulah carier mark aku ditolak sikit).Hehe.

Peristiwa kedua
pasal kelas math pula.Group sebenar aku sepatutnya 203.Tapi aku salah masuk kelas.Aku ingatkan dah betul sebabnya dekat pintu kelas tu tulis 203.Tapi tak sangka pula dalam kelas tu group 202. Aku baru perasan setelah hampir sebulan duduk dalam group 202 tu.Macam mana aku dapat tahu yang  aku tersilap masuk kelas??..Begini ceritanya,satu hari Fatimah terbaca buku nota aku.Dia agak hairan kerana dalam buku tu ada tulis yang  group math  aku ialah 203,group yang sama dengan dia."Tapi kenapa aku tak pernah nampak hang dalam kelas?.."Fatimah menyoal padaku.Aku rasa pelik.Setelah sesi soal jawab tamat,barulah aku dapat tahu yang sebenarnya aku dah silap masuk kelas.(Patutlah tak ada orang yang aku kenal dalam kelas tu.)

Setelah pulang ke bilik aku cerita perkara itu kepada roomateku.Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan pada mereka masa itu.Tapi Nazira janji nak tolong aku selesaikan kes yang rumit ni(bagi aku la -..-").
Iylia dan Pujah bagi nasihat serta kata-kata semangat sebelum aku pergi ke Science Department dengan Nazira.
Sebelum itu,kami ke AED Department untuk bertanya tentang cara untuk tukar group.Madam cakap,kami kena pergi ke Science Department.Masa dalam pejabat Science Department tu ,aku ceritalah masalah aku dekat kakak yang jaga bahagian Cos Registration tu yang aku nak tukar group.Tak pasal-pasal dapat ceramah free.Dia kata ,aku kena alert dengan benda-benda pasal kelas ni,sebab kalau salah,tak dapat ambil exam nanti Mid Term. Sabar je la.Nasib baik Nazira ada,kalau tak.apalah jadi dengan aku masa tu.Nazira yang tolong aku terangkan dengan lebih lanjut lagi pada kakak tu.

Peristiwa ketiga.
Ni pasal bas.Haha.Aku tak boleh lupa kisah ni.Hujung minggu itu,aku nak balik rumah kak Long aku di Kg.Melayu Subang.Aku takut balik sorang-sorang,jadi aku ajak Iylia dan Aqilah balik sama. Perjalanan pergi ke Subang memang tiada masalah.Cuma,perjalanan pulang tu ada sesuatu berlaku. Dipendekkan cerita,semasa melalui Jalan Universiti,kami tak tekan loceng.Kami saling memandang antara satu sama lain.Aku pelik,kenapa bas U81 ni tak berhenti.Aku terkedu seketika.Tapi aku biarkan saja.
Ini kali pertama aku naik bas.Jadi,manalah aku tahu kena berhenti kat mana-mana.Hehe.Tapi nasib baik ada Iylia,dia yang tolong pergi tanya kat seorang mak cik ni tentang arah yang sepatutnya dituju .Menurut mak cik itu,kami harus turun di Stesen di Pasar Seni(masuk KL la nampaknya).Dari situ kami naik bas untuk ke Mid Valley.Seterusnya,kami rancang nak naik bas lain pula untuk terus ke CFS.fuhh..

Hujan renyai-renyai mula turun,sama seperti hati kami.Tak terkata kami masa itu,mulut kami terkunci rapat.Diam seribu bahasa.Letih dan penat jelas terpancar di wajah kami.Perjalanan yang sepatutnya 1 jam bertukar jadi hampir 3jam lebih. Ditakdirkan Allah, kami terserempak dengan Nazira semasa naik jejantas untuk merentasi jalan.Tak sangka betul.Memang lega betul dapat jumpa Nazira masa tu.Kami pulang bersama-sama.Lalalala..=)

Ahad,3 Julai 2011
Aku kena buat assignment b.i.Jadi aku minta tolong Roomate ajar aku.Pujah,Nazira,dan Iylia banyak membantu aku.

Boleh dikatakan minggu ni kami sibuk dengan kerja masing-masing.Pujah dan Iylia dengan GC(graphic Communication.Nazira mulai aktif dengan persatuan dan netball.(Aku?..buat-buat sibuk,padahal tak pun.-..-")
Kalau aku ada kerja sekalipun,aku akan buat dengan Una.Jadi bukan masalah besar sangat .

Ahad,10 Julai 2011
Aku balik Kelantan kerana ayah aku telah dimasukkan ke dalam wad.Berita itu merupakan tamparan hebat bagi aku.Masa itu Iylia yang tolong menenangkan fikiran aku yang kusut itu.Dia hantar aku sampai ke stesen U.kebetulan semua orang tak ada.Nazira balik Batang Kali.Pujah ada kem tak silap aku. Aku pun macam tak percaya tiba-tiba aku dah sampai kat negeri aku. Dipendekkan cerita,Alhamulillah Abah selamat selepas operate. :')

Jumaat,15 Julai 2011
Kali ini aku balik Subang dengan Una.Nasib baik Una sanggup temankan aku.Jangan harap aku nak balik sorang-sorang.Banyak kali Iylia pesan kat aku supaya tekan loceng kalau nak turun bas.Risau katanya.
Dekat rumah kak Long,Una selalu kena buli dengan anak saudaraku,Ameen Khalis.Kesian betul. Tapi nak buat macam mana,aku dah cakap jangan bagi muka sangat kat Ameen tu,nanti dia semakin menjadi-jadi. Laptop Una selalu jadi mangsa keadaan diketuk-ketuk oleh Bb Aman(dia ingat mainan dia kot.hehe).Sorry ye Una.Budak-budak la katakan,biasalah tu.

Ahad,17 Julai 2011
Minggu yang berat untuk dijalani bagi aku.Kami diberitakan bahawa Una mendapat panggilan kedua IPG. Dia dapat tawaran di IPG Tg.Bainun,Pulau Pinang.Berat mata memandang,berat lagi hati memikul. Memang agak sukar bagi kami menerima hakikat itu.Una terpaksa meninggalkan kami di CFS,IIUM ni.Dalam sekelip mata semuanya berubah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Mungkin Allah ingin mengajar aku makna sabar dan memberi peluang yang lebih baik kepada Una di IPG.Kami doakan Una agar bahagia dan menjadi cikgu yang cemerlang serta dapat  mendidik anak bangsa kearah kegemilangan di dunia dan akhirat.

Keesokan harinya,Aku dan Nazira menemani Una menyelesaikan beberapa urusan untuk pertukarannya ke IPG. Wang biasiswa harus dipulangkan balik.Beberapa borang perlu diisi dan mesti mendapatkan pengesahan dari beberapa Department.Setelah segala urusan selesai barulah Una dibenarkan keluar dari CFS ni.Jarang Una pakai spek,tapi hari itu dia pakai (I wonder why..?hmm..sedih kot)

Beberapa hari lepas tu,asyik hujan je.Em,sampai aku boleh buat post2 ni.

Sempena minggu exam dan minggu orang banyak tekanan aku ada post pasal ni atas permintaan sahabat2ku http://qausuquezahin.blogspot.com/2011/07/malam-yang-sepi.html

Baiklah setakat ini sahajalah celoteh saya.Masa semakin singkat,waktu untuk pulang ke rumah semakin dekat.Sebenarnya ada banyak lagi yang belum diceritakan,ini baru cerita untuk tempoh hampir 2 bulan(Mei,Jun&Julai..tak termasuk bulan 8&9) kami di CFS ni.Terima kasih kepada Nazira kerana menimbulkan idea untuk menulis entry ini(dia suruh tulis wasiat sebenarnya,tapi dah jadi cerita lain pula).Tak mengapalah,akhir bicara,segala salah dan silap dalam pembikinan kisah ini samada dari segi watak,tempat dan masa terdapat kesilapan haraplah dimaafkan. Penulis berasa sungguh berbangga dapat mencoretkan kembali kisah kami semua.Harapan penulis agar kisah ini menjadi teladan dan dapat dikenang selama-lamanya.Kalau Allah mengizinkan,kisah kita akan bersambung lagi pada tahun hadapan (tak semestinya tahun depan tu 2012).

Sebelum akhir,sedikit pesanan untuk kalian teman seperjuanganku,Nazira,Iylia,Pujah dan Kawan-kawan yang lain.

*Walauapapun kemungkinan yang akan terjadi di masa akan datang,tak kisahlah samada kita tak sebilik lagi ke,atau aku dapat tawaran belajar ditempat lain ke apa..ingatlah satu hal ni,"aku akan selalu ingat kat korang, dan percayalah memang korang sentiasa ada tempat dihatiku.Kenangan kita bersama takkan aku lupa sampai bila2 pun..apa-apa hal,jangan kita lost contact.k"

*Aku akan doakan agar kalian mendapat kebahagiaan yang kalian cari dan semoga kalian berjaya mengharungi hidup di dunia &akhirat.

#Last,aku harap kita dapat jumpa lagi!Selamat Tinggal Kawan~

P/s:
Maaflah tak sempat nak tulis semua tentang kita.Setakat ini sahaja aku mampu tulis. Bila baca ni,aku harap kaorang jangan nangis,tapi senyumlah kerana ia adalah rakaman kenangan indah kita bersama.

~Friendship forever until elephant can fly..~

Sahabatmu,
Amalina @ qausuquzahin
CFS IIUM

4 comments:

  1. assalamualaikum amal :) terima kasih mencoret segala kisah kita bersama :'( terkedu aku membacanya.. nk tny cmna boleh igt tarikh2 ni?? hahaha btw salam kejauhan dan persahabatan buatmu teman.. jaga diri dikejauhan.

    -pujah- <3

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete