Tuesday, June 28, 2011

aLHAMDULillah...





"kenapa kau layan aku baik sangat??".. 
mesti tak ramai yang akan cakap macam ni,kan?..dan sesetengah orang biasanya akan cakap.."kenapa dengan dia ni?Asyik aku aje yang kena macam ni..jahat sangatkah aku untuk dilayan buruk seperti ni?"... 


itu salah satu contoh yang aku boleh bagi..Tapi sebenarnya ada banyak lagi ayat2 yang 'sewaktu dengannya' yang sering terpancul dari mulut kita..bunyi macam mengeluh..
Em,benarlah kata Prof.Muhaya,kita selalu tengok pada benda yang tak betul..Jarang kita tengok pada benda yang betul..Banyak mengeluh dan kurang bersyukur..kalau sakit,kita cakap.." kenapa aku sakit?ujian apa lagi ni??" 
jarang orang yang akan cakap,"kenapa aku sihat? Apa yang aku buat menyebabkan mata,hidung,jantung dan anggota tubuh badan aku yang lain sihat walafiat??..."


Aku pun kadang2 macam tu jugak..Tak sedar apa yang aku buat tu salah..Seharusnya kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang banyak ni..sihat,masa yang lapang,senang,hidup dan islam..Janganlah kita asyik memandang pada benda yang tak betul dalam diri kita..Sebenarnya banyak lagi yang ada, dek kerana kehilangan seseorang atau sesuatu yang kita sayangi,kita lupa akan nikmat yang melimpah ruah yang lain.. 


Rendahkanlah pandanganmu ke bumi Allah..perhatikanlah ke tanah, ingatlah asal usul penciptaan kita..Dari tanah kita datang dan ke dalam tanah jualah kita kembali...selain itu,tanamkanlah sifat merendah diri dalam sanubari kita..
Janganlah engkau dan aku sesekali mengatakan..
"Aku jauh lebih baik dari dia..Kenapa aku harus patuh pada dia?!"
kerana kata2 itulah syaitan dicampak ke dalam neraka jahanam..


p/s:
hati2 bila bercakap...



No comments:

Post a Comment