Saturday, October 5, 2013

Hidup Baru.

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama berada di 'Garden of Knowledge and Virtue' ini,baru hari ni saya berkesempatan menulis di blog ini.
Banyak peristiwa yang dah berlaku sepanjang sebulan saya di UIA ini.
Terlalu banyak. Bermula dengan minggu taaruf sehinggalah sekarang,saya belajar banyak perkara.Antaranya ialah..
Berdiri atas kaki sendiri
Hari pertama saya disini saya dapat tahu yang saya tak dapat duduk sebilik dengan kawan saya. Pihak mahallah Asma' sudah menetapkan penghuninya. Saya akur dan redha. Mulai hari itu saya cuba belajar erti sebenar berdikari..sedih tu memang sedih, tapi tak mengapa kerana ini ketentuan dariNya jua.
Camp Intact'13
Sejurus selesai minggu taaruf,kami dikhabarkan bahawa student Urban and Regional planning perlu menyertai satu camping yang dianjurkan oleh persatuan Planmec(klo xslh ejaannya) di Kem Sepah FRIM,Keponh.3 hari 2 malam. Secara keseluruhannya kem ni best dan telah memupuk ukhwah diantara student URP first year dan senior.
Add and Drop
Disebabkan masalah teknikal ketika mengisi atau prereg subjek pada cuti sem yang lepas ,kami ( saya dan kawan) terpaksa melakukannya secara manual. Huhu..perit jugak rasanya. Bukan senang nak senang. Add dan drop berulang kali untuk subjek tilawah dan halaqah. Kami menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Akhirnya sem ni kami tak add halaqah.huhu.. sadis. Untuk subjek b.m kami tiada sebarang masalah. Alhamdulillah semua selesai dengan jayanya.
Ptptn.
Bercerita tentang Ptptn ini satu bab yang agak besar untuk dirungkaikan. Banyak halangan dan dugaan yang harus ditempuh. Macam2.. kena tunggu 4jam untuk que no. Huhu. And finally,settle jugak. Alhamdulillah :)
My studio life.
Nak cakap pun tak reti macam mans kehidupan budak urban ni, pagi,petang,siang,malam wajib bertapa kat studio. Banyak grup work. No weekend anymore. Huhu..  belajar memang susah, itulah lumrahnya. Kena banyak berkorban. Enjoy ur life! Susah ke senang itu memang jadi sebahagian dari hidup kita. Just go on.. Allah sentiasa ada.
Setakat ini dulu saya bercerita, project 3 sedang melambai-lambai saya. Assignment pun dari tadi memerhatikan saya. Oklah sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum..

Saya,
-Qq
UIA ,Gombak.
Sabtu, 5 Oktober 2013
01:34 p.m

No comments:

Post a Comment