Assalamualaikum..
soalan 1:
Ada apa dengan nama?
soalan 1:
Ada apa dengan nama?
Nama sebenar:
Amalina. 'Cita-cita Tertinggi Kami'.Ya,itu nama saya.Mat Husin tu nama ayah saya ok.. hehe
Kadang saya tetanya-tanya "kenapa mesti Amalina?..." Satu-satunya nama dalam 12 orang adik-beradik saya yang paling pendek.Hairan bukan?. Kalau ingin dikira, kakak saya yang sulung namanya,Syahnaz Mahfuzah 2.Azam Faraby 3.Muhammad Syahirul A'lim 4. Abdul Qayyum Hadi 5.Noer Ezzati Balqis 6.Ahmad Baihaqi 7.sayalah :) 8.Ainee Adilah 9.Muhammad Ibrahim. 10.Abdul Rahman 11.Fateen Sumayyah 12.Siti Syaima' Najwa.
Bingung. Ramai yang bertanya ,"ehh..nama kamu tak ada 'Nur' ke?.."saya : err..tak tahulah.. dalam i/c tak ada pulak tulis 'Nur'..nak buat macam mana kan.. :)
Jadi saya mula berfikir.kenapa tidak diletakkan sahaja 'Nur' dipangkal nama saya. Mungkinlah sebab tak kena dengan makna nama itu. 'Cahaya Cita-cita Tertinggi kami'. Apakah?..tidakkah pelik bunyinya itu?.
Nama gelaran:
Na.Dari kecil keluarga dan kaum kerabat saya suka memanggil saya dengan nama yang paling ringkas iaitu 'Na'. Tiada apa yang ingin diulas tentang nama itu. kalau adik-adik,biasanya mereka panggil saya, 'Kak Na'.
Cuma nenek saya sahaja yang panggil saya..' Yana'.Em.. tak tahulah kenapa tu..hoho
Nora. Eh.. siapa pulak ni?..segan nak cerita.Tapi tak apalah..saya cerita je lah. Bila diingatkan balik. Satu-satunya orang yang suka panggil saya 'nora' ialah cikgu sains saya masa darjah 6 dulu, Cikgu Ibrahim. Kata dia, rupa saya mirip kawannya yang namanya Nora. Entahlah..no komen.
Amal. Nama yang agak common dan kebanyakan orang duk panggil saya.Biasalah. Tak ada apa yang nak dihairankan.
Minmin. Mungkin bagi yang tak biasa dengar orang panggil saya dengan nama ini akan rasa pelik. "Dari mana pula datangnya nama min-min ni??.."soal mereka.
Oh..nama ini sebenarnya diambil dari nama salah satu watak dalam siri kartun 'wonderpets' . Panjang jugak kisahnya.Tapi dipendekkan ,kami (ika dan shahiera) mulanya main-main sahaja dengan memanggil masing-masing min-min,Tuk, dan Liny.Yelah..masa tu kan famous cerita kartun ni. Biasanya kawan-kawan dari Maahad Yaakubiah akan panggil dengan nama ni.Kadang diorang pun tak ingat apa nama sebenar saya. Hadoi..tak mengapalah.. -..-"
Nama samaran:
Qausu Quzahin. 'Pelangi'. Dulu saya pernah memasang impian kononnya nak buat buku ke novel ke apa suatu hari nanti..Jadi saya cipta satu nama khusus untuk dikomersialkan jika saya benar-benar masuk dalam bidang penulisan.Bukannya tak boleh nak bubuh nama sebenar.Cuma bila difikirkan balik,sudah terlalu ramai orang yang namanya 'Amalina' ni [nama yang bersepah kat mana-mana kot...hoho]
Identiti:
Merenung kembali diri sendiri. Saya bukanlah apa yang ada pada nama.Tapi saya adalah dalam diri saya.Roh saya. Nama itu sekadar luaran yang orang panggil sahaja.Jadi tidak penting pun sebenarnya nama itu.Cukup untuk orang kenal saya.Tahu siapa saya.Saya tak kisah orang nak panggil saya dengan nama apa sekalipun,asalkan membawa makna yang baik, itu sahaja.Ya,nama itu juga satu doa.
soalan 2:
Apa cita-cita tertinggi kamu?
Cita-cita tertinggi saya?..hmm..agak lama untuk saya hadam soalan itu dalam benak fikiran saya. Kalau masa kecik-kecik dulu,mak saya selalu berpesan kepada saya.."Bila Na besar nanti jadi doktor ya.." kata-kata yang penuh harapan dari ibu saya.Saya takkan pernah lupakan itu. Arus menelan masa. Apabila di tingkatan 4 , saya masuk kelas Akaun.Mana mungkin saya menjadi seoarang doktor?..Jadi saya telah tukar cita- cita saya untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya.Semasa upu saya telah mengisi kos perakaunan antara yang paling utama. Namun, sekali lagi.. perancangan Allah itu jauh lebih hebat dari perancangan manusia. Saya kini di CFS IIUM, mengambil bidang Architecture and Enviromental Design (AED). Seni bina. Terpilih mengambil bidang ini bukan suatu yang saya rancang."Ya,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.."desis hati saya. Saya teruskan jua langkah kaki walaupun perit.
Segalanya sudah berlaku.Namun itu bukanlah point yang saya ingin sampaikan sebenarnya.Cita- cita tertinggi saya lebih kepada makna setiap apa yang saya lakukan.Contohnya ,kalau saya belajar saya harap saya lakukannya bukan kerana peperiksaan atau sebab faktor peluang pekerjaan,saya harapkan saya belajar untuk manfaat seluruh alam kerana Allah. Saya harap saya dapat mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah. Tak kira apa pun yang saya buat saya berdoa dan berharap untuk seikhlas yang mungkin. Kerana saya mencari redha Allah, dengan itu saya dapat mengecap nikmat bahagia yang saya cari.
Penulis,
QausuQuzahin
CFS IIUMPetaling Jaya.
10 Ogos 2012
04:51 p.m
QausuQuzahin
CFS IIUMPetaling Jaya.
10 Ogos 2012
04:51 p.m
No comments:
Post a Comment