Tuesday, May 15, 2012

Aku Bukan Penulis

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama aku tidak menulis..dulu pernah jugaklah bercita-cita nak jadi seorang penulis,tak kisahlah penulis novel ke apa.Tapi harapanku terkubur begitu saja.Entahlah kenapa,setiap kali ku hendak menulis,mesti ceritanya tiada berpenghujung. Bukan sebab tak ada idea,cuma tak tahu bagaimana cara penyampaiannya. Andai kita silap tulis,pembaca boleh salah faham..benarlah ,bukan senang nak jadi penulis yang berwibawa.Kena tahu banyak perkara.Dn aku bukanlah orang yang banyak pengalamannya.Masih perlu belajar. Buat masa ini,mungkin aku akan berhenti jadi penulis,kerana aku ingin jadi pemerhati. Bukan bermakna aku ingin melupakan impian aku,cuma biarlah untuk sementara waktu ini.




Setiap cerita,ada permulaan dan pengakhirannya. Bukan mudah bagiku untuk menulis cerita yang aku tidak pernah alami,apatah lagi untuk menjiwai sesuatu watak itu. Penghujung halaman sebuah cerita pasti akan ditulis, 'cerita ini hanya rekaan semata-mata'. Namun bagiku, tak semua cerita itu adalah rekaan. kerana cerita itu tak akan hidup,andai tiada yang menghidupkannya. Selama ini, aku ingat, menjadi penulis itu senang,tapi kini ku sedar bahawa hakikatnya menulis itu sangat susah andai tiada kesabaran dalam menulis.Bukan sewenang-wenangnya kita boleh menghasilkan suatu karya itu. Banyak cabarannya yang aku harus tempuh.Kita perlu hidup dalam setiap watak. Bukan senang nak letak kita dalam tempat orang lain. Rasanya takkan sama. 


Akhir kalam, semoga saya dapat menjadi seoarang penulis satu hari nanti. Dari saat ini, saya perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengalaman secukupnya.Barulah hasilnya betul-betul mantap nanti.InsyaAllah..semoga Allah redha..


P/s:
Antara penulis yang saya minat, ialah Ramlee Ag Murshid.^^


Dari Tinta,
QausuQuzahin
Bachok,Kelantan Darul Naim.
15 Mei 2012
11:19 a.m



No comments:

Post a Comment