Saturday, April 21, 2012

.::Selamat Hari Tua::.

Assalamualaikum..

Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur ke hadrat Illahi, kerana sehingga ke hari ini saya masih diberi peluang untuk mengirup udara milik-Nya sepanjang hayat saya ini. Alhamdulillah atas Nikmat yang telah Allah beri selama ini tak terhitung banyaknya. 


Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada kakak saya , Ezzati Balqis kerana sudi datang menjenguk adikmu ini walaupun terpaksa menaiki kenderaan awam,lepas tu bagi pulak kek yang comel kat bawah ni ^^ terkedu sebentar saya.[touching :')]. Bukan senang adik-beradik saya nak datang melawat saya dekat sini.Terima kasih sangat-sangat ya.


Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat roomate dan jiran bilik saya iaitu, Anim, Qiqi,Ila, Pujah, Iylia,Nazira untuk hadiah yang manis ini.[walaupun tak berapa nak suprise kan.haha.sorry sebab saya,plan korang tak jadi.ngeh3.Lain kali cakap la awal-awal.]


Terima kasih juga kepada kawan-kawan walau dimana anda berada untuk segala ucapan sempena hari kelahiran saya.


dan yang paling best...ni
sebab dapat jumpa balik gambar kelas masa darjah satu. Hadiah paling best dalam hidup saya. Sebab dah lama saya cari gambar ni.Dan akhirnya jumpa jugak. :) credit to: Farahin


[cari la saya..hehe..ala..yang pakai tudung paling kemas dan comel tu.tolonglah jangan perasan wahai amalina(-,-") ]


p/s:
#terima kasih untuk semua yang wish birthday kat saya tak kira la melalui sms ke inbox ke dm ke fb or twitter sekalipun,dan namanya tidak ditulis disini dengan rasa rendah hati saya ucapkan  "Terima kasih banyak-banyak!!.. "^_^

Dari Hati,
QausuQuzahin
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
21 Apri 2012
11:15 p.m

No comments:

Post a Comment