Friday, January 22, 2021

A+A TTC Journey #part1: Apa itu TTC ?

Harini i rasa mcm nak share something  yang sangat peribadi bagi i iaitu my 'TTC' (trying to conceive)(/ikhtiar/program hamil) journey.  Panjang cite ni.. tapi takda benda lain nak cite..tu je πŸ˜… so cite bermula lepas kawin bulan 8 2019.. masa awal2 kawin ni i tak kisah sangat pasal nak anak ke tak sebab awal lagi.. so 1 bulan pun berlalu.. orang start tanya tapi depa faham baru sebulan kan..masuk bulan kedua takda apa lagi, ok lagi..bulan ke 2-3(sept-oktober) i pon start tengok youtube macam mana orang lain ttc. tak serius lagi.. tapi i dah install apps yang diorang suggest. I pon beli opk(ovulation predictor test). I macam curious la apasal setengah orang senang je lekat.huhu

Opk tu utk tahu jangkaan masa kita 'subur'. I beli sikit je dulu awal2 tu. Murah je benda ni kat shopee. Ok next bulan 11(cycle /kitaran ke4) kitaran ni kira setiap kali  period, hari pertama tu cycle day 1. I banyak study masa bulan 11 ni. I beli termometer bbt( basal body temperature) utk check suhu badan bkn termometer biasa tu. Dia ada dua no lepas titik perpuluhan cth 36.75°c. Kira macam detail sikit la. I beli murah je kat shopee. Rm10-15 gitu. So bulan 11 tu i start track bbt masa yang sama setiap kali lepas bangun tidur. Penting ke track bbt ni?


ni bbt termometer yg i pakai. letak dalam mulut lepas bangun pagi sebelum buat apa2. jangan cakap dengan orang sebelah, jangan jalan gi mana2. buat ni je dulu. supaya suhu asal tak berubah. then tanda dalam apps. nanti kita boleh tengok samada kita ni ada something wrong somewhere ke tak. dalam chart kita boleh tahu chart kita normal ke tak..

Atas ni apps 'fertility Friend'. I subscribe setahun. Masa ni i rasa macam ok lagi..tapi tak ok sebenarnya bila opk i positive pd cd19 which is agak lewat dan kebiasaannya org normal subur/ovulating pada cycle day 14-16. Hmm.. something fishy..chart pun tak brapa cantik..bbt yg aneh.. tapi nak sedapkan hati i tunggu lagi result bulan depan..tgk mcm mana..

Ni apps premom. I start track dari awal lepas period. So awal2 memang semua negatif. Sebab tak tahu cara nak guna. Btw, ni cycle atau kitaran ke 3. Ni bukan upt strip tau yg untuk check pregnant tu. Opk ni detect hormon LH yang trigger badan kita untuk melepaskan telur. So kita boleh agak masa subur kita.

To be cont.

P/s:
#copypaste sedikit info. Credit to owner.

♥♥♥πŸ’šINFO 1πŸ’š♥♥♥

Soalan-soalan yang selalu ditanya oleh TTCIANS yang ingin menggunakan OPK πŸ‘
(Ovulation Predict Kit)
untuk mengesan waktu subur/ovulasi

Dimana nak beli OPK:
♥Farmasi (agk mahal) 
♥online (lebih murah)

🐣SYARAT sebelum menggunakan OPK :

Perlu puasa air sekurang-kurangnya 3 Jam sebelum ujian dilakukan. 
Seeloknya ujian dilakukan pada sebelah petang 

ujian boleh dilakukan.
Contoh : Sekiranya nak buat ujian pada jam 3.00 petang. Pukul 12.00 tengahari last minum air 

Cara guna OPK :
Celup dalam urin selama 15 saat (atau mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh setiap brand OPK yang anda beli). 

Pastikan tidak mencecah garisan yang terletak pada OPK. Kemudian biarkan OPK secara terbaring dipermukaan yang rata
---> Penggunaan sama seperti UPT strips.

Cara nak lihat : ♡♡¤¤♡♡
NEGATIF : 
Bila line T (test) tidak ada atau kabur dari line C (control)

POSITIF   : 
Bila lineT sama terang atau lebih terang dari line C.

♥♥♥♥Bila Ovulasi ♥♥♥
(ovum @ telur keluar dari ovari) berlaku? :Selepas 12-48 jam bila OPK yang terakhir positif. Anda digalakkan bersama suami untuk memastikan sperma sempat bertemu ovum setelah opk positif kerana sperma boleh bertahan/hidup di dalam rahim/uterus kita sehingga 5 HARI.

Sila ulangi ujian OPK sehingga negatif semula! Supaya kita dapat pastikan ovulasi telah berlaku.
 
MENGAPA? 
Kerana OPK mengesan hormon LH. 
LH adalah hormon yang berfungsi untuk mengeluarkan telur yg matang dari ovari. 
LH akan tinggi sebelum ovulasi berlaku.Setelah ovulasi berlaku, hormon LH akan menurun kembali. 
Jadi OPK akan negative semula. 
Umpama gelombang ombak yang besar untuk ‘push’ telur keluar!

Mengapa OPK masih ada DOUBLE LINE ? :Kerana hormon LH akan sentiasa ada dalam badan. 
Jadi itu sebabnya opk akan selalu ada double line. Penentu positif atau negatif adalah berdasarkan keterangan line T. 

LH akan tinggi/puncak/peak sebelum ovulasi berlaku. Pada saat inilah OPK POSITIF.

Bolehkah OPK mengesan samada kita hamil :
♥♥♥♥
Boleh ! Mengikut info dari websitewww.peeonastick.com 
– molekul hormon LH dan HCG (hormon baby) hampir sama bentuknya. Umpama sepasang kembar yang hanya berbeza seorang pakai topi dan seorang lagi tidak pakai topi. 

Jadi sekiranya anda menjalankan ujian OPK pada hari ke 7-16 selepas ovulasi berlaku (walau belum delay period), 
dan didapati OPK POSITIF menunjukkan tanda kemungkinan anda hamil! 

Ramai yang ttcian didalam kumpulan ini menggunakan OPK utk mengesan lebih awal samada mereka hamil atau tidak :)

***Nota : Kaedah ini tidak digalakkan untuk detect pregnancy...Walau keduanya jenis glycoprotein takut berlaku kekeliruan. 
so advisable nak check pregnancy terus guna UPT.

πŸ’œINFO 2πŸ’œ 
(Kredit to Kelly Kejora)
OPK ialah sejenis alat yg digunakan untuk mengesan kehadiran Luteinizing hormone (LH)di dalam urine. 

LH inilah yg diperlukan dalam proses penetasan telur. kebiasaanya sebelum telur yg matang menetas (ovulasi), akan berlaku lonjakan atau peningkatan yg mendadak pada LH dan pada waktu inilah ianya dapat dikesan pada OPK.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
tips menggunakan OPK

OPK dibuat apabila kita sudah memasuki fertile window phase, 
iaitu bermula dari 3 hari sebelum ovulasi   berlaku.

jangan gunakan urine pada waktu pagi, advisable dibuat pada pukul 2pm atau sekurang2nya dibuat   dalam lingkungan pukul 1pm-8pm.

digalakkan untuk tidak minum air dalam kuantiti yg banyak sebelum ujian dibuat.

sebaiknya elak mengulangi ujian setelah OPK posiive dikesan untuk mengelakkan kekeliruan.

pesakit PCOS cenderung untuk mendapat keputusan false positive.
- kebiasaannya ovulasi akan berlaku selepas 12-36 jam OPK positive dan ianya dapat dikesan apabila berlakunya   peningkatan suhu pada BBT.

OPK dianggap positive apabila line T lebih atau sama terang dgn line C.
waktu yang dicadangkan untuk buat OPK mengikut panjang kitaran:
cycle length (CL) ~ Start day (SD) 
CLπŸ‘‰♥SD
21πŸ‘‰♥5
22πŸ‘‰♥5      
23πŸ‘‰♥6
24πŸ‘‰♥7
25πŸ‘‰♥8
26πŸ‘‰♥9
27πŸ‘‰♥10
28πŸ‘‰♥11
29πŸ‘‰♥12
30πŸ‘‰♥13
31πŸ‘‰♥14
32πŸ‘‰♥15
33πŸ‘‰♥16
34πŸ‘‰♥17
35πŸ‘‰♥18
36πŸ‘‰♥19
37πŸ‘‰♥20
38πŸ‘‰♥21
39πŸ‘‰♥22
40πŸ‘‰♥23
41πŸ‘‰♥24
42 ♥25 

Friday, April 10, 2020

Sinopsis 2017-2019

Assalamualaikum.. hai. Guess what? kita dah masuk 2020 gaiss.. dah bersarang agaknya blog ni. Saja je tadi i usha balik, oo rupa-rupanya masih ada. Well, bila go through balik, baru perasan tahun 2017 dan 2019 tak post apa-apa langsung. Like what?.. ye lah mana ada main blogspot dah sekarang kan. Dah tak macam dulu. Sekarang orang lebih prefer facebook, Instagram atau buat website sendiri kalau nak share apa-apa.

I don't know how to start or begin with, since dari 2017-2019 pon i takda cite pape kat sini. Nak menulis ni pon terfikir nak tulis bahasa pasar ke bahasa baku formal ke bahasa rojak (manglish). hmm.. sukahatilah kan.. kisah pulak aku..huhu 

Tapi biar i bagi sinopsis la sikit apa yang berlaku 3 tahun lepas. Basically, 2017 tu i sangat sibuk dengan final year study di Uiam. Alhamdulillah I grad bulan 11 tahun 2017 dengan jayanya. Seperti sedia maklum, I degree in major Urban and Regional Planning. Banyak benda yang berlaku. I pergi site visit ke Brunei, I buat thesis, I ambik independent study dan macam2 lagi. Panjang cite kalau nak throwback. Anyway, tu lah tahun last i belajar di uia..hmm sayu pulak kalau nak diingat balik. Tapi hidup perlu diteruskan. 

Convo 2017

Next 2018, tahun yang i bekerja dengan orang. Start bulan Mei 2018 sehingga bulan 7 2019. Awal tahun tu i sibuk cari kerja sebenarnya. Tapi sambil2 cari kerja i buat kerja freelance textile design. Kalau online bisnes memang i dah buat dari tahun 2016 lagi. On off kadang. Sebab terikat dengan study. Masa i kerja dulu memang i dah aim to have some saving untuk buat modal biz/ sambung study / kawin. haa..

Then awal tahun 2019. I ada kenal dengan sorang mamat ni dan dah selamat jadi suami i sekarang. Raya puasa ketiga  kami bertunang, Raya haji ke-3 kami berkahwin..hehe. Kenal kejap je. Sebulan macam tu, dia masuk merisik. Tu je. Nanti i cite panjang kat post lain yer. Lain kali.

E-day


Solemnization Amalina X Amin

Jadi begitulah sinopsisnya. Move on to year 2020 pulak di entri lain. Tough sikit 2020 ni. Bukan i sorang je rasa, malah seluruh dunia menghadapinya iaitu wabak corona virus atau Covid-19. Terima kasih sudi baca kisah i.

Yang rajin menulis,
Amalina Mat Husin
Salor, Kelantan
10 April 2020
12:04 PM



Thursday, February 22, 2018

What 2017 Has Taught Me



I've gone through the hardest part of my life in 2017 (so far la).Yes, I did it. I can't put it into words bcoz it was hard for me. I try not to cry, mourn and I pull myself together to be as strong as I could. I won't let anything or anyone make me down. Whatever happen, happens. This is my battle. My journey. My life. The first quarter of this year is the most hectic and tough for me. The pressure to complete my Fyp within 4 months, at the same time preparation of exhibition, presentation, and report for the subject Comparative study was really no joke. The schedule was so packed and tight. Thankfully I've family and friends who always support me. You don't know how many times I think of giving up and at the same time, I've no choice but to continue anyway. Life goes on. We cannot be stuck in the same place forever. Move on.

Q: How do I see myself as an artist?

My sister asks me this, about identity. for a long time ago, I was questioned about this too. bcoz after she looks at my design, she said it was lack of identity. she said I lost myself. bcoz her sister that she knew was really love drawing more than painting. I admit, she is not totally wrong about me. But she might forget or don't know the fact that colouring comes first in my life before drawing. it's about 18 years back, I really in love with colours. I enter so many competition and neither one I win, but I don't mind. 

The thing is I'm not changed, but I found myself. Maybe I am multipotentialite. I love all about arts. I love painting, drawing, sketching, painting, graphics, illustrating, editing, and writing. But I can't do it at once. It depends on my mood and situation. My identity is not something you can define. But if you ask what is my speciality or strength?

 I think it is 'the ability to listen to what my inner voice said to me.' Not everyone can hear it bcoz the 'outside voices' were very loud or maybe they pretend not to hear it.  Ask yourself, what you love the most? who you want to be?  and try to listen carefully to what your inner voice will say. Yes, that small voice inside you.

And please, don't underestimate the power of yourself. Don't let your doubts, you inferior and your weakness become your obstacles and boycott you. You are far way smarter than what you think. Be yourself and be okay with it.

Q: How did I start?

I start with what I have first. I didn't start with watercolour, I start doing editing service. If you have a laptop, why don't you install photoshop and explore? I didn't plan to be what I am right now. I just do it what I can do with what I have. During that time, I don't have enough money to start my business, I try doing editing first, editing for social media templates etc. then people ask me to do graphic design, I make a logo, product design and so on. I learn from scratch, I try to make my own logo. From there, they told me that I can do more. Why not trying textile design? it was very challenging in the first place, and even now. it is So hard that makes me want to learn more.

As I told before this, I don't have a proper education in fine arts or digital arts, I learn from any free resources I can get and learn by making tons of mistakes. Try and adjust. It such a long journey, then I bought a drawing tablet, scanner, watercolour tools etc. using the money that I got from commission works. I didn't buy it at once, but one by one based on priority. I told my friend who have some difficulties and doesn't have a laptop , that she can make arts with pen and paper, bcoz she is a talented artist. at least she has a phone that has internet access, then she has everything. she can sell her arts. No more excuse. Nowadays, we need to be more creative than technology, think less and do more.


-Amal-

Saturday, October 8, 2016

Metafora Kehidupan



DIMANA AKU?

Di suatu sudut.
Sudut yang sudah lama tidak aku lewati.
Kosong.
Tiada siapa disitu kecuali aku.

Aku sendiri tidak tahu dimana aku.
Tetapi disini, aku merasa tidak asing.
Kerana sering kali aku tercampak ke sini.
Tiada sebab. Tanpa konteks.

Sudah puas aku meraung ..tolong aku..
Tapi Hampa.
Hanya sunyi menemaniku.
Sepi. Dan terlalu.

Di sudut itu,
Hanya aku seorang,
Sendiri. 
Tiada siapa tahu.

Jadi aku namakan sudut itu sebagai.. Kebuntuan.

. . . . . 

Aku inginkan sebuah jawapan,
Tanpa persoalan.

Sayangnya, bukan mudah
sedang kau tidak tahu, apa lagi mengerti..
lalu terus dengan sangkaan.

Jadi biarlah masa yang menjawab 
segala persoalan dan.. kebuntuan.


Yang masih buntu,
QausuQuzahin
IIUM, Gombak.
8 Oktober 2016
12:57 PM




Saturday, September 17, 2016

PRACTICAL TRAINING : Pejabat Tanah & Jajahan Bachok - Episod 1 (3rd Year Sem 3, 2015/16)

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. tamat sudah intership saya di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok. (PTB) hoho. finoli..

How should I put this into words ya? Too many things to share. nak nasi campur ngan speaking sikit bulih dok? haha ..Mood speaking terabur dah datang. But before that, I want acknowledge to those who always help me during my internship here. (copy paste dari report je pon._.)



AKNOWLEDGMENT

“In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful.”

Praise be to Allah for three (3) months I undergo my internship that begins on mid-June this year till end of August, I finally successfully completed my Industrial training report. For past 3 months, I pray to Allah hoping my journey is in His bliss. I also would like to extend my thankfulness to the most precious persons in my life, my father and mother for all their moral support, financial support and also to my friends for never ending reminding me to always be honest and trustworthy during my training here.

I would like to express my gratitude and appreciation to Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok especially to my supervisor, Hj Wan Mohammad b. Wan Abdullah, for the guidance, support and opportunity that have been given to me to learn ,explore and experience new things and knowledge. Thank you so much for your cooperation during this practical training. It really does helps me a lot. Furthermore I would also like to acknowledge with much appreciation the crucial role of the staff in Technical Unit, Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok , Mr. Rasid, Mr Zaki, Mr.Riduan, Mr Norlida,Mr.Sajuri, Mr. Ros Madi, Mr Yusri,Mrs.Masitah and Mrs.Noraini.  A special thanks to Mr. Mohd Nor Hisham for sharing great information and more knowledge about Land Act and Legaslation in Malaysia. May Allah bless you all. Thank you so much.

________

Jadi sepanjang 2 bulan setengah Intern di PTB ni banyak yang saya belajar. Banyak pengalaman baru (sangat ._.) Dan yang paling penting I dapat drive kereta kuro ( Volkswegen) tau..haha kau hado? hee .. 

Hensem kan?? :D

Ingat lagi masa first day lapor diri dulu 20/6/16 , depa tanya kos apa? I cakap Perancang Bandar, then they decide to put me in Technical Unit. Katanya kena sikit dengan kos tu. Frankly speaking, boleh lah.. ada la relate sikit2.

#Kenapa Pejabat Tanah & Jajahan Bachok?
Actually, I tak pernah terpikiaq pon nak intern kat sini. Memula haritu beria nak praktikal kat Majlis Daerah Bachok. First choice pulak tu, no.2 tak silap JPS, no.3 JKR Bachok. Pendek kata, tak de dalam perancangan langsung. hoho.. Then pihak KAED minta kita sendiri follow up dengan agensi. Unfortunately, lepas banyak kali call MDB , depa cakap situ ada quota jadi tak dapat terima student lagi. Waduss.. sadis..hancur luluh harapan aku. :'( me is so sad..awat tak habaq awal2 kan.. Tak apalah tak ada rezeki, nak buat cemana kan. Kak Suzy (staff kaed) suh aku pilih satu je tempat. Bila duk pikir lelama, tak kira la macam mana aku nak intern kat Kelate jugak.

Aku tanya Abah,then dia suh apply kat office tempat dia kerja dulu, the thing is tempat tu kat KB, nun jauh disana..hmm  pastu dia suggest kt SUK.. tu pun KB jugak. Aku kalau boleh nak yang dekat2 je..tak payah masuk bandar. Kalau nak sangat bandar ke apa baik aku intern kat KL je senang, naik public hari2..hoho..( kalau private agency at least ,dapat jgk la elaun..)  Ada gak Abah suh intern kat area Subang ke Shah Alam ke.. tapi tu lah banyak benda nak kena pikir, sewa rumah la, transport la, macam2.. aku ni jenis yang malas nak complicated kan hidup ni. Lagi pun bulan puasa kot.. bila lagi nak puasa kat rumah kan?.

Fikir punya fikir,  sambil 2 aku duk google map cari tempat intern, aku ter'perasan' kewujudan PTB ni..then aku terus contact pihak PTB, aku try la call.. tak expect lebih pun. Cuba nasib je. Alhamdulillah.. aku diterima. Apa nak jadi pun jadilah.. yang penting dah dapat tempat intern. Yang lain aku berserah je la. 

(Spot Kak Ma disitu ^^)

# So macam mana first day Intern?
Lepas selesai urusan lapor diri, aku terus turun ke Unit Teknikal. Katanya kena jumpa dengan 'Wan Mat' , my supervisor. Aku disambut dengan gembira oleh Abe Qi (En,Zaki)dan Abe Yi (En.Sajuri) . Suddenly, depa ajak aku pegi site 'Aduan Awam' kat Perupok. Kaget jugaklah , ye lah first day kan tak expect pulak akan terus turun padang. hoho.. Basically, kami buat pemantauan je. Awkward sikit.. tapi aku cuba biasakan diri dengan diorang. Tak ada hal lah.. okay je.

Balik daripada site tu, aku diberi tunjuk ajar oleh Kak Ma cara-cara buat 'Pelan Sureh' dengan menggunakan software Map Info. Tak susah mana pun. 

(Bangga rasanya dapat sign benda alah ni..haha :D)
# Pengalaman yang tak dapat dilupakan
Ingat lagi masa tu dalam minggu pertama intern, aku ikut Abe Sik (En.Rasid) & Abe Duan (En.Riduan) pergi 'menyukat' (istilah Pejabat Tanah) (macam land survey) dekat Melor kalau tak silap la..hoho maafla ingatan akak ni ingat2 lupa gitu -..-" nak cerita pun tak reti, tapi pendek cerita, rumah Mak Cik A (bukan nama sebenar) ni kebakaran awal tahun ni. Jadi nak apply rumah .** rakyat. tak ingat lagi..huhu tapi ada isu sikit dari segi pembahagian lot. Tapi bukan itu main point kat sini, ceritanya masa jumpa dengan Mak Cik A ni , dia datang dekat dan tetiba peluk aku dengat erat. Aku agak terkesima. Seingat aku, last time orang peluk aku macam tu ialah Mok..(Mok peluk aku sambil nangis2 masa aku dapat result SPM dulu..hoho over dopp?)

Masa tu aku tak tahu lagi cerita pasal rumah Mak Cik A terbakar tu. Lepas tu baru aku tahu. Blank seketika. Tak apalah ,aku okay je.. hehe.. dia pegang tangan aku erat-erat sambil duk cerita kisah pilu hidupnya tu. Rumahnya habis terbakar,hangus dijilat api dan dia masa kejadian tu cuma sehelai sepinggang. Allahu..berat ujian dia. Aku dengar je. Nak pujuk2 orang ni tak berapa reti sangat. Cuma aku cakap, sabarlah pasti ada hikmah disebalik ujian ni. Semoga Mak Cik A tabah dalam mengharungi segalanya. Ameen..




Nak cerita semua kat sini macam banyak la pulak.. jadi boleh tak kalau akak sambung lain kali? sakit pulak mata tenung skrin lama-lama.. huhu.. kalau ada masa akak sambung ye.. Mianhe..

Yang masih amatur,
Amalina Husin
IIUM, Gombak
17 September 2016
11:13 PM