Friday, August 10, 2012

Ada Apa Dengan Nama?

Assalamualaikum..

soalan 1:
Ada apa dengan nama?

Nama sebenar:
Amalina. 'Cita-cita Tertinggi Kami'.Ya,itu nama saya.Mat Husin tu nama ayah saya ok.. hehe
Kadang saya tetanya-tanya "kenapa mesti Amalina?..." Satu-satunya nama dalam 12 orang adik-beradik saya yang paling pendek.Hairan bukan?. Kalau ingin dikira, kakak saya yang sulung namanya,Syahnaz Mahfuzah 2.Azam Faraby 3.Muhammad Syahirul A'lim 4. Abdul Qayyum Hadi 5.Noer Ezzati Balqis 6.Ahmad Baihaqi 7.sayalah :) 8.Ainee Adilah 9.Muhammad Ibrahim. 10.Abdul Rahman 11.Fateen Sumayyah 12.Siti Syaima' Najwa.
Bingung. Ramai yang bertanya ,"ehh..nama kamu tak ada 'Nur' ke?.."
saya : err..tak tahulah.. dalam i/c tak ada pulak tulis 'Nur'..nak buat macam mana kan.. :)
Jadi saya mula berfikir.kenapa tidak diletakkan sahaja 'Nur' dipangkal nama saya. Mungkinlah sebab tak kena dengan makna nama itu. 'Cahaya Cita-cita Tertinggi kami'. Apakah?..tidakkah pelik bunyinya itu?.



Nama gelaran:
Na.Dari kecil keluarga dan kaum kerabat saya suka memanggil saya dengan nama yang paling ringkas iaitu 'Na'. Tiada apa yang ingin diulas tentang nama itu. kalau adik-adik,biasanya mereka panggil saya, 'Kak Na'. 
Cuma nenek saya sahaja yang panggil saya..' Yana'.Em.. tak tahulah kenapa tu..hoho

Nora. Eh.. siapa pulak ni?..segan nak cerita.Tapi tak apalah..saya cerita je lah. Bila diingatkan balik. Satu-satunya orang yang suka panggil saya 'nora' ialah cikgu sains saya masa darjah 6 dulu, Cikgu Ibrahim. Kata dia, rupa saya mirip kawannya yang namanya Nora. Entahlah..no komen.

Amal. Nama yang agak common dan kebanyakan orang duk panggil saya.Biasalah. Tak ada apa yang nak dihairankan.
 [tapi tolong jangan panggil saya 'Lina'..sebab saya geli..err-..-"]

Minmin. Mungkin bagi yang tak biasa dengar orang panggil saya dengan nama ini akan rasa pelik. "Dari mana pula datangnya nama min-min ni??.."soal mereka.
Oh..nama ini sebenarnya diambil dari nama salah satu watak dalam siri kartun 'wonderpets' . Panjang jugak kisahnya.Tapi dipendekkan ,kami (ika dan shahiera) mulanya main-main sahaja dengan memanggil masing-masing min-min,Tuk, dan Liny.Yelah..masa tu kan famous cerita kartun ni. Biasanya kawan-kawan dari Maahad Yaakubiah akan panggil dengan nama ni.Kadang diorang pun tak ingat apa nama sebenar saya. Hadoi..tak mengapalah.. -..-"

Nama samaran:
Qausu Quzahin. 'Pelangi'. Dulu saya pernah memasang impian kononnya nak buat buku ke novel ke apa suatu hari nanti..Jadi saya cipta satu nama khusus untuk dikomersialkan jika saya benar-benar masuk dalam bidang penulisan.Bukannya tak boleh nak bubuh nama sebenar.Cuma bila difikirkan balik,sudah terlalu ramai orang yang namanya 'Amalina' ni [nama yang bersepah kat mana-mana kot...hoho]  

Identiti:
Merenung kembali diri sendiri. Saya bukanlah apa yang ada pada nama.Tapi saya adalah dalam diri saya.Roh saya. Nama itu sekadar luaran yang orang panggil sahaja.Jadi tidak penting pun sebenarnya nama itu.Cukup untuk orang kenal saya.Tahu siapa saya.Saya tak kisah orang nak panggil saya dengan nama apa sekalipun,asalkan membawa makna yang baik, itu sahaja.Ya,nama itu juga satu doa.

soalan 2:
Apa cita-cita tertinggi kamu? 

Cita-cita tertinggi saya?..hmm..agak lama untuk saya hadam soalan itu dalam benak fikiran saya. Kalau masa kecik-kecik dulu,mak saya selalu berpesan kepada saya.."Bila Na besar nanti jadi doktor ya.." kata-kata yang penuh harapan dari ibu saya.Saya takkan pernah lupakan itu. Arus menelan masa. Apabila di tingkatan 4 , saya masuk kelas Akaun.Mana mungkin saya menjadi seoarang doktor?..Jadi saya telah tukar cita- cita saya untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya.Semasa upu saya telah mengisi kos perakaunan antara yang paling utama.  Namun, sekali lagi.. perancangan Allah itu jauh lebih hebat dari perancangan manusia. Saya kini di CFS IIUM, mengambil bidang Architecture and Enviromental Design (AED). Seni bina. Terpilih mengambil bidang ini bukan suatu yang saya rancang."Ya,mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.."desis hati saya. Saya teruskan jua langkah kaki walaupun perit. 




Segalanya sudah berlaku.Namun itu bukanlah point yang saya ingin sampaikan sebenarnya.Cita- cita tertinggi saya lebih kepada makna setiap apa yang saya lakukan.Contohnya ,kalau saya belajar saya harap saya lakukannya bukan kerana peperiksaan atau sebab faktor peluang pekerjaan,saya harapkan saya belajar  untuk manfaat seluruh alam kerana Allah. Saya harap saya dapat mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah. Tak kira apa pun yang saya buat saya berdoa dan berharap untuk seikhlas yang mungkin. Kerana saya mencari redha Allah, dengan itu saya dapat mengecap nikmat bahagia yang saya cari. 



Penulis,
QausuQuzahin
CFS IIUMPetaling Jaya.
10 Ogos 2012
04:51 p.m

Wednesday, July 25, 2012

Releven Kisah Nabi Musa dan Firaun serta Keislaman Prof.Dr.Maurice Bucaille

Bismillahirrohmanirrohim...



SAINTIS Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.


Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.


Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

(Prof. Dr Bucaille)

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan..” bicara hatinya sendirian.


Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah:

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.


Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
  “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” 
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.


Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,
” katanya.
 Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.youtube.com/watch?v=1zs6z6E_Oik
#Teks buku diatas boleh di download di link ini : The Bible ,The Al Quran and Science

*semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari peristiwa ini. Jangan sesekali kita melakukan perkara yang dapat menimbulkan kemurkaan Allah terhadap kita.
*Sesungguhnya janji Allah itu benar,Nabi itu benar,Kitab Allah itu benar dan Hari akhirat itu benar.

Moga Allah Redha~

Hamba yang khilaf disisi Allah,
QausuQuzahin
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
03:13 p.m
25 Julai 2012

Monday, July 23, 2012

Ayuh!Bangkitlah..

Assalamualaikum..
Saya cuma nak cakap yang..setiap apa jua hal yang menimpa diri kita,percayalah..Pasti ada hikmahnya"  Jangan berputus asa dari rahmat Allah.InsyaAllah..Allah akan permudahkan jalan keluar untuk kita . :)



Me,
QausuQuzahin
CFS IIUM,Petaling Jaya.
04:34
23 Julai 2012

Saturday, July 7, 2012

Bernafaslah...Allah Bersama Kamu~

Assalamualaikum..

Sudah agak lama tidak menulis di sini. Kebelakangan ini saya sibuk dengan project GC [ Graphic Communication] yang perlu di 'submit' setiap hari. Banyak yang telah terjadi sepanjang minggu-minggu lepas. Nak cerita pun tak sempat rasanya sebab terlalu panjang. 



Sinopsisnya ialah kira-kira 2 minggu lalu, kami [pelajar AED] di berikan tugasan untuk menyiapkan lukisan dan 'lattering' dalam masa 24 jam.Bunyi macam senang  kan?.."ala ..melukis je pun.apa lah susah sangat..?" sesetengah orang beranggapan begitulah . Namun tidak bagi kami selaku pelajar AED. Melukis ialah satu cabaran.Bukan senang, dan bukanlah susah. Ber'komunikasi' menerusi sebuah lukisan di atas sehelai kertas,bukan suatu yang mudah. Namun ianya tidaklah mustahil untuk dilakukan . Perlu belajar caranya,barulah senang.

Bayangkanlah..untuk menyiapkan satu lukisan sahaja sudah memerlukan 3-4 jam untuk fokus dan cermat dalam melukis.Itupun kalau satu..Dan pastinya project kami bukanlah satu,paling kurang pun 4 [tak termasuk yang salah lukis ke apa,salah sikit pun kena buat semula dari awal. kadang-kadang buat sampai 10 helai A3 paper-.-"] .Jadi kiralah 'sikit' mana masa yang kami perlukan untuk menyiapkannya. Bukan merungut,sekadar perkongsian sahaja. "Untuk Membeli sebuah kejayaan, harganya ialah pengorbanan."

Memang tiada manusia yang sempurna,sama jua seperti sebuah lukisan.Tak mungkin sempurna walaupun kita sudah berusaha sedaya upaya kita,bak kata orang putih, "Practice makes Perfect." Begitulah, setiap insan mahukan hasil yang terbaik dalam hidupnya. Bergantung kepada niatnya,jika segala yang dilakukannya adalah kerana Allah semata,InsyaAllah ,Allah akan permudahkan jalan keluar dari setiap kesulitan yang dialaminya. Seperti bicara Allah dalam kitab suci Alquran "Inna maal Usri Yusra.."

Mungkin ada yang memandang remeh jurusan yang kami pilih.Walau apapun kata mereka ,ini adalah pilihan kami. Perjuangan mesti tetap diteruskan walau badai datang melanda tiada henti Jangan putus asa,ok. :)

Namun, tak kira apapun halangan yang mendatang yang membuatkan kita rasa sesak,rimas dan serabut, Bernafaslah... selagi nyawa masih diberi.Hadapinya dengan tenang dan senyuman. Ujian akan mematangkan fikiran kita. Berdoalah.. moga kita diberi kekuatan menghadapinya.InsyaAllah.


#'Time Management..?'
Ya,pengurusan masa untuk pelajar AED sangat penting. Utamakan urusan kita dengan Allah terlebih dahulu dalam segala hal.Solat tidak boleh diabaikan.Bila kita selesaikan urusan dengan Allah,Allah akan selesaikan urusan kita. :-)

Selain itu,aspek kesihatan perlu diambil kira,kesihatan harus dijaga sebaik mungkin,ini kerana tubuh badan kita merupakan amanah dari Allah,tubuh juga mempunyai hak ke atas kita.Jangan sampai tak tidur lansung seharian,bagaimanapun caranya cubalah untuk tidur walaupun 2 jam.Yang penting tidur berkualiti, bukan tidur berkuantiti.

Akhir kalam,kepada semua kawan-kawan saya ucapkan 'Selamat Berjuang!..' walau dimana kita berada , ingatlah,kita tidak pernah keseorangan, Allah sentiasa ada menemani kita.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada keluarga,dan sahabat handai yang sentiasa menyokong dan membantu saya selama ini, kepada roomate dan jiran  bilik saya iaitu Fatin, Ila,Anim serta Zati,Niesa',Mona, Cikgu dan termasuk semua studiomate saya sebab telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja-kerja GC selama ini. [Maaf sebab selalu kacau korang buat kerje ya..hehe].

Terima kasih juga kepada sahabat seperjuangan saya iaitu Iylia,Pujah, Qiqi, Nazira, Aidurrah, Syaida, My dan ramai lagi yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan mereka dari jauh,Terima kasih sangat-sangat. I miss u all :')


Wallua'lam..
Moga Allah redha~




p/s:
#Kepada semua kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia, disini saya ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL KARIM" yang akan datang tidak lama lagi. Moga bulan Ramadhan tahun ini kita manfaatkan dengan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.InsyaAllah. ^_^

#opps.. 'ter'panjang pula entry ni..hehe

Insan yang lemah di sisi Allah,
QausuQuzahin
Gombak,Selangor.
07 Julai 2012
06:03 p.m


Friday, June 22, 2012

Pinjamkan Aku Bahumu

Assalamualaikum..


Tajuk ini saya pinjam dari idea kawan saya yang katanya hendak buat novel menggunakan tajuk ni.Entahlah kenapa dia suka tajuk ni.Tapi saya kat sini bukannya nak mengulas pasal novel impian yang dia nak buat tu, saya nak cerita benda lain sebenarnya. [jangan marah ye Anim ..hehe^^]

Agaknya sudah hampir seminggu saya di perantauan ni.Rasa cepat pula masa berlalu meninggalkan kita. Sem ini saya dapat bilik yang rendah sikit dari yang sebelum ini [level 9],sekarang turun level 3. Jadi,[jangan mimpi lah nak naik lif,] terpaksalah naik turun dengan menggunakan tangga. Tak mengapalah,itu bukan satu isu yang besar. 

Saya rasa sangat gembira dan bersyukur dapat roomate yang dulunya jiran bilik saya,kini sudah jadi rakan sebilik.Untunglah sebab kami sudah lama kenal hati budi masing-masing. Mereka ialah Fatin, Anim dan Ila . ^_^ 


Tak kira apapun hal yang berlaku,kami akan harunginya bersama-sama. Suka,duka,seram dan kecewa kami akan tempuh bersama-sama. Kerana kami sekarang cuma berempat. Sangat memerlukan antara satu sama lain.Kalau dulu ramai, ada Pujah,Iylia,Nazira,Syaida, Qiqi,Aisyah,Myzatul,Najla dan Aidurrah.Tapi sekarang mereka semua sudah berjalan mengikut haluan masing-masing. Walaupun kadang-kadang kami berasa agak sunyi disini ,tapi tak mengapalah mungkin inilah peluang bagi kami untuk saling berganding bahu  menghadapi apa jua cabaran yang bakal mendatang."You jump, I jump.." :') Semoga kami berempat diberi kekuatan dan perlindungan  oleh Allah dalam jihad di medan ilmu ini.InsyaAllah,Amin.


Akhir kalam, semoga segala apa yang kami rancang akan menjadi satu kenyataan. Perjalanan kami disini baru bermula.Jalan yang berliku masih panjang. Harapnya semuanya berjalan lancar.InsayaAllah.Kepada roomate saya..Fatin,Ila dan Anim saya nak cakap bahawasanya "Aku sayangkan korang Lillahitaala! ~  
Wassalam.

Moga Allah Redha. 


Hamba yang hina,
QausuQuzahin
Kg Melayu,Subang.
04:26 p.m
22 Jun 2012