Monday, March 26, 2012

Anjakan Paradigma

Assalamualaikum w.b.t


Mungkin ada antara korang tak tahu menahu tentang 'anjakan paradigma' ni. ok, ni saya nak cerita . Menurut kefahaman saya, anjakan paradigma ni bermaksud melakukan suatu perubahan yang drastik bagi mencapai tujuan tertentu.Entahlah,betul ke tak. Tapi itulah yang saya faham. Kebiasaannya saya akan buat bila ada sesuatu yang menghalang saya mencapai apa yang diinginkan.Sebagai contoh, baru-baru ni saya telah menutup akaun Facebook dan Twitter. kerana bagi saya, benda alah ni sudah mengganggu ketenteraman hidup saya apabila tiba musim peperiksaaan. Sejujurnya, saya merasakan kekok bila tak dapat check notification facebook dalam satu hari.Tapi apakan daya memandangkan result mid-term saya yang tak seberapa ,sekadar cukup-cukup makan je,saya lebih rela begini. Biar orang nak kata apa. Asalkan saya bahagia.Tak adalah rasa bersalah sangat bila dapat result final nanti.Lagipun bukan lama sangat,lepas final exam nanti,saya 'on' la balik account fb dan twitter tu.' First thing first'.


Memanglah bukan senang nak senang. Kita tolak ke tepi benda kecil yang dapat mempengaruhi kita (facebook).Rasanya tak ada masalah kot kalau saya tak online untuk sebulan dua ni. Bukan ada nasi pun dalam facebook tu.InsyaAllah, kita boleh hidup lagi kalau tak bukak fb setakat ni. 'Belajar itu satu perjuangan, dan Perjuangan memerlukan pengorbanan'.

Tak perlu khuatir dan gusar, kerana Allah bersama dengan hambanya yang sabar. Tak dapat dinafikan hidupku terasa agak kosong sedikit,namun itu bukan alasan untuk cepat mengalah. Mujahadahlah duhai hati. Masih ada kerja yang lebih berfaedah daripada duk menghadap fb je tiap-tiap hari.Masa yang terluang, kita boleh baca buku, kalau malas sangat nak belek buku, kita boleh baca banyak laman blog yang elok seperti, http://maafcakap.blogspot.com/ , http://sebarkanbahagia.blogspot.com/ dan banyak lagi. 

Kalau nak tahu,sebenarnya hidup saya terasa lebih aman dan tenang lepas tutup account fb dan twitter ni. Saya ada banyak masa untuk buat benda lain. Boleh spent time dengan kawan,boleh buat assignment dan banyak lagi. Sudah tidak terikat lagi dengan apa-apa. Buat masa sekarang, saya sedang cuba menanam minat membaca sedikit demi sedikit. Bukan mudah tapi kita mesti berusaha. At least, kita buat. Jangan tak buat apa-apa pulak. Rugi masa tau! 'Time is golden '.

P/s:

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ila, kerana menjadi pendorong semangat dalam pelajaran selama ini. Tak lupa juga kepada sahabat saya,Fatin dan Aniyyah yang sentiasa menyokong saya dari jauh. Juga ribuan terima kasih kepada roomate dan jiran kesayangan, Iylia, Pujah, Nazira, qiqi, syaida, dan Anim kerana sudi memberi tunjuk ajar apabila saya menghadapi kesulitan dalam pelajaran. Terima kasih banyak-banyak.

Sekian.
QausuQuzahin..
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
26 Mac 2012
<--biarkan ia terbang buat sementara waktu..

Friday, March 23, 2012

Cita-Cita Tertinggi Kami


Titik.
Nokhtah.
Belum mungkin terjadi.
Selagi degup jantung belum terhenti.
Siang berganti malam.
Waktu terus menari pada jam masa.
Takdir takkan terubah.
Kemenangan pasti berpihak kepada kita.
Tunggulah saja saatnya.
Jangan kita gentar
Jangan pernah berundur walau setapak.
Taqwa kita hanya pada Allah.
tiada yang selain dari itu.
Yakinlah dengan janji Allah
InsyaAllah.
Teruskanlah berjuang!
hanya
Hidup mulia atau mati syahid 
sahaja menjadi impian kita.
Amin.

pesanan buat diri ini dan sahabat:

Syeikh As-Sobuni telah berjanji
 Allah akan meneruskan kebangkitan rakyat Syria 
hingga pertolongan Allah tiba seperti yang selalu beliau tuturkan dalam ucapannya:
"Akan datang pertolonganNya yang terlalu hampir" 

Sekian,
QausuQuzahin..

Thursday, March 8, 2012

Meja Saya

Assalamualaikum...

Buat apa tu kawan-kawan? tengah study ke? baguslah kalau macam tu..harapnya sihat semua. oh ya, sempena musim peperiksaan dah nak habis,apa kata kita manfaatkan cuti hujung minggu ni dengan membaca buku.ok tak?.Tak sempat?..alaa ,rugilah .Tapi tak apalah,nak buat macam mana kan?.Kalau sekarang masa belajar pun dah busy,bila kerja nanti,bertambahlah busy,nak kerja lagi,jaga cucu,masak,mengemas rumah dan banyak lagi.Maklumlah,zaman semakin maju.Apa-apa pun,tak kira apa situasi kita nanti,ingatlah menuntut ilmu itu penting untuk kita.Jangan fikir ia sudah terlambat,selagi nyawa dikandung jasad,carilah ilmu. kerana disitu letaknya fungsi akal kita.



Membaca itu jambatan ilmu.Jadi, bacalah.'Sikit-sikit ,lama-lama jadi bukit'.Saya pun bukanlah jenis orang yang suka sangat membaca,tapi saya tahu membaca itu penting.Maka bacalah buku apa sekalipun, asalkan baca.Sikit pun jadilah,janji istiqamah.Teruskanlah membaca.Jangan mudah putus asa.Biarlah apa orang nak kata. Kita niat kerana Allah.

P/s:
# "Dan segala(urusan) yang kecil mahupun besar adalah tertulis". (Ayat-ayat cinta Allah,dalam Al Qamar 54:53)

(tulisan macam budak kecik -..-")

Sekian.
QausuQuzahin

Wednesday, March 7, 2012

Perang Sudah Tiba


#study3 !!! esok exam BTQ (Basic Theme of Al quran) lusa pula subjek kegemaranku, Economics. Good Luck for me and all of my friends . ^_^

Thursday, March 1, 2012

Bila Malas,Kena Rajin.

Assalamualaikum.w.b.t


Nak cerita sikit.Harap dapat jadikan iktibar.Ya,pasal malas la.Semuanya bermula sejak aku buat keputusan nak balik rumah cuti ni.Perasaan malas mula menyelubungi diri.Yang pertama,malas nak pergi kelas. 2.Malas nak buat assignment econs.3.malas packing barang. 4.malas cakap dengan orang. 5.Malas fikir apa-apa.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku ni malas sangat .Kalau boleh, aku tak nak buat apa-apa hari ni. Kosong.



1.kenapa aku malas pergi kelas?
Aku jadi malas bila dapat tahu semua kelas pagi batal. Susah-susah je aku iron baju pagi ni.Adoi..Kalau la aku tahu dari awal-awal yang kelas batal ,takkan aku iron baju untuk  hari ni. Sabar je la.aku memang malas nak pergi kelas ,lebih-lebih lagi kalau kelas bahasa arab.Bukan aku tak suka belajar bahasa arab,cuma entahlah.. rasanya kalau pergi ke tak ke sama je kot. Aku tetap macam tu jugak.Tak pernah pula aku dapat 'A' untuk subjek ni. Hmm..no komen pasal lecturer.Aku redha je dapat lecturer orang Sudan.Tapi, apakan daya,orang kata ,baik pergi kelas dari tak pergi,manalah tahu kot2 berkat aku pergi kelas,nanti exam dapat ihsan dari lecturer.Amin.Aku tak kisah, sekalipun aku lewat sejam masuk kelas,aku tetap akan masuk dengan 'selamba'nya dalam kelas.'Keep smile and say sorry,madam'.InsyaAllah ,lecturer takkan marah kalau kita memang betul-betul tak sengaja lewat masuk kelas(alasan tu kenalah munasabah sikit).Yang penting,niat kita ikhlas nak menuntut ilmu kerana Allah.Tapi,jangan selalu buat.Tengok keadaan la jugak.Tapi,itu sebenarnya bukanlah isu  yang aku nak ketengahkan hari ini.
2.Habis tu,kenapa pergi jugak kelas arab?
Seriously, ini pertama kali aku betul-betul malas tahap gaban dan terasa nak ponteng kelas.Namun, hasratku terbatal apabila ada sahabatku menegur dan mengingatkan bahawa perasaan malas ni datangnya dari syaitan yang suka sangat tengok kita jadi pemalas.Jadi, sahabat aku mengesyorkan aku supaya penyakit malas ini dibendung dengan penawarnya iaitu wudhu'.Subhanallah,berkesan jugak ubat ini.Syukran jazilan aku ucapkan kepada Siti Norazilah(ila) untuk tips yang berguna ini.InsyaAllah akan ku praktikkannya di masa hadapan jika aku menghadapi masalah yang sama lagi.Bukannya sebelum ini aku tak tahu,cuma aku tak pernah buat bila aku malas(iyalah, malas la katakan).Terima kasih atas Teguran yang sangat membina. peristiwa ini telah membuat hati aku terjentik. Insaf. :') Aku mula muhasabah kembali.


P/s:


#jangan mudah tergoda dengan bisikan syaitan yang senantisa  setia menyeru kita untuk jadi : mengantuk = tidur banyak + makan banyak -->malas
#Banyakkan istighfar bila perasaan malas itu hadir menjengah minda.
#Ingat tujuan kita diciptakan,bukan untuk bermalas2,bekerja untuk Allah(hamba Allah+ khalifah).
#banyakkan berdoa, moga kita dilindingi dari sifat malas dan bertangguh-tangguh.
#jangan minum nescafe untuk menghilangkan mengantuk kerana minum nescafe adalah tidak baik untuk kesihatan.
<remember: exam is around the corner>


*maaf atas segala kekhilafan diri ini.saya masih dalam proses membaiki diri dan jiwa.Moga anda semua tidak malas seperti saya.Rajin-rajinlah selalu.k. wallahua'lam..