Wednesday, March 7, 2012

Perang Sudah Tiba


#study3 !!! esok exam BTQ (Basic Theme of Al quran) lusa pula subjek kegemaranku, Economics. Good Luck for me and all of my friends . ^_^

Thursday, March 1, 2012

Bila Malas,Kena Rajin.

Assalamualaikum.w.b.t


Nak cerita sikit.Harap dapat jadikan iktibar.Ya,pasal malas la.Semuanya bermula sejak aku buat keputusan nak balik rumah cuti ni.Perasaan malas mula menyelubungi diri.Yang pertama,malas nak pergi kelas. 2.Malas nak buat assignment econs.3.malas packing barang. 4.malas cakap dengan orang. 5.Malas fikir apa-apa.Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku ni malas sangat .Kalau boleh, aku tak nak buat apa-apa hari ni. Kosong.



1.kenapa aku malas pergi kelas?
Aku jadi malas bila dapat tahu semua kelas pagi batal. Susah-susah je aku iron baju pagi ni.Adoi..Kalau la aku tahu dari awal-awal yang kelas batal ,takkan aku iron baju untuk  hari ni. Sabar je la.aku memang malas nak pergi kelas ,lebih-lebih lagi kalau kelas bahasa arab.Bukan aku tak suka belajar bahasa arab,cuma entahlah.. rasanya kalau pergi ke tak ke sama je kot. Aku tetap macam tu jugak.Tak pernah pula aku dapat 'A' untuk subjek ni. Hmm..no komen pasal lecturer.Aku redha je dapat lecturer orang Sudan.Tapi, apakan daya,orang kata ,baik pergi kelas dari tak pergi,manalah tahu kot2 berkat aku pergi kelas,nanti exam dapat ihsan dari lecturer.Amin.Aku tak kisah, sekalipun aku lewat sejam masuk kelas,aku tetap akan masuk dengan 'selamba'nya dalam kelas.'Keep smile and say sorry,madam'.InsyaAllah ,lecturer takkan marah kalau kita memang betul-betul tak sengaja lewat masuk kelas(alasan tu kenalah munasabah sikit).Yang penting,niat kita ikhlas nak menuntut ilmu kerana Allah.Tapi,jangan selalu buat.Tengok keadaan la jugak.Tapi,itu sebenarnya bukanlah isu  yang aku nak ketengahkan hari ini.
2.Habis tu,kenapa pergi jugak kelas arab?
Seriously, ini pertama kali aku betul-betul malas tahap gaban dan terasa nak ponteng kelas.Namun, hasratku terbatal apabila ada sahabatku menegur dan mengingatkan bahawa perasaan malas ni datangnya dari syaitan yang suka sangat tengok kita jadi pemalas.Jadi, sahabat aku mengesyorkan aku supaya penyakit malas ini dibendung dengan penawarnya iaitu wudhu'.Subhanallah,berkesan jugak ubat ini.Syukran jazilan aku ucapkan kepada Siti Norazilah(ila) untuk tips yang berguna ini.InsyaAllah akan ku praktikkannya di masa hadapan jika aku menghadapi masalah yang sama lagi.Bukannya sebelum ini aku tak tahu,cuma aku tak pernah buat bila aku malas(iyalah, malas la katakan).Terima kasih atas Teguran yang sangat membina. peristiwa ini telah membuat hati aku terjentik. Insaf. :') Aku mula muhasabah kembali.


P/s:


#jangan mudah tergoda dengan bisikan syaitan yang senantisa  setia menyeru kita untuk jadi : mengantuk = tidur banyak + makan banyak -->malas
#Banyakkan istighfar bila perasaan malas itu hadir menjengah minda.
#Ingat tujuan kita diciptakan,bukan untuk bermalas2,bekerja untuk Allah(hamba Allah+ khalifah).
#banyakkan berdoa, moga kita dilindingi dari sifat malas dan bertangguh-tangguh.
#jangan minum nescafe untuk menghilangkan mengantuk kerana minum nescafe adalah tidak baik untuk kesihatan.
<remember: exam is around the corner>


*maaf atas segala kekhilafan diri ini.saya masih dalam proses membaiki diri dan jiwa.Moga anda semua tidak malas seperti saya.Rajin-rajinlah selalu.k. wallahua'lam..

Saturday, February 18, 2012

Netball Vs Volleyball

Assalamualaikum..

hamba hendak bercerita sedikit ni tentang bola jaring & bola tampar.Boleh tak?..Baiklah, begini ceritanya. Semalam hamba telah buat latihan bola tampar.Untuk pengetahuan anda,inilah kali pertama dalam seumur hidup hamba bermain bola tampar.Peluang keemasan ini tidak wajar dilepaskan begitu saja, walaupun hamba tak tahu apa-apa asas pasal bola tampar ni. Al maklumlah,hamba ini hanya tahu bermain bola jaring sahaja.Sejak dari hamba kecil,hamba memang sudah dilatih untuk bermain bola jaring dengan hebat dari guru sekolah rendah hamba.Masakan tidak,hamba nyaris-nyaris menjadi wakil sekolah untuk ke pertandingan peringkat tinggi,namun apakan daya ,disebabkan seminggu sebelum pemilihan calon wakil sekolah pemain bola jaring,hamba telah dimasukkan ke hospital atas sebab kemalangan jalan raya. Nak buat macam mana, terpaksalah hamba redha dengan ketentuan ini.Meskipun kadang kala hamba terasa agak kesal dan rugi atas segala persediaan latihan yang hamba buat sepanjang tahun 2005 itu berakhir dengan menjadi tukang sorak sahaja.Guru kokurikulum hamba menasihatkan hamba supaya duduk berehat sahaja dirumah.huhu. Biarlah, pengalaman itu penting walaupun tak dibalas dengan apa-apa."Keep smiling and just go on."

Apabila hamba masuk ke alam persekolahan menengah,hamba menyertai bola jaring sebagai permainan sukan utama hamba ketika itu.Dipendekkan cerita ,pasukan bola jaring hamba menang mewakili rumah kuning. Namun disaat aku,tingkatan 3 dan seterusnya hamba hanya menyertai bola jaring sebagai memenuhi syarat markah merit aktiviti ko. pada masa itu,kerana hamba ingin lebih fokus kepada pelajaran(tapi, tak pun..hehe).


Waktu hamba ditingkatan 5,hamba cuba menyertai permainan ping-pong(saja nak ubah angin selepas berjaya dipujuk oleh sahabat hamba,Aniyyah), tapi memang tak dapat dinafikan hamba tak ada bakat lansung main ping-pong,meskipun dah berlatih banyak kali.Tapi,nak buat macam mana kan?bola jaring sahaja yang bertakhta di jiwa hamba.Susah nak main benda lain ni.Pergerakan tangan dalam ping-pong mestilah lembut tapi keras.Entahlah,susah nak cakap. Perlukan banyak latihan untuk orang baru belajar macam hamba ini.kstop,cerita pasal bola tampar pula.



Atas alasan tak cukup pemain tambahan dalam bola tampar dalam Idea society, hamba telah diminta oleh Cik Fatin untuk memenuhi kekosongan itu. Pada awalnya hamba agak kaget dan terkedu,iyalah.. hamba belum pernah bermain permainan ini.Kalau ada pun , tamparan bola hamba tak pernah kena. Hamba asyik rasa nak mengejar bola,berlari,melompat,berebut bola sama seperti bola jaring.Sukar untuk diubah persepsi ini.
Namun dengan tekad yang kuat dihati,hamba sudi bermain bola tampar walaupun hamba memang level zero dalam bola tampar ni. Di CFS ni,tak ada jurulatih tetap yang di sediakan untuk setiap pasukan bola tampar, pelajar sendiri yang akan mengajar,memilih tempat latihan sendiri.kena berdikari la katakan.

Tiada ara melintang,hamba memulakan sesi latihan bola tampar buat kali pertama semalam. Sungguh tak sangka,begitu banyak tenaga yang diperlukan untuk bermain bola tampar ini. Kekuatan tangan mestilah sekuat yang mungkin.Dek kerana dah lama tangan hamba ini tidak bekerja,jadi hamba cuma boleh pukul bola itu sekadar yang termampu.
Latihan hamba bermula dengan warming up biasa,setelah itu baru hamba diajar untuk memukul bola oleh Cik fatin. Seterusnya aku diajar untuk 'serve' bola oleh Cik Farhana(pak wer).Kesilapan demi kesilapan telah hamba lakukan,namun cik farhana tetap terus mengajar aku dengan penuh dedikasi.terima kasih hamba ucapkan kepada dia atas segala tunjuk ajar.Akan hamba semat dalam hati.^_^


Berbagai cara telah diajar hanya untuk memudahkan hamba memukul bola,banyak pendapat dan jenis corak permainan.Hamba perlu memilih cara yang lebih sesuai dengan hamba.Tangan bengkak tidak menjadi halangan untuk hamba berlatih. Rasa sakit yang sedikit itulah yang harus dibayar untuk menjadi terer dalam permainan ini.Apa-apa pun,hamba tetap merasa terhutang budi kepada semua yang telah memberi kerjasama dan yang banyak membantu hamba dalam meningkatkan skill bermain bola tampar semalam.
alhamdulillah segalanya berjalan lancar,lepas habis latihan kami masih sempat merasa ayam barbeque (tak tau betul tak eja ni) semalam.
setakat ini sajalah celoteh hamba kali ini.Akhir kalam,'Majulah sukan untuk negara'!


p/s:
#strive hard for success~

Monday, February 6, 2012

Pertemuan Singkat



Assalamualaikum. .Sedar tak sedar,esok dah nak balik PJ..hmm..rasa semacam baru sekejap duk kat rumah..tapi tak apalah, aku pulang untuk berjuang.kadang-kadang rasa macam tak pernah duk kat pj bila duduk kat rumah. Tak terasa pun pernah duduk kat sana selama sebulan.tak tahulah kenapa..?Entahlah..indah sangat kot duk kat rumah sendiri ni.Nikmat.Alhamdulillah.Tapi,aku still rindukan kat CFS,IIUM..especially kat roomate,jiran sebelah bilik,dan jugak classmate..

"Masing-masing ada masalah sendiri,masalah dunia,masalah peribadi..". (lirik lagu)
Kita tak dapat lari dari masalah,tak kiralah kecik ke besar ke..masalah tetap akan ada. Larilah ke pucuk dunia sekalipun,masalah tetap akan mengejar kita. Kerana hanya dengan adanya masalah akan membuatkan kita berfikir,mencari solusi,mematangkan diri dan sebagainya. Setitik ujian melanda,segunung kurniaan-Nya.Percayalah..Practice makes Perfect. ^_^

I love Allah
I love Rasulullah
I love my Family
I love my Friends
I love everyone because of Allah. <3

Salam rindu,
QausuQuzahin..

Sunday, January 1, 2012

First Entry..

Assalamualaikum..w.b.t..

 

Sungguh saya berbesar hati menyambut kedatangan tahun 2012 ini.Diakhir bulan terakhir 2011, Alhamdulillah, sempat juga aku merasa pulut durian (my fovourite dishes). Walaupun dapat makan sikit je,tapi sudah cukup memuaskan hati. Em, lumrah adik-beradik aku, kalau makan tak sah kalau tak berebut .ish3.memang sedap tau makan durian ni. Nikmat betul.Adikku yang namanya Sumayyah sungguh baik hati menawarkan seulas durian padaku walhal dia belum makan lagi. Good girl..(Kecil tapak tangan ,niru saya tadahkan<---ayat Iylia).. hehe..