Saturday, July 20, 2013

Aku dan NIQAB #1

.::Skrip Kehidupan::.



Ahad,23 Jun 2013
Hari ini nisfu syaaban,aku mengambil berkat tarikh ini untuk membuat satu perubahan besar dalam hidup aku, ya aku ingin berhijrah.Hijrah dari semua sifat mazmumah,hijrah dan sentiasa berhijrah ke arah yang lebih baik.Dengan itu aku membuat keputusan yang bakal membuat semua orang terkejut iaitu 'berNiqab'. titik.Apa nak jadi pun jadilah,aku tekad hari ini aku ingin menutup wajahku dengan sehelai kain,mudah-mudahan ia boleh menjadi proses tarbiah dan mujahadah untukku.

Aku tahu banyak cabaran dan ujian yang sedang menanti aku selepas aku berniqab.Aku tak kisah,aku hanya inginkan kebahagian mendapat teduhan kasih dari Allah. Setiap kali aku lemah,kalimah inilah yang akan memujukku "Illahi, kau yang ku tuju,redha-Mu yang ku cari ,kurniakanlahku mengenalMu dan mengasihiMu." 
 .Sebelum aku mengambil keputusan ini,telah banyak persoalan yang aku sendiri timbulkan,seperti:
" macam mana respon semua orang terutamanya orang yang paling dekat dengan aku..?nanti kenalah istiqomah..?bukan wajib pun pakai niqab ni..?aku bukannya cantik pun kalau  nak pakai niqab ,tak ke timbul fitnah nanti kalau aku buat silap ke apa?Tak rasa awal sangat ke?banyak benda lagi tak belajar?karier?study macam mana? .."
dan banyak lagi persoalan yang menerjah fikiran aku bertubi-tubi dan akhirnya bertukar menjadi alasan untuk membatalkan hasrat aku itu.Ya Allah..Aku tarik nafas dan istighfar serta selawat berulang kali.Ini rencana syaitan yang berbisik di hatiku selalu agar aku melupakan hasrat untuk berniqab. Syaitan takkan pernah senang duduk melihat umat manusia ingin berubah ke arah kebaikan apatah lagi mendekatkan diri kepada Allah.

Aku pejam mata untuk seketika dan teringat dengan kata-kata ini." hidup ini sebuah cerita,kita yang mengawal cerita,bukan cerita yang mengawal kita."  Aku ingat akan janji Allah dalam hadis qudsi ,"
"Aku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku. Jika dia merasakan Aku dekat, maka Aku dekat dengannya. Begitu sebaliknya. Jika hamba-Ku datang dalam berjalan biasa, Aku datang kepadanya dengan berlari-lari anak. selangkah hamba-Ku kepada-Ku, seribu langkah Ku mendatanginya."
Ahad,30 Jun 2013
Alhamdulillah,hari ini kali ke-3 aku memakai niqab,aku keluar membeli barang dapur di Pasar Selayang. Selamat.Itu saja yang mampu aku katakan,terasa diri dilindungi Allah apabila mengenakan niqab di wajahku.Abangku yang tak tahu aku sudah berniqab tak terkata apa-apa,cuma senyap dan tanya "berapa harga sehelai niqab?..". hoho.. sekali imbas pandangan masyarakat kat Pasar Selayang tu tiada yang prejudis terhadapku .baguslah begitu

Mentaliti Masyarakat :yang terlalu 'positif' 

#orang pakai niqab mesti cantik kan..

Kadang expectation orang terhadap orang berniqab ni tersangatlah tinggi.AKu tak boleh lari dari kenyataan itu.Aku ini memang boleh dikatakan tiada dalam kategori orang cun ke comel ke cantik ke apa..tapi aku tetap bersyukur dan menerima diriku seadanya. .Cuma satu je aku nak cakap,"kerana dirimu begitu berharga." Bagiku, cantik itu subjektif.Lain orang lain mata yang menilai,apa yang penting pandangan Allah bukan pandangan manusia.Beginilah ,biar aku beri satu analogi.
"Wanita ini umpama emas.Walaubagaimana pun rupa dan bentuknya ia tetap emas.Bandingkan saja ia menjadi jadi Gold bar dan cincin.Gold bar tidaklah diukir terlalu indah jika dibandingkan dengan cincin emas yang dihiasi permata.Namun ,ia tetap mempunyai nilai yang tinggi dan mahal.Kedua-duanya disimpan dan dijaga rapi didalam bekas kaca dan dikunci.Begitu jualah wanita."
Got it?..  Jangan susah hati kalau kita bukan rupawan ke apa,yang penting niat kena betul kerana Allah semata-mata. Bila berniqab ni kita kenalah jaga tatasusila ,dan pakaian mestilah menutup aurat,sopan serta tidak bertabarruj,.Barulah mencapai matlamat pemakaian niqab yang sebenarnya.ok :)

#Eh..ustazah?..

Aku tahu dan sedar aku siapa.Budak kos AED yang nak ambik majoring dalam Urban and Regional Planning. Jadi kenapa?Aku rasa tak ada masalah pun kalau budak kos ni nak pakai purdah ke niqab ke topeng ultraman ke apa..bukan salah pun.Selagi masih dalam batasan syara'.bukannya kita nak buka aurat...salah ke?."I choose to wear niqab,that's my choice.Everyone deserve a chance to change ,right?. Biar orang nak kata apa,bukannya diorang yang pakai kasut kita[analogi].Ada satu lagi kata-kata pujangga yang aku masih ingat sampai sekarang..
"Biarpun anda sudah berada dilandasan yang betul,jika anda tidak berjalan meneruskan perjalanan,anda tidak akan kemana-mana."
Aku bukan ustazah,tapi aku ialah hamba dan khalifah Allah.itu sahaja.

Sabtu,6 Julai 2013 bersamaan 27 shaaban 1434H

Makan di PizzaHut

Pada hari ini buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Restoran Pizzahut .ok berniqab. hoho..cerita sebenarnya nak order dan pastu makan kat rumah je tapi tiba-tiba Si Ameen dan Aman tu terjaga dari tidur,pastu nak ikut pergi makan kat pizzaHut.Jadi terpaksalah makan kat situ.
macam mana?macam tulah..hehe..Alhamdulillah tak ada apa benda yang pelik pun.Semua orang pandang aku macam biasa je.rilek cool je diorang.InsayaAllah.. no problem at all lah! :D
"Bila kita bersangka baik dengan orang,orang pun akan bersangka baik dengan kita.what we give ,We get back.."-kata Prof Dr. Muhaya
Kami [saya dan keluarga] makan di PizzaHut kat Subang 2.Cantik tempatnya,sangat eksklusif bagi saya.Tempat tu tak sesak macam restoran lain. Orang lain termasuk cashier tu ok je tengok aku, cuma aku je yang agak kekok sikit. Almaklumlah baru belajar makan sambil pakai niqab ni..

Mula-mula saya makan sup sambil tunggu pizza yang sedang dimasak.ok.percubaan pertama memasukkan sup tu ke dalam mulut gagal. Adoi kena kat niqab .tak pe,first time kan..Tak tahulah ada orang perasan ke tak..huhu.. tapi lepas tu dah ok,kena biasakan makan pakai niqab,terutamanya kat tempat awam.

Alhamdulillah selesai makan.Bila pakai niqab ni kita akan jadi lebih berhati-hati untuk makan dengan sopan,perlahan-lahan dan berserderhana ketika makan.ikut sunnah Rasulullah.. :


[gambar ni bukan saya ye..copy paste je.cc: org yg kt dlm gambar ni.tq :)]
Ahad 7 Julai 2013
seperti biasa pada hujung minggu aku akan ke majlis ilmu bersama kakakku.


#FLASHBACK STORY: bilamana pintu hati terbuka..

Ahad 21 April 2013
Hari itu masih ku ingat saat pertama kali ku menjejakkan kaki ke kediaman ustaz Azahar Hasyim dekat Subang Bestari.Tarikh yang takkan aku lupa iaitu jatuh pada hari kelahiranku yang ke -20. Sudah separuh abad aku hidup dan akhirnya baru ku temui apa yang aku cari selama ini.Hidayah. Tak tergambar rasanya betapa indahnya berada di dalam majlis ilmu ini.Dulu pernah sekali aku bermonolong sendiri..
"aku ini sudahlah kurang ilmu agama,tahu pun sekadar tahu sahaja tak pernah tahu kenapa aku buat itu dan ini..hmm..sedihnya rasa bila diri sudah seperti sudah jauh dari Tuhan,padahal Allah itu sangatlah dekat denganku..teringin sangat nak belajar agama dengan sebenarnya,,kalau dahulu aku belajar kerana ingin lulus peperiksaan sahaja,walaupun mulutku berkata Lillahitaala,namun hatiku tidak begitu.Nak dapat score tinggi,pastu dapat kerja bagus,jadi kaya dan bla..bla..bla..pastu bila tak dapat gred atau markah yang diimpikan,mulalah frust menungging pastu kata macam2, kadang2 putus asa..macam tu ke belajar kerana Allah?..itulah aku dulu.tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.."
Disana ku lihat semua muslimat berpakain serba hitam dan sebahagian dari mereka berniqab,entah kenapa ku rasakan ketenangan melihat mereka. Kagum dan respect dengan mereka.Aku pula masa tu memakai tudung labuh berwarna oren dan berjubah hitam."Tak sangka ada juga tempat sebegini di sebuah bandar yang serba moden ini."Desis hati kecilku.

Hijab Hati

Jika diimbas kembali ,aku bukanlah seorang yang terlalu peka dengan hal agama.Bila aku dipelawa ke majlis ilmu,adakala aku pergi,dan adakalanya tak.Entahlah aku tak tahu kenapa..malas.bercerita tentang niqab,aku bukanlah jenis yang suka condem orang yang berniqab.Bagiku itu hal diorang."Peduli apa aku?..baguslah kalau berniqab..kalau aku memang taklah kan.."itu ayat aku suatu ketika dahulu yang jahil agama.

Sebelum ni aku tak pernah pun terlintas atau terfikir untuk berpurdah atau berniqab selama hayat aku hidup ini. Aku cuma ambil masa 2 bulan dan terus buat keputusan untuk berniqab.InsyaAllah slow2 aku cuba istiqamah.setakat ni mungkin aku pakai niqab diluar pada rumah dan kampus.InsyaAllah,bila aku dah betul-betul bersedia aku akan pakai fulltime except dalam rumah la.Agaknya mungkin dulu hati aku ni ada hijab,sekarang insyaAllah perlahan-lahan hijab itu terbuka untuk menerima ilmu. Syukur atas rahmat Allah.

Sakinah yang ku cari

Aku makin tertarik.Indah.Tenang,.itulah yang ku rasakan.Back to the story..Mungkin kerana warna tudungku yang agak contra itu [kerana yang lain semua pakai seba hitam..aku je yg tiba2 warna oren tudungnya],lalu ustaz menegur aku.."baru datang sini ke?.." tergagap-gagap aku menjawabnya."iya.." Malu.Macam aku alien je kat situ. :D tak pelah budak baru belajar la katakan..ustaz itu sangat prihatin dengan anak muridnya, segala nasihat dan tegurannya aku akan ingat sampai bila-bila.

sejak dari itu aku makin suka belajar agama,Kalau dulu aku macam takut2 je nak join usrah ke talaqqi ke sekarang rasa lebih terbuka untuk ke majlis ilmu, selain ustaz Azhar,Maulana A'sri Yusuff pun sangat bagus ilmu hadisnya.Anda boleh search di Youtube atau google..Setiap dai'e itu ada pendekatan dan cara yang berbeza dalam mengajar ilmu.Alhamdulillah ,setakat ini aku tiada masalah ,matlamat sama cuma cara yang berbeza.Bagi aku belajar yang sebenar itu perlulah berguru. Wallu'alam,..

Golongan yang suka 'Melebel'

Bila belajar ilmu agama ni,biasalah mulut orang mana kita boleh tutup kan?..ada orang suka kata dan lebel kat kita macam2..kalau pakai macam ni ke pergi tempat sekian2 tu geng tabligh la,al arqam,salafi,tasawuf la... ,apa lagi?..pernah juga telinga ini dengar statement dari kawan"oh..dia ni orang wahabi ni kau jangan dekat sangat dengan dia..",ada juga yang kata.."dia tu geng2 sufi tak payahlah pergi kat situ dan bla bla bla...". 

Dan pendirian aku,kita mesti terbuka dalam menerima apa jua pendapat dan khilaf.Aku belajar itu.Kalau orang tanya aku aku jemaah apa?..Aku islam hamba Allah dan umat Nabi Muhammad.cukup itu saja. Bila aku selami dan dalami kenapa orang itu kata begini dan orang itu kata begitu,ku lihat keindahan islam.Benar,Khilaf itu rahmat.

Cuma kalau ada orang cuba menyangkal kita,pertamanya kita haruslah bersabar.dengar dulu apa yang dia cakap dan ingin sampaikan pada kita.Mungkin ada benarnya,Aku belajar untuk menerima setiap pendapat orang.

Never underestimate the power of one person. Mereka berniat baik.Mereka cuma tidak ingin kita terjebak ke kencah bahaya atau tergelincir akidah.Tapi jangan risau,insyaAllah saya tahu dimana batas syarak,dan saya tahu apa yang aku buat .insyaAllah..

Suatu Pengajaran

Tetapi sebelum itu ,ada kisah yang ingin diceritakan..kisah ini berlaku kira-kira pada awal tahun ini,mungkin dalam bulan 2-3.Masa aku balik dari studio,ada seorang pak cik datang menyapa kami[aku dan kawan2] .Dia bertanyakan pada kami ,bagaikan ingin menduga kami selaku pelajar AED [Architecture and Enviromental Design] tentang pilihan jurusan yang kami ambil."Kenapa dan mengapa ambil kos ni?Apakah sudah tiada course agama ke di Uia ini?"tersentak aku.. macam-macam soalan yang diajukan bertalu-talu.Dalil pun dikeluarkan.Aku tidak menafikan semua itu ada kebenarannya.Aku hormat pandangan pak cik itu.Terima kasih pak cik.

Tujuan sama,arah yang berbeza

Niat pak cik itu baik.Tapi..Setiap manusia ada jalan cerita masing-masing,semuanya ingin menuju ke tempat yang sama  iaitu mendapat redha Allah,cuma mungkin jalan kita tak sama.Ada orang nampak kalau ingin ke KL dari Kelantan kena lalu jalan Gua Musang,ada orang akan guna jalan dari Terengganu,begitulah analoginya.Ada hikmahnya.percayalah..

siapa kita untuk menghukum orang?kita cuma insan biasa yang pastinya membuat kesilapan,dan dari kesilapan itulah membuat kita untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi lebih baik.Allah tidak akan memberati hambanya melainkan kemampuan hambanya.ingat tu..

Last but not least,

This is my journey..life goes on..jangan jadikan masalah itu sebagai batu halangan,jadikan setiap masalah itu sebagai batu loncatan ok :),yang mana ia akan membuat kita melompat lebih tinggi. aku tetap dengan pendirian aku sendiri.

Biar apapun orang kata,ini sudah menjadi jalan hidupku yang sudah menjadi kehendak-Nya. Aku akan teruskan menuntut ilmu fardhu kifayah ini dan pada masa yang sama mencari ilmu fardhu ain .Umat islam harus cemerlang,kalau tidak kita,siapa lagi?..

Biar orang nak kata apa..Selagi kita tahu mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu itu ,teruskanlah..InsyaAllah ..the main point is..kena ingat bahawa setiap kisah yang Allah beri itu terkandung banyak hikmah,macam pak cik tadi,aku percaya semua ini dari Allah,Dia yang mentakdirkan aku untuk bertemu dengan pak cik itu untuk menguji iman aku.ternyata aku masih daif dalam ilmu wahyu ini.Astagfirullah...aku sedar itu.:'( 

ceritanya panjang,namun setakat inilah dulu entri pada kali ini.Ada kelapangan,insyaAllah saya sambung lagi.

sekian dari saya yang masih khilaf.Maaf dipinta andai penulisan ini terdapat kecacatan.Maaf jika tulisan ini membuat anda merasa saya bajet bagus.sekadar berkongsi pengalaman sahaja.tidak lebih dari itu.Teguran yang membina amatlah dialu-alukan.. terima kasih.

p/s:
*ku ingin pinjam kata-kata dari seseorang.."it's not about fatwa,but it's all about taqwa.." renungkan. :)
*Jutaan Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong penghijrahan saya ini. Jasa kalian amat saya hargai. :')

*kalau nak tahu pasal dalil atau hukum berniqab silalah rujuk kepada ustaz dan ulama', saya bukanlah orang yang tepat untuk becakap tentang itu.Kepada yang baru berniqab atau ingin berniqab,saya doakan anda kuat,dan mohonlah kekuatan dari Allah,hanya Allah sahaja yang bisa memberi kekuatan pada hati mu itu.Mohon undur diri.Assalamualaikum.

Catatan hati,
QausuQuzahin
Subang,Selangor.
20 Julai 2013


11 comments:

  1. Alhamdulillah. Teruskn perjuangan mu wahai bidadari syurga. Teruskn menimba ilmu.smoga Allah merahmati kita n mengampuni kita semue

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.....tq kerana sudi berkongsi ur script of life.....akak tersentuh hati bila baca bab berniqab tu....sbb akak baru jer berniqab for a few days....antara sebabnya to be shine infront of our creator....dan menjaga hati ini....mmg byk dugaan hati bila kita nak istiqamah dlm berniqab....namun akak teruskan juga dgn kukatan hati yg Allah kurniakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksh juga sbb sudi baca.. sy doakan akk kuat dlm menempuh segala cabaran. insya Allah. :)

      Delete
    2. semoga sama2 kita semua istiqamah. alhamdulillah .sy pun baru sja sebelum ramadhan 2018 ini.

      Delete
  3. Assalamualaikum akak hati saya dah ada nawaitu untuk memakai purdah baru-baru ni. Saya ada bertanya pendapat rakan2. Mereka menggalakkan tetapi ada juga yg beri peringatan tentang perasaan riak yg mungkin akan wujud apabila memakai purdah. Niat saya terhalang kerana kolej saya tidak dibenarkan memakai purdah untuk pelajar perempuan, saya juga sedang belajar kos bakeri dan pastri yg pasti menyukarkan lgi perjalanan saya. Semasa di bengkel, pelajar perempuan termasuk saya terpaksa mendedahkan aurat di pergelengan tangan semasa membasuh alat memasak. Saya berasa terganggu kerana kami juga mempunyai pelajar lelaki yang sentiasa memerhati. Tambahan pula, masalah sosial di kolej saya memang teruk samada semasa belajar ataupun semasa berada di asrama. Saya berasa takut dan mula fikirkan sesuatu untuk menghalang diri daripada pandangan pelajar lelaki. Niat saya juga ingin memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik. Dari situ lah niat saya bermula. Saya juga belum bertanya pendapat ibu bapa saya yang mungkin penting untuk masa depan saya. Bolehkah akak memberi pendapat tentang keraguan saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. pakaian purdah adalah sunat didalam mazhab kita. maksudnya tak berdosa kalau tak pakai. tetapi tangan atau lengan itu aurat kecuali kedua tapak tangan., jadi pakai handsock danstokin sbb tu aurat.. kdg2 mmg kita terhalang nak pakai sebb bekerja., so sis boleh pakai diluar, pakai ke mana2 sja, pakai ke tempat keje pun, nakmasuk keje atau nak buat keje, xpakai xpa..kmudian, sebelum keluar ofis, nak balik rumah, pakai balik. pun boleh tiada masalah, namun seandainya tiada halangan pakai utk kje,lbih baik pkai trus.

      Delete
  4. Assalamualaikum akak hati saya dah ada nawaitu untuk memakai purdah baru-baru ni. Saya ada bertanya pendapat rakan2. Mereka menggalakkan tetapi ada juga yg beri peringatan tentang perasaan riak yg mungkin akan wujud apabila memakai purdah. Niat saya terhalang kerana kolej saya tidak dibenarkan memakai purdah untuk pelajar perempuan, saya juga sedang belajar kos bakeri dan pastri yg pasti menyukarkan lgi perjalanan saya. Semasa di bengkel, pelajar perempuan termasuk saya terpaksa mendedahkan aurat di pergelengan tangan semasa membasuh alat memasak. Saya berasa terganggu kerana kami juga mempunyai pelajar lelaki yang sentiasa memerhati. Tambahan pula, masalah sosial di kolej saya memang teruk samada semasa belajar ataupun semasa berada di asrama. Saya berasa takut dan mula fikirkan sesuatu untuk menghalang diri daripada pandangan pelajar lelaki. Niat saya juga ingin memperbaiki diri dan berubah menjadi lebih baik. Dari situ lah niat saya bermula. Saya juga belum bertanya pendapat ibu bapa saya yang mungkin penting untuk masa depan saya. Bolehkah akak memberi pendapat tentang keraguan saya?

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam saudari Sarah Aimi, tahniah sebab awak ada niat untuk pakai purdah. Tak semua orang ada perasaan tu.Untuk bertanya pendapat mengenai hukum dsbg. saya bukanlah orang yang tepat untuk menjawab. Saranan saya, 1.sebelum ambil keputusan untuk pakai purdah, kita haruslah tahu dan faham kenapa kita nak pakai purdah. Biar hati kita selari dengan ilmu yg kita ada barulah tidak timbul isu niat ikhlas /tak ikhlas.
    2.Bagus kalau kita tanya kawan, tapi lagi bagus kalau kita tanya alim ulama/ orang yg betul2 alim ttg purdah ini.
    3.Tentang kos/kolej yg tidak membenarkan ini, saya juga ada kawan2 yg ambil kos kejururawatan. Mereka juga mengadu hal yg sama kepada ustaz. Ustaz menjawab, kalau mmg kos itu tak benarkan atas alasan2 tertentu, pakailah purdah di luar kampus. Tak mengapa. Allah tahu kemampuan kita.
    3.Tundukan pandangan dan jaga ikhtilat bila berada dengan lelaki. Saya tahu bukan mudah. Tapi cubalah. Pakai pakaian yg betul2 menutup aurat. InsyAllah lelaki akan menghormati anda.
    4.Sebaiknya bertanya kepada ibu bapa dahulu. Mungkin mereka akan terkejut dengan perubahan anda. Cuba slow talk dan bagi sebab yg boleh membuatkan mereka faham. Tunjukkan yang anda dah berubah dari segi tingkah laku,dsbg. Redha ibu bapa itu sangat penting. Masa mula2 saya bagitahu mak saya, dia gelak je.Macam tak percaya, dia cakap Alhamdulillah kalau nak jadi lebih baik. Saya doakan ibu bapa awak pun boleh terima.
    5. Berdoalah semoga penghijrahan awak akan sentiasa diredhai Allah. Tak pe, buat slow2, pakai kat luar rumah/kolej dulu ke, belajar untuk membiasakan diri dengan purdah, stoking, dan handsock.Lama2 bila awak dah bersedia pakailah fulltime..begitulah pendapat saya yg dhaif ini. :) Semoga awak diberikan kekuatan dalam menghadapi segalanya. Insya Allah

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum akak..saya nk bertanya soal purdah..hati saya terniat sudh lama untuk pakai purdah dan saya sekarang masih belajar pakai purdah baru sehari..masyaallah hanya tuhan saja y tahu soal hati mc mana saya rasa bila berpurdah menangis bila first time saya pakai..terapi saya mempunyai satu masalah..saya bekerja di kedai soviner dan sentiasa berjumpa pelanggan dan bila saya sudh sampai di tempat kerja saya buka purdah saya untuk bertemu,berkomunikasi dengan pelanggan.dalam masa yang sama boss saya tidak mengetahui saya memakai purdah dan boss saya kurang terhadap pemakain ini.jadi tindakan saya merahsiakn pemakain purdah saya..bila saya keluar rumah pergi jalan2 pergi beli barang saya memakai purdah..adakah tindakan saya betul atau macam mana..saya agak buntu dalam masalah ini..saya harap akak dapat membantu saya..saya cuma mahu berubah ke arah kebaikan dan mahu memperbaiki diri saya ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. saya faham perasaan sis atika. Saya juga pernah berada di situasi yang sama. Betul, islam mengajar kita utk istiqamah. Istiqamah ini bermaksud membuat sesuatu secara berterusan dan meningkat. Untuk pengetahuan saudari saya juga pernah pakai niqab ON-OFF semasa di pusat asasi dan tahun pertama di kampus UIA. Bukan sebab ada orang melarang dsbg, tapi saya perlukan masa untuk berubah, saya buat slow2, jgn berhenti terus dari pakai niqab. At least, kalau nak keluar pergi tempat jauh saya akan pakai. Inilah proses mujahadah bagi saya.Tak ramai yg tahu saya berputdah di luar. Dan bila saya betul2 bersedia barulah saya ambil keputusan untuk sentiasa pakai purdah utk kemana-mana saja. Rata-rata kawan2 yg dapat tahu saya pakai purdah agak terkejut sebab saya tak pernah tunjuk cakap atau depan mereka. Unexpected. Mereka tak tahu yg saya sebenarnya dah lama mengenakan purdah dan ambil masa hampir 2 tahun untuk perubahan besar dalam hidup saya ini.

      Nasihat saya, awak pakai je dulu setakat mana kemampuan awak. Yang penting niat awak. Berdoalah org sekeliling awak boleh terima awak walaupun awak berubah penampilan. Tunjukkan kelakuan yg baik. Kadang, bila pakai purdah ni, Allah akan jaga percakapan kita dsbg. kita sendiri malu /segan nak buat benda tak elok bila memakai purdah. Saya doakan awak ditemukan dgn org yg baik2. Sentiasalah berbaik sangka dgn orang. Kalau dia tak suka kita sbb penampilan tidak mengapa, tak perlu difikirkan sgt mereka itu. Biarkan saja. Awak juga kena kuat dan cekal dlm menghadapi apa saja pandangan masyarakat. Jangan cepat melatah, hati kena sado..haaa..wallu'alam

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete