Monday, May 7, 2012

.::Lumrah Hidup Ini::.

Assalamualaikum..


Orang kata, 'setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya..'.Sedar tak sedar, sudah hampir  5 bulan aku disini.Sem 3 yang berlalu bagaikan terlalu pantas bagiku. Perjalanan sem kali ini sungguh deras bak ombak rindu yang berlabuh. [apa kaitannya?... (-.-") ] Entahlah, makin hari,makin berat rasa hatiku untuk meninggalkan sem ini. Banyak kenangan telah terlakar dalam lukisan sem 3 ini. Tak mampu ku ceritakan satu per satu ceritanya. Mungkin kerana terlalu banyak episod kisah kali ini yang ku rasakan tak cukup untuk ku tulis dalam ruangan yang terhad ini,lagi pula kekangan masa untuk belajar untuk exam  econs pada hari esok,membantutkan usahaku untuk mengarang panjang lebar tentang kisah sem kali ini.Walau bagaimanapun, aku akan cuba sedaya upaya menulis serba sedikit kisah yang telah tersimpan dalam kotak memoriku semasa sem ini.














Apa yang dapat ku katakan, sem ini banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Aku belajar 
untuk lebih berani dan berdikari. Kawan-kawan pun banyak memberikan kata semangat dan dorongan agar aku lebih kuat menghadapi segala kemungkinan. Sepanjang sem 3 ini, aku banyak belajar erti ketabahan dan kesabaran dari mereka yang ku gelar teman dunia akhirat,  Fatin,Nazira,Anim,Ila,Iylia,Pujah ,Syaida, Qiqi, Aidurrah, Najla, Aisyah,Myzatul dan khususnya 1 year student AED.
Mereka semua memberi inspirasi kepadaku untuk terus berjuang, walau ribut datang melanda, walau badai menghempas pantai tiada henti. Mereka tetap teguh berjaga saban malam untuk menyiapkan kerja-kerja ED dan GC yang sangat memerlukan penelitian. Kadang-kadang sampai tak tidur 2-3 malam hanya semata-mata untuk buat project itu. Aku pun belum tentu mampu melakukan seperti mereka. Yang paling tak dapat dilupakan , jari Aidurrah berdarah gara-gara kerja memotong mock-up itu. Oh..sungguh ngeri dan ngilu ku rasakan. Tapi, tak mengapalah, bak kata orang2 tua, 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.Apa-apa pun, aku ucapkan Selamat Maju Jaya untuk kalian! moga success selalu di main campus nanti. ^_^


Selain itu, sem ini banyak menyedarkan aku tentang banyak perkara penting dalam hidup iaitu 'SAHABAT'. Roomate dan jiran bilik telah banyak membantu dan menolongku selama ini. Aku tak lupakan jasa korang. Siapa tak ingat peristiwa 'itu'?..ala ..pasal aku hari tu la..yang misteri nusantara sangat tu..ingat tak?..malas nak cerita kat sini. Tapi apa yang cuba aku sampaikan adalah, aku sebenarnya sangat beruntung ada kalian ketika itu.Tak tahulah apa jadi kat aku kalau korang tak ada..huhu.Syukurlah..kalian ada di waktu aku betul-betul memerlukan seorang teman. lega tak terkata bila kalian muncul depan aku masa tu. Terima kasih Sahabatku, Nazira, Anim,Iylia ,Pujah, Ila, Qiqi,Syaida untuk segalanya.Cerita tu tak penting, tapi apa yang penting aku dapat belajar sesuatu dari peristiwa ini iaitu 'susah dan senang kita bersama-sama mengharunginya' :') 


Sepanjang sem ini jugaklah aku melihat banyak cerita suka duka yang telah kawan-kawan hadapi. Aku menjadi saksi di saat itu....Fatin,Nazira,Pujah,Iylia,Qiqi,Anim,Ila,Syaida.. Ada gelak tawa,dikongsi bersama,dan ada juga sendu tangis yang dipendam sahaja.Tiba masa gugurlah hujan air mata.Bukan kerana kalian lemah, tetapi kerana kalian sudah terlalu lama bertahan dengan kekusutan itu.It's okay to cry . Sesungguhnya hanya kalian sendiri yang tahu perasaannya. Namun, "Walau seremuk mana hatimu terluka,bentuklah ia semula,dan serahkannya pada yang Illahi". InsyaAllah segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. Kuatkan hati ya teman. Semoga Allah merahmati kalian. 


Tiada apa yang akan berlaku di muka bumi ini tanpa izin Allah. Apa yang perlu kita buat ialah ambil iktibar di setiap apa yang terjadi. 'Buang yang keruh, ambil yang jernih'. Setakat ini sahajalah celoteh saya kali ini. Buku Econs sedang melambai-lambai pada saya untuk ditelaah[last payyperrr..^_^]. Moga setiap pertemuan dan perpisahan kita sentiasa diredhai Allah. Jumpa lagi kawan-kawan~ :')


p/s:
credit to:Iylia,sebab dari tadi dia duk tanya pasal 'tak update blog ke hari ni?.' hihi..tq ye cik Iylia :) 

Sahabatmu,
QausuQuzahin
Cfs IIUM,Petaling Jaya.
7 Mei 2012
9:24 p.m

4 comments:

  1. okeh. pembetulan. bukan mock up, paper ja..ohh malu~~just because a piece of paper >,<

    ReplyDelete
  2. tu la ai..
    buat keje senja2 lg..
    syaitan byk ooo..
    t8 care amal..
    jmpe lg nt kt gombak..
    nice to meet u :D

    ReplyDelete
  3. haha..mana la ak tau kn..ak agak2 je tu..sury slp info..bhaahaha :D

    ReplyDelete