Thursday, October 6, 2011

Suara Ku Berharap

Assalamualaikum...



nak cerita sikit ni.. tadi selepas sarapan pagi,aku duduk termenung.Mak tanya aku,"kenapa senyum-senyum sendiri..??"aku jawab "tiada apa-apalah..".Dan sekali lagi aku membuat aksi yang sama.Soalan yang sama juga diacu kepadaku oleh mak.Kali ini aku berterus-terang.

"Saya senyum sebab teringatkan kawan-kawan.."balasku ringkas.Tiba-tiba aku terasa mahu menulis entry blog ini.Tajuknya,'Suara Ku Berharap'.Sebenarnya aku rindu dengar suara kawan-kawan aku.Terutamanya untuk perkataan dan ayat-ayat tertentu.haha..nak tahu apakah ia?..kat bawah ni aku tulis.Tapi tak dapatlah aku sebut macam yang diorang sebut.

Kalau... :
1.Nazira
aku suka dengar dia cakap ni.."Palo hek mung!.."<---cara lontaran suaranya lain dari lain.haha.Biasanya dia akan sebut ni bila dia menerima berita yang dia tak suka ataupun tengah berleter.Mesti dia sebut ayat ni.
Satu perkataan lagi dia suka sebut,"Koya ".Haha.

2.Pujah
Dia biasanya akan sebut.."Tudiaaaaaaa..."<----Pujah je yang rajin sangat sebut perkataan ni tak kisah la apa situasi pun.bukan tu aje,ada satu lagi ,aku suka dengar Pujah nyanyi lagu yang dia buat sendiri untuk aku.tak boleh tulis kat sini nanti ada orang ciplak lagu tu.

3.Iylia
Dia ni kalau bab sebut nama samaran aku memang tak pernah betul..Orang lain sebut boleh je.Tapi kalau Iylia,dia akan panggil aku.."Qausun,Qausun.."..Tak mengapalah kalau tak betul pun sebab aku suka dengar dia sebut macam tu.

4.Anim
kebiasaannya dulu lepas aku bangun tidur dan terserempak dengan dia atau dia datang bilik aku.Dia akan ucapkan.."Selamat Pagi Cinta..".Err..Aku pun tak tahulah apa motif dia.Sebab aku tak suruh pun dia cakap macam tu.Sepatutnya future husband aku yang cakap terlebih dahulu macam tu.

5.Qiqi
Ayat yang selalu kiki sebut bila jumpa aku,"Bila aku tengok muka kau je,hati aku terus rasa tenang".Huh, macam tak boleh blah je kan ayat tu.Aku tak tahulah apa yang dia nampak pada aku.Biasanya kalau dia tengah strees ke tension ke dia akan jumpa aku dan cakap ayat tu.

6.Ila
Bila aku teringatkan Ila je mesti aku akan ingat dia sebut perkataan2 ni.. "Tipitaka,Abidhamapitaka,Upasaka,Upasika.."Entahlah kenapa cara dia sebut tu tak sama macam orang lain sebut.Haha.Kiut gitu cara dia sebut.

P/s:
Tiba-tiba rasa rindu pula kat korang~ -..-"

3 comments: