Tuesday, October 29, 2013

Site Visit :: Saujana Rawang :: (1st Year , Sem1 2013/14)

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?..semoga sihat dan ceria selalu. Dah lama saya tak update cite kat sini kan.. hari ni saya hendak berkongsi kisah site visit kat Rawang.


Sebenarnya tak benda sangat nak cerita pun. Macam biasalah kan kalau kat site yang macam Rawang ini memanglah comfirm ada lintah ke pacat tu. Memang area dekat2 Saujana Rawang ni contohnya kat Country Homes agak lawa. Rumah2 kat situ pun cantik2 dan masih baru. Kawasan ni memang tengah di develop pon. Jadi tak hairanlah kalau view nya cantik.


Kami dipecahkan kepada 3 group. Group saya cover bahagian tengah site. Sangat best apabila kami terpaksa meredah air paya.hoho.. Seronok juga sebenarnya..walaupun bahaya mungkin berlaku.


Lepas habis visit site, kami kena 'jalan-jalan' sekitar site about 5km from boudary area. Saya sector accessibility ,maka bermulalah kerja saya disitu.



Banyak lagi kerja ni sebenarnya.Project still in progress ,so xblh nak stori mori panjang sangat.Analisis pun tak buat lagi,hari tu baru collect data.ok lah sehingga bertemu lagi ye kawan2 :)

Saya,
QausuQuzahin
UIA,Gombak.
05:17 pm
29 Oktober 2013




Sunday, October 6, 2013

Again.Report.

Assalamualaikum..
Just sharing moment with u'olls.. hidup jadi student URP ni memang tak boleh lari dari buat report atau laporan.

First project kitorang buat pasal Putrajaya,tapi tak pergi site visit pun ,projek kedua kitorang pergi site visit kat Taman Melati,area Danau Kota,tapi cover atau boundary kat Taman Setapak Indah. Projek terbaru tentang planning guidelines compare Selangor dengan Johor.Currently doing on this. Report again. Yes ,i do love report,but sometimes missing my old days ,buat mock up, model board, drawing n banyak lagi. Huhu.. but it's ok. Allah knows the best.
Sekian untuk kali ini.

Qq
Iium
6 oktober 2013
01:53 a.m

Saturday, October 5, 2013

Hidup Baru.

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama berada di 'Garden of Knowledge and Virtue' ini,baru hari ni saya berkesempatan menulis di blog ini.
Banyak peristiwa yang dah berlaku sepanjang sebulan saya di UIA ini.
Terlalu banyak. Bermula dengan minggu taaruf sehinggalah sekarang,saya belajar banyak perkara.Antaranya ialah..
Berdiri atas kaki sendiri
Hari pertama saya disini saya dapat tahu yang saya tak dapat duduk sebilik dengan kawan saya. Pihak mahallah Asma' sudah menetapkan penghuninya. Saya akur dan redha. Mulai hari itu saya cuba belajar erti sebenar berdikari..sedih tu memang sedih, tapi tak mengapa kerana ini ketentuan dariNya jua.
Camp Intact'13
Sejurus selesai minggu taaruf,kami dikhabarkan bahawa student Urban and Regional planning perlu menyertai satu camping yang dianjurkan oleh persatuan Planmec(klo xslh ejaannya) di Kem Sepah FRIM,Keponh.3 hari 2 malam. Secara keseluruhannya kem ni best dan telah memupuk ukhwah diantara student URP first year dan senior.
Add and Drop
Disebabkan masalah teknikal ketika mengisi atau prereg subjek pada cuti sem yang lepas ,kami ( saya dan kawan) terpaksa melakukannya secara manual. Huhu..perit jugak rasanya. Bukan senang nak senang. Add dan drop berulang kali untuk subjek tilawah dan halaqah. Kami menghadapi masalah untuk mendapatkan maklumat yang sahih. Akhirnya sem ni kami tak add halaqah.huhu.. sadis. Untuk subjek b.m kami tiada sebarang masalah. Alhamdulillah semua selesai dengan jayanya.
Ptptn.
Bercerita tentang Ptptn ini satu bab yang agak besar untuk dirungkaikan. Banyak halangan dan dugaan yang harus ditempuh. Macam2.. kena tunggu 4jam untuk que no. Huhu. And finally,settle jugak. Alhamdulillah :)
My studio life.
Nak cakap pun tak reti macam mans kehidupan budak urban ni, pagi,petang,siang,malam wajib bertapa kat studio. Banyak grup work. No weekend anymore. Huhu..  belajar memang susah, itulah lumrahnya. Kena banyak berkorban. Enjoy ur life! Susah ke senang itu memang jadi sebahagian dari hidup kita. Just go on.. Allah sentiasa ada.
Setakat ini dulu saya bercerita, project 3 sedang melambai-lambai saya. Assignment pun dari tadi memerhatikan saya. Oklah sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum..

Saya,
-Qq
UIA ,Gombak.
Sabtu, 5 Oktober 2013
01:34 p.m