Friday, June 15, 2012

Selamat Berjuang Sahabatku!

Assalamualaikum..

entry ini saya tulis khas untuk sahabat yang amat saya sayangi iaitu Nik Aniyyah Nik Aman. 
Maaflah andai saya mengambil sedikit masa saudari untuk membaca entry ini. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ini.hehe. ^__^



Apa khabar kamu disana?..bagaimana dengan kehidupan baru?..harapnya semua baik-baik sahaja. Mungkin pada awalnya kita akan rasa kekok dengan suasana baru.Tapi,saya yakin lama-kelamaan awak akan biasa dengan keadaan ditempat baru.Saya tahu mungkin disebabkan kepadatan jadual belajar,menyebabkan awak rasa sedikit tertekan. Percayalah, semua itu pasti ada hikmahnya.Doa saya sentiasa mengiringi awak,walaupun jarak memisahkan kita.InsyaAllah saya akan selalu sokong awak dari belakang,depan,kiri dan kanan.Jaga dir baik-baik,ye.Jumpa lagi !!



Akhir kalam ,sepotong puisi untukmu disana.. 


Gurindam pilu belagu syahdu
Terdetik irama ditali rindu,
Mengikat kasih tersimpul padu
di dalam lubuk kalbu.

Sahabat yang merinduimu,
Min2 @ QausuQuzahin
Bachok,Kelantan.
15 Jun 2012
05:30 pm

No comments:

Post a Comment