Ahad 7 Julai 2013
seperti biasa pada hujung minggu aku akan ke majlis ilmu bersama kakakku.
#FLASHBACK STORY: bilamana pintu hati terbuka..
Ahad 21 April 2013
Hari itu masih ku ingat saat pertama kali ku menjejakkan kaki ke kediaman ustaz Azahar Hasyim dekat Subang Bestari.Tarikh yang takkan aku lupa iaitu jatuh pada hari kelahiranku yang ke -20. Sudah separuh abad aku hidup dan akhirnya baru ku temui apa yang aku cari selama ini.Hidayah. Tak tergambar rasanya betapa indahnya berada di dalam majlis ilmu ini.Dulu pernah sekali aku bermonolong sendiri..
"aku ini sudahlah kurang ilmu agama,tahu pun sekadar tahu sahaja tak pernah tahu kenapa aku buat itu dan ini..hmm..sedihnya rasa bila diri sudah seperti sudah jauh dari Tuhan,padahal Allah itu sangatlah dekat denganku..teringin sangat nak belajar agama dengan sebenarnya,,kalau dahulu aku belajar kerana ingin lulus peperiksaan sahaja,walaupun mulutku berkata Lillahitaala,namun hatiku tidak begitu.Nak dapat score tinggi,pastu dapat kerja bagus,jadi kaya dan bla..bla..bla..pastu bila tak dapat gred atau markah yang diimpikan,mulalah frust menungging pastu kata macam2, kadang2 putus asa..macam tu ke belajar kerana Allah?..itulah aku dulu.tak reti nak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri.."
Disana ku lihat semua muslimat berpakain serba hitam dan sebahagian dari mereka berniqab,entah kenapa ku rasakan ketenangan melihat mereka. Kagum dan respect dengan mereka.Aku pula masa tu memakai tudung labuh berwarna oren dan berjubah hitam."Tak sangka ada juga tempat sebegini di sebuah bandar yang serba moden ini."Desis hati kecilku.
Hijab Hati
Jika diimbas kembali ,aku bukanlah seorang yang terlalu peka dengan hal agama.Bila aku dipelawa ke majlis ilmu,adakala aku pergi,dan adakalanya tak.Entahlah aku tak tahu kenapa..malas.bercerita tentang niqab,aku bukanlah jenis yang suka condem orang yang berniqab.Bagiku itu hal diorang."Peduli apa aku?..baguslah kalau berniqab..kalau aku memang taklah kan.."itu ayat aku suatu ketika dahulu yang jahil agama.
Sebelum ni aku tak pernah pun terlintas atau terfikir untuk berpurdah atau berniqab selama hayat aku hidup ini. Aku cuma ambil masa 2 bulan dan terus buat keputusan untuk berniqab.InsyaAllah slow2 aku cuba istiqamah.setakat ni mungkin aku pakai niqab diluar pada rumah dan kampus.InsyaAllah,bila aku dah betul-betul bersedia aku akan pakai fulltime except dalam rumah la.Agaknya mungkin dulu hati aku ni ada hijab,sekarang insyaAllah perlahan-lahan hijab itu terbuka untuk menerima ilmu. Syukur atas rahmat Allah.
Sakinah yang ku cari
Aku makin tertarik.Indah.Tenang,.itulah yang ku rasakan.Back to the story..Mungkin kerana warna tudungku yang agak contra itu [kerana yang lain semua pakai seba hitam..aku je yg tiba2 warna oren tudungnya],lalu ustaz menegur aku.."baru datang sini ke?.." tergagap-gagap aku menjawabnya."iya.." Malu.Macam aku alien je kat situ. :D tak pelah budak baru belajar la katakan..ustaz itu sangat prihatin dengan anak muridnya, segala nasihat dan tegurannya aku akan ingat sampai bila-bila.
sejak dari itu aku makin suka belajar agama,Kalau dulu aku macam takut2 je nak join usrah ke talaqqi ke sekarang rasa lebih terbuka untuk ke majlis ilmu, selain ustaz Azhar,Maulana A'sri Yusuff pun sangat bagus ilmu hadisnya.Anda boleh search di Youtube atau google..Setiap dai'e itu ada pendekatan dan cara yang berbeza dalam mengajar ilmu.Alhamdulillah ,setakat ini aku tiada masalah ,matlamat sama cuma cara yang berbeza.Bagi aku belajar yang sebenar itu perlulah berguru. Wallu'alam,..
Golongan yang suka 'Melebel'
Bila belajar ilmu agama ni,biasalah mulut orang mana kita boleh tutup kan?..ada orang suka kata dan lebel kat kita macam2..kalau pakai macam ni ke pergi tempat sekian2 tu geng tabligh la,al arqam,salafi,tasawuf la... ,apa lagi?..pernah juga telinga ini dengar statement dari kawan"oh..dia ni orang wahabi ni kau jangan dekat sangat dengan dia..",ada juga yang kata.."dia tu geng2 sufi tak payahlah pergi kat situ dan bla bla bla...".
Dan pendirian aku,kita mesti terbuka dalam menerima apa jua pendapat dan khilaf.Aku belajar itu.Kalau orang tanya aku aku jemaah apa?..Aku islam hamba Allah dan umat Nabi Muhammad.cukup itu saja. Bila aku selami dan dalami kenapa orang itu kata begini dan orang itu kata begitu,ku lihat keindahan islam.Benar,Khilaf itu rahmat.
Cuma kalau ada orang cuba menyangkal kita,pertamanya kita haruslah bersabar.dengar dulu apa yang dia cakap dan ingin sampaikan pada kita.Mungkin ada benarnya,Aku belajar untuk menerima setiap pendapat orang.
Never underestimate the power of one person. Mereka berniat baik.Mereka cuma tidak ingin kita terjebak ke kencah bahaya atau tergelincir akidah.Tapi jangan risau,insyaAllah saya tahu dimana batas syarak,dan saya tahu apa yang aku buat .insyaAllah..
Suatu Pengajaran
Tetapi sebelum itu ,ada kisah yang ingin diceritakan..kisah ini berlaku kira-kira pada awal tahun ini,mungkin dalam bulan 2-3.Masa aku balik dari studio,ada seorang pak cik datang menyapa kami[aku dan kawan2] .Dia bertanyakan pada kami ,bagaikan ingin menduga kami selaku pelajar AED [Architecture and Enviromental Design] tentang pilihan jurusan yang kami ambil."Kenapa dan mengapa ambil kos ni?Apakah sudah tiada course agama ke di Uia ini?"tersentak aku.. macam-macam soalan yang diajukan bertalu-talu.Dalil pun dikeluarkan.Aku tidak menafikan semua itu ada kebenarannya.Aku hormat pandangan pak cik itu.Terima kasih pak cik.
Tujuan sama,arah yang berbeza
Niat pak cik itu baik.Tapi..Setiap manusia ada jalan cerita masing-masing,semuanya ingin menuju ke tempat yang sama iaitu mendapat redha Allah,cuma mungkin jalan kita tak sama.Ada orang nampak kalau ingin ke KL dari Kelantan kena lalu jalan Gua Musang,ada orang akan guna jalan dari Terengganu,begitulah analoginya.Ada hikmahnya.percayalah..
siapa kita untuk menghukum orang?kita cuma insan biasa yang pastinya membuat kesilapan,dan dari kesilapan itulah membuat kita untuk lebih bersungguh-sungguh menjadi lebih baik.Allah tidak akan memberati hambanya melainkan kemampuan hambanya.ingat tu..
Last but not least,
This is my journey..life goes on..jangan jadikan masalah itu sebagai batu halangan,jadikan setiap masalah itu sebagai batu loncatan ok :),yang mana ia akan membuat kita melompat lebih tinggi. aku tetap dengan pendirian aku sendiri.
Biar apapun orang kata,ini sudah menjadi jalan hidupku yang sudah menjadi kehendak-Nya. Aku akan teruskan menuntut ilmu fardhu kifayah ini dan pada masa yang sama mencari ilmu fardhu ain .Umat islam harus cemerlang,kalau tidak kita,siapa lagi?..
Biar orang nak kata apa..Selagi kita tahu mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu itu ,teruskanlah..InsyaAllah ..the main point is..kena ingat bahawa setiap kisah yang Allah beri itu terkandung banyak hikmah,macam pak cik tadi,aku percaya semua ini dari Allah,Dia yang mentakdirkan aku untuk bertemu dengan pak cik itu untuk menguji iman aku.ternyata aku masih daif dalam ilmu wahyu ini.Astagfirullah...aku sedar itu.:'(
ceritanya panjang,namun setakat inilah dulu entri pada kali ini.Ada kelapangan,insyaAllah saya sambung lagi.
sekian dari saya yang masih khilaf.Maaf dipinta andai penulisan ini terdapat kecacatan.Maaf jika tulisan ini membuat anda merasa saya bajet bagus.sekadar berkongsi pengalaman sahaja.tidak lebih dari itu.Teguran yang membina amatlah dialu-alukan.. terima kasih.
p/s:
*ku ingin pinjam kata-kata dari seseorang.."it's not about fatwa,but it's all about taqwa.." renungkan. :)
*Jutaan Terima kasih kepada keluarga dan sahabat yang sentiasa menyokong penghijrahan saya ini. Jasa kalian amat saya hargai. :')
*kalau nak tahu pasal dalil atau hukum berniqab silalah rujuk kepada ustaz dan ulama', saya bukanlah orang yang tepat untuk becakap tentang itu.Kepada yang baru berniqab atau ingin berniqab,saya doakan anda kuat,dan mohonlah kekuatan dari Allah,hanya Allah sahaja yang bisa memberi kekuatan pada hati mu itu.Mohon undur diri.Assalamualaikum.
Catatan hati,
QausuQuzahin
Subang,Selangor.
20 Julai 2013