Showing posts with label Zombie Life- Studio URP. Show all posts
Showing posts with label Zombie Life- Studio URP. Show all posts

Thursday, May 26, 2016

#Throwback SEM 1,15/16 (3rd year, Sem 1, 2015/16)


Assalamualaikum w.b.t

Asal tetiba nak throwback ni? saja je.. baru teringat tak cerita langsung pasal sem 1 dulu.. sem 1 lepas kitorang buat Draft State Structure Plan Melaka (Rancangan Struktur Negeri Melaka).


"Melaka Bandaraya Bersejarah, Melaka maju,Fasa Kedua, Negeriku Sayang, Melaka Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753 tahun."


Saja nak cite ni sementara ingatan masih kuat. Benda ni untuk i baca 20 tahun lagi mungkin. Masa tu mungkin gambar dah hilang entah kemana kot..ye lah kan..mana tahu kot akak terlanggar dinding ke apa pastu hilang ingatan ke ke lupa diri ke apa..haa..harap bila baca balik benda ni akak akan ingat balik memori masa study dulu.


#THROWBACK

Day 1: Friday (2/10/2015)

Harini kami (studiomate) pergi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk briefing tentang Melaka. Kebetulan masa tu UiTM puncak Alam ke apa (if i'm not mistaken) buat study pasal SSP Melaka jugak.

(Pinjam yang Ila punya..hee)
Sem ini i tukar sector, asyik buat traffic je kan..so i tukar ambil sector infrastructure and utilities. I satu grup ngan Wani, then weolls berkolabrasi dengan grup satu lagi bersama Ila dan Suliana. I incharge in Telekomunication,ICT & Solid Waste management (SWM). Mula2 i contact ngan PIC Tm Melaka, so i pergi Tm untuk dapatkan data komunikasi di Melaka. Unfortunately, we didn't manage to get the data because it's very confidential and private. Its okay, kami faham.



Lepas tu kitorang gi check in hotel di Banda Hilir dulu. Selesa dan harganya agak berpatutan.


(lupa dah nama tempat ni..huhu)


Day 2: Saturday (3/10/2015)

Sebenarnya sector yang kitorang cover tak perlukan primary data sangat,mostly depend on secondary data.Jadi bila pergi site nampak macam pergi bercuti sikit. hoho..Malasnya nak taip.. i tunjuk gambar je la ye..huhu


(Melaka Gateway)
(Malay House)

(Dah kenapa??..haha)
(P muar tak rasa mee bandung memang tak sah..)

(Dapat naik free..so naik je la..haha ni kat antara johor -melaka. Jerebu kuat masa ni.. sebab tu nampak putih je pemandangan)
(Mai Melaka of course la kena pegi Pantai Klebang :D)
(Yeah.. site visit Melaka ni banyak habis duit bab makan je.. try asam pedas la pulak)

Day 3: Sunday (4/10/2015)

(Kat Masjid Tanah kalau tak silap..)

(Orang Melaka mesti tahu tempat ni kat mana)

(tak de keja..hoho)

(Pekena ikan bakar.. ni Prof belanja..hehe)

(Studiomate kesayangan.. Tq Prof Azeez & Prof Zin , Pic and all members for your cooperation ^^)

Day 4 : Monday (5/10/2015)

Untuk hari keempat ni, kami cuma pergi area Bandar Melaka untuk dapatkan secondary data yang mintak hari Jumaat lepas.

(Tengok dari jauh je..)
Overall, SSP ni seingat i dia more on policy making. Masa ni i dah retire jadi editor..haa finoli.. rasa lega sikit..bolehlah i nak ber'bisness sikit..hee.. tak de lah.. bagi peluang kat orang lain pulak. Ada yg lagi berbakat kot, rugi kalau tak diasah. Actually semua orang boleh jadi editor and graphic team, cuma nak kena rajin belajar je. Tak de hal lah..biasa i letak cover report kat sini kan.. tapi untuk sem ni tak ada sebab i tak compile rasanya.. i ada snap tapi tak tahu letak kat mana folder tu.. Kitorang buat saiz A5 untuk draft SSP..untuk technical lupa saiz apa tapi rasanya saiz A3 cuma di square kan gitu . 

Lepas siap technical  report, kitorang buat draft SSP, yang perit pasal technical report ni bab data je..kalau ada data memang nice..kalau takde terpaksalah refer ssp yang lama tu.hoho nak buat macam mana kan.. bukan senang nak cari data dengan time consuming ni.. ada banyak lagi assignment lain nak kena submit pulak tu. Jadi begitulah..sekadarnya. At least kita belajar sesuatu yang baru kan..

Ok lah chow dulu... ada jodoh kita sambung lagi..Assalamualaikum..

Yang rajin,
Amalina Husin
Jelawat, Bachok
26 Mei 2016
12:12 PM

Sunday, April 24, 2016

~LIFE ~ (3rd year, Sem 2, 2015/16)

Assalamualaikum..

Currently at studio..hmm stay up. Sekarang tengah tunggu layout siap, pastu boleh proceed dengan master plan. This sem kitorang prepare DPR( Development Proposal Report) atau dalam bahasa melayunya 'Laporan Cadangan Pemanjuan' Kg Sungai Mulia, Gombak.

Ni master plan yang crit 1..
 tapi lepas tu ada banyak perubahan. tak sama dah 360 darjah. Banyak nak kena baiki dan kena consider banyak benda.
Kami akan cuba sedaya upaya mengekalkan identiti kampung ini.

So, dipendekkan cerita site ni lebih kurang 110 ekar keselurahannya. Dikenali sebagai kampung tradisi. Akhir bulan 2 haritu kami buat site visit ke Kg Sungai Mulia.


Pstu kami join program 'Pasar Kasih Sayang' yang dianjurkan oleh SK Agama Zaid Harithah (if i'm not mistaken. huhu) Mengaplikasikan konsep 'Free market'.


Hari kedua site visit, kami sambung balik meronda kampung for our study purpose. Memandangkan tak banyak secondary data yang diperoleh.


Nice view in Kg Sungai Mulia


Macam tulah dipedekkan ceritanya. Lepas site visit kami buat technical report--> layout--> master plan--> DPR. Macam 1st year dulu, cuma yang ni kita buat dalam group. Lain sikit kaedahnya. haa..

AGD URP 16' Traditional Theme

Akhir kata, doakan kami berjaya menyiapkan projek kami sem ini. Memandangkan ini studio last kami, harapnya kami dapat buat yang terbaik. Insya Allah..

Yang rajin,
Amalina Mat Husin
KAED, IIUM
24 April 2016
04:23 AM


Saturday, March 14, 2015

#HidupSeorangKokmal (2nd Year, Sem 2, 2014/15)

Assalamualaikum semua.. apa khabar? aku baik je..

Dah lama tak update blog.. busy memanjang je kan.. ni baru ada masa free.. tak free pon sebenarnya.. tapi sebab kokmal boring (padahal banyak keje) so kok amal nak tulis kat sini perkembangan hidup kokmal sekarang. Alhamdulillah dapat survive lagi sampai sekarang. Actually, kokmal takut jugak sem ni sebab banyak subjek killer (econs, planning technique, transport) hishh ..benda kalau main dengan nombor ni buat kokmal jadi allergic sikit..hadoi.. #kenotbrain tau.. hmm harap2 lepas lah sem ni..huhuhu..

Currently,kokmal and studiomate tengah siapkan technical report of Bentong untuk local plan Bentong ( Rancangan Tempatan 2015-2025). Study Approach Report dah submit minggu lepas. So kira ni proceed for the next stage la. Sorry la kokmal campur tolak sikit bahasa harini. malas. 


(ni lah rupa cover study approach report ktorang. kokmal yang design ok..haha.. belagak gle.. tak de la...dah memang keje kokmal.. editor le katakan -..-" . kokmal suka buat cover report ni kalau korang nak tau.. tu je yang kokmal reti nak buat macam mana..hoho)


Sekarang tengah produce technical report ( Laporan Penemuan) . Bagi kokmal stage ni lah yang paling tough sekali..bukan dua kali..haha sakit perit ke apa time ni la..sebab kita kena analysis findings kita ..banyak la liku-likunya. Bukan senang2 lecturer nak approve kita punya analysis. Kadang kita buat tu salah dan tak kena dengan requirement yang dia nak. Tapi bak kata Kak Ila, 'kita kena sabar'. hehe.. setakat ni cukup tido lagi tapi tak tahulah esok lusa tu.. hmm.. lumrah budak KAED . 

#Throwback 2nd Year, Sem 1, 2014/15
Sem lepas kitorang buat SAP (Special Area Plan) for Mukim Kuala Selangor. Masa tu cover satu mukim je, sekarang ni cover satu daerah. Bentong pulak tu..besar gak la.. 

                                                             
(ini dia cover Inception Report and Technical Report sem lepas yang kok amal tak pernah cite. Kuala Selangor pon best jugak, ada Bukit Malawati, Kelip-kelip kat Kg. Kuantan dan macam2 lagi.. satu pengalaman yang menarik masa buat SAP ni. paling penting masa ni lah kok amal asah skill menjadi seorang editor. haha Bukan mudah tau korang, banyak yang nak kena belajar lagi aku ni.tapi Alhamdulillah semuanya baik saja. )


______

Back to the topic, yang bestnya pasal Bentong ni dia ada banyak tempat2 menarik macam Bukit Tinggi, Janda Baik dan Air Terjun Chamang. Dan seperti sem-sem lepas (dan mungkin juga akan datang) ,sem ni kokmal in charge sector transportation and traffic management jugak.hoho.. tak boring ke?..boring gak la..tapi setiap sem tak sama dia punya keje, scope dia jadi makin besar dan luas kalau local plan ni. 

So, masa site visit tu kokmal just tengok jalan je la.. sambil bercuti. #kokamalpsitevisitkebercuti ? haha k jom cuci mata jap dengan pemandangan indah di Bentong ni..

#Throwback 2nd Year, Sem 2, 2014/15

DAY 1: 27/2/2015 Jumaat
Masa first day kitorang (me and studiomate) sampai, kitorng pegi MP Bentong dulu (Majlis Perbandaran Bentong) untuk dapat brief pasal site study ni. Pastu tengah hari sampai petang kitorang naik van ke Mempaga dan Lurah Bilut (Mukim Sabai, if i'm not mistaken la). First time jugak aku jadi tour guide tak bertauliah, pergi pon tak pernah dua tempat ni..haru jugak la dibuatnya..huhu

Basically, Bentong ada 3 Mukim. Mukim Bentong, Mukim Pelangai dan Mukim Sabai. Jadi kitorang divide hari dengan 3 mukim tu. 

(MP Bentong)

(lepas tu kitorang check-in Rumah Rehat Bentong. best sangat ok..selesa duk sini.)
(ini dekat Muzium Lurah Bilut)

(otw to Mempaga.. sedap tau nangka kat sini ^^)
DAY 2: 28/2/2015 Sabtu
Hari kedua kitorang cover area mukim Pelangai. Kebanyakannya felda.. Kitorang gi Felda Chemomoi..tak de gambar sangat sebab tak relate ngan sector kokmal. yang banyak cover area ni sector environment, agriculture..


(D'nur Rina Resort.. comel kan ? bolehlah nak fefeeling ala cite the hobbit gitu..xpun snow white..hehe ..kitorang bermalam kat sini sini utk malam kedua)

(kitorang naik lori nak masuk D'Nur Rina ni..hoho such a great experience.Sebab bas tak boleh masuk, cuma kenderaan kecik je boleh access. )



(pastu kitorang pegi Air Terjun Chamang..wah best tau uolls.. tak tergambar dengan kata-kata.. tapi tu lah memang nak masuk sini jalannya agak bersimpang-siur.. biasalah kawasan berbukit kan..)

(jernih airnya kan.. acece.. padahal nak tunjuk kasut baru..kbai)

DAY 3: 29/2/2015 Sabtu
Haa..ini part yang paling best sebab kitorang pergi tempat tourism ..tapi sayang kokmal tak pegi Janda Baik..huhu.. apepon Bukit Tinggi memang the best! seronok..haha kokmal pon tak pasti samada ni site visit ataupun holiday..hehe

(ni tiket masuk..boleh tengok sendiri la harganya berapa..boleh je nak access guna bas. walaupun jalannya agak berliku..hoho)

(dah macam kat overseas la pulak..sekali sekala apa salahnya jenjalan..hehe)

(other view)

(k lepas tu kitorang pegi Japaness House ..jenuh tau nak naik tangga. tinggi jugaklah tempatnya.. sori guys ni ja gambar yang agak ok yg sempat kok amal snap..bukan apa, sebab masa tu ramai sangat orang..tak dapat nak ambik gambar dengan angle yg lawa...huhu)

(sempat la jejak Botanical Garden kat sebelah Japaness House ni.. cantik pemandangan sini..bunga2 pon lawa)

DAY 4: 1/3/2015 Ahad
Hari ni kitorang balik Uia, tapi sempat jugaklah cover area Bandar Bentong...panjang sebenarnya cerita hari keempat ni ,tapi sekarang kokmal dah ngantuk so kita cerita lain kali lah ye..mianhe..hoho




to be continued...... (kalau i rajinlah)

Friday, July 4, 2014

The Story Had Just Begins.. (1st Year, Sem 2, 2013/14)



Assalamualaikum.. 

Dah lama sangat tak tulis pape kat sini kan?.. hmm.. terlalu banyak benda yang nak diceritakan..tapi biarlah rahsia..(acece..bajet retis la pulak..) sekarang ni tengah bulan Ramadhan.. yang bestnya dapat puasa kat rumah..yeayea..  :D

Dah nak dekat sebulan tinggalkan uia tercinta.. entah apa khabar dia sekarang.. hari tu sehari sebelum balik kampung..Uia tetiba banjir kilat..sampai tenggelam kereta..woo..tapi sesetengah tempat je, climate tak check agaknya ni.. ye lah kan kawasan Uia ni jenis berbukit, so ada yang tinggi sangat dan rendah sangat dia punya 'slope' kat 'hilly area' (term budak urp..hehe) ..tapi tak pe, semua selamat Alhamdulillah. :)

Cakap pasal Uia ni.. teringat pulak dekat studio last sem.. 

SEM 2, 2013/2014
Macam mana agaknya Amalina sem lepas ea? ok ke k.o? haha.. ke macam 'bolehlah..' (typical malay culture
Tak tahulah nak cakap macam mana ,makin lama makin besar dugaan.. kita kan semakin dewasa..hoho.. terima seadanya.

#dengar kata ada orang tu buat layout sampai nangis..betul ka?..
haha..moment ni yang paling tak leh blah..hua3..lawak jugak rasa kadang2..sedih pon ada.. em, tapi normal lah kalau kita tengok kerja yang kita nak dah siap nak submit tu tetiba ada masalah teknikal (salah plot dalam autocad..hoho).. rasa macam effort yang dibuat selama ni sia-sia..pastu tambah sedih lagi bila tengok muka supervisor yang penuh dengan expectation..rasa macam dah hancur leburkan harapan dia yang mengajar selama ini. teringat kat mak abah lagi.. memang masa tu sedih+pedih+sadis la.. lepas tu layoutku yang tak sempurna jasad tu kena 'gumpal' la pulak.. tak ke pilu+ngilu  hati aku masa tu..seriously, mental breakdown sangat time tu.. tak tahulah kenapa air mata aku tak berenti2.. macam hujan lebat di siang hari. totally Speechless. 

(macam ni lah rupanya kan..huhu)
dan tetibe muncul pulak lagu 'in the end' kat otak aku time tu..'I try so hard and got so far..but in the end it doesn't even matter..' memang rasa give up sesangat.. tapi tak jadi sebab aku tahu tu semua hasutan syaitan.. iman senipis kulit bawang ni mengatakan semua yang terjadi ni atas kehendak Allah..kita dah berusaha..mungkin ada hikmahnya. kalau bukan hari ni, mungkin esok atau suatu hari nanti kita akan nampak hikmahnya.  

#Exam Fever
huhuh..ni bab yang agak crucial sikit ..nak dijadikan cerita aku demam masa paper ke 3.. Allah je lah yang tahu macam mana keadaan aku masa tu..memang tak boleh nak buat apa..tapi Alhamdulillah nasib baiklah ada jiran yang baik hati datang tolong aku masa tu..Aliah..terima kasih sangat ye..:')  tak terbalas budi selama Aliah jaga k.Amal demam ..berkat doa dan kasih sayang aku demam dalam masa sehari je..(memang habis ubat aku telan..cuba ikhtiar..hoho) .".kuatkan semangat ,jangan dilayan sangat perasaan demam tu.." -Aliah cakap. 

(ubat-ubatan..hoho)
ok..dah habis bab demam.. sehari sebelum last paper..memang aku tak boleh nak go on dah study sebab tetiba rasa pening+sakit badan ...hadoyai..tahan je la.. tak tau nak cakap apa dah time tu.. memang tawakkal je la.. hoho..












(sumber: Aliah)

Actually, banyak lagi kisahnya..tapi takut korang menyampah nak baca.. so i make it short by this picture..

(k..ni masa kitorang p site visit kat area Bandar Baru Sungai Buaya, Rawang. nak buat site analysis..masuk hutan tau..hoho)
(Annual Grand Dinner  BURP 13/14.. em tak ingat la kat mana..balai apa ntah --' maaf)
(Master Plan on progress..sepatutny tunjuk layout plan dulu..xpe la lain kali..)

                 
(External Portfolio Day at KAED Gallery)
To be continued... (maybe not..)
(batery lappy nak abis..huhuk)