Saturday, October 8, 2016

Metafora Kehidupan



DIMANA AKU?

Di suatu sudut.
Sudut yang sudah lama tidak aku lewati.
Kosong.
Tiada siapa disitu kecuali aku.

Aku sendiri tidak tahu dimana aku.
Tetapi disini, aku merasa tidak asing.
Kerana sering kali aku tercampak ke sini.
Tiada sebab. Tanpa konteks.

Sudah puas aku meraung ..tolong aku..
Tapi Hampa.
Hanya sunyi menemaniku.
Sepi. Dan terlalu.

Di sudut itu,
Hanya aku seorang,
Sendiri. 
Tiada siapa tahu.

Jadi aku namakan sudut itu sebagai.. Kebuntuan.

. . . . . 

Aku inginkan sebuah jawapan,
Tanpa persoalan.

Sayangnya, bukan mudah
sedang kau tidak tahu, apa lagi mengerti..
lalu terus dengan sangkaan.

Jadi biarlah masa yang menjawab 
segala persoalan dan.. kebuntuan.


Yang masih buntu,
QausuQuzahin
IIUM, Gombak.
8 Oktober 2016
12:57 PM