Saturday, November 23, 2013

CONVEST'13

Assalamualaikum...

Baru-baru ni telah berlansung pesta konvokesyen di IIUM. Kakak kesayangan pon ada. :) Finally, she had finish her study ,well, means that she graduate from IIUM ,[broken english omai -..-"] dan orang kampung Jelawat pon datang ngan flight kott..untunglah ada orang sponsor.hoho.. bestnya dah grad,, me? lambat lagi..4 tahun lagi.. T.T . Lepas majlis tamat, my mak keluar dan cakap kt saya macam ni..

"tadi mak dengar ada pelajar arkitek berucap dalam dewan,terus mak rasa terharu dan sebak..kalau boleh 4 tahun lagi mak nak tengok anak mak pulak yang berucap kat dalam dewan tu.."
Lamaku mendalami tiap bait kata mak,hmm..maksudnya saya kena jadi dean list lah pendek cerita..huhu.. aiyoo..macam mana tu?.. insyaAllah, i'll do my best!.

Macam cantik je,comel je bunga ni..meriah jugak convest '13 ni ,tapi saya tak dapat nak join sangat event nya,busy la katakan..dah masuk minggu final project..memanglah kan,kena buat layout plan,master plan, schematic plan yang tak sudah tu.. tapi lepas tengok orang konvo ni,tetibe jadi semangat nak belajar.

[my big family :)]
Memang minggu konvo ni ramai yang konvo [ayat apakah itu?] termasuklah si Ameen Khalis ni,my first nephew.

[segak lagi bergaya..congrats Ameen :)]

Perjalanan masih panjang..semoga kita semua sampai ke destinasi yang dituju. Setakat inilah untuk kali ini, di lain hari kita cerita lagi.. wassalam..


[my sis dpt ros biru ..wah]
tinta,QausuQuzahin
Kg Melayu Subang
23 Noveber 2013
07:12 P.M

Saturday, November 2, 2013

Purdah? #3

Assalamualaikum pembuka bicara..



Straight to the point. Tengok tajuk pun dah tahu apa saya nak cerita. Alhamdulillah, sejak balik dari site visit saya buat keputusan ber'hijab' di kampus pula. Maka timbullah beribu persoalan daripada beribu orang.[xde lah sampai beribu sebenarnya-..-'].

Maal Hijrah
Ya,azam tahun baru saya, untuk berpurdah di kampus. Berita ini telah mengejutkan  ramai orang sebab ramai orang yang tak tahu tentang hal ini.Bukan nak cari publisiti,itu jauh sekali. Sudah hampir 5 bulan saya memakai niqab atau purdah,saya cuma ingin istiqamah,dan sekaranglah masanya.Saya sudah bersedia insyaAllah.Saya mahu mujahadah .Itu sahaja.

Persoalan
Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa dan mengapa. Ada yang tanya direct ada yang tanya melalui rakan,dan ada juga yang malu bertanya dan menyimpan sangkaan sahaja.Tidak mengapa.Maaflah jika ada pertanyaan yang saya tak sempat jawab oleh kerana kekangan masa.
"Sometimes, you just can’t tell anybody how you really feel. Not because you don’t know why, not because you don’t know your purpose, not because you don’t trust them, but because you can’t find the right words to make them understand."
Bukan tak nak cerita,tapi bukan senang nak cerita sebenarnya sebab kita kena lihat siapa yang dihadapan kita.Sejauh mana dia tahu dan faham tentang islam,umur,kerjaya dan sebagainya. Dari situ barulah kita tahu bagaimana bahasa yang sesuai untuk mereka.Yang bertanya itu mungkin dari golongan agama,ilmunya malah lebih tinggi dari saya yang kerdil ini,mungkin juga merka itu kanak-kanak kecil yang baru pandai menulis, mungkin juga mereka dari kalangan profesionalis atau siapa sahaja yang saya sudah lama kenal atau tak pernah kenal yang bertanya. 
Adakala saya cuma menjawab secara ringkas.Adakala secara panjang lebar. Bergantung kepada situasi dan keadaan.

"Famili amal semua pakai purdah ke?".. 
"Tak wajib pon pakai purdah kan?". 
"Tak panas ke?..macam mana nak bernafas?.."
"nak makan macam mana..?"

Kat atas tu soalan common yang sering ditanya. Saya dah jawab soalan ni di entri sebelum ni http://qausuquezahin.blogspot.com/2013/07/aku-dan-niqab-episod-1.html
Memang dekat kaed [kuliyyah of architecture and environmental design] ni saya ada ramai kenalan. Jadi bila bertemu saya ada yang cam dan ada yang tak cam saya.Biasalah tu.. Bila saya cakap saya Amalina, terbeliak mata diorang,ada yang mulut sampai ternganga.Tak percaya. Tapi percayalah,ini memang saya. Sama macam dulu,cuma tampil sedikit berbeza. 

Alhamdulillah, mereka menerima saya seadanya.
Kawan-kawan memang sangat supportive. Mereka banyak bagi kata-kata semangat. Almaklumlah lumrah orang berhijrah ni banyak ujiannya."kau pakai je Amal macam ni kat studio,jangan nangis ke apa kalau 'dia' tegur ke hentam kau nanti."-kata seorang sahabat. Saya tahu,korang jangan risau saya janji saya akan jadi kuat macam yang sepatutnya walau apapun yang terjadi.InsyaAllah..doakan saya ye kawan-kawan.

Syukur tak terhingga ke hadrat Illahi dikurniakan sahabat yang baik seperti kalian. Setakat ini tiada yang prejudis dengan imej saya.Cikgu Bm pon menyambut baik penghijrahan saya. Tiada apa yang perlu dirisaukan.Saya yang melaluinya,saya tahu bagaimana rasanya.



[Dalam keadaan huru-hara dan serba kekurangan, mereka masih mampu berpakaian sempurna tanpa mendedahkan aurat. Berbeza dengan keadaan di sini. Dalam keadaan serba sempurna sekalipun, mereka masih tidak dapat mengenakan pakaian menutup aurat yang lengkap. hmm.. :/ ]

Akhir kalam andai saya tersilap atau telah melukakan hati kalian ,maafkanlah saya. :'( Saya masihsedang bertatih mencari secebis ilmu.Saya banyak kekurangan,jangan salah faham dengan saya.Berpurdah tak semestinya apabila dirinya sudah sempurna, andai itu mampu untuk membantu dalam bermujahadah,apa salahnya?.kita sama-sama sedang mencari dan menuju redha Allah. Doakanlah yang terbaik untuk saya dan semua muslimah yang sedang bermujahadah diluar sana.



Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJJRAH 1435H. Semoga tahun hadapan ini lebih bermakna dari sebelumnya.Semoga kita dapat menjadi hamba yang taat dan sama-samalah kita bermujahadah dalam  menghadapi ujian mendatang. :)


# just be yourself, and be okay with it. :)


Yang masih khilaf,
QausuQuzahin
04:40 p.m
2 November 2013 bersamaan 28 Zulhijjah 1434H