Monday, April 23, 2012

~Terima Kasih Sahabatku~

Assalamualaikum..

[tenkiu mak cik fatin untuk hadiah ni.huhu. :')]

Baiklah, pertama sekali saya nak tujukan puisi ini  untuk sahabat karib saya yang tercinta iaitu Fatin Umirah bt Yusoff a.k.a Greenzfa.

Kawan,
andai kau tahu betapa bersyukurnya daku
kerana dapat mengenalimu.
Sungguh bermakna dirimu dalam hati ini
Dikau hadir dalam hidupku
umpama Pelangi..
Setelah hujan panas
menerjah kalbuku ini
Dirimu munculkan diri dengan sejuta warna..
dan menemani aku dikala hati ini sunyi

Sahabat,
Mungkin ada bait-bait kataku yang dikau tidak berkenan,
aku tahu aku khilaf..
Aku cuma insan biasa yang banyak berdosa
Kadang mulutku ini memanculkan 
kalimah pahit untukmu
Namun, percayalah..
Tiada niatku menyinggung perasaanmu itu.
Di sini aku menyusun sepuluh jari
memohon kemaafan atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan 
terhadap dirimu.
Maafkan aku sahabat.

Teman,
Sebenarnya jauh di lubuk hati ini,
aku merasa sayu saat kau berkata kau ingin pergi dari sini.
Namun..
aku tetap akan berdoa dan berharap
moga dikau mencapai cita-citamu walau dimana pun bumi yang kau pijak,
dan andainya bukan disini tempatnya,
tidak mengapalah..
Aku akur dan redha atas pilihanmu
Mungkin itu yang terbaik buatmu.
 aku cuma ingin melihat senyuman kebahagiaan pada raut wajahmu
yang dulunya pernah menjadi tirai sembunyi dukamu itu.
tentangku,tidak perlulah dikau khuatir
kerana kenangan kita bersama
telah menguatkan kaki ini untuk berdiri teguh atas kaki sendiri.
^___^

Terima kasih kawan ,sahabat,teman..
kerana dapat terima aku seadanya..
 sudi menemani aku tak kira dimana.
dan juga 
terima kasih atas pengorbanan masa,tenaga, dan segala
yang kau curahkan selama ini
untuk mengajarku erti hidup.
"hidup di dunia ini jangan nak stress sangatlah.."
kata-katamu itu akan ku ingat sampai bila-bila. :')
Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas budimu itu.


Akhir kalam,
Fatin,Terima kasih sekali lagi untuk segalanya.Aku faham akan keadaan dirimu, dua hari tanpa khabar beritamu ,aku tahu kau sedang melakukan sesuatu yang lebih penting. Maka, aku tidak akan pernah berkecil hati untuk itu.kerana aku tahu nilai seorang sahabat jauh lebih mahal daripada apa yang aku fikirkan.Tawa dan tangis telah kita rasai bersama-sama. 

Kiranya waktu itu terhenti, aku nk mung tahu yang aku sangat sayang ko mung! ingat tu.. ^^ Last, thanks a lot for the your entry blog, http://greenzfa.blogspot.com/2012/04/kau-kawan-teman-sahabat-tercinta.html terharu aku,sebab mu sanggup tido lewat untuk siapkan entri tu. huhu..terima kasih sangat-sangat.

Wassalam~

Sahabatmu,
QausuQuzahin
Cfs IIUM, Petaling Jaya.
23 April 2012 bersamaan 1 jamadil akhir 1433H
11:35 a.m

No comments:

Post a Comment