Opk tu utk tahu jangkaan masa kita 'subur'. I beli sikit je dulu awal2 tu. Murah je benda ni kat shopee. Ok next bulan 11(cycle /kitaran ke4) kitaran ni kira setiap kali period, hari pertama tu cycle day 1. I banyak study masa bulan 11 ni. I beli termometer bbt( basal body temperature) utk check suhu badan bkn termometer biasa tu. Dia ada dua no lepas titik perpuluhan cth 36.75°c. Kira macam detail sikit la. I beli murah je kat shopee. Rm10-15 gitu. So bulan 11 tu i start track bbt masa yang sama setiap kali lepas bangun tidur. Penting ke track bbt ni?
ni bbt termometer yg i pakai. letak dalam mulut lepas bangun pagi sebelum buat apa2. jangan cakap dengan orang sebelah, jangan jalan gi mana2. buat ni je dulu. supaya suhu asal tak berubah. then tanda dalam apps. nanti kita boleh tengok samada kita ni ada something wrong somewhere ke tak. dalam chart kita boleh tahu chart kita normal ke tak..
Atas ni apps 'fertility Friend'. I subscribe setahun. Masa ni i rasa macam ok lagi..tapi tak ok sebenarnya bila opk i positive pd cd19 which is agak lewat dan kebiasaannya org normal subur/ovulating pada cycle day 14-16. Hmm.. something fishy..chart pun tak brapa cantik..bbt yg aneh.. tapi nak sedapkan hati i tunggu lagi result bulan depan..tgk mcm mana..
Ni apps premom. I start track dari awal lepas period. So awal2 memang semua negatif. Sebab tak tahu cara nak guna. Btw, ni cycle atau kitaran ke 3. Ni bukan upt strip tau yg untuk check pregnant tu. Opk ni detect hormon LH yang trigger badan kita untuk melepaskan telur. So kita boleh agak masa subur kita.
To be cont.
P/s:
#copypaste sedikit info. Credit to owner.
♥♥♥πINFO 1π♥♥♥
Soalan-soalan yang selalu ditanya oleh TTCIANS yang ingin menggunakan OPK π
(Ovulation Predict Kit)
untuk mengesan waktu subur/ovulasi
Dimana nak beli OPK:
♥Farmasi (agk mahal)
♥online (lebih murah)
π£SYARAT sebelum menggunakan OPK :
Perlu puasa air sekurang-kurangnya 3 Jam sebelum ujian dilakukan.
Seeloknya ujian dilakukan pada sebelah petang
ujian boleh dilakukan.
Contoh : Sekiranya nak buat ujian pada jam 3.00 petang. Pukul 12.00 tengahari last minum air
Cara guna OPK :
Celup dalam urin selama 15 saat (atau mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh setiap brand OPK yang anda beli).
Pastikan tidak mencecah garisan yang terletak pada OPK. Kemudian biarkan OPK secara terbaring dipermukaan yang rata
---> Penggunaan sama seperti UPT strips.
Cara nak lihat : ♡♡¤¤♡♡
NEGATIF :
Bila line T (test) tidak ada atau kabur dari line C (control)
POSITIF :
Bila lineT sama terang atau lebih terang dari line C.
♥♥♥♥Bila Ovulasi ♥♥♥
(ovum @ telur keluar dari ovari) berlaku? :Selepas 12-48 jam bila OPK yang terakhir positif. Anda digalakkan bersama suami untuk memastikan sperma sempat bertemu ovum setelah opk positif kerana sperma boleh bertahan/hidup di dalam rahim/uterus kita sehingga 5 HARI.
Sila ulangi ujian OPK sehingga negatif semula! Supaya kita dapat pastikan ovulasi telah berlaku.
MENGAPA?
Kerana OPK mengesan hormon LH.
LH adalah hormon yang berfungsi untuk mengeluarkan telur yg matang dari ovari.
LH akan tinggi sebelum ovulasi berlaku.Setelah ovulasi berlaku, hormon LH akan menurun kembali.
Jadi OPK akan negative semula.
Umpama gelombang ombak yang besar untuk ‘push’ telur keluar!
Mengapa OPK masih ada DOUBLE LINE ? :Kerana hormon LH akan sentiasa ada dalam badan.
Jadi itu sebabnya opk akan selalu ada double line. Penentu positif atau negatif adalah berdasarkan keterangan line T.
LH akan tinggi/puncak/peak sebelum ovulasi berlaku. Pada saat inilah OPK POSITIF.
Bolehkah OPK mengesan samada kita hamil :
♥♥♥♥
Boleh ! Mengikut info dari websitewww.peeonastick.com
– molekul hormon LH dan HCG (hormon baby) hampir sama bentuknya. Umpama sepasang kembar yang hanya berbeza seorang pakai topi dan seorang lagi tidak pakai topi.
Jadi sekiranya anda menjalankan ujian OPK pada hari ke 7-16 selepas ovulasi berlaku (walau belum delay period),
dan didapati OPK POSITIF menunjukkan tanda kemungkinan anda hamil!
Ramai yang ttcian didalam kumpulan ini menggunakan OPK utk mengesan lebih awal samada mereka hamil atau tidak :)
***Nota : Kaedah ini tidak digalakkan untuk detect pregnancy...Walau keduanya jenis glycoprotein takut berlaku kekeliruan.
so advisable nak check pregnancy terus guna UPT.
πINFO 2π
(Kredit to Kelly Kejora)
OPK ialah sejenis alat yg digunakan untuk mengesan kehadiran Luteinizing hormone (LH)di dalam urine.
LH inilah yg diperlukan dalam proses penetasan telur. kebiasaanya sebelum telur yg matang menetas (ovulasi), akan berlaku lonjakan atau peningkatan yg mendadak pada LH dan pada waktu inilah ianya dapat dikesan pada OPK.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
tips menggunakan OPK
OPK dibuat apabila kita sudah memasuki fertile window phase,
iaitu bermula dari 3 hari sebelum ovulasi berlaku.
jangan gunakan urine pada waktu pagi, advisable dibuat pada pukul 2pm atau sekurang2nya dibuat dalam lingkungan pukul 1pm-8pm.
digalakkan untuk tidak minum air dalam kuantiti yg banyak sebelum ujian dibuat.
sebaiknya elak mengulangi ujian setelah OPK posiive dikesan untuk mengelakkan kekeliruan.
pesakit PCOS cenderung untuk mendapat keputusan false positive.
- kebiasaannya ovulasi akan berlaku selepas 12-36 jam OPK positive dan ianya dapat dikesan apabila berlakunya peningkatan suhu pada BBT.
OPK dianggap positive apabila line T lebih atau sama terang dgn line C.
waktu yang dicadangkan untuk buat OPK mengikut panjang kitaran:
cycle length (CL) ~ Start day (SD)
CLπ♥SD
21π♥5
22π♥5
23π♥6
24π♥7
25π♥8
26π♥9
27π♥10
28π♥11
29π♥12
30π♥13
31π♥14
32π♥15
33π♥16
34π♥17
35π♥18
36π♥19
37π♥20
38π♥21
39π♥22
40π♥23
41π♥24
42 ♥25
No comments:
Post a Comment